bila hatiku berbicara

Kurang didikan agama ketika kecil

Posted on: Februari 6, 2011

KUALA LUMPUR: Kekurangan ilmu agama menjadi penyebab ramai gadis sanggup terbabit dalam gejala sosial semata-mata mengejar pendapatan lumayan, biarpun berpelajaran tinggi.

Panel Sosial, Ahli Majlis Perunding Islam Malaysia, Dr Mastura Badzis berkata, gadis masa kini tidak mendapat pendidikan agama secukupnya daripada keluarga.
Katanya, meskipun mempunyai segulung ijazah, ia belum menjamin masa depan mereka supaya tidak terbabit dengan gejala sosial.

“Ajaran ilmu agama lebih penting daripada segala-galanya. Sebab itu anak harus diajar mengenai agama sejak kecil.
“Selain itu, kesibukan ibu bapa yang bekerja siang dan malam juga menjadi punca mengapa anak mereka menjadi begini ketika meningkat dewasa.
“Seharusnya, ibu bapa menjadi kawan rapat kepada anak mereka dan berkongsi masalah serta memantau apa yang dilakukan mereka supaya tidak terbabit dengan gejala ini,” katanya.

Menurut Mastura, ibu bapa juga harus mengawal penggunaan Internet kerana tanpa pengawasan, ia boleh membinasakan masa depan anak.
“Laman sosial kini memberi lebih banyak impak negatif kepada golongan remaja jika tidak dipantau. Jadi tidak hairan pelbagai masalah bangkit daripada penggunaannya.

//

“Penipuan dijalankan sesetengah gadis itu ibarat memakan diri sendiri. Mungkin pada mulanya mereka sekadar suka-suka, tetapi impaknya lebih teruk daripada itu.
“Pendidikan awal untuk remaja menjadi agenda penting dalam mendidik peribadi golongan itu. Sekurang-kurangnya, mereka dapat memahami bahaya atau ancaman akan datang.
“Kebanyakan ibu bapa membenarkan anak mereka menggunakan Internet tanpa had dan kawalan. Selain itu, terpengaruh dengan rakan juga menjadi sebab mengapa mereka berani melakukan penipuan seperti itu,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Februari 2011
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: