bila hatiku berbicara

langkah penuh harapan

Posted on: September 9, 2012

pix_middle

TIGA selebriti cantik yang anggun berhijab, Irma Hasmie Ibrahim, Anne Ngasri dan Yatt Hamzah cukup bertuah. Senyuman manis yang terukir pada wajah masing-masing menzahirkan kebahagiaan yang sedang dikecap.

Mereka yang ditemui di lokasi penggambaran komersial tudung D’Haja di Pulau Indah, Klang, berkongsi khabar bahagia mengenai Irma bakal menurut jejak langkah Yatt dan Anne bergelar ibu.

sebelum   selepas

  • Foto
  • Foto
  • Foto

Irma yang juga duta D’Haja, memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hajatnya dan suami, Redza Syah Azmeer Datuk Redzuan untuk menimang cahaya mata bakal dimakbulkan. Berita itu dirai pasangan yang melangsungkan pernikahan pada 29 Jun lalu, bersama keluarga kedua-dua pihak yang sama-sama tidak sabar menyambut kehadiran cucu pertama.

Seperti kebanyakan wanita hamil lain, Irma, 30, mengalami alahan, rasa mual dan cepat letih bahkan kadang-kadang terbawa-bawa hingga malam. Bagaimanapun, pelakon dan pengacara popular ini bersyukur kerana tidak mengalami alahan bau dan tidak mengidam makan.

“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah mencecah dua bulan. Suami dan keluarga tidak menghalang saya bekerja tetapi mereka pesan jangan sampai memudaratkan diri dan kandungan. Memandangkan ini pengalaman pertama, saya juga berhati-hati menjaga kandungan. Saya juga selalu diingatkan supaya baca surah-surah Al-Quran dan memperbanyakkan doa.

“Doktor pun menasihatkan saya supaya jangan terlalu kuat bekerja dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Fokus saya kini hanyalah mengacara program TV, Assalamualaikum yang ke udara di saluran Alhijrah setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selain itu saya melaksanakan komitmen sebagai duta D’Haja. Andai ada aktiviti, saya pasti turun padang.

“Untuk berlakon, buat sementara ini saya tidak ambil apa-apa tawaran. Pun begitu, kalau ada yang sesuai dan kena dengan keadaan saya, insya-Allah saya terima,” katanya sambil tersenyum manis.

Artis kelahiran Kuala Lumpur pada 8 Januari 1982 itu juga bergelar penulis dengan terhasilnya buku motivasi pertama, Smile yang sudah berada di pasaran. Akuinya, dia tidaklah mahir dalam bidang yang baru diceburi itu tetapi dengan bantuan temannya yang sudah lama menulis untuk syarikat penerbitan PTS, buku itu berjaya dihasilkan.

“Bermula dengan perbincangan santai, sahabat saya itu sarankan saya tulis buku motivasi yang boleh memberikan pengisian baik kepada masyarakat. Saya kumpul bahan dan tulis menggunakan bahasa yang sesuai, kemudian dia bertanggungjawab menyunting tulisan saya. Bila lihat buku itu sudah ada di pasaran, saya rasa seronok untuk menulis lagi,” katanya.

Lain pula cerita Anne Ngasri yang kini bahagia menyulam kasih dengan penyanyi kelahiran kota Singa, Aliff Aziz. Biarpun kebelakangan ini kisah hubungan mereka lebih diperkatakan berbanding karier, ia sama sekali tidak menggugat emosi bahkan tiada istilah rimas.

Anne yang nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 28, sedar sebagai selebriti, dia tidak boleh menyembunyikan kisah peribadinya kerana lambat-laun masyarakat akan tahu juga. Daripada berahsia, ada baiknya berterus-terang.

“Jangan salah erti. Bukan bercerita bermakna saya mahu cari publisiti murahan tetapi orang yang bertanya, maka saya jawab. Saya tidak mahu dituduh menipu atau hipokrit, jadi lebih baik bersikap jujur. Pun begitu, tak perlu cerita semua, masih ada yang elok disimpan.

“Sebelum ini saya mengaku kami berkawan dan ada perancangan mendirikan rumah tangga tetapi kami hanya merancang, tuhan yang menentukan. Soal jodoh kuasa Allah.

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini, misi ke arah itu (perkahwinan) memang ada cuma tarikh belum diputuskan lagi. Saya perlu berlaku adil kepada semua. Bila sudah ada ketetapan dan persetujuan kedua belah pihak, baru boleh bercerita. Selagi belum ada kepastian, biarlah ia dirahsiakan dulu,” katanya riang.

Anne juga menyambut Aidilfitri baru-baru ini bersama keluarga buah hatinya di Singapura pada 2 Syawal lalu. Ibu kepada Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4 dan Nasharah Afroza, 2, ini menjelaskan, kunjungan itu mengeratkan lagi ikatan yang sedia terjalin.

Pelakon kelahiran Pulau Pinang pada 18 Disember 1984 ini berkata, sikap terbuka dan mesra ayah bonda Aliff membuatkan dirinya rasa diterima malah dia selesa berada dalam keluarga itu.

“Syukur, ummi dan ayah sangat baik dan memahami. Mereka terima anak-anak saya macam cucu mereka sendiri. Keluarga saya juga sangat gembira dengan layanan baik yang diberikan keluarga Aliff sepanjang kunjungan kami.

“Kebetulan rumah Aliff tak ada anak kecil. Bila anak-anak saya ada sama, bukan main riuh lagi. Biasalah budak-budak, mana boleh duduk diam. Ini adalah kunjungan kedua saya dan setiap kali ke sana, baba (nenek Aliff) akan masakkan saya nasi beriani,” katanya.

Anne yang juga model selebriti tudung D’Haja mengatakan Aliff pandai mengambil hati tiga zuriat kesayangannya. Anne juga masih aktif berlakon meskipun sudah bergelar penerbit. Terbaru, adik kepada Darling dan Bell Ngasri ini terbabit dengan penggambaran filem Pengapit dan akan sibuk di lokasi penggambaran Janji
Kita untuk TV9 yang turut dibintangi abangnya bersama Izara Aishah serta Sharifah Sakinah.

Sementara itu, Yatt atau nama sebenar, Haryati Hamzah, 32, bersyukur dengan perjalanan hidupnya yang disifatkan semakin berseri sejak berhijrah. Rezekinya kini bertambah apabila bukan saja memenuhi tuntutan sebagai anak seni tetapi turut diundang menjayakan forum kerohanian serta dilantik sebagai duta serta model busana muslimah.

“Alhamdulillah, saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Jiwa saya rasa tenang dan hidup rasa lebih lancar. Bila kita ikhlas berhijrah, Allah akan permudahkan jalan yang kita pilih.

“Banyak rezeki yang tidak diduga muncul selepas saya bertudung. Selain diundang menjayakan program keagamaan dan motivasi, saya menjadi model tudung dan busana muslimah.

“Baru-baru ini saya dilamar menjadi duta Eze Fesyen selama setahun. Menariknya, Eze Fesyen tidak saja menyediakan baju untuk wanita, juga lelaki dan kanak-kanak,” katanya.

Selain fokus terhadap kerjaya dan keluarga, ibu kepada anak perempuan, Suci Hanania Malika ini juga memenuhi hari-harinya dengan mendalami ilmu agama. Baik menerusi pembacaan mahupun dengan menghadiri usrah, ia menjadi agenda wajib dalam rutin hidupnya kini.

“Suami menyokong perubahan saya malah kami sama-sama berusaha memperbaiki diri. Sibuk manapun, saya akan peruntukkan masa untuk menghadiri kelas usrah setiap minggu dan dengar ceramah di masjid. Saya mahu perbetulkan kembali mana yang kurang sebelum ini dan kerana itu saya mahu mendalami ilmu agama sebanyak mungkin,” katanya yang matang berbicara.

2 Respons to "langkah penuh harapan"

bertambah comel bila bertudung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Komen Anda

Azhari Bin Abu Manso… on Mengapa tiada jodoh
Alexa on Skynet
ina on 60 PETUA MENCARI JODOH
Honey on 60 PETUA MENCARI JODOH
ina on Tips Mudah Hamil

Kalendar

September 2012
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 815,435 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: