bila hatiku berbicara

mayat dalam beg

Posted on: Oktober 29, 2010

Pekerja terkejut mayat dalam beg

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my


MAYAT seorang perempuan ditemui dalam sebuah beg di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang semalam.


 

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja di sebuah bengkel kereta di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang dekat sini tidak menyangka beg pakaian yang ditemuinya semalam berisi mayat seorang remaja perempuan.

Terkejut dengan penemuan itu, lelaki itu yang berusia 20-an terus menghubungi pihak polis yang kemudian bergegas ke tempat kejadian pada pukul 3.35 petang.

Mayat yang diletakkan di dalam beg itu ditinggalkan dalam semak samun di belakang bengkel berdekatan sebuah parit yang boleh dilalui menggunakan sebuah jambatan.

Mayat remaja yang dipercayai belasan tahun itu lengkap berpakaian gaun berwarna biru dan dia dipercayai masih baru dibunuh kerana tidak mengeluarkan bau.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat remaja yang berkulit sawo matang itu masih dalam keadaan sempurna lengkap dengan anggota badan.

Ujarnya, mayat mangsa tiada kesan kecederaan luaran yang jelas dan sehingga kini identiti mangsa masih belum dikenal pasti sementara menunggu hasil siasatan forensik.

 

 

Advertisements

2 Respons to "mayat dalam beg"

berhati2lah dengan dunia sekarang..
pepatah ‘ jaga tepi kain orang’ terpaksa dipraktikkan semula.
jadikan anak kita bila berada di luar ‘ sebagai anak orang’ yang boleh ditegur @ dipantyau gerak geri mereka.

berhati2 dalam pergaulan..jauhkan dari bersikap kasar BIARPUN dalam hati meruap2 nak marah tapi kalau boleh…SENYUM. INSYAALLAH akan menyelamatkan diri dari menjadi mangsa dendam manusia yang bersifat haiwan..

NAUZUBILLAH..

Manusia semakin tak bertamadun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Oktober 2010
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: