bila hatiku berbicara

Subhanallah

Posted on: Oktober 26, 2010

Adik ipar Tony Blair peluk Islam

Harakahdaily
LONDON, 26 Okt: Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

“Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram,” katanya kepada akhbar The Mail Ahad lalu.

Beliau berkata, “sekarang ini saya tidak lagi makan babi dan saya membaca Al Quran setiap hari.  Kini saya sedang membaca pada muka surat ke 60.

“Saya juga tidak minum alkohol dalam 45 hari ini, satu tempuh masa yang terpanjang dalam 25 tahun.  Peliknya sejak saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam, saya tidak mahu lagi menyentuh alkohol,” katanya.

Sebelum memeluk Islam, Booth sangat simpati dengan Islam dan menghabiskan masa yang lama di Palestine. Beliau juga menentang keras peperangan yang dipaksakan ke atas Iraq.

“Saya selalu kagum dengan kekuatan dan keselesaan yang diberi (oleh Islam),” katanya.

Advertisements

2 Respons to "Subhanallah"

ALHAMDULILLAH…
sama-sama kita doakan buat sdra seislam kita ini, agar tidak terjadi sebagaimana tragedi yang menimpa PUTERI DIANA dan MIKAEL JOHNSON yang disabotaj dan dibunuh…gara-gara memeluk ISLAM….

NAUZUBILLAHHIMIN ZALIIK

amin ..sesungguhnya hidayah itu hanya untuk orang2 yg terpilih..allhamdulillah pajat syukur kepadaNYA. Harap2 ramai lagi yg mengikuti jejak langkah saudara kita ini …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 835,570 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: