bila hatiku berbicara

Usah tambah hutang semata-mata nak raya

Posted on: September 6, 2010

SUDAH hampir selesai Ramadan. Umat Islam yang benar-benar memahami erti puasa akan mengikut landasan sebenar berpuasa. Penceramah pun sering menasihati jika berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi gagal mengawal nafsu, puasa tidak akan ke mana-mana. Jadi, alangkah malang bagi sesetengah daripada kita yang seolah-olah mahu membayar balik nilai menahan lapar dan dahaga itu untuk berhabis atau membazir pada Aidilfitri.

Ada antara kita yang sudah membeli perkakas untuk berhari raya sebelum puasa lagi. Alasannya tidak mahu membeli pada saat-saat akhir. Bagaimanapun sudah menjadi lumrah dan kelemahan kita, ramai sering terpengaruh dengan tawaran jualan murah, membeli ikut nafsu walaupun apa yang dibeli sudah ada, masih baru dan boleh diguna lagi.

Masyarakat kita selalunya memegang prinsip hari raya setahun sekali, apa salahnya berhabis. Ada yang mengumpul wang berbulan-bulan lamanya untuk dihabiskan meraikan hari mulia itu. Tidak kurangnya menyediakan tabung khas hari raya sehingga mengetepikan tabung lain yang tidak kurang pentingnya seperti pendidikan anak-anak, sakit dan wang untuk bahan bacaan.

Tidak keterlaluan dikatakan ada yang menyediakan beberapa pasang pakaian untuk diri sendiri mahupun anak-anak sempena hari raya. Oleh itu, pelbagai tema dapat dilihat sempena hari mulia itu.

Contohnya, hari raya pertama bertemakan merah, kedua (biru), ketiga (kelabu) dan bermacam-macam tema lagi. Orang kampung pun yang sebelum ini tidak pernah kenal dan tidak tahu menyebutnya pun sudah tahu apa itu tema.

Maka tukang jahit bersengkang mata sehingga pagi untuk melengkapkan tema orang kita yang hendak berhari raya.

Kemudian mereka berjaya mengaut keuntungan ribuan ringgit selepas memenuhi kehendak orang kita berhari raya sehingga kadangkala baju mereka tidak siap.

Lebih memeritkan apabila menyentuh soal mereka yang menggunakan kad kredit. Golongan inilah yang dikatakan berbelanja sakan setiap kali menjelang perayaan. Baru-baru ini didedahkan tunggakan 10 juta pengguna kad kredit di negara kita mencecah RM24.4 bilion dan 38,357 individu antara 25 hingga 44 tahun diisytihar muflis gara-gara berbelanja mewah untuk memenuhi keperluan hidup.

Satu lagi sikap orang kita ialah pada musim perayaan mereka menempah kereta baru untuk pulang ke kampung seolah-olah hari raya akan cacat jika menggunakan kereta lama. Inilah antara tabiat buruk orang kita.

Ramadan mempunyai tiga fasa iaitu sepuluh hari pertama dikenali sebagai rahmat, sepuluh hari kedua keampunan dan sepuluh hari terakhir keselamatan daripada api neraka.

Biasanya pada fasa pertama surau atau di masjid penuh hingga tiada ruang yang tinggal. Kemudian pada fasa kedua mula berkurang dan fasa ketiga terus lengang hanya tinggal imam dan jawatankuasanya saja. Ini kerana ramai antara kita sudah beralih ke pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai potongan harga dan pelbagai bentuk jualan yang mampu menarik jemaah surau dan masjid beralih arah.

Sesetengah pusat beli-belah pula mengambil kesempatan membuka gedung perniagaan mereka sehingga tengah malam kerana mereka percaya, jika beroperasi 24 jam pun, akan ada yang datang membeli.

Sesetengah bank pula memberi kemudahan pinjaman dengan harapan kita boleh beraya dengan sempurna. Biasanya kita yang tidak pernah puas dengan apa yang ada akan menerima tawaran tersebut kemudian membayarnya balik selepas raya dengan cara potongan gaji.

Kadang-kadang kita risau melihat tabiat orang kita berbelanja terutama pada musim perayaan. Bermula dengan penyediaan mahupun membeli juadah untuk berbuka sampailah kepada persiapan raya, bukan sedikit wang yang dikeluarkan.

Yang jelas, Ramadan bukan bulan untuk berjimat. Saranan pelbagai pihak supaya kita berjimat hanyalah di atas kertas saja kerana hakikatnya kita terpaksa memikul beban terutamanya selepas hari raya nanti, ada yang hutang keliling pinggang, sampai berbulan-bulan lamanya hendak dilangsaikan.

Dalam soal ini, yang selamat ialah mereka yang mengamalkan sikap sederhana dalam soal perbelanjaan. Mereka yang berfikir sebelum membeli sesuatu keperluan adalah golongan yang mampu menyelamatkan kewangan keluarga mereka.
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

Advertisements

3 Respons to "Usah tambah hutang semata-mata nak raya"

beli kereta ketiga xper kanns akak nuriman tewww..

salam ramadhan..

sebenarnya boleh sangat kalau tak nak berhutang. tapi tak boleh mula di awal Ramadhan. kena mula dari awal tahun. seperti tak gunakan langsung kredit kad utk isi minyak, beli barang keperluan rumah, dsb. bila dah biasa tak berhutang, menjelang Ramadhan mesti boleh buat punya. kepada yang tak berjaya, tak apa. boleh start buat lepas raya nanti.

selamat harrri rrrayyaaaaa !!!

huhuh en me akak keter boleh gerak je hehehehe…

betul tu jeff…sy tak guna kad kredit sbb takut terlebih belanja…kalau ikutkan semuanya nak…tp tanya hati adakah perlu atau tak cewah hehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

September 2010
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: