bila hatiku berbicara

Ngauman Harimau Muda

Posted on: November 21, 2011

Malaysia benam Indonesia

Asraruddin Putra Omar (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Indonesia. Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.

p/s Tahniah untuk pemain Harimau Muda Malaysia, Apeq tetap terbaek…

2 Respons to "Ngauman Harimau Muda"

Alhamdulillah. Malaysia mempertahankan pingat emas. syabas diucapkan. sy rasa rakyat Malaysia pun ramai yg tgk perlawanan smlm. mane tknye. jam 5.30pm jalan dh penuh sesak org balik dr kerja. mengenai perlawanan smlm Malaysia bermain dgn baik skali mahupun dibayangi kepenatan. cuma sy tgk keadaan padang agak teruk skali itu yg menyebabkan para pemain berlari seolah2 utk mengelak lubang.walau mcm mane pun aksi bola tetap mendebarkan. Malaysia byk membuat gerakkan cantik mencipta peluang.tp syg striker Harimau Muda mlm smlm agak tumpul. mlm smlm serba tk menjd pemain no13 fakri. peluang byk yg dia dpt tp disia-siakan(kalu salee safi dh gol dh).malah penalti pun tk lps.teruskan usaha Fakri. anda blh pergi jauh.cume perlu bykan latihan.placing dh cantik, cuma finishing yg kena tajamkan.
pemain yg lain semua ok.yg outstanding adelah Baddrol bakhtiar dn Apek.Baddrol mmg tepat sebagai captian pasukan.beliau rajin mengejar bola dn beliau lah yg paling byk kena tackle.mujur la tk injured.sy tgk dia mcm mold steven gerrad pemain liverpool. captain, rajin passing, free kick taker.bg apek. tk perlu dipertikai lg. penjaga gol malaysia yg paling hebat masa kini. maupun tidak setinggi spt pejaga gol yg lain tp beliau cekap menangkap bola.gol pertama indonesia tidak blh dipersalahkan keeper memandangkan bola terlampau tinggi.defender pun tk marking. boloslah.
tahniah kpd Uncle Ong. anda berjaya buktikan harimau muda BOLEH!. pengorbanan anda tidak sia2. teruskan perjuangan oleh kerana Malaysia sudah mula menjadi gergasi bola sepak asia tenggara yg mana kite tenggelam sebelum ni. peminat dh lama sgt bersabar.

tahniah…tampaknya kami harus banyak belajar dari malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: