bila hatiku berbicara

Imbas tiga dapat empat

Posted on: Mei 2, 2012

SEMENYIH: “Ketika melakukan imbasan, hanya tiga bayi kelihatan. Tetapi, tiba masa bersalin, saya melahirkan empat bayi menyebabkan saya, suami dan doktor terkejut,” kata Norhapizah Saidin, 36, ibu kepada bayi kembar empat yang dilahirkan pada 15 November tahun lalu.

Menurutnya, sepanjang melakukan pemeriksaan dan imbasan bayi keempat tidak pernah kelihatan, namun selepas didapati terdapat seorang lagi bayi ketika dilahirkan keadaan kelam-kabut seketika kerana hanya tiga inkubator disediakan untuk bayinya.
“Malah, kami juga hanya menyiapkan kelengkapan untuk tiga bayi. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semua bayi selamat walaupun dilahirkan pramatang iaitu ketika berusia tujuh bulan dalam kandungan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Taman Semenyih Mewah, di sini, semalam. Norhapizah selamat melahirkan Muhammad Hadif, Muhammad Hanif, Muhammad Harraz dan Muhammad Hariz secara pembedahan di Hospital Kajang pada jam 1 pagi, masing-masing dengan jarak masa seminit. Selain empat kembar itu, pasangan berkenaan turut mempunyai tiga anak lain iaitu Muhammad Hafiz, 11, Muhammad Haziq dan Muhammad Hazim, masing-masing sembilan dan tujuh tahun. Kakitangan swasta itu mengakui terperanjat dan takut apabila doktor memberitahu dia bakal melahirkan bayi kembar, apatah lagi tiada sejarah dalam keluarganya dan suami, Khairul Nazri Nasir, 37 yang mempunyai anak kembar, kecuali seorang saudara jauh sebelah suami.

Menurutnya, Muhammad Hadif, Muhammad Hanif dan Muhammad Hariz dilahirkan hanya seberat satu kilogram (kg), sementara Muhammad Harraz hanya 700 gram.
“Disebabkan tidak cukup bulan, mereka ditahan di hospital dua bulan, manakala Muhammad Harraz ditahan tiga bulan memandangkan saiznya lebih kecil berbanding anak lain. “Saya juga dinasihatkan supaya membawa Muhammad Harraz ke hospital mengikut jadual untuk memantau perkembangan kesihatannya,” katanya. Mengenai cabaran menjaga bayi kembar, Norhapizah berkata, dia dan suami sering bekerjasama dan perlu bijak menangani keadaan, lebih-lebih lagi apabila kembar empat itu meragam serentak pada satu masa. “Malah, apabila seorang menangis yang lain menangis sama. Kami perlu bergilir seperti memberikan susu untuk dua kembar dulu, manakala yang lain terpaksa menghisap puting sebelum tiba giliran mereka,” katanya yang kini meminta pertolongan ibu dan kakak iparnya untuk menjaga kembar berkenaan ketika keluar bekerja.
Selain itu, katanya, pengalaman menjaga anak kembar juga menuntut kesabaran dan ketabahan tinggi, tetapi dia dan suami tidak pernah berputus asa kerana menganggap ia anugerah yang amat berharga bagi mereka sekeluarga.

 

Malah, katanya, perbelanjaan mereka juga tinggi dengan dianggarkan RM900 diperlukan setiap bulan untuk membeli susu formula dan lampin pakai buang.
“Tiga bayi saya minum susu formula jenis sama, tetapi seorang lagi perlu minum susu formula khas kerana faktor kesihatannya. Harganya lebih mahal berbanding susu yang diminum anak saya yang lain,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: