apex nak nikah dah
Posted November 21, 2012
on:GAYA BERBEZA…riak wajah Khairul Fahmi ketika sidang media mengumumkan perkahwinannya dengan Leuniey (kanan), semalam.
PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.
Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.
Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.
Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.
“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.
p/s Apex suruhlah wife pakai tudung lepas ni….cantik sangat.
Petua Supaya Mudah Hamil
Posted November 20, 2012
on:- Ambil 4 biji buah kurma…suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
- Kemudian, buang biji kurma tu
- Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
- Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
- Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
- Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.
Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.
Diana, Farid bulan madu di Turki
Posted November 4, 2012
on:p/s suka tengok DD pakai kain batik di majlis perkahwinannya….nampak simple dan cantik…
kamilah.mustapha@kosmo.com.mu
AMPANG – Pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid Kamil yang selamat dinikahkan semalam memilih destinasi bulan madu mereka di Istanbul, Turki pada bulan depan.
Walaupun pada mulanya mereka merancang untuk mengerjakan umrah tetapi ia terpaksa ditunda gara-gara kesukaran mendapatkan visa ke Tanah Suci pada bulan Disember.
“Sebab itu, kami akan pergi bulan madu ke Istanbul dulu dan selepas itu mungkin terus ke Mekah,” ujar Diana ketika ditemui selepas majlis akad nikah semalam.
Farid Kamil, 31, dan Diana, 21, selamat dinikahkan di Hotel Flamingo by The Lake di sini pada pukul 9.10 pagi.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak, Daim Jajuli berwalikan hakim disebabkan Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson tidak dapat mengesan bapa kandungnya.
Majlis turut dihadiri ibu Diana, Norsiah Ramli dan ibu bapa Farid, Datuk Dr. Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta kira-kira 300 tetamu.
Kelantan ke final
Posted Oktober 13, 2012
on:l
![]() GHADDAR (kiri) bersaing dengan pertahanan Selangor, Bunyamin Umar pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.
|
PENYERANG import dan pemain tengah Kelantan, Mohamad Ghaddar dan Mohd. Badri Mohd. Radzi memastikan The Red Warriors menempah slot ke perlawanan akhir kempen Piala Malaysia 2012 selepas masing-masing menjaringkan satu gol untuk menewaskan Selangor 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Kelantan melangkah bergaya ke final dengan kelebihan agregat 3-0 selepas meraih kemenangan 1-0 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu.
Bagi Selangor, kekalahan tersebut terus membantutkan ‘Misi 33’ mereka musim ini.
Kelantan akan membuat perhitungan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.
Pada perlawanan semalam, Kelantan memang berhak muncul pemenang kerana mereka dilihat lebih banyak menguasai permainan.
Begitupun, aksi pada babak pertama agak seimbang dan kedua-dua pasukan tampil dengan rentak yang agak berhati-hati.
Selangor pula harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana barisan penyerang mereka kurang bijak mencuri peluang biarpun memperoleh beberapa peluang keemasan untuk merobek gawang lawan.
Kelantan hampir membuka jaringan pada babak pertama menerusi Ghaddar pada minit ke-12 tetapi tandukannya berjaya ditepis penjaga gol Selangor, Norzalan Razali.
Ghaddar kembali mempamerkan persembahan cemerlang pada minit ke-38 dan hampir membuka jaringan menerusi percubaan dari jarak jauh tetapi sepakannya dinafikan kecekapan Norzalan.
Tersentak dengan asakan pasukan pelawat, Selangor kembali bangkit menyusun serangan namun masih gagal untuk menembusi benteng pertahanan The Red Warriors.
Peluang terbaik Selangor hadir menerusi rembatan padu penyerang import, Bosko Balaban pada minit ke-44 namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Bersambung babak kedua, Selangor terus menggandakan asakan menerusi gandingan Amri Yahyah, Balaban dan kapten, Safiq Rahim tetapi usaha mereka tetap buntu.
Selangor yang terdesak untuk memburu gol bagi memadam kelebihan jaringan Kelantan, hampir di depan menerusi Balaban namun percubaan itu berjaya di dakap kemas oleh Khairul Fahmi pada minit ke-49.
Ghaddar akhirnya berjaya memecah benteng pertahanan Selangor sebelum mengelecek empat pemain Gergasi Merah sebelum menewaskan Norazlan untuk gol pertama Kelantan.
Badri melengkapkan malam bergaya The Red Warriors menerusi sepakan percuma pada minit ke-85 untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Selangor terus dihukum apabila menyaksikan Balaban dilayang kad merah apabila penyerang veteran Gergasi Merah itu menyiku pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri pada minit ke- 87.
p/s sudah terlalu lama saya meninggalkan blog ini oleh sebab2 yg tidak dapat di elakkan, walau bagaimanapun terima kasih kerana masih sudi bertandang ke teratak sy. Oleh kerana saya peminat setia TRW maka dengan ini saya sangat2 bergumbira dengan kemenangan TRW ke final. Tahniah TRW dan ATM kerana mara ke final. Dua2 sama hebat, dua2 pasukan yg saya minati sukar untuk membuat pilihan tp sebagai anak jati Kelantan sudah pasti sy memilih TRW. Andai kata salah seorang tidak berjaya menjulang piala Malaysia itu tidak mengecewakan saya huhuhu. Namun jauh di sudut hati ini mengharapkan kemenangan TRW membawa pulang Piala Malaysia ke negeri serendah sekebun bunga.
GoMO KelAte Go MO utk ATM jugak …..good luck….
langkah penuh harapan
Posted September 9, 2012
on:TIGA selebriti cantik yang anggun berhijab, Irma Hasmie Ibrahim, Anne Ngasri dan Yatt Hamzah cukup bertuah. Senyuman manis yang terukir pada wajah masing-masing menzahirkan kebahagiaan yang sedang dikecap.
Mereka yang ditemui di lokasi penggambaran komersial tudung D’Haja di Pulau Indah, Klang, berkongsi khabar bahagia mengenai Irma bakal menurut jejak langkah Yatt dan Anne bergelar ibu.
Irma yang juga duta D’Haja, memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hajatnya dan suami, Redza Syah Azmeer Datuk Redzuan untuk menimang cahaya mata bakal dimakbulkan. Berita itu dirai pasangan yang melangsungkan pernikahan pada 29 Jun lalu, bersama keluarga kedua-dua pihak yang sama-sama tidak sabar menyambut kehadiran cucu pertama.
Seperti kebanyakan wanita hamil lain, Irma, 30, mengalami alahan, rasa mual dan cepat letih bahkan kadang-kadang terbawa-bawa hingga malam. Bagaimanapun, pelakon dan pengacara popular ini bersyukur kerana tidak mengalami alahan bau dan tidak mengidam makan.
“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah mencecah dua bulan. Suami dan keluarga tidak menghalang saya bekerja tetapi mereka pesan jangan sampai memudaratkan diri dan kandungan. Memandangkan ini pengalaman pertama, saya juga berhati-hati menjaga kandungan. Saya juga selalu diingatkan supaya baca surah-surah Al-Quran dan memperbanyakkan doa.
“Doktor pun menasihatkan saya supaya jangan terlalu kuat bekerja dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Fokus saya kini hanyalah mengacara program TV, Assalamualaikum yang ke udara di saluran Alhijrah setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selain itu saya melaksanakan komitmen sebagai duta D’Haja. Andai ada aktiviti, saya pasti turun padang.
“Untuk berlakon, buat sementara ini saya tidak ambil apa-apa tawaran. Pun begitu, kalau ada yang sesuai dan kena dengan keadaan saya, insya-Allah saya terima,” katanya sambil tersenyum manis.
Artis kelahiran Kuala Lumpur pada 8 Januari 1982 itu juga bergelar penulis dengan terhasilnya buku motivasi pertama, Smile yang sudah berada di pasaran. Akuinya, dia tidaklah mahir dalam bidang yang baru diceburi itu tetapi dengan bantuan temannya yang sudah lama menulis untuk syarikat penerbitan PTS, buku itu berjaya dihasilkan.
“Bermula dengan perbincangan santai, sahabat saya itu sarankan saya tulis buku motivasi yang boleh memberikan pengisian baik kepada masyarakat. Saya kumpul bahan dan tulis menggunakan bahasa yang sesuai, kemudian dia bertanggungjawab menyunting tulisan saya. Bila lihat buku itu sudah ada di pasaran, saya rasa seronok untuk menulis lagi,” katanya.
Lain pula cerita Anne Ngasri yang kini bahagia menyulam kasih dengan penyanyi kelahiran kota Singa, Aliff Aziz. Biarpun kebelakangan ini kisah hubungan mereka lebih diperkatakan berbanding karier, ia sama sekali tidak menggugat emosi bahkan tiada istilah rimas.
Anne yang nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 28, sedar sebagai selebriti, dia tidak boleh menyembunyikan kisah peribadinya kerana lambat-laun masyarakat akan tahu juga. Daripada berahsia, ada baiknya berterus-terang.
“Jangan salah erti. Bukan bercerita bermakna saya mahu cari publisiti murahan tetapi orang yang bertanya, maka saya jawab. Saya tidak mahu dituduh menipu atau hipokrit, jadi lebih baik bersikap jujur. Pun begitu, tak perlu cerita semua, masih ada yang elok disimpan.
“Sebelum ini saya mengaku kami berkawan dan ada perancangan mendirikan rumah tangga tetapi kami hanya merancang, tuhan yang menentukan. Soal jodoh kuasa Allah.
“Apa yang boleh saya katakan setakat ini, misi ke arah itu (perkahwinan) memang ada cuma tarikh belum diputuskan lagi. Saya perlu berlaku adil kepada semua. Bila sudah ada ketetapan dan persetujuan kedua belah pihak, baru boleh bercerita. Selagi belum ada kepastian, biarlah ia dirahsiakan dulu,” katanya riang.
Anne juga menyambut Aidilfitri baru-baru ini bersama keluarga buah hatinya di Singapura pada 2 Syawal lalu. Ibu kepada Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4 dan Nasharah Afroza, 2, ini menjelaskan, kunjungan itu mengeratkan lagi ikatan yang sedia terjalin.
Pelakon kelahiran Pulau Pinang pada 18 Disember 1984 ini berkata, sikap terbuka dan mesra ayah bonda Aliff membuatkan dirinya rasa diterima malah dia selesa berada dalam keluarga itu.
“Syukur, ummi dan ayah sangat baik dan memahami. Mereka terima anak-anak saya macam cucu mereka sendiri. Keluarga saya juga sangat gembira dengan layanan baik yang diberikan keluarga Aliff sepanjang kunjungan kami.
“Kebetulan rumah Aliff tak ada anak kecil. Bila anak-anak saya ada sama, bukan main riuh lagi. Biasalah budak-budak, mana boleh duduk diam. Ini adalah kunjungan kedua saya dan setiap kali ke sana, baba (nenek Aliff) akan masakkan saya nasi beriani,” katanya.
Anne yang juga model selebriti tudung D’Haja mengatakan Aliff pandai mengambil hati tiga zuriat kesayangannya. Anne juga masih aktif berlakon meskipun sudah bergelar penerbit. Terbaru, adik kepada Darling dan Bell Ngasri ini terbabit dengan penggambaran filem Pengapit dan akan sibuk di lokasi penggambaran Janji
Kita untuk TV9 yang turut dibintangi abangnya bersama Izara Aishah serta Sharifah Sakinah.
Sementara itu, Yatt atau nama sebenar, Haryati Hamzah, 32, bersyukur dengan perjalanan hidupnya yang disifatkan semakin berseri sejak berhijrah. Rezekinya kini bertambah apabila bukan saja memenuhi tuntutan sebagai anak seni tetapi turut diundang menjayakan forum kerohanian serta dilantik sebagai duta serta model busana muslimah.
“Alhamdulillah, saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Jiwa saya rasa tenang dan hidup rasa lebih lancar. Bila kita ikhlas berhijrah, Allah akan permudahkan jalan yang kita pilih.
“Banyak rezeki yang tidak diduga muncul selepas saya bertudung. Selain diundang menjayakan program keagamaan dan motivasi, saya menjadi model tudung dan busana muslimah.
“Baru-baru ini saya dilamar menjadi duta Eze Fesyen selama setahun. Menariknya, Eze Fesyen tidak saja menyediakan baju untuk wanita, juga lelaki dan kanak-kanak,” katanya.
Selain fokus terhadap kerjaya dan keluarga, ibu kepada anak perempuan, Suci Hanania Malika ini juga memenuhi hari-harinya dengan mendalami ilmu agama. Baik menerusi pembacaan mahupun dengan menghadiri usrah, ia menjadi agenda wajib dalam rutin hidupnya kini.
“Suami menyokong perubahan saya malah kami sama-sama berusaha memperbaiki diri. Sibuk manapun, saya akan peruntukkan masa untuk menghadiri kelas usrah setiap minggu dan dengar ceramah di masjid. Saya mahu perbetulkan kembali mana yang kurang sebelum ini dan kerana itu saya mahu mendalami ilmu agama sebanyak mungkin,” katanya yang matang berbicara.
Saya sokong Islam – Farah Asyikin
Posted Ogos 6, 2012
on:p/s semakin banyak artis yg berhijrah sekarang ni terbaru Shariffah Alya….
GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat.
Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.
Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.
Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), “sokong apa?” apabila melihat beliau sudah berhijab.
Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab “saya sokong Islam” apabila diajukan soalan sedemikian.
“Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam,” katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.
Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini.
Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?
“Mereka yang nak ‘join’ parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,”ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu.
Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus.
Detik-detik penghijrahan
Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.
Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan
menghanyutkan dirinya.
“Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga,” katanya.
Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan ‘make-up’ ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2.
Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi ‘magic’ dari Allah SWT.
“Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.
“Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha,” ujarnya dengan linangan air mata.
Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.
“Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam,” katanya.
Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya.
Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan ‘skirt’ pendek untuk menghadiri satu majlis.
Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.
“Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda,” katanya.
Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya.
Penyanyi lagu ‘Berpisah Untuk Setia’ ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.
Tahniah Irma Hasmie Dan Rezza Shah
Posted Julai 3, 2012
on:KUALA LUMPUR: Kelantan mengukir sejarah apabila berjaya menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang Piala FA buat kali pertama, setelah menewaskan pasukan berstatus kelab, Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Beraksi di hadapan kira-kira 85,000 penonton, pasukan yang terkenal dengan gelaran ‘The Red Warriors’ itu melancarkan serangan ke kubu Sime Darby seawal minit pertama namun berjaya dipatahkan ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir.
Pemain tengah Kelantan Indra Putra Mahayuddin pula gagal memanfaatkan peluang sepakan percuma yang diberi pengadil pada minit ke-15 apabila cubaanya tersasar dari gawang gol yang dikawal Mohd Redzuan Harun.
Kecewa gagal memecahkan kebuntuan terikat 0-0 pada babak pertama, Red Warriors yang nyata pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan meneruskan asakan yang akhirnya membuahkan hasil apabila dihadiah sepakan penalti pada minit ke-58.
Peluang itu tidak disia-siakan pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar yang menceriakan penyokong Red Warriors.
Tersentak dengan jaringan itu, Sime Darby bangkit melakukan beberapa serangan berbahaya namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Mohammed Ghaddar cuba menggandakan jaringan namun sepak deras yang dilakukan olehnya pada minit ke-79 tersasar.
Kelebihan satu gol itu gagal dibatalkan Sime Darby yang akur menyaksikan Piala FA dijulang pasukan Kelantan. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyampaikan trofi kepada Red Warriors.
Ketua pasukan Sime Darby Es Lizuan pula diumum pemain terbaik perlawanan. – BERNAMA
p/s tak kiralah penalti ke apa ke yg pasti menang……menang alhamdulillah…
‘Saya rakam untuk dedah’
Posted Mei 11, 2012
on:NOOR…dipukul ketika cuba selamatkan mangsa
KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”
Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.
Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.
“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.
p/s Hanya ibu2 yg gila sahaja yg sanggup mendera anak sendiri…u all tentu dah tengok sendiri videonya..sy sendiri tak sanggup nak tengok…..
Komen Anda