Posted by: nuriman on: Januari 20, 2012
p/s manisnya Farah….
Posted by: nuriman on: Januari 18, 2012
p/s baru lepas tengok Maahad Al Amin di TV Al Hijrah
Posted by: nuriman on: Januari 14, 2012

Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.
Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.
“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.
Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.
“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.
Posted by: nuriman on: Januari 14, 2012
p/s kuat semangat wanita ini…
January 14th, 2012

Selimut saya terbuka! Dibuka! Ya ALLAH, seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam, “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” dia bertanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati dan menyorok muka dan tubuh saya.
Kemudian saya cuba jawab dengan yakin, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas.” Yang ada pada saya hanya cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya.
“Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini sememangnya tiada apa yang dicarinya. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju di dalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi, namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini.
Separuh daripada diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu.
Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya.
Adakala bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ia mengambil masa untuk dilupakan.
Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurinya rencah di dalam kuali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. ALLAH mahu membersihkan kami.
“Syukur Ya ALLAH” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi.
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup berbuat begini? Mencuri demi wang ringgit semata-mata.
Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran kepada mereka, “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”.
Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam di kamar birunya. Diikatnya tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata, “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.
Di saat itu, saya berjanji pada diri, sekiranya orang ini cuba mengapa-apakan saya, saya akan bermati-matian hingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir dalam badan saya.
Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya beri dan letakkan keselamatan diri mereka kepada ALLAH sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya ALLAH memelihara mereka.
“Imran!!!” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya.
“Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. ALLAH, sucinya anak ini. Belum mengerti apa-apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. ‘Sword’ Imran tak akan mungkin membantu. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk di kaki saya. Alhamdulillah, kami semua ada bersama.
Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya, “barang kemas mana?” Ikhwan berkata, “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaALLAH, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu.
Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Peliharalah aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji ALLAH itu benar, ini bukan janji manusia.
Sekali lagi saya menjawab, membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci di hadapan.
Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya benar! ALLAH SWT.
AMPANG – “Keluarga saya tak putus-putus membaca ayat suci al-Quran agar kami sekeluarga dilindungi oleh ALLAH dan tidak diapa-apakan oleh perompak.”
Demikian kata Wardina Safiyyah Fadlullah, pelakon dan model, ketika menceritakan detik-detik cemas sewaktu rumahnya di Bukit Utama 2 dekat sini, dipecah masuk tiga perompak bertopeng, awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi ini disedari Wardina apabila tubuhnya digerakkan oleh perompak semasa dia tidur berseorangan kerana demam.
Wardina berkata, suaminya, Ikhwan Johari pula tidur bersama anak lelakinya di bilik lain dan tersedar apabila perompak tersebut turut menggerakkan suaminya.
Menceritakan saat cemas itu lagi, Wardina berkata, kerana terlalu takut, dia cuba melindungi dirinya dengan hanya berselimut.
“Saya cuba elakkan muka saya dilihat dengan berselimut kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas diri saya dan hanya kalimah Allah yang saya mohon bantuan ketika itu.
“Kemudian perompak tersebut meminta barang kemas saya tetapi saya tiada barang kemas kecuali cincin pusaka nenek dan gelang hantaran perkahwinan yang saya serahkan,” kata Wardina.
Katanya, kemudian tiga anaknya, suami dan seorang pembantu rumah berkumpul dalam biliknya dengan berselimut sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan harapan hati perompak tersebut dapat dilembutkan.
Dia menambah, sewaktu keluarga tidak henti-henti melafazkan kalimah suci al-Quran, perompak tersebut tidak tenang dan berkali-kali mengarahkan mereka berhenti melafazkannya.
“Pada waktu itu juga, seluruh keluarganya nampak dengan jelas ketiga-tiga perompak tersebut termasuklah anak lelakinya yang meraung menangis dan kini dalam keadaan trauma dengan kejadian tersebut.
“Mujurlah semasa kejadian itu, jiran di belakang rumah saya menyedari sesuatu berlaku dan menghubungi pengawal keselamatan taman supaya menyiasat apa yang berlaku.
“Sebaik sahaja perompak tersebut dengar pengawal keselamatan tiba , barulah ketiga-tiga perompak tersebut beredar,” kata Wardina lagi.
Sementara itu, Ikhwan berkata, kakinya telah dipukul dengan kayu dan ‘screw driver’ apabila cuba menjerit selepas sedar dia digerakkan oleh perompak.
“Saya telah memberitahu kepada perompak tersebut agar tidak menyentuh isteri dan anak-anak saya.
“Jelas perompak tersebut mahukan wang dan barang kemas sedangkan kami tidak menyimpan barang-barang kemas selain buku-buku, namun mereka tidak berpuas hati dengan alasan kami.
“Perompak tersebut turut meminta saya menyerahkan dompet tetapi bernasib baik saya tidak ada wang tunai yang banyak ketika itu. Antara lain barang yang dicuri adalah empat komputer riba, telefon bimbit dan barang-barang lain,” kata Ikhwan.
Katanya, selama empat tahun keluarganya tinggal di Bukit Antarabangsa, inilah kejadian pertama yang berlaku ke atas keluarganya.
Wardina dan Ikhwan mempunyai tiga anak.
Kosmo
Yang masih trauma,
WARDINA
Posted by: nuriman on: Januari 13, 2012
Ertinya : “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah adalah Zat Yang Maha meliputi kepada hamba-Nya. Allah adalah Zat Yang Maha Memelihara, Yang Maha Dahulu, Yang Azali, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri dan tidak tidur”.
Insya Allah, dengan dibacakan yang demikian itu rumah beserta isinya akan selamat dari pencurian hingga pagi hari. Sebab do’a tersebut mempunyai faedah yang besar sekali. Dari padanya terpancar daya ghaib yang dapat menolak kehendak jahat para pencuri,
Demikianlah diantara keutamaan dan khasiyat ayat Kursi. Dimana ayat Kursi adalah bacaan yang ampuh untuk membentengi diri dari berbagai macam godaan dan musibah. Kerana dengan dibacanya ayat Qursi, Allah memberikan perlindungan terhadap diri si pembaca itu.
Kita cuma berikhtiar,selebihnya hanya Allah yang Maha Melindungi,insyaAllah
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda :
“SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.
Posted by: nuriman on: Januari 13, 2012
AMPANG: “Saya menyorok dalam selimut sambil memeluk tiga anak kerana takut dicederakan. Kami membaca ayat suci al-Quran minta dilindungi dan memohon tiga penyamun itu cepat keluar dari rumah.
“Tiba-tiba mereka menarik selimut dan minta saya serahkan barang kemas.
Ketika itu, saya hanya terfikir jika mereka sentuh saya, saya akan lawan dan pertahankan diri sampai mati,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dan menggigil ditemui selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, disamun tiga lelaki warga asing bersenjata pemutar skru, pada jam 3 pagi semalam.
Dalam kejadian lebih setengah jam itu, Wardina kerugian lebih RM20,000 membabitkan sebentuk cincin, dua komputer riba, satu iPad, empat telefon bimbit dan wang tunai.
p/s Malang tak berbau sangat menakutkan…
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima lagi ahli keluarga iaitu suaminya, Ikhwan Johari, 37, tiga anak, Amna Nafeesa, 8, Azra Sareera, 6, dan Imran Arrazi, 3, serta seorang saudara perempuannya tidur.
Posted by: nuriman on: November 21, 2011
Asraruddin Putra Omar (kanan) menanduk bola ke arah pintu gol Indonesia. Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
|
Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.
Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.
p/s Tahniah untuk pemain Harimau Muda Malaysia, Apeq tetap terbaek…
Posted by: nuriman on: November 12, 2011
Posted by: nuriman on: Oktober 18, 2011
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.
p/s sungguh tidak berhati perut….tengahari tadi sy menonton WHI dengan tajuk ibu bapa lalai….anak cak kuncak. Menurut kata Encik Yunuf pengasas Kewaja, kita seringkali menyalahkan si ibu bila berlakunya pembuangan bayi, sedangkan sijantan lepas begitu sahaja. Semua ini salah lelaki, kerana dia yang menabur benih…sepatutnya dialah yang bertanggung jawab.(minta maaflah tak semua lelaki begitu..saya tulis apa yang di lontarkan oleh Encik Yunus..tp dia kata lelaki bukannya jantan…)
Posted by: nuriman on: Oktober 17, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Kelantan, yang sedang menyaksikan pilihan raya kecil DUN Galas, mencipta sejarah — buat julung kali muncul juara Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Pasukan Red Warriors yang tewas tahun lalu di tangan Negeri Sembilan — pasukan Hobin Jang Hobin — menebus kekalahan itu walaupun ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama.
Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala HMS Malaya.
Kelantan kecundang dalam tiga perlawanan akhir sebelum ini.
Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.
Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.
Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi.
Bersambung babak kedua, “The Red Warriors” yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57.
Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan “The Red Warriors” Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan.
Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.
Ketiadaan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan menyebabkan Negeri Sembilan semakin tertekan apabila ketinggalan 1-2.
Bagi mengukuhkan kubu pertahanan, jurulatih Kelantan B. Sathianathan mengambil tindakan bijak memasukan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Khairan Eroza Razali.
Strategi itu berjaya apabila tamat masa permainan menyaksikan Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan.
“”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”"”
KINI…… KelaNtaN TeRsiNgkiR…..
KUALA LUMPUR – Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir apabila sekadar seri 2-2 (agregat 3-5) kepada Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua……….
p/s hidup ini ibarat pusingan roda…takpa lah TRW tahun depan wat molek…Utk Trengganu dan T.Team syabas semoga Piala Malaysia tahun ni duk kat pantai timur lagi tak pe tak dapat kat Kelantan pun asalkan negeri PANTAI TIMUR yang dapat..kira ADIK KAKOK LAH TU……….TERBAEK……
Komen Anda