bila hatiku berbicara

Assalamualaikum salam persaudaraan salam ukhuwah. Subhanallah Alhamdulillah lamanya saya menyepikan diri. Bertahun saya tak jenguk blog ini oleh sebab2 yang tidak dapat di elakkan. Masihkah anda ingat saya?

Top post paling popular doa dan amalan dapat zuriat, maaflah tajukpun saya dah lupa. Saya ingin bertanya bersapa ramaikah di antara sahabat2 saya yang berjaya mendapat zuriat dengan izin Allah, dengan mengamalkan doa dan petua yg di kongsikan dengan sahabat2 .Sudilah kiranya berkongsi dengan saya ya.

Belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Salam perkenalan utk semua pengunjung yg tak jemu singgah di blog ini walaupun lama sudah saya menyepikan diri.

Sampai ketemu lagi assalamualaikum

ANTARA babak kontroversi Sahara yang menyaksikan Reen yang membawa watak wanita berpurdah berpelukan dengan Ikhwan.

 

KUALA LUMPUR – Tiga pelakon lelaki drama bersiri kontroversi, Sahara semalam tampil membuat permohonan maaf

KUALA LUMPUR – Tiga pelakon lelaki drama bersiri kontroversi, Sahara semalam tampil membuat permohonan maaf berikutan babak yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga menyebabkan tayangannya terpaksa dihentikan di saluran Astro Prima baru-baru ini.

Tindakan itu diambil apabila pelakon lain yang turut membintangi drama yang ditayangkan di saluran itu menerima tempias dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama di blog dan laman sosial seperti Facebook.

Pelakon Arief Farhan, Faried Wari dan Muaz Aydyl tampil membuat permohonan maaf secara peribadi tanpa melibatkan pihak produksi atau stesen televisyen.

“Kami mengharapkan orang ramai berhenti membuat tohmahan dan provokasi di laman sosial.

“Kami memohon maaf sekiranya isu ini mencetuskan kemarahan. Setiap manusia melakukan kesilapan dan kami mengakui kesilapan kami,” jelas Arief yang mewakili barisan pelakon drama tersebut pada sidang akhbar di sini semalam.

Drama tersebut sebelum ini mencetuskan kemarahan apabila terdapat babak romantis yang melibatkan wanita berpurdah lakonan Reen Rahim bersama watak yang dilakonkan oleh Ikhwan Khairuddin.

Reen sebelum ini telah memohon maaf dengan mendakwa dia tidak berniat mempersendakan agama.

Pengarah drama terbitan Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd. itu, Dinesh Samby belum mengeluarkan kenyataan mengenai kontroversi tersebut.

Drama 20 episod itu dihentikan tayangannya sehingga episod ke 15 minggu lalu.

Sahara mengisahkan seorang gadis bandar yang liar terpaksa tinggal di sekolah pondok dan berdepan cabaran menjadi wanita muslimah sebelum jatuh cinta dengan seorang pelajar di situ.

Assalamualaikum,, Kita sering digempar gempurkan  dengan tangisan Gaza, bumi syahidah yang dihuni oleh para mujahiddin,bumi yang terlindung dari maklumat sebenarnya tentang apa yang berlaku di sana.

Yang sampai kepada kita ialah keganasan yahudi Israel yang menyerang tanpa mengenal erti kemanusiaan.Memang benarlah kalau diukur dengan kejadian fizikal tetapi sedarkah kita bahawa janji ALLAH itu benar.Janji syahidah yang dinikmati oleh penduduk Gaza yang berjihad untuk agama ALLAH!Aman Palastin dalam ceramahnya pernah memberitahu bahawa syarat untuk menjadi mujahiddin ialah mesti hafaz alquran, sementara makanannya hanyalah air zam zam dan buah zaiton.Buah zaiton Gaza pula diakui paling subur dan paling  berkasiat di dunia.

Hari ini, berbagai bagai keajaiban ditemui di Gaza tetapi keajaiban ini tidak disiarkan oleh akhbar dan media perdana di negara kita atau di mana mana negara, yang disiarkan hanyalah aspek aspek fizikal yang menyebabkan kita hanya bersimpati dengan penduduk Gaza dengan cara yang salah.

Sementara promosi termasuk dalam khutbah jumaat juga tidak membawa kefahaman kita kepada apa yang sepatutnya kita lakukan untuk menolong Gaza.Penduduk Gaza merupakan manusia pilihan ALLAH untuk berjuang menentang musuh ALLAH sementara kita orang melayu tidak memiliki kualiti yang dimiliki oleh penduduk Gaza.Ustaz Azhar pernah mengulas tentang perkara ini di mana antara kata kata ustaz Azhar, pemuda Gaza adalah pemuda yang sanggup meredah kereta kebal  untuk ke masjid ALLAH sedangkan kita orang melayu kalau diajak berperang pasti akan lari lintang pukang kerana kita tidak mempunyai keberanian seperti penduduk Gaza.

Sementara satu ketika dulu ada gambar kanak kanak Gaza bermain mati syahid sedangkan anak anak orang melayu leka dengan permainan video game dan PS 2.Wanitanya pula disahkan paling subur di dunia dan sentiasa bersedia untuk berkahwin demi melahirkan lebih  ramai mujahid serta perkara yang paling menarik, tidak ada anak luar nikah yang dilapurkan di Gaza.Tetapi di negara kita, berapa ramai anak anak luar nikah keturunan melayu yang sudah direkodkan?

Dengan fakta fakta yang disebutkan ini,layakkah kita mendakwa sebagai bangsa yang paling prihatin dengan Gaza?Kalau benar kita prihatin, atas dasar apakah keprihatinan kita?Adakah cukup dengan bantuan kewangan yang kita hurlurkan?Atau apakah cukup dengan solat hajat yang dilakukan selepas jumaat?

ALLAH lebih mengetahui dan ALLAH adalah benar dengan janji janjinya.Hari ini semakin terserlah janji janji ALLAH di bumi Gaza.Tentera beruniform putih yang menghantui tentera yahudi adalah tentera ALLAH.Mujahidnya pula walaupun diserang dengan jet pejuang dan roket tetap utuh dan dilindungi ALLAH.Kerana itu Gaza boleh bertahan sehingga hari ini.

 

Apakah maknanya semua ini?Maknanya penduduk Gaza hampir dengan surga ALLAH sedang kita yang mendabik dada sentiasa membantu Gaza belum tentu kedudukannya dengan syurga ALLAH.Jadi berbaloikah solat hajat yang kita lakukan untuk Gaza?Satu persoalan yang perlu kita jawab segera demi mendapat kepastian.Apakah makna solat hajat yang kita panjatkan itu kalau kita hanya berdiam diri dengan pembohongan yang baru kita dengar dalam PAU yang baru berakhir?

Apakah maknanya kita bersungguh sungguh menolong Gaza yang kedudukan penduduknya hampir dengan syurga ALLAH sedangkan dalam negara kita sendiri kita biarkan kezaliman dan kebathilan berleluasa?Kita enggan menolong perjuangan untuk menegakkan perintah ALLAH dalam negara kita sendiri?Malah kita turut bersubahat menfitnah para penolong agama ALLAH yang berjuang di negara kita dalam masa kita menyokong perjuangan rakyat GAZA yang sebenarnya bermatlamat sama dengan perjuangan di negara kita?

Penulis ingin menegaskan perjuangan Gaza mesti disokong kerana itu perintah ALLAH dan RASULnya tetapi kaedah pertolongan itu mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan ALLAH dan RASULnya, bukan pertolongan membabi buta dan melihat kejadian fizikal semata mata.Menyokong perjuangan Gaza bermakna menyokong juga perjuangan menentang kezaliman dan kebathilan dalam negara kita, menyokogng mujahid di Gaza bermakna meyokong jemaah yang bergerak di negara kita.Menentang yahudi bermakna menentang golongan yang berperangai macam yahudi di negara kita.

Inilah syarat sokongan yang diarahkan oleh ALLAH dan RASULnya kepada mana mana jihad yang berlaku di seluruh dunia.Kita seharusnya prihatin dan peka dengan semua perjuangan kembali kepada carahidup Islam di seluruh dunia.Ini bermakna, pergolakan di Syria, Kasmir,Afganistant, Rusia dan di mana mana negara Islam dunia termasuk Turkey serta perkembangan di Mesir, Tunisia dan Libya seharusnya membangkitkan semangat bersaudaraan Islam untuk turut sama bangkit qiam memohon pertolongan ALLAH sambil bertekad untuk memperbanyakan ibadat dan menjauhi serta membenci kemungkaran, kezaliman dan kebathilan.

 

PUAS...pemain Singapura gembira selepas menewaskan Malaysia.
PUAS…pemain Singapura gembira selepas menewaskan Malaysia.

SORAKAN penyokong jitu skuad negara, Ultras Malaya – ‘Rajagobal apa kau buat?’ ketika di penghujung perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, menceritakan segala-galanya.

Apa tidaknya, skuad Harimau Malaya memilih jalan berliku dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF apabila mudah ditundukkan Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan B dengan kapten Singapura, Mohamad Shahril Ishak mendedahkan kepincangan skuad kebangsaan yang kerap dipertahankan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal sebelum ini, apabila meledak dua gol sebelum pemain veteran, Aleksandar Duric melengkapkan kemenangan juara tiga kali itu.
Adakah kekalahan di tangan skuad kendalian Radojko Avramovic ini masih tidak boleh diambil kira kerana Malaysia juga tewas 5-1 kepada Indonesia pada aksi pertama dua tahun lalu sebelum muncul juara, tapi apa yang pasti untuk menang baki dua perlawanan kumpulan menentang Laos dan Indonesia selepas ini bukan mudah, biarpun ia tidak mustahil.

Dalam aksi menentang musuh tradisi Singapura itu, pengalaman sembilan pemain skuad juara 2010 menjadi taruhan Rajagobal dalam kesebelasan utama selain tiga pertahanan baru, Mohd Azmi Muslim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Bunyamin Umar diberi kepercayaan kali ini.
Dengan sokongan lebih 40,000 penyokong tempatan, Harimau Malaya bermula baik dengan serangan awal menerusi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha yang membuat larian di sebelah kanan untuk menggelecek dua pemain Singapura namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Mohamad Izwan Mahbud.
Namun aksi panas anak buah Rajagobal yang menewaskan Singapura 2-0 pada pertemuan terakhir Jun lalu dalam aksi persahabatan hanyalah seketika.

 

Selepas aksi hambar lebih setengah jam, skuad kebangsaan kemudian tergamam dengan dua gol pantas kapten skuad Singa, Shahril dalam tempoh enam minit.
Hantaran Shahdan Sulaiman berjaya dikawal baik pemain tengah LionsXII itu yang melepasi kawalan Azmi dalam kotak penalti sebelum meledak gol pertama pada minit ke-32 menewaskan penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat.

Empat minit kemudian, Khairul Fahmi melakukan kesilapan apabila tertampan bola sepakan percuma Shahdan ke belakang dan biarpun cuba dikeluarkan Mohd Fadhli Shas di atas garisan gol, Shahril pantas menanduk untuk gol kedua Singapura.
Kemasukan dua pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Mahali Jasuli menggantikan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Azmi memberikan sedikit kebangkitan, namun kekeringan idea untuk menembusi benteng Singapura yang ampuh bertahan.
Hanya satu serangan bahaya berjaya dilakukan, namun hantaran lintang Mahali dari sebelah kanan pantas diselamatkan Mohamad Izwan ketika penyerang negara Mohd Safee Sali dalam posisi terbaik untuk menolak masuk bola ke dalam gawang.
Duric yang berusia 42 tahun membuktikan kenapa pengalamannya begitu berharga buat Avramovic dengan menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-75, hanya dua minit berada di atas padang selepas menggantikan Shahril.
Kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah memberikan kelegaan buat Singapura sebelum berdepan Thailand manakala Harimau Malaya perlu bangkit menentang Laos pada Rabu ini.

 

p/s  Apex tak payah  main dengan Harimau Malaya ..pk TRW kita udahlah…lantaklah harimau nak mati sekalipun. Gobal out la….tukar dengan yang lebih baik n muda ….MEMALUKAN. Ni klu letak Piya pasti singa pun takut nak baham harimau ni  huhuhu..

p/s comelnya bayi…tentu wangi bila di cium..wangian syurga…anak2 ibarat kain putih ibu bapanya lah yg mencorak samada nak jadi majusi atau nasrani….semoga menjadi anak yg solehah….

NAZIRAH memangku bayinya yang baru lahir di Shah Alam semalam.

 

KUALA LUMPUR – Pelawak, pengacara dan pelakon popular, Ahmad Nabil Ahmad yang lebih dikenali sebagai Nabil kini bergelar bapa selepas isterinya, Nazirah Ayub, 24, selamat melahirkan anak sulung mereka semalam.

Bayi perempuan yang masih belum diberi nama itu dilahirkan dengan berat 2.67 kilogram pada pukul 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam, Selangor.

Menurut Nabil, 29, isterinya yang dikejarkan ke klinik tersebut pada pukul 3 pagi melahirkan anak sulung mereka tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor.

“Saya sangat terkejut sebab bayi saya lahir awal tiga minggu. Apa pun saya tidak siapkan lagi kerana sepatutnya saya mula bercuti awal Disember.

“Macam mana pun, sekarang saya sangat gembira dengan kelahiran anak sulung saya. Isteri dan anak saya sihat dan mereka dibenarkan pulang ke rumah pada petang esok (hari ini),” ujar Nabil yang dihubungi Kosmo!.

Nabil yang juga pengacara program Meletop terbitan Astro berkata, beliau masih mencari nama yang sesuai untuk anaknya.

“Nama anak belum ada lagi, saya baru sahaja beli buku tentang nama indah dalam Islam belum habis baca lagi.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan serta peminat yang mendoakan kesihatan isteri dan anak saya,” katanya yang turut berkongsi berita gembira itu di akaun Twitter miliknya.

Nabil dan isterinya melangsungkan perkahwinan pada 30 September 2011 di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

p/s comelnya perut Irma…teringinnya nak hamil huhuhu…

IRMA tampil bersama suaminya, Redza buat pertama kali di hadapan media selepas disahkan hamil lima bulan.

 

KIRA-KIRA empat bulan lagi pelakon berwajah manis, Irma Hasmie bakal melahirkan zuriat sulung hasil perkahwinannya dengan Redza Syah Azmeer Datuk Redzuan.

Tidak lagi mengalami alahan yang teruk seperti tiga bulan pertama kandungannya, kini pelakon filem Cinta Fotokopi itu mengakui selera makannya semakin bertambah sehingga menyebabkan berat badannya naik dengan banyak.

Atas sebab itu, ungkap Irma, 30, dia terpaksa bersedia untuk menurunkan berat badannya selepas melahirkan anak kelak.

“Insya-Allah doktor beritahu jantina bayi saya kemungkinannya adalah lelaki. Saya dan suami tidak kisah jantina apa, yang penting ia terbaik daripada Allah untuk kami sekeluarga. Jangkaan lahir adalah pada bulan Mac tahun depan.

“Berat badan saya agak mendadak naik iaitu dari 57 kilogram, sekarang sudah 68 kilogram. Tembam sangat saya sekarang ini, justeru kena kuatkan diri untuk kawal pemakanan,” ujarnya yang masih lagi mengacarakan program Assalamualaikum.

Belum lagi menyediakan kelengkapan bayi sepenuhnya, ujar Irma, dia dan suami masih membeli-belah barangan keperluan bayi dan berharap apabila kandungan mencecah tujuh bulan, sudah banyak kelengkapan bayi yang sudah tersedia.

Menurut Irma lagi, suaminya sangat prihatin dengan keadaan dirinya yang berbadan dua, malah akan sentiasa menemaninya ke majlis-majlis tertentu.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah yang beri kami banyak kasih sayang. Dia juga sentiasa buat saya rasa dekat pada agama,” ujarnya.

IRMA yang bakal menimang cahaya mata lelaki mengalami kenaikan berat badan sebanyak 11 kilogram.

 

Tidak takut

Ditebak dengan soalan sama ada dia takut melihat gambar dan visual bayi-bayi rakyat Palestin dibunuh Zionis yang banyak dimuat naik di internet dan kaca TV, Irma tenang memberikan jawapan.

“Lebih baik tengok daripada melakukan perkara-perkara yang tidak membawa manfaat apa-apa.

“Insya-Allah, daripada sudut positif kesannya, anak kita akan cintakan keamanan dan bencikan kezaliman,” jelasnya yang kini berehat daripada sebarang aktiviti lakonan sementara menunggu kelahiran anak sulungnya itu.

Dia bagaimanapun tetap sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti pengacaraan, duta dan tugasnya sebagai naib pengerusi Usrah Fitrah iaitu gabungan beberapa penggiat seni tanah air termasuk pelakon, penyanyi, wartawan, penggiat seni fesyen, penulis dan pemuzik demi mendalami ajaran Islam.

Usrah Fitrah yang turut disertai rakan-rakan artis seperti Heliza, Yatt Hamzah dan Diana Amir itu juga sekali gus mengadakan acara-acara amal dan berbentuk kemasyarakatan untuk menjalin ukhuwah dan mendekatkan diri dengan orang ramai serta golongan kurang bernasib baik atas nama ibadah.

 

KUALA LUMPUR – Satu kajian mengenai kesuburan dalam kalangan pasangan yang baru berumah tangga di Malaysia mendapati kira-kira 69 peratus tidak menyedari mereka dikategorikan sebagai tidak subur jika gagal mendapat anak setelah setahun berkahwin.

Masalah tersebut berpunca daripada sikap pasangan yang terlalu fokus kepada pencapaian dalam kerjaya, kesihatan dan keinginan memiliki hubungan yang stabil sebelum memiliki anak.

Kajian Starting Families Asia 2011-2012 yang dijalankan ke atas 1,000 orang wanita di 10 buah negara Asia mendapati, mereka mengalami jurang pengetahuan yang tinggi tentang kesuburan, punca ketidaksuburan dan pilihan mendapatkan rawatan kesuburan.

Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, keadaan bertambah buruk apabila pasangan terbabit enggan mendapatkan bantuan pakar dengan segera.

Beliau berkata, sikap itu bertentangan dengan negara-negara lain di Asia apabila kaum wanita negara ini menentukan masa sesuai untuk memiliki anak berbanding suami mereka.


 

PETANG 10 November lalu, Mohammed Ussama Hassan Harara, 16, dan Ahmed Mustafa Khaled Harara, 17, seperti biasa keluar bermain bola sepak di taman permainan berdekatan rumah mereka di Al-Shoja’iya, timur Gaza.

Namun, tidak lama berada di taman itu tiba-tiba kedengaran siren dan jeritan kuat menyuruh mereka menyembunyikan diri.

Tatkala rakan-rakan mereka bertempiaran lari, namun langkah Mohammed Ussama dan Ahmed Mustafa ternyata tidak cukup pantas.

Bedilan meriam tentera Zionis Israel tepat jatuh di taman permainan itu dan meragut nyawa kedua-dua remaja berkenaan.

Berita kematian mereka hanya menjadi bisikan sepi dunia kerana ternyata ia bukanlah satu kisah asing.

Sebelum Mohammed Ussama dan Ahmed Mustafa, sejak tahun 2000 lebih 1,477 kanak-kanak Palestin sudah terbunuh di tangan Tentera Pertahanan Israel (IDF).

Pada 14 November lalu, Hamas melancarkan serangan ke atas Israel sehingga meragut tiga nyawa warga Israel yang merupakan orang awam. Berita tersebut dimainkan oleh media-media Barat pro-Israel. Atas alasan mempertahankan diri, Zionis kembali bermaharajalela sekali gus melancarkan operasi Pillar of Defence.

Namun pada asalnya, segala-galanya berpunca daripada serangan awal Israel yang mengorbankan Ketua Ketenteraan Gaza, Ahmed Jabari.

Sehari sebelum umat Islam menyambut Maal Hijrah, peluru berpandu dan meriam Zionis mula menghujani langit Palestin.

Genap seminggu Israel belum juga menunjukkan rasa belas kasihan. Setakat hari ketujuh kekejaman Israel (Selasa lalu), sudah 100 nyawa orang Palestin kecundang.

Persoalannya, di manakah perikemanusiaan masyarakat antarabangsa, di manakah keadilan untuk orang Palestin dan polis dunia seperti Amerika Syarikat (AS)?

Bagaimanakah dunia boleh menghalalkan dosa-dosa Israel yang sudah menjangkau lebih enam dekad sehinggakan darah-darah orang Palestin sudah tidak bermakna lagi?

Memetik kata-kata Presiden AS, Barack Obama: “Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan AS menyokong sepenuhnya tindakan Israel dalam mematahkan serangan yang dilancarkan pihak Hamas.”

Mengulas kekejaman terbaharu Israel itu, Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just), Dr. Chandra Muzaffar menyatakan, Israel tahu bahawa AS sentiasa menyokong setiap keputusan yang dilaksanakan mereka.

“Walaupun Obama tahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ialah penyokong Mitt Romney yang tewas dalam pilihan raya lalu, beliau masih meletakkan kepercayaan kepada Israel.

“Keadaan ini tidak mengejutkan dunia kerana politik AS sebenarnya dikuasai oleh pihak-pihak asing yang digelar pelobi. Kebanyakan pelobi ini datang daripada kumpulan pro-Israel,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo!.

Secara telusnya, penderitaan rakyat Palestin bermula sejak tahun 1946.

Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada B’Tselem, sejak tahun 2000 sehingga September 2012, seramai 14,922 warga Palestin telah terkorban. Jumlah itu berbeza dengan kematian yang melibatkan rakyat Israel iaitu sebanyak 1,097 yang kebanyakannya merupakan tentera Israel.

Derita enam dekad

Dosa Israel ternyata bukan hanya membunuh, mereka juga merampas sedikit demi sedikit tanah Palestin, malah menyekat sumber air umat Islam.

Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan pada tahun 1946 Palestin mempunyai keluasan tanah 26,990 kilometer persegi, tetapi hari ini angka itu hanya tinggal 6,220 kilometer persegi (5,860 di Tebing Barat dan 360 kilometer persegi di Gaza).

Berkongsi lebih dekat penderitaan penduduk Palestin, Kosmo! sempat menemu bual Ketua Misi Bantuan Palestin anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Muhammad Kamarulazizi. Beliau baru pulang ke tanah air Selasa lalu, selepas mengikuti rombongan ke Tebing Barat pada awal November lepas.

Ujarnya, keadaan di Palestin boleh dipecahkan pada dua kategori.


JENAZAH Mohammed Ashour yang berumur sembilan tahun dibawa untuk pengebumian selepas dia terbunuh berhampiran rumahnya di Gaza pada 21 November lalu ekoran serangan Israel.

 

“Bandar-bandar penduduk Palestin kotor dan tidak dibersihkan majlis perbandaran sedangkan mereka membayar cukai yang tinggi. Kami hairan melihat kawasan orang Israel yang jauh lebih teratur dan diselenggara dengan baik walhal perumahan mereka hanya bersebelahan.

“Apa yang pasti, warga Palestin ibarat hidup terbuang di dalam negara sendiri. Lesen perniagaan dikenakan bayaran tinggi dan disebabkan itu ramai dalam kalangan mereka menjalankan urus niaga secara rahsia. Ekonomi dan sosiologi Palestin pada dasarnya diperintah Israel walaupun ia tidak terletak di bawah bidang kuasa mereka.

“Paling ketara ialah agihan bekalan air. Rakyat Palestin tahu pihak Israel akan melakukan sekatan air pada bila-bila masa, jadi setiap rumah menyediakan satu tangki simpanan air sebagai kegunaan pada waktu kecemasan,” kongsi Muhammad panjang lebar.

Ujarnya, ketika umat Islam lelaki di seluruh dunia menjalankan ibadat solat Jumaat dengan tenang, warga Palestin berumur 14 hingga 40 tahun pula terpaksa bertarung nyawa bagi menunaikan tanggungjawab tersebut.

Menurut Muhammad, kumpulannya sendiri menyaksikan ketegangan yang berlaku antara orang Palestin dan tentera Israel yang berkawal di luar tembok Masjid al-Aqsa.

Penafian rejim Zionis terhadap orang Palestin yang ingin memasuki masjid menimbulkan kemarahan mereka dan bertindak membaling batu ke arah tentera-tentera tidak berhati perut itu.

Akibatnya, warga Palestin yang bertindak sedemikian ditangkap tanpa diberi ruang membela diri.

Selama sembilan hari di Palestin, rombongan Muhammad turut berkesempatan melawat dua buah sekolah yang terletak di pekarangan masjid al-Aqsa dan Baitulmuqaddis.

Gencatan senjata


MUHAMMAD (tengah) bersama kanak-kanak Palestin ketika menjayakan misi bantuan ke Tebing Barat bermula 12 hingga 19 November lalu.

 

“Suasana pembelajaran sama seperti negara lain. Namun, kanak-kanak Palestin perlu melepasi pintu pemeriksaan yang dikawal tentera Israel setiap kali mereka ingin ke sekolah. Ia menunjukkan betapa ketatnya pergerakan rakyat Palestin meskipun berada dalam kawasan sendiri.

“Bagaimanapun, semangat kanak-kanak Palestin dalam memperjuangkan kebangkitan semula negara mereka sangat tinggi,” cerita Muhammad.

Daripada 22 negara yang menyertai Liga Arab (termasuk Palestin dan Libya), hampir semua memilih jalan selamat untuk tidak mencetuskan pertikaian dengan Israel.

Mesyuarat dalam kalangan menteri luar negeri ahli Liga Arab yang diadakan pada Sabtu lalu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang penyelesaian terhadap penderitaan yang sedang dialami Palestin. Rata-rata bersetuju dengan cadangan gencatan senjata berbanding menentang kekejaman Zionis.

Perdana Menteri Qatar, Sheikh Ahmad Jassim dalam mesyuarat tersebut menyatakan, kesemua negara Arab takut untuk mengeluarkan rancangan konkrit terhadap Palestin kerana mahu menjaga hubungan baik dengan AS dan Israel.

“Sebarang rancangan yang teliti memerlukan keputusan serius yang akan menyinggung Israel dan AS,” ujar seorang diplomat Liga Arab pada mesyuarat tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan pegawai rasmi dari Mesir pula secara jelas meneguhkan prinsip mereka untuk membantu dalam pergolakan Palestin. Mesir enggan memulakan sengketa dengan Israel atau AS memandangkan negara itu sedang dalam proses permohonan pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

Persoalannya, jika kuasa besar seperti Liga Arab dan PBB hanya mampu melontar pandangan tanpa sebarang tindakan agresif terhadap Israel, mampukah Palestin menamatkan konflik dan membina negara merdeka dengan kaki sendiri?

Ya Allah selamatkanlah saudara2 kami di Gaza. Hancurkanlah zionis dan sekutu2nya.

“Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah……. . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestine , hancurkanlah rejim zionis.. amin . …”> >(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi – dengan Izin Allah)

SEDIA...Mohd Fahmi dan Nor Fazira dapat restu keluarga.
SEDIA…Mohd Fahmi dan Nor Fazira dapat restu keluarga.

KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.
“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.
“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.

 

“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.
Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.

Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.
Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.
“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.
Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.
Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.
“Hanya Allah tahu perasaan saya… walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.
“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.
Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.
“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.
“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.

p/s dari buat maksiat lebih baik nikah……..

Kalendar

Disember 2020
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 906,386 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada