bila hatiku berbicara

Penantian 14 tahun berakhir

Posted on: Disember 29, 2010


Daripada WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@ksomo.com.my


PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

JAKARTA – Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.

Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.

Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.

Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.

Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.

Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang ‘alah’ dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Permainan hampir berubah menjadi milik Indonesia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol. CEKAP…penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.

p/s Tahniah Malaysia…Tahniah Apex/Khairul Fahmi Tahniah Safe Tahniah NorShahrul Tahniah semua. Bangga sungguh anak muda negeriku*Apex* mencipta nama besar. Anak Kelantan boleh, Malaysia Boleh. Hidup Khairul Fahmi. Terbaek…..cayalah…

DETIK KERAMAT…Safiq Rahim (kanan) menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

Apa lagi alasan Indonesia?


APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara?

Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri.

Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang.

Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan.

Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri.

Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu.

Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan.

Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tuli- san berbentuk sindiran.

Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri – adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu?

Adakah pemain mereka dibawa menggunakan kereta perisai untuk datang ke stadium?

Kalau saya seorang warganegara Indonesia, saya akan berasa malu melihat sikap seperti itu.

Ia membuktikan betapa biadapnya sikap kita terhadap tetamu yang tidak bersalah.

Bila kalah, pelbagai alasan dilemparkan. Penyokong Malaysia dituduh mengguna laser yang mereka dakwa mengganggu penjaga gol, Markus Harison.

Nak menuduh biarlah berasas. Sedarlah bahawa dalam sukan, yang terbaik pasti menang dan sinaran laser bukan punca.

Untuk pengetahuan penyokong Indonesia – Malaysia memang hebat dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Walaupun tewas 1-2 pada final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi tetapi Malaysia tetap bergelar juara dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-0 pada final pertama, Ahad lalu.

Kelebihan jaringan di tempat lawan juga memihak kepada Malaysia selepas Mohd. Safee Mohd. Sali berjaya menggegar gawang Indonesia pada separuh masa kedua untuk mendahului 1-0 sebelum lawan mereka bangkit menjaringkan dua gol.

Adakah penjaga gol Indonesia, Markus diganggu sinaran laser dengan jaringan Mohd. Safee itu?

Markus memang bijak berlakon. Lakonan yang telah memusnahkan harapan pasukan mereka.

Jika dia tidak berlakon pada final pertama di Bukit Jalil, Ahad lalu, saya yakin keadaan akan berbeza.

Gara-gara kerenah Markus itu, rentak permainan mereka tempang dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menghasilkan tiga gol.

Pada aksi kedua semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat turut diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia tetapi dia tetap berjaya menyelamat sepakan penalti yang diperoleh Indonesia pada separuh masa pertama.

Apa pun, kejohanan sudah berakhir dan Malaysia sudah sah bergelar juara, sekali gus mengakhiri penantian selama 14 tahun.

Tahniah kepada Indonesia kerana mencatat kemenangan pada final kedua ini tetapi sayang ia tidak cukup bagi membolehkan mereka bergelar juara.

Bila dah ‘sayur’, memang ‘sayur’ dan memang betul pun apa yang diperkatakan oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim kelmarin sebelum berlangsungnya final di Geloran Bung Karno itu.

Peringatan kepada skuad kendalian K. Rajagobal ini – jangan mudah berasa selesa dan terus berusaha meningkatkan reputasi pasukan.

Saya anggap kemenangan pada Piala Suzuki AFF ini serta kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos lalu sebagai petanda kebangkitan bola sepak negara.

Tahniah Malaysia!

p/s Indonesia…. sandiwara kamu sudah berakhir….jangan marah wak2 n mbak2 yang kerja kat Malaysia ni…  jangan marah Ariff n Lubis * suami anak buahku yang berasal dari Acheh dan Medan*….sudah di jangka Malaysia akan menang…..chayok chayok…..

p/s sejak bila sy minat bola?erm jawapannya semenjak dari sekolah rendah lagi…time tu xde tv dengar arena sukan hihihi. Pasukan Kelantan tetap di hatiku sebab sy orang Kelantan*tak di nafikan lagi*. Pasukan Kedah boleh lah sikit2 sebab suami orang Kedah kena ambik hati dia hehehe. Untuk hilangkan tension tengok bola la…

4 Respons to "Penantian 14 tahun berakhir"

Best!!! Tahniah Malaysia

[…] Penantian 14 tahun berakhir Daripada WAN FAKHRUL BAKAR fakhrul@ksomo.com.my PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala […] […]

Penyokong Indonesia ugut tembak kami – Amri

RATA-RATA pemain bola sepak kebangsaan yang baru pulang selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 kelmarin menyifatkan kerenah penyokong fanatik bola sepak Indonesia amat menakutkan.

Walaupun mereka menaiki kereta peri- sai demi keselamatan, namun masih ada sebilangan penyokong republik itu mengugut untuk menembak pemain pasukan bola sepak negara.

Penyerang senior kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah yang mendengar sendiri ugutan daripada penyokong Indonesia yang fanatik itu berkata, ia suatu pengala- man yang tidak boleh dilupakan.

“Mereka kata, kalau di Malaysia pakai panahan pena laser, di sini (Indonesia) kami pakai senapang. Itu yang saya dengar dan mereka memang fanatik dan bebas menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM, Kelana Jaya sekembali ke tanah air semalam.

Menurut Mohd. Amri, dia mendengar kata-kata itu semasa sesi memanaskan badan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta dan mengaku perasaan takut me- nyelubungi dirinya.

“Keadaan di sana amat tegang dengan dipenuhi oleh penyokong-penyokong Indonesia sepanjang memasuki kawasan stadium,” katanya.

Sementara itu, penyerang sensasi dan penjaring terbanyak kejohanan, Mohd. Safee Mohd. Sali juga mengakui, sikap fanatik penyokong Indonesia begitu berbeza dengan penyokong di Malaysia.

Katanya, selain ugutan, mereka juga tanpa segan menunjukkan isyarat lucah kepada pemain negara selain cuba menggunakan kekerasan semasa pasukan negara keluar dari hotel penginapan ketika berangkat pulang ke tanah air.

Bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pula, konsentrasinya terganggu semasa menaiki kereta perisai tersebut.

p/s ganaihnya depa nih….agaknya inilah contoh orang2 yg tak bertamadun….

Minda: ‘Baracuda’ malukan Indonesia

SELAMA ini, tidak pernah tercatat dalam sejarah pemain bola sepak dibawa menaiki kereta perisai ke stadium. Bagaimanapun, ia berlaku pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu lalu seolah-olah skuad Malaysia menuju ke medan perang.

“Kami menaiki kereta perisai ke stadium. Suasana amat berlainan sekali seolah-olah mahu pergi berperang. Tetapi mental kami kuat dan tidak tunduk kepada tekanan,” kata ketua pasukan, Safiq Rahim menceritakan pengalaman pemain menaiki kereta perisai selepas Malaysia mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2.
Lima kereta perisai ‘Baracuda’ disediakan untuk membawa skuad negara ke stadium bagi menjamin keselamatan mereka berikutan ancaman segelintir penyokong Indonesia yang hilang semangat kesukanan.

Walaupun pemain bimbang dengan keselamatan, satu perkara yang perlu kita tabik ialah kekuatan mental mereka amat tinggi dan ini terbukti apabila mampu menyerap tekanan dalam perlawanan akhir pusingan kedua itu walaupun tewas 2-1.

Tanpa kekuatan mental kita percaya pintu gol Malaysia boleh dibolosi banyak gol berikutan asakan pasukan lawan yang mendapat sokongan 95,000 penyokong sejak awal permainan.

Apa pun menggunakan kereta perisai untuk membawa skuad negara adalah sesuatu yang memalukan Indonesia di mata dunia kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Mungkin selepas insiden itu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berfikir dua kali untuk memilih negara berkenaan sebagai tuan rumah berikutan tindak-tanduk liar penyokong mereka.

Mengapa terjadi demikian? Semuanya berpunca daripada provokasi melampau dan pelbagai cerita yang tidak masuk akal disiarkan oleh sebahagian media cetak dan elektronik Indonesia menjelang perlawanan akhir itu.

Ada pengamal media negara berkenaan mengetepikan etika kewartawanan tanpa langsung memikirkan kesan akibat tindakan mereka menyiarkan berita provokasi itu. Matlamat mereka hanya satu, memastikan kemenangan Sang Garuda. Ini jelas mempengaruhi sebahagian besar penyokong mereka hingga tidak menghormati langsung pasukan lawan.

Ramai penyokong mempersendakan lagu Negaraku, Jalur Gemilang dipijak dan dibakar, menggunakan kata-kata kesat seperti Ganyang Malaysia, Malingsia tanpa mengambil kira perasaan rakyat negara jiran yang selama ini dikatakan serumpun.

Sebaliknya, media Malaysia tidak langsung melatah seperti mereka malah memberikan laporan profesional sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan. Jika media Malaysia melakukan provokasi kita percaya turut tidak disenangi rakyat Indonesia.
Pengaruh media juga menyebabkan segelintir penyokong Indonesia mengibarkan kain rentang menghina K Rajagobal dan skuad negara ketika berlatih di hotel penginapan.

“Saya tidak tahu apa salah kami sehingga dilayan begini. Ketika Indonesia berkunjung ke Kuala Lumpur kami melayan mereka dengan baik,” kata jurulatih yang berjaya menaikkan nama negara selepas memenangi pingat emas Sukan SEA tahun lalu dan Piala Suzuki, Rabu lalu.

Kebebasan bersuara yang dimiliki selepas zaman pemerintahan Presiden Suharto disalahgunakan hingga etika kewartawanan tidak ada lagi dalam kamus sesetengah media. Perkara paling menyedihkan ialah mereka mengaitkan perlawanan bola sepak dengan politik hingga sanggup membangkitkan kebencian rakyatnya kepada Malaysia.

Provokasi melampau sebahagian media Indonesia terjadi kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan 3-0 kepada Malaysia pada perlawanan pusingan pertama lebih-lebih apabila ia dikaitkan dengan insiden laser.

Walaupun jurulatih Sang Garuda, Alfred Riedl mengatakan laser bukan punca kekalahan, mereka masih tidak dapat menerimanya.

Ini kerana sebelum perlawanan pusingan pertama media Indonesia begitu yakin bahawa Indonesia akan mengalahkan Malaysia berdasarkan kemenangan 5-1 pada perlawanan pembukaan di tempat sendiri. Kuatnya pengaruh media itu membuatkan pemain dan pegawai Indonesia seronok dibuai pujian melambung disertai dengan jemputan makan di sana sini. Perkara ini diakui oleh Riedl sendiri selepas Sang Garuda dibaham Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil, 26 Disember lalu.

Hakikatnya, Indonesia lebih rela kalah kepada Singapura, Vietnam atau Thailand berbanding Malaysia kerana mereka bongkak, sombong, cemburu, iri hati dan malu jika kecundang kepada negara serumpun. Provokasi mungkin tidak berlaku jika mereka bertemu negara lain. Sungguh mengecewakan.

Wahai media cetak dan elektronik Indonesia termasuk “akhbar nyamuk” belajarlah menerima kekalahan kerana ia sudah menjadi adat pertandingan ada kalah dan menang.

Yang penting mencari kelemahan sendiri bukan menutup kekalahan dengan menuding jari kepada orang lain. Malaysia yang kalah 5-1 di tangan Sang Garuda menerimanya dengan lapang dada kerana kelemahan sendiri tanpa menyalahkan orang lain.

Ubahlah mentaliti anda. Belajarlah menulis laporan secara rasional bukan atas dasar cemburu atau marah bak kata pepatah marahkan nyamuk kelambu dibakar. Di mana etika kewartawanan yang diamalkan selama ini?

Sebagai pengamal media kita tidak boleh memikirkan sensasi semata-mata sebaliknya harus mendidik pembaca kepada perkara positif, bukan mengajar mereka menjadi warga negara mentaliti kelas tiga.

Kebebasan bersuara bukan tiket untuk melaporkan sesuatu perkara mengikut perasaan. Ia perlu berlandaskan fakta dan bukti hingga dihormati orang lain. Apa gunanya kebebasan bersuara jika rakyat menjadi huru-hara hingga tidak boleh berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu perkara.

# Penulis Pengarang Eksekutif (Rencana) Harian Metro/Metro Ahad

p/s komen last isu bola……..dalam apa jua keadaan gunalah akal yg waras…jgn ikut nafsu amarah kelak merana diri……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Disember 2010
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: