bila hatiku berbicara

2010 melabuhkan tirainya

Posted on: Disember 31, 2010

Pastinya tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam hidup saya. Yang pahit itu banyak kerana suami mengalami kemalangan. Tetapi alhamdulillah walau kereta remuk tp orangnya syukurlah tidak mengelami kecederaan yang begitu serius cuma retak tulang rusuk dan sakit bahagian dada. Mungkin inilah ujian yang Allah Taala sudah takdirkan buat kami. Saya redha dan bersyukur kerana suami saya selamat.

Mungkin saya tidak pandai untuk menulis atau bercerita….sudah lama saya tidak bercerita di blog ini. Sempena tahun baru 2011 yg bakal menjelma tak beberapa jam lagi…saya ingin mengambil kesempatan untuk  mengucapkan selamat tahun baru 2011 untuk rakan2 saya kasihi. Terutama sekali rakan2 yg masih berusaha dengan tidak pernah jemu untuk memperolehi zuriat. Mudahan tahun 2011 ini puan2 semua akan di anugerahkan cahayamata.Yang pasti puan2 kena banyak berdoa dan berikhtiar. Andai ada rezeki tidak akan kemana…amin….

Untuk Sya dan Balkis…mungkin sudah menimang cahayamata. Yaya, Lieza tahniah bakal menjadi ibu. Untuk Arini, Hasliza, Alia, rossa,aylum, kakak, kak nw, haiza,salina,k.rihan, syima,azie dll*maaf tak dapat nak sebut nama kesemuanya* selamat berjaya semuanya. Saya masih mengingati anda semua….terima kasih kerana memeriahkan blog saya….

3 Respons to "2010 melabuhkan tirainya"

Salam kak iman…
Pada kesempatan ini, yaya juga ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011 buat kak iman dan semua sahabat kita… semoga kita terus diberi kekuatan dan diberi peluang olehNya untuk meneruskan liku2 kehidupan…

Terima kasih pada kak iman kerana memberi kesempatan untuk kita semua berkongsi masalah, pengalaman, pengetahuan….. memang yaya akui banyak ilmu yang yaya dapat melalui blog akak ni…yaya juga dapat kekuatan daripada rakan2 senasib… semoga rakan2 yang lain juga berkesempatan bergelar ibu. InsyaAllah, sama2 lah kita doakan.

Untuk pengetahuan akak, Alhamdullllah yaya telah selamat melahirkan bayi perempuan bulan oktober yang lepas. Sebaik saja tgk wajah baby, air mata yaya terus mengalir… syukur atas anugerahNya…anugerah yang terbaik yg pernah yaya dapat… terus yaya teringat rakan2 kat blog ni…dan mendoakan mereka juga dapat rasa apa yang yaya rasa. Akak doakan yaya dan suami dapat menjaga amanah Allah pada kami ini dengan baik.

slm kembali Yaya…Subhanallah akak tumpang gembira dan bahaga mendengar Yaya sudah menjadi ibu…tahniah Yaya..akak pun tumpang gembira …rasa nak mengalir air mata…

harap2 Yaya sudi memberikan gambar baby yaya utk tatapan kami…dan apa nnama baby comel tu…mudahan kawann2 yg lain akan d kurniakan zuriat seperti yaya, balkis dan liza…aminnn….

slm yaya..share le gambar baby yaya..bby balkis kak dah tengok dah cute sangat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Disember 2010
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: