bila hatiku berbicara

Facebook bagaikan madu dan racun

Posted on: Disember 4, 2010

 

FACEBOOK kini menjadi fenomena serta trend komunikasi terbaru bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang bekas pelajar Universiti Harvard, ia muncul sebagai rangkaian sosial cukup inovatif serta begitu interaktif membenarkan sesiapa saja berkomunikasi dengan rakan dan bertukar maklumat, pandangan, kritikan dan sebagainya. 

Zuckerberg kini muncul sebagai antara manusia terkaya serta cukup berpengaruh di dunia.

Setakat 2009 saja, jumlah mereka yang menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial itu meningkat kepada lebih 250 juta orang, menjadikannya model perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian paling popular mengalahkan MySpace yang dimiliki News Corporation.

Peningkatan kepada lebih suku bilion pengguna ini bukan saja sebagai petunjuk angka yang mengagumkan, tetapi juga sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang dilakukan masyarakat di seluruh dunia, termasuk di negara kita yang turut merasai tempias fenomena ini.
Namun, apa yang menyedihkan dan menakutkan ialah budaya ‘berfacebook’ yang begitu rancak ketika ini boleh dianggap bagaikan madu dan racun iaitu jika digunakan secara betul akan memberi manfaat besar kepada pengguna dan masyarakat keseluruhannya.

Jika disalahgunakan akan memberi musibah serius kepada seseorang sehingga boleh memberi impak negatif kepada pembangunan serta pembinaan anggota dalam masyarakat dan generasi muda, kelompok terbesar di dalam rangkaian komunikasi maya ini.

Dulu konflik keluarga atau kes perceraian sering berlaku akibat isu kecil seperti kesan gincu di baju suami, salah faham suami isteri, campur tangan keluarga kedua-dua pihak atau impak lebih besar seperti SMS, e-mel dan sebagainya. Namun, dalam satu kajian terbaru di Barat yang boleh dijadikan panduan kita menunjukkan masalah itu kini turut disumbangkan oleh laman sosial seperti Facebook.

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sosial di samping beberapa punca tradisional lain. Malah, kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Situasi ini mungkin akan berlaku dan tidak jauh bezanya dengan pasangan di negara kita jika penggunaan laman sosial seperti Facebook dan medium komunikasi lain tidak diberi perhatian serius dan dipantau sewajarnya. Bibit-bibit berkenaan mungkin sudah berlaku di negara kita, cuma mungkin belum parah atau dilaporkan kepada media massa.

Apa yang sangat mengejutkan dilaporkan bahawa antara bahan digunakan ketika berkomunikasi adalah lambakan mesej yang tidak berfaedah atau bernada lucah dan gambar seksi yang menggoda di Facebook.

Ini mungkin untuk perhatian pengunjung supaya bertandang ke Facebook masing-masing. Aktiviti ini amat tidak beretika dan perlu dipantau agar tidak disalahgunakan. Tambahan pula kewujudan laman web itu juga didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih selepas terpisah sekian lama.

Kajian itu menunjukkan Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam AS mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian di mahkamah.

Selanjutnya, menurut kajian berkenaan, penyumbang kedua terbesar adalah laman sosial MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus) serta selebihnya laman sosial lain.

Tahun lalu sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca. Menurut laman web Divorce-Online, kebanyakan pengguna laman sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Realiti ini sangat bahaya dan oleh itu, pengguna Facebook perlu berhati-hati, beradab dan bertanggungjawab menggunanya.

Secara positifnya, di samping Facebook, Friendster, MySpace dan sebagainya kini turut menjadi medium yang popular, berkesan, mudah dan menarik untuk menjalinkan persahabatan dengan sesiapa saja di seluruh dunia.

Justeru, melihat kepada potensi besar kepada Islam dan dakwah serta tarbiyah, pemimpin Islam dan gerakan Islam disaran menyertai laman sosial ini sebagai satu cara menarik generasi muda umpamanya mendekati dan memahami agama Islam secara holistik.

Dengan laman paling digemari golongan muda, Facebook dan laman sosial lain boleh dijadikan portal untuk membimbing, memandu dan memperbetulkan kepincangan dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang kian menjadi-jadi ketika ini.

Umumnya umat Islam tidak dihalang menggunakan laman sosial ini untuk berhubung dengan rakan dan melakukan kerja berfaedah misalnya, tetapi perlu ditegaskan bahawa untuk bergosip, bermain cinta dan menyebarkan fitnah serta berkelakuan tidak beradab adalah dilarang.

Semua lapisan masyarakat Islam, terutama golongan ulama, pendakwah, pemimpin politik, pendidik, pemimpin pelajar dan lain-lain perlu memastikan agar budaya berfacebook tidak disalahgunakan, malah mengaplikasikannya sebagai medium memastikan masyarakat benar-benar memahami Islam secara syumul dan komprehensif di samping menjadi medan rujukan dalam segala hal.

Cabaran dan agenda terbesar umat Islam hari ini dalam berdakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam adalah bagi memastikan mereka memahami perspektif Islam secara tepat, efektif dan sebagai prasyarat misi memperbetulkan prasangka buruk masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Persepsi negatif dan anggapan buruk masyarakat bukan Islam perlu ditangani agar keadaan tidak menjadi lebih serius serta merugikan masa depan Islam dan ini boleh dilaksanakan melalui medium komunikasi maya seperti Facebook.

>Penulis seorang peguam


p/s nak berfb tak salah tp berpada-padalah jgn sampai ketagih…sy tak main games dan tak layan sebarang games yg org hantar..jadi sy tidak ketagih facebook…sy cuma nak baca info2 ustaz…dan tanya khabar rakan lama dan saudara mara..yg paling istimewa chat dengan suami utk jimat kredit atau bil telefon itu pun ketika masuk hospital….games ke apa kalau kita tak layan dia ok je…sy tak beminat langsung games2 ni…tak payahlah nak besarkan anak dalam fb…besarkan anak sendiri lebih baik lagi…berpahala lagi.  nak berkebun kat fb  takdak faedahnya…baik gi gembur tanah pokok dlm pasu ke bagi ikan makan kat mini kolam ke, belajar buat pola baju ke, jahit manik ke,baca buku2 ugama ke…banyak benda yg kita boleh buat…fb kita yg kontrol dia…bukan dia kontrol kita…

dulu sy tak berminat langsung nak berfb*sementara orang lain kalut ngan fb’…tp bila sy tengok ada juga kebaikannya ada ustaz2 yg berdakwah melalui fb sy terbuka hati. Lagipun takut di kata ketinggalan zaman..sbb zaman sekarang anak yg umur 5 tahun pun berfb. So pandai2lah kita mengendalikannya ya.

 

p/s saya sedih bila ada kalangan sepupu2 yg meletakkan gambar2 membuka auratnya…dan seolah2 suka bila di puji dan di komen. Kita tak mengharapkan komen dari org lain setiap kali kita update. Itu hak mereka…tp andai gambar yg terbuka auratnya di letakkan seolah2 fb segalanya boleh. Sudah puas aku menegur tp apakan daya kerana dia bukan anakku, adikku or anak buahku…

Salam Maal Hijrah Semoga kita berubah ke arah kebaikan dan bersiap sedia menambah amalan kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan datang. Insya Allah Insya Allah Insya Allah semoga tahun baru ini memberi sejuta sinar buat kita semua….amin…

1 Response to "Facebook bagaikan madu dan racun"

facebook ..macam2 ada hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Disember 2010
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 815,759 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: