bila hatiku berbicara

Pantau anak marah

Posted on: Oktober 24, 2010

KUALA LUMPUR: Ibu bapa harus memainkan peranan penting untuk menyekat pendedahan terhadap keganasan sama ada menerusi televisyen, video dan Internet yang boleh mempengaruhi perilaku anak mereka.

Pakar psikologi Universiti Teknologi Mara, Prof Dr Amelia Abd Aziz berkata, remaja sememangnya mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar serta akan mengaplikasikan perilaku itu apabila berdepan perkara yang membuat mereka marah.
“Baik remaja mahupun orang dewasa, apabila diselubungi perasaan marah, mereka akan bertindak di luar pemikiran waras sehingga melakukan sesuatu yang buruk tanpa sedar.
“Mereka sedikit sebanyak akan mengikuti perlakuan yang pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

Beliau mengulas muka depan akhbar ini semalam yang melaporkan kejadian remaja berusia 14 tahun mati akibat terkena serpihan kaca yang diacukan oleh kakaknya selepas pertengkaran berebutkan alat kawalan jauh televisyen.
Menurutnya, mungkin suspek tidak berniat membunuh mangsa namun apabila berada dalam keadaan marah dan tertekan, dia terdorong untuk bertindak sedemikian.

Katanya, pertengkaran yang berlaku sehingga terjadinya cabar mencabar juga mungkin menyentap kesabaran suspek sehingga bertindak mengacukan serpihan kaca kepada mangsa.
“Keupayaan untuk mengawal kemarahan adalah penting supaya mereka dapat mengendalikan emosi dengan baik.
“Justeru, ibu bapa perlu memahami perilaku anak mereka dan perubahan yang berlaku terhadap tingkah laku mereka perlu dipantau,” katanya.

Advertisements

3 Respons to "Pantau anak marah"

mak bapa pun sangat selalu marah marah itu pun akan jadi ikutan anak anak

kata orag marah biar berpada2 jgn sampai meninggalkan kesan negetif kepada anak2..takut anak2 berdendam pastu dia lepaskan dendamnya kepada anak dan isterinya kelak…tp cara ibu bapa marah dulu dan sekarang lain…

macam mana nak berhati 2 pantau anak marah klu ibubapa sendiri panas baran.cuba amalkan doa ini.Sekadar berkongsi.InsyaAllah diizinkan oleh Nya.
Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah bersihkanlah hati ku daripada kekotoran sepertimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 840,937 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: