bila hatiku berbicara

Paksa anak yatim cari dana

Posted on: Januari 27, 2011

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


ANGGOTA penguat kuasa menyiasat penghuni sebuah pusat tahfiz di Port Dickson semalam manakala gambar kecil ialah anggota kerja pusat tersebut.

PORT DICKSON – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah.

Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan ‘bekerja’ atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah.

 

‘Saya dikerah seperti hamba’

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my


SEORANG anggota polis mengambil keterangan daripada kanak-kanak di pusat tahfiz, Lukut, Port Dickson semalam.


 

SHAH ALAM – Seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun.

Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari.

“Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya.

“Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan,” ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba.

p/s lagi2 pelajar sekolah tahfiz di suruh menjual barangan..apa ustaz2 kat situ tak boleh ke buat sendiri semua itu? kesianlah kat budak2 ni…kalau kena kat anak kita macam mana? Kerajaan tak bantu ke sekolah tahfiz? Tak mahu kah buat amal jariah? Kalau kat kuil bolehlah pulak bagi bantuan? Memang dah terbalik pemimpin islam bantu kuil..lantaklah kuil tu ibadah orang kapiaq. Tak kiralah sek tahfiz ni  berdaftar atau tidak..tp kalau ada sumber tak kan lah mereka di paksa menjual…tp yg ustaz pulak tak kan lah sampai malam2 biarkan budak2 jual barang. Budak2 tu bukannya hamba suruhan walaupun anak yatim. Kalau nak  suruh berniagapun agak2lah. Kalau anak2 depa kenapa pulak tak di paksa meniaga malam2.

terus teranglah saya kasihankan budak2 ni…bimbang takut budak2 ni di jadikan alat untuk menyenangkan orang lain…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Januari 2011
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: