bila hatiku berbicara

biadap

Posted on: Ogos 26, 2010

Reputasi Indonesia telah tercemar


KEDIAMAN rasmi Duta Besar Malaysia di Jakarta Selatan, Indonesia dikawal rapi oleh anggota polis semalam.


PUTRAJAYA – Kerajaan Indonesia diminta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di republik itu serta mengambil tindakan terhadap kumpulan yang melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, bukan sahaja nama baik Malaysia malah reputasi Indonesia turut tercemar akibat perbuatan sebegitu keji oleh segolongan rakyat negara itu baru-baru ini.

“Saya telah meminta pemerintah Indonesia memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia dipelihara, demi menjaga hubungan baik kedua-dua negara yang amat kita hargai,” katanya kepada pemberita selepas bertemu Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tatang B. Razak di Wisma Putra bagi mendapatkan penjelasan berkaitan perkara itu.

Selasa lalu, kumpulan daripada Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melemparkan najis manusia ke dalam pekarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam tunjuk perasaan ekoran tindakan polis Malaysia menahan tiga pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan Perikanan negara itu pada 13 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Anifah berkata, tindakan berunsur provokasi seperti membakar dan memijak bendera Malaysia serta membaling najis adalah satu penghinaan kepada Malaysia malah perbuatan itu mencabar kedaulatan negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2010
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: