bila hatiku berbicara

mana tudung Aisyah

Posted on: Februari 17, 2011

SEPADAN...Ally dan Nur Aishah memegang tepak sirih hantaran peminangan mereka.
SEPADAN…Ally dan Nur Aishah memegang tepak sirih hantaran peminangan mereka.
p/s bukankah budak ni yg menangis terisak di hadapan
ustazah bahiyah dulu?lepas tu dia bertudung…la
dah buka balik dah…erm dunia dunia…

PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairul Noormaidah Zali atau Aida, kini seorang lagi peserta GM1 disunting pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar Mohd Mardzi.

Ally Iskandar, 35, memilih Nur Aishah Zainal, 26, sebagai pilihan hatinya dan pasangan ini selamat bertunang pada 11 Februari lalu. Malah, majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup yang dihadiri sanak-saudara kedua-dua pihak.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran program baru, Sejuta Impian di Sri Pentas, TV3, semalam, Ally berkata, dia tidak berniat menyembunyikannya daripada media, tetapi menghormati permintaan keluarga.

“Saya minta maaf kepada semua pihak kerana tidak mengundang untuk menghadiri majlis pertunangan itu kerana bukan saja wakil media, tetapi rakan sekerja juga tidak mengetahuinya kecuali bos saya.
“Justeru, tak dinafikan saya terkejut apabila majlis pertunangan itu keluar dalam ruangan gosip. Saya tertanya-tanya juga siapa yang memaklumkannya, tetapi selepas membaca dan turut ditulis mengenai tema merah hitam majlis itu, saya faham.
“Barangkali maklumat itu diberikan pihak yang terbabit menguruskan majlis pertunangan itu. Bagaimanapun, saya tidak berniat untuk menyembunyikannya,” katanya.

Menurutnya, dia mula mengenali Nur Aishah pada 2008 dan mereka mula serius sejak tiga bulan lalu.

“Kalau diikutkan saya seorang yang cerewet dalam memilih teman. Bagaimanapun, Nur Aishah ini lain orangnya kerana saya tidak pernah mempersoalkan apa-apa mengenai wanita sepanjang berada di sampingnya. Bahkan, saya ingin selalu bersamanya,” katanya.
Tidak memaklumkan jumlah wang hantarannya, Ally yang ditanya mengenai kriteria Nur Aishah yang juga pemenang tempat kedua GM1 berjaya menambat hatinya, sekadar memaklumkan dia menerima gadis itu seadanya dan mahu sentiasa berada di sisi Nur Aishah.

11 Respons to "mana tudung Aisyah"

Assalamu’alaikum akak Nuriman..lama x dgr khabar..sihat?
ya begitulah manusia bila Allah beri kesenangan sikit..mudah aje lupa yg dia dulu penah bertaubat (mengharapkan kemenangan Gadis Melayu drpd Allah).. Lalu dgn belas kasihan Allah maka beri dia jadi naib juara..

waalaikumusalam zafir..lamanya tak dengar khabar zafir…dah tak terkejut tengok aISYAH TAK BERTUDUNG….kALAU BERTUDung hanya nak jadi juara tu tak betul lah…patut husna yg naib juara…

lagi satu,..dgr khabar (dan saya sendiri penah tgk gambar) yg bekas istri Akhil Hayy Maizawati juga mula brpakaian ala-ala dedah gitu brsama tudung…hmmmm

tahniah kepada waheda kerana berhijab…dah dapat suami pun muda kena ikut citarasa org muda payah lah camtu….

adakah tudung itu cuma pelengkap pada sesuatu set pakaian…///

glory: mungkin..org yg memakai tudung hari ini hanya sekadar fesyen/trend sahaja..oleh itu, maka ramailah yg pakai tudung..tp pada masa yg sama dedahkan aurat yg lain..ada pula yg menyangka pakai tudung suda cukup utk menunjukkan yg seseorg itu muslimah..tudung, baju fit ketat & LEGGING..fesyen inilah yg menjadi trend terkini. bnyak kita lihat d mana2 saja..pendek kata, pakai tudung tp x paham aurat..

sakit mate tengok pompuan bertudung sekarang ni….nampak lurah pungkok pun ada…kalau camtu buka teruslah tak payah bertudung kerana nak berfesyen2..

nama je tudung muslimah tp nipis…seksi..tak melepasi dada…..

The other day, while I was at work, my sister stole my iPad and tested to see if
it can survive a 40 foot drop, just so she can be a youtube sensation. My apple
ipad is now broken and she has 83 views. I know this is totally off topic
but I had to share it with someone!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Februari 2011
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: