bila hatiku berbicara

manusia semakin kejam

Posted on: September 12, 2010

Anak harap sisa mayat ditemui bukan Sosilawati


ANAK bongsu Sosilawati, Siti Nur Fatimah tidak dapat menahan kesedihan ekoran kematian ibunya dan terpaksa ditenangkan oleh saudaranya di Taman Harmonis, Gombak semalam.

KUALA LUMPUR – “Kalau betul emak tidak ada lagi, bawa dia dan tunjuk depan Rina. Abah, tolong cari mak, abah.”

Itulah ratapan anak keempat jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Erinawati Sofea Buhari, 21, yang meraung sejurus selepas sidang akhbar polis yang mengesahkan kematian ibunya disiarkan di kaca televisyen semalam.

Selepas pengumuman itu, Rina menangis seharian dan enggan bercakap dengan ahli keluarga lain.

Sebelum pengesahan tersebut, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana sempat meluangkan masa menemui wartawan dan jurugambar di luar rumahnya pada pukul 1.30 petang.

“Saya meminta maaf kepada pihak media yang sudah lama menunggu sejak pagi kerana dalam keadaan sekarang ini kami sekeluarga sememangnya memerlukan kekuatan.

“Mengenai berita yang diterima pagi tadi (semalam), saya tidak boleh komen apa-apa dan masih menunggu pengesahan rasmi dari Balai Polis Dang Wangi memandangkan laporan polis dibuat di sana,” kata Dekritawati ketika ditemui di kediamannya di Taman Harmonis, Gombak.

p/s saLAM takziah, biarpun kita tidak kenal siapa dia tetapi sebagai saudara seislam turut rasa hiba . Sungguh kejam di bakar dan di buang abunya. Manusia iblis syaitan lahanat…. boleh lakukan apa saja demi harta yg sementara ini…

Advertisements

2 Respons to "manusia semakin kejam"

Salam…
Bila manusia menjadi buta hati dan miskin perasaan……. maka lahirlah manusia bergelar binatang…..

nyawa manusia sudah tidakbernilai lagi..yg tidak berdosa menjadi korban..semuanya kerana harta benda…dan ikut telunjuk syaitan beginilah jadinya..al fatihah semoga roh mereka di cucuri rahmat allah di tempatkan di sisi orang berimaN…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

September 2010
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: