bila hatiku berbicara

Kembar tiga lahir guna cara IVF

Posted on: April 25, 2012

FONG THENG (kiri) dan Keng Long mendukung anak mereka yang dilahirkan menerusi kaedah IVF di Ipoh semalam.

IPOH – Seorang wanita telah melahirkan tiga bayi kembar menerusi rawatan kesuburan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini baru-baru ini.

Kelahiran dua bayi lelaki dan seorang perempuan pada 18 April lalu itu sekali gus menamatkan penantian tujuh tahun Lee Fong Theng, 30, dan suaminya, Chan Keng Long, 33, untuk memperoleh cahaya mata.

Bayi lelaki pertama seberat 2.1 kilogram (kg) dilahirkan wanita itu melalui pembedahan kira-kira pukul 8.46 pagi diikuti bayi perempuan seberat 2.8 kg dan bayi lelaki seberat 2.7 kg masing-masing selang seminit kemudian.

Fong Theng berkata, dia tidak mempunyai tiub fallopio (saluran peranakan) selepas kedua-dua saluran itu yang tersumbat telah dipotong pada 2010 selepas mereka berkahwin selama lima tahun.

“Ketika itu, saya gagal hamil biarpun sudah mencuba pelbagai cara. Pembedahan membuang saluran itu hampir membuatkan kami putus asa untuk memperoleh zuriat sendiri.

“Saya kemudian disaran mencuba rawatan IVF di HRPB pada Mac tahun lalu dan saya disahkan mengandung anak kembar kira-kira enam bulan kemudian,” katanya pada sidang akhbar di wad bersalin hospital berkenaan di sini semalam.

 

POH: Percubaan kali kedua sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata menerusi kaedah rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) membuahkan hasil ‘luar biasa’ apabila mereka dikurniakan anak kembar tiga yang lahir menerusi pembedahan pada 18 April lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Lebih manis, kelahiran bayi kembar iaitu dua lelaki dan seorang perempuan itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila ia menjadi pasangan kembar tiga IVF pertama dilahirkan di hospital berkenaan menerusi proses pembekuan embrio yang dikendalikan doktor pakar di hospital berkenaan.
Pasangan suami isteri, Chang Keng Leong, 33, dan Lee Foong Theng, 30, yang juga pengusaha restoran tidak pernah menyangka impian mereka selama tujuh tahun untuk mendapatkan cahaya mata berakhir dengan kelahiran kembar tiga itu. Bayi kembar tiga masing-masing seberat 2.1, 1.8 dan 1.7 kilogram dilahirkan selang seminit bermula jam 8.46 pagi dan mereka masih diletakkan di bawah pengawasan doktor di Wad 6C hospital itu kerana dilahirkan tidak cukup bulan.

Kembar itu dijangka pulang ke rumah selewat-lewatnya minggu depan.
Lee yang kini menetap di Bandar Seri Botani berkata, dia disahkan doktor tidak boleh mengandung kerana mengalami masalah di bahagian tiub fallopio sebelum membuat keputusan untuk menemui Pakar Perunding Obstetrik Dan Ginekologi HRPB, Dr Tham Seong Wai.
Menurutnya, dia mula menjalani rawatan itu pada Mei tahun lalu, namun percubaan pertama gagal sebelum menggunakan proses pembekuan embrio pada September tahun sama.

 

“Saya hanya menjangkakan seorang saja anak, namun tidak menyangka dapat tiga anak sekali gus. Bagaimanapun, saya gembira kerana selepas sekian lama akhirnya saya dan suami mampu mempunyai zuriat sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.
Ketika ditanya mengenai kesukaran dihadapinya sepanjang tempoh mengandung, Lee berkata, dia mengakui mengalami alahan teruk selain sukar tidur dan berjalan kerana kandungan yang semakin membesar.

Sementara itu, Dr Tham berkata, dia tidak menyangka kaedah pembekuan embrio dilakukan terhadap Lee berjaya memandangkan kaedah itu hanya mempunyai peluang kira-kira 15 peratus untuk matang berbanding kaedah IVF biasa menggunakan embrio segar apabila peluangnya boleh mencecah sekitar 30 peratus.
“Bagi kes Lee, saya memindahkan tiga embrio dalam saluran peranakannya. Ketika menjalani proses imbasan pada bulan pertama, hanya dua janin dapat dikesan, namun proses imbasan kedua pada bulan berikutnya berjaya mengesan tiga janin,” katanya.
Menurutnya, selepas dilancarkan di HRPB sejak empat tahun lalu, kaedah rawatan IVF menerima sambutan menggalakkan.

2 Respons to "Kembar tiga lahir guna cara IVF"

Do you have any Dr Tham contact no? if have, pls adv. Thanks

slmt sy shima nk mtak no tel puan.sy nk tanya psl rawatan ivf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: