bila hatiku berbicara

Jururawat dapat kembar empat

Posted on: Februari 8, 2012

 

NORBAZILAH dan Mohd. Sazalee memangku empat bayi kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar semalam.

 

MUAR – Penantian sepasang suami isteri untuk menimbang cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mereka tanpa dijangka dikurniakan bayi kembar empat.

Norbazilah Amin, 27, dan suami, Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, mendapat kembar empat tidak seiras itu yang dilahirkan pada 14 Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bayi kembar empat itu terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick, yang semuanya dilahirkan tidak cukup bulan.

Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat bayinya, Norbazilah yang bekerja sebagai jururawat di PPUM berkata, dia terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.

“Ia berikutan keadaan kesihatan saya yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya terpaksa berulang-alik ke PPUM serta mendapat pengawasan rapi daripada doktor.

“Saya juga tidak boleh makan dan hanya boleh minum untuk mengalas perut yang lapar, akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari,” katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas di sini semalam.

Norbazilah yang tinggal di Petaling Jaya berkata, kesukaran itu bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan empat bayi sekali gus.

“Pada mulanya saya agak kelam kabut kerana anak-anak saya akan terjaga bergilir-gilir selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu,” katanya.

Mereka memperoleh bayi kembar empat itu selepas menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Katanya, doktor sebelum itu memberitahu potensi untuk hamil melalui IUI hanya 10 peratus tetapi amat terkejut apabila dia dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.

1 Response to "Jururawat dapat kembar empat"

You actually make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be really something that I think I would never understand.
It seems too complex and extremely broad for me. I’m looking forward for your next
post, I will try to get the hang of it!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: