bila hatiku berbicara

rasukan iblis

Posted on: Oktober 18, 2011

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

p/s sungguh tidak berhati perut….tengahari tadi sy menonton WHI dengan tajuk ibu bapa lalai….anak cak kuncak. Menurut kata Encik Yunuf pengasas Kewaja, kita seringkali menyalahkan si ibu bila berlakunya pembuangan bayi, sedangkan sijantan lepas begitu sahaja. Semua ini salah lelaki, kerana dia yang menabur  benih…sepatutnya dialah yang bertanggung jawab.(minta maaflah tak semua lelaki begitu..saya tulis apa yang di lontarkan oleh Encik Yunus..tp dia kata lelaki bukannya jantan…)

3 Respons to "rasukan iblis"

Subahanallah..Tapi Allah lebih Arif..yg terbaik untuk hamba2nya yg melihat menonton dan mengomen!!!.Siapa salah ni???.Tolong jgn galak jari telunjuk menunding,budak pompuan ni bodoh..jahil,dah dirasuk…tak!!!Kita salah menafsir….1 telunjuk di depan..4 jari mengarah pada kita…Mak ayah,masyarakat dan pemimpin semuanya berkait bagai jalinan tali untuk menilat rakit..kalau guna tali…kalau tukar rotan ..kan lebih baik??(harap2 ada yg faham)
Sebelum ana2 ini bertemu keseronokan…siapa yg terbitkan dulu fajar zina ini???Senyumlah dalam hati lalu jawam…mak bapak ler…!!!Yes,u r right!!!!
Kalau mak ayah yg didik,nak ke ank tu keluar jika tak dikatakan di luar begitu begini,bukti apa yg dapat dilihat kalau anak itu derhaka…sebelum nak derhakakan ank,kita mak ayah kena akui,adakah kita ini ank yg soleh??Kalu dah masa muda kita jahat laku,kita pincang akhlak,kita salah pilih jalan…so jgn pulak anak kita nak kita biarkan.Tapi anak2 zaman skrg,..ujian buat semua di sekelilingnya…masa dia buat salah..kita buat dia musuh,kita gertak dgn berhemah tapi dalam nada berkasih sayang,maksudnya..jgn dimarah depan org,depan adik kakak nya..aib jugak dia. panggil jugak masuk ke bilik,katalah ajarlah pukul lah…di situ kita akan tahu,termasukah nasihat kita,kalau tak jugak,maknanya kita ni dah tak sesuai.kita bagi org lain take over..carilah guru ke imam ke penghulu ke…bila anak ni,dah sampai tahap ponteng sekolah,tipu maka ayah,curi duit,main dadah,perasugut kawan..ini semua contoh anak2 yg kurang kasih sayang,terlepas pandang…pendekata…mak ayah lah yg salah!!!sedar2lah mak ayah semua,termasuk aku ni yg lemah lagi jahil,ajaklah anak2 kita cintakan qurang sayangkan kiblat hormati org tua….3 elemen inilah wajib dijaga,agar rumahtangga bahagia..jgn salahkan isteri jangan salahkan suami..kerana dalam umah tu semuanya terangkum padu masam manis hidup berkerluarga….si ayah yg baik,pasti tak akan amalu akui silap dirinya,jgn megah melempar kesat pada si ibu!!!!mebnegrtilah jiwa anak2 yg rosak,kasihanilah mereka yg kering perhatian dan didikan agama!!!

Masya-Allah, innalillahiwainnailaihirajiun… yang meninggal tetap meninggal tetapi yang hidup mesti ambil pengajaran… sedih adalah perasaan kita tetapi kewajipan Allah mesti ditunaikan.
Anak adalah anugerah Allah kepada kita… ini semua manusia tahu tak kira Islam atau tidak. Dalam kejadian seperti ini siapa yang harus dipersalahkan? Nak kata ibu bapa? Ya ka.. ibu dan bapa bersalah. Mungkin itu disebabkan orang yang terlibat utu ialah anak bapa dan ibunya. Tetapi apa puncanya kejadian seperti ini? Adakah ibu dan bapa mengajar anak mereka seperti ini? Tidak.. sama sekali tidak. Tak akan wujud ibu dan bapa yang sanggup mengajar anak mereka melakukan perbuatan seperti ini. Namun, inilah hakikat yang perlu kita terima.
Cuba kita cari, bagaimana seorang anak terdedah dengan perbuatan-perbuatan sumbang yang merosakkan moral dan akhlak mereka. Majalah, akhbar, media, rakan sebaya, malah apa sahaja yang kita jawab, semuanya saling berkaitan.
Penerbit majalah, inginkan pembeli yang ramai supaya untung banyak. Media, inginkan penonton yang ramai supaya rancangan digemari ramai dan boleh buat keuntungan daripadanya. Rakan sebaya, sudah menjadi hukum tuhan bahawa setiap remaja berkeinginan tentang sesuatu yang baru dan perasaan ingin mencuba dan merasa sesuatu yang baru cukup tinggi sehingga mengatasi kewarasan akal dan kemampuan berfikir. Jawapannya hampir sama antara setiap insan tetapi adakah kita mempunyai kuasa untuk menyekat segala pengaruh ini?
Cakap panjang-panjang pun tak guna kerana kita tiada kuasa untuk mengubah apa yang sudah menjadi kebiasaan dan dikuasai wang. Persoalannya, bolehkah kita menghentikan rancangan yang berbaur seks di kaca televisyen? Bolehkah kita menghalang laman-laman web lucah daripada dilayari oleh kanak-kanak? Bolehkah kita menghalang anak kita bergaul tanpa batasan halal dan haram di sekolah, ditempat awam atau di belakang kita?
Berbagai-bagai lagi soalan yang hampir serupa boleh ditanya. Tetapi, siapa kita yang hendak menghalang semua ini. Jadi, kita yang tiada kuasa tak perlu fikir banyak sebab hanya insan yang bertanggungjawab, yang menjalankan amanah Allah dan yang berkuasa terhadap kuasa yang diamanahkan mampu melakukan perubahan.
Kita hanya mampu setakat memberi cadangan kepada yang ada kuasa. Selalunya masuk tong sampah sahaja kalau tiada untung untuk mereka. Sedangkan alim ulamak sebagai lidah yang menyampaikan kalam Allah pun tidak dipeduli, inikan pula kita yang serba dhaif lagi cetek ilmu-Nya..
Apa yang penting, wajib kita ingat, sebagai ibu dan bapa, kita tidak akan terlepas daripada tanggungjawab terhadap anak perempuan kita selagi mereka belum berkahwin dan terhadap anak lelaki kita sehingga kita pejamkan mata. Amanah Allah tu…. kena jaga dengan baik. Buat pertimbangan yang wajar mengikut hukum agama Allah.

Belajar hukum Allah,
Pegang hukum Allah,
Sebarkan hukum Allah,
Laksanakan hukum Allah.

Dah tersesat…???
Kembali kepada hukum Allah,
Jangan malu kepada Allah,
Duduk dihadapan Allah,
Bertaubat kepada Allah.

Ingat….!!!!
Kita akan menghadap Allah,
Amat berat siksa Allah,
Amat bahagia syurga Allah,

Tunaikan dan laksanakan perintah Allah,
selesai masalah, Insya-Allah.

apabila hukum allah tidak dilaksana kan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: