bila hatiku berbicara

cerita akhil dan wasinni

Posted on: Julai 15, 2011

Belum ada rezeki


 

SAAT pelantun lagu Wassini, Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 33, bersama penceramah bebas, Akhil Hayy, 42, diijab kabul pada 16 Ogos 2009, bukan seorang tetapi banyak suara-suara sumbang yang mengata.

Paling teruk adalah Waheeda kerana dia dikatakan sebagai perampas suami orang. Walaupun ditohmah dan dicaci, dua figura ini tenang dan sabar menerimanya.

Tidak cukup dengan itu, Waheeda didakwa pula terkena buatan orang dan sakit sehingga Akhil tidak dapat menghadiri perkahwinan bekas isterinya, Maizawati Zainal, 37.

Namun, semakin lama cerita negatif tentang pasangan ini semakin surut diceritakan dan akhirnya lenyap selepas dua tahun mereka melayari perkahwinan.

“Alhamdulillah!” Itu ungkapan pertama yang dilontarkan Akhil tatkala bertentangan mata dengannya.

Bertemu dengan pasangan itu selepas sidang akhbar program dakwah baharu Astro Oasis, Cubaan yang menampilkan Akhil sendiri sebagai pengacaranya, pasangan sama cantik, sama padan itu kelihatan bahagia dan romantis bersama.

Diterjah soalan, sudahkah menerima kehadiran orang baharu dalam hidup, Akhil yang segak mengenakan kot hitam itu hanya tersenyum dan memberitahu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Namun, kata pengacara dan juga penyanyi yang berasal dari Gopeng, Perak itu, mereka tidak terdesak dan tidak juga terlalu menanti-nantikan kehadiran anak.

“Walaupun sudah dua tahun berkahwin, masih tidak ada berita gembira mengenai anak. Belum ada rezeki tetapi saya juga tidak terlalu menantikan anak sebab mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan pertama,” kata Akhil mengenai empat orang anaknya bersama Maizawati iaitu Siti Nurmaisara, 14. Muhd. Sharif Hidayatullah, 13, Muhd. Shakir Hidayatullah, 10, dan Muhd. Shatiri Hidayatullah, 4.

Di pihak Waheeda pula, Akhil memberitahu: “Dia pun tiada masalah. Tidak ada tekanan selagi tidak ada orang yang mendesaknya.

“Waheeda juga tidak begitu sihat kerana menghidap asma dan cyst (ketumbuhan rahim). Tetapi cyst tersebut sudah dibuang,” katanya yang menolak bahawa punca Waheeda tidak mengandung disebabkan penyakit cyst itu.

Diajukan perkara yang sama kepada Waheeda, katanya, dua tahun merupakan tempoh untuk membesarkan dan mendidik anak-anak (anak-anak Akhil) selain menguruskan perniagaan bersama suami.

Waheeda juga mengakui belum ada rezeki untuk mendapat anak bagi melengkapkan perkahwinan mereka.

Takut Allah

Pasangan yang ditemukan dalam program Cafe Akhil Hayy di saluran Astro Oasis itu bagaimanapun tidak terlalu memikirkan kehadiran anak kerana sibuk dengan pembikinan album berunsur dakwah baharu Akhil dan juga urusan perniagaan umrah.

Album kelima Akhil yang bakal dipasarkan pada Syawal ini begitu istimewa kerana ia juga mendapat sentuhan lirik daripada isterinya.

“Album ini akan menampilkan beberapa kelainan kerana saya akan menyanyikan lagu hasil nukilan isteri saya.

“Bukan mudah untuk menyanyikan lagu yang berentak World Music, tetapi selepas mendengarnya beberapa kali, saya yakin peminat-peminat akan menggemari lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini,” kata Akhil yang mempertaruhkan lapan buah lagu di dalam albumnya.

Beralih kepada Waheeda pula, katanya, terdapat dua buah lagu yang ditulis khusus buat Akhil iaitu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau).

Menurutnya, album berkonsepkan taubat itu mengumpulkan lirik-lirik ketuhanan.

“Dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasi Akhil bersama penyanyi Mawi dan Kumpulan Brothers. Lagu ini juga berunsurkan taubat,” katanya yang mengakui lebih tenang bekerja di belakang tabir.

Tidak pernah rindu untuk kembali menyanyi atau belakon, Waheeda bagaimanapun berharap pihak-pihak yang masih menyiarkan lagunya (Wassini) mahupun filem-filem lakonannya seperti Nana Tanjung agar menghentikan siarannya apabila dia menghembuskan nafas nanti.

“Saya lebih tenang berada di belakang tabir. Lebih takut dengan Allah. Saya juga sedar wanita haram melontarkan suara untuk khalayak.

“Saya sedar saya tidak ada kuasa untuk menyuruh mereka berhenti menyiarkan lagu dan filem lakonan saya tetapi harapan saya agar mereka hentikan siaran lagu dan filem apabila saya meninggal nanti,” katanya dalam senyuman tetapi bermakna.

AKHIL dan Waheeda reda dengan ketentuan Allah.

 

Ikatan ukhwah

Tidak hanya tertumpu kepada bidang seni semata-mata, Akhil yang juga merupakan bekas vokalis utama kumpulan Rock D’Riyadh itu juga menubuhkan sebuah syarikat yang mengendalikan program ibadah umrah iaitu Akil Hayy Network.

Syarikat Akhil bersama Waheeda itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Mereka juga sudah membawa rombongan jemaah seramai 30 untuk mengerjakan umrah.

Mereka juga ada mengerjakan perniagaan lain seperti penapis air dan minyak wangi, tetapi lebih mengutamakan program ibadah umrah untuk para jemaah.

“Selain umrah kami juga ada melakukan perniagaan lain tetapi yang utamanya adalah umrah. Apa yang kami lakukan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim di kalangan jemaah yang pergi.

“Ikatan ukhwah itu bukan sahaja terjalin semasa di Tanah Suci tetapi akan berterusan selepas kembali ke tanah air,” katanya yang masih berhubung dengan jemaah-jemaah yang pergi.

Program ibadah umrah Akhil juga mendapat sambutan di kalangan selebriti termasuk Mawi dan keluarga serta Ustaz Radhi (bekas anggota kumpulan kumpulan Melissa) atau nama sebenarnya Mohd. Radhi Abdul Hamid bersama isteri.

Menyentuh mengenai perubahan yang berlaku kepada beberapa selebriti tempatan seperti Sham Kamikaze dan Amir (Kumpulan Ruffedge) Akhil mahupun Waheeda menyatakan mereka sangat bersyukur dan gembira dengan senario tersebut.

Komen himpunan Bersih

Dijolok pula soalan mengenai himpunan Bersih pada 9 Julai lali, kata Akhil, pada tarikh tersebut dia terlibat dengan program di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah bersama kumpula Hijjaz. Tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara sensitif itu, Akhil bagaimanapun menganggap Malaysia merupakan negara demokrasi di mana rakyatnya masing-masing berhak menyuarakan hak.

“Kebetulan masa himpunan Bersih itu saya terlibat dengan program di UiTM bersama Hijjaz.

“Saya tidak mahu komen apa-apa bila ia melibatkan politik. Yang saya tahu Malaysia ada demokrasi. Masing-masing ada hak suarakan sesuatu. Yang menjadi masalah apabila ada sesetengahnya tidak mahu duduk berbincang.

“Islam sememangnya inginkan kedamaian tetapi susah untuk dikecapi jika masing-masing tidak mahu duduk berbincang.

“Sebab tidak dapat apa yang diinginkanlah terjadinya Bersih. Jika hendak salahkan individu tertentu juga tidak boleh,” katanya.

2 Respons to "cerita akhil dan wasinni"

awat rambut pak ustaz mengerbang…je…

ustaz Akhil Hayy diganti oleh ustaz Azhar Idrus (Lagi best) ustaz ni..Banyak ilmu. Semua soalan boleh jawab

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 815,759 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: