‘Saya rakam untuk dedah’
Posted Mei 11, 2012
on:NOOR…dipukul ketika cuba selamatkan mangsa
KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”
Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.
Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.
“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.
p/s Hanya ibu2 yg gila sahaja yg sanggup mendera anak sendiri…u all tentu dah tengok sendiri videonya..sy sendiri tak sanggup nak tengok…..
Mei 11, 2012 pada 6:27 am
Mangsa ceria dijaga keluarga angkat
KUALA LUMPUR: Bayi perempuan 10 bulan yang diperlakukan ibunya seperti haiwan dalam rakaman video di laman web YouTube kelmarin disahkan sihat dan menjalani kehidupan ceria bersama keluarga angkatnya.
Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, bayi berkenaan kini dijaga keluarga angkat dan masih dipantau jabatan itu.
“Berdasarkan laporan pegawai, bayi perempuan terbabit berusia setahun 10 bulan, selamat dan serasi dengan keluarga angkatnya.
“Malah, dia lebih ceria dan tidak trauma seperti khabar angin yang disebarkan individu melalui laman sosial, Facebook dan Twitter,” katanya.
Menurut Arfan, pihak media tidak dibenarkan mengatur pertemuan dengan mangsa dan perlu mematuhi peruntukan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 601) bagi melindungi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan obligasi negara di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak.
“Ketika ini, media tidak dibenarkan bertemu bayi berkenaan dan keluarga angkatnya juga enggan diganggu. Sekatan ini bagaimanapun hanya boleh dikecualikan oleh Mahkamah Bagi Kanak-kanak,” katanya.
Katanya, JKM turut meneliti secara serius isu penyebaran video penderaan bayi terbabit dalam YouTube dan Facebook, namun mendapati ia bukan kes baru.
“Saya tegaskan, sesiapa yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak boleh disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.
“Justeru, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes sedemikian, mereka diminta menghubungi Talian Nur di 15999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera,” katanya.
p.s ada juga pesakit mental di kg sy sangat sayangkan anaknya…..orang nak sentuhpun dia marah..samada ibu kejam ini meroyan ke apa entahlah ….andai di beri kepada sy pun saya terima baby itu…..