bila hatiku berbicara

Kelate gomo N9

Posted on: Oktober 24, 2010

Kelantan, NS ulangi final

PEMAIN-pemain Kelantan meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 1-0 pada pertemuan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam. – MINGGUAN/Hafiz Johari


 

KUALA LUMPUR – Bagaikan ulangan perlawanan akhir tahun lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan sekali lagi bertemu pada pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Bukit Jalil, 30 Oktober ini.

Jaringan tunggal daripada pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-78 ekoran kesilapan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias sudah cukup buat skuad Red Warriors menyingkirkan Kedah dalam aksi di Stadium Sultan Muhammed IV.

Gol tersebut membawa Kelantan ke pentas perlawanan akhir untuk dua musim berturut-turut menyebabkan stadium bertukar menjadi gegak gempita dengan sorakan padu lebih 20,000 penyokong fanatik tuan rumah.

Kehadiran semula Norshahrul dalam kesebelasan utama Kelantan ternyata membawa masalah kepada pasukan pelawat apabila merencanakan hampir setiap serangan Red Warriors.

Norshahrul hanya memerlukan tempoh empat minit untuk menguji gawang Kedah, namun percubaannya pada minit ke dua terkena tiang gol sebelum satu lagi rembatan kaki kirinya melebih palang gol, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Percubaan pertama Kedah hadir seawal minit ke-11 melalui Mohd. Faizal Abu Bakar, namun sepakan leret diambilnya singgah di sebelah kanan gawang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Selepas asakan bertali arus, Norshahrul akhirnya menjadi pemusnah apabila sepakan sudut yang diambilnya melencong masuk ke dalam gawang dan gagal dibaca dengan baik oleh Mohd. Helmi yang tertumbuk ke dalam gawang sendiri.

”Kemenangan ini saya hadiahkan kepada semua penyokong setia Kelantan yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami.

”Mungkin ketiadaan saya dalam dua perlawanan ekoran penggantungan memberikan kelebihan kepada saya untuk beraksi baik membantu Kelantan mendapatkan gol,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, Negeri Sembilan bangkit menebus maruahnya yang tercalar di Paroi minggu lalu untuk mengatasi Johor FC 2-0 di gelanggang lawan apabila mara dengan kelebihan agregat 2-1.

Kemenangan itu melayakkan pasukan Negeri Sembilan ke Bukit Jalil buat kali kedua berturut-turut sekali gus menghancurkan harapan Sang Lebah untuk beraksi buat pertama kali.

Jaringan pertama disumbangkan oleh Mohd. Shukor Adan pada minit ke-36 melalui satu tandukan yang menerjah gawang lawan.

Gol kedua dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-60 separuh masa kedua melalui tendangan penalti selepas S. Kunalan dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Skuad Lebah semakin hilang punca apabila pemain pertahanan mereka, Mohamad Izuan Jarudin dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua.

Perlawanan juga tergendala selama dua minit pada minit ke-84 apabila penyokong tuan rumah membaling botol ke dalam padang gara-gara membantah keputusan pengadil, namun pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan.

p/s gomo  kelate gomo insya allah nanti Kelatan pula dapat piala Malaysia….

Advertisements

1 Response to "Kelate gomo N9"

‘Kami tak buat kacau kalau tak diganggu’

“PENYOKONG Kelantan sejati sebenarnya berdisiplin. Sekiranya ada terbabit dalam pergaduhan mungkin mereka diprovokasi pihak lawan. Apa yang diketahui, penyokong Kelantan tidak akan menimbulkan kekacauan sekiranya layanan diterima adalah baik,” kata Setiausaha Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan, Haron Ali, yang menolak tanggapan sebahagian besar peminat bola sepak tanah air yang melabelkan penyokong skuad Kijang ‘pembuat kacau’.

Sambil tidak menafikan wujudnya kumpulan penyokong fanatik, beliau berkata, mereka terbabit bukannya datang dari Kelantan tetapi menetap di luar di mana turut hadir memberikan sokongan kepada The Red Warriors.

Menurutnya, sudah menjadi adat ‘oghe Kelate’ bila diberikan layanan buruk maka buruklah dibalas tetapi sekiranya diberikan layan baik, mereka akan membalas dengan mesra.

“Ketika Kelantan berkunjung ke Kedah pada separuh akhir pertama baru-baru ini, tiada sebarang kekacauan berlaku apabila penyokong Kelantan dilayan dengan baik.

“Begitu juga apabila penyokong Kedah berkunjung ke Kota Bharu, kita turut memberikan layanan baik dan kedua-dua penyokong dapat duduk bersama tanpa sebarang kekecohan,” katanya.

p/s harap2 tahun ni piala Malaysia menjadi milik kelantan insya allah segalanya mungkin….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 845,722 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: