bila hatiku berbicara

saat kejatuhan

Posted on: Oktober 17, 2011

SAAT KEGEMILANGAN

Saturday, 30 October 2010

Kelantan Cipta SEJARAH

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Kelantan, yang sedang menyaksikan pilihan raya kecil DUN Galas, mencipta sejarah — buat julung kali muncul juara Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Pasukan Red Warriors yang tewas tahun lalu di tangan Negeri Sembilan — pasukan Hobin Jang Hobin — menebus kekalahan itu walaupun ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Kelantan kecundang dalam tiga perlawanan akhir sebelum ini.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.

Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi.

Bersambung babak kedua, “The Red Warriors” yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57.

Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan “The Red Warriors” Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan.

Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Ketiadaan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan menyebabkan Negeri Sembilan semakin tertekan apabila ketinggalan 1-2.

Bagi mengukuhkan kubu pertahanan, jurulatih Kelantan B. Sathianathan mengambil tindakan bijak memasukan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Khairan Eroza Razali.

Strategi itu berjaya apabila tamat masa permainan menyaksikan Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan.

“”””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””””

KINI…… KelaNtaN TeRsiNgkiR…..

KUALA LUMPUR – Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir apabila sekadar seri 2-2 (agregat 3-5) kepada Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua……….

p/s hidup ini ibarat pusingan roda…takpa lah TRW tahun depan wat molek…Utk Trengganu dan T.Team syabas semoga Piala Malaysia tahun ni duk kat pantai timur lagi tak pe tak dapat kat Kelantan pun asalkan negeri PANTAI TIMUR yang dapat..kira ADIK KAKOK LAH TU……….TERBAEK……

5 Respons to "saat kejatuhan"

sonoknyer akak tewww..

x seronok sebab TRW tak dapat ke final….

Saya puji cara kelantan main malam tu, faktor nasib juga memainkan peranan. bayangkan kalau bola badri yang terkena palang tu masuk, corak permainan akan berubah sama sekali. pada pandangan mata saya, gol pertama ashaari tu off side, nampak jelas dalam ulang tayang kat tv, linesman terkedepan sikit sebab tu dia nampak macam tak off side, itu kira nasib le, begitu juga gol dari azamuddin yang tak dikira, pada pandangan saya beliau on side,

jadi bila tengok semua faktor tersebut selain faktor kekecohan di kt, jelas tahun ini segalanya menjurus kepada kegagalan kelantan, bukan kerana faktor strategi dan pemain, saya tak nampak pemain seperti sengaja bergaduh di kt, tapi diperbesarkan oleh media, biasa la pemain bermain dengan cara begitu, tapi nampak sangat media seakan telah memberi kredit kepada kelantan sebagai pasukan yang suka bergaduh…

sebETULNYA SAya sedih sebab TRW tak dapat ke final setelah dua tahun berturut mara ke final. tp apa nak buat tahun ni taK de rezeki…saya sokong apa yang awak katakan itu media selalu perbesarkan andai melibatkan Kelantan..tak kiralah bola ke apa ke……Insya Allah tahun hadapan pasti akan bersinar lagi….TRW tetap di hatku dulu kini dan selamanya……

ya….ya…saya setuju..media cam suka sangat perbesarkan isu andai ia melibatkan kelate….kenapa ia media ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: