bila hatiku berbicara

Sinetron Indonesia

Posted on: Disember 28, 2010


SAFEE bakal menjadi tumpuan di Jakarta malam esok.

ENTAH apa agaknya yang akan diulas oleh Indonesia andainya mereka menang pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menentang Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Adakah mereka akan menyalahkan sinaran laser atau sebaliknya?

Mungkin pemain, pegawai serta pemimpin tertinggi skuad Indonesia lupa dengan reputasi skuad Malaysia.

Mereka lupa bahawa skuad bola sepak negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini.

Sukan SEA 2009 di Laos sudah cukup untuk membuktikan tentang kehebatan skuad bimbingan K. Rajagobal itu.

Pada temasya di Laos itu, Malaysia menang pingat emas meskipun 1,001 macam dugaan serta tipu muslihat yang mereka hadapi daripada pasukan lawan.

Namun, mereka tetap meneruskan perjuangan dan akhirnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir.

Kali ini, pada Kejohanan Piala Suzuki AFF, skripnya hampir sama.

Pada aksi pembukaan menentang Indonesia di peringkat kumpulan, mereka dibelasah 5-1 tetapi kekalahan tersebut diterima dengan hati terbuka tanpa membuat kecoh meskipun penjaga gol Malaysia pada perlawanan pertama itu, Sharbine Alawee telah beberapa kali diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia.

Alasan Rajagobal atas kekalahan tersebut ialah barisan pertahanan mereka goyang dan bukannya disebabkan laser.

Kelmarin, Indonesia tewas 3-0 dan ‘laser’ dijadikan alasan.

Andai pertahanan Indonesia kental, tidak mungkin gawang mereka dibolosi.

Tetapi sayang, kerenah penjaga gol mereka, Markus Harison yang mendakwa diganggu pancaran laser daripada penonton telah mematikan rentak permainan Indonesia yang dilihat seimbang pada separuh masa pertama.

Lakonan penjaga gol Indonesia hanya berlaku setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.

Tetapi jaringan yang dihasilkan oleh pasukan Malaysia bukannya berpunca daripada sepakan percuma, semuanya bermula daripada gerakan padang.

Adakah keempat-empat pertahanan Indonesia itu ‘diganggu’ oleh pancaran laser sehingga gagal menyekat kelincahan penyerang Malaysia?

p/s bila dah kalah macam2 hal yg timbul…

Pekung laser Indonesia terdedah


SEDUTAN video menunjukkan penjaga gol Malaysia, Sharbinee Alawi terkena pancaran laser hijau (dalam bulatan) semasa perlawanan menentang Indonesia di Jakarta baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.

Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk ‘Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?‘ pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

“Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan,” katanya.

Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.

“Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?,” ujarnya.

p/s sopo laser sopo nih….waduh kalau  dah kalah trima aje dong ahh,jangan ribut2…..

5 Respons to "Sinetron Indonesia"

insya Allah andainya ada rezeki Malaysia pasti akan menang…

kalau tidak keliru, laser yang diarahkan pada kiper Malaysia tersebut terjadi setelah timnas indonesia membuat gol ke 5. Jadi bisa saja laser tersebut justru datang dari supporter Malaysia yang kecewa dengan kiper Sharbinee Alawi

ada cerita bola juga kat sini ya hehe

hehehe zino….alahai nak relexkan minda je
hahahaha…

maliki……udah2lah kita tunggu dan tengok aje erk…laser2 ni hanya kamu2 aje yg lebih2…pasukan malaysia biasa2 je…bukan kerana laser tp saja nak cari gaduh lah tu…provokasi yg terlampau……fanatik kamu erm berlebihan………nak tergelak besarlah alasan laser…tp tak mengaku kesilapan sendiri…..kalah menang adatlah dalam pertandingan…

…tengok bagaimana layanan org2 sana ke kita…aduyai …sedangkan di sinilah hangpa semua duk cari rejeki…padahal kalau di fikir2 hanya sebiji bola nggak usah gaduh2…terimalah kekalahan itu dengan redha sebagai mana Malaysia menerima kekalahan 5-1 xde ribut2 pun..

….Malaysia pasti juara…..pasti insya Allah….

Sharbinee akui lebih dulu jadi sasaran pancaran laser

JAKARTA – “Memang ada (sinaran laser) pada perlawanan itu dihalakan ke arah saya. ”Kita kalah tetapi kita tidak menjadikan insiden yang menimpa saya itu punca kekalahan.”

Demikian pengakuan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee Ramli, 24, terhadap insiden beliau menjadi mangsa pen sinaran laser dari penyokong bola sepak Indonesia ketika skuad negara tewas 1-5 dalam aksi sulung Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 1 Disember lalu.

“Bagi saya ia tidak memberi kesan selagi kita tidak memandang ke arah pancaran laser itu,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui selepas sesi latihan ringan di pekarangan Hotel Sultan di sini semalam.

Isu pen sinaran laser itu menjadi hangat selepas penjaga gawang pasukan Indonesia, Markus Harison Rihihina membuat protes selepas mukanya terkena sinaran laser sehingga mendorong perlawanan akhir pertama antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil terhenti selama enam minit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Disember 2010
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 815,759 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: