bila hatiku berbicara

Harimau rebah

Posted on: November 26, 2012

PUAS...pemain Singapura gembira selepas menewaskan Malaysia.
PUAS…pemain Singapura gembira selepas menewaskan Malaysia.

SORAKAN penyokong jitu skuad negara, Ultras Malaya – ‘Rajagobal apa kau buat?’ ketika di penghujung perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, menceritakan segala-galanya.

Apa tidaknya, skuad Harimau Malaya memilih jalan berliku dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF apabila mudah ditundukkan Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan B dengan kapten Singapura, Mohamad Shahril Ishak mendedahkan kepincangan skuad kebangsaan yang kerap dipertahankan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal sebelum ini, apabila meledak dua gol sebelum pemain veteran, Aleksandar Duric melengkapkan kemenangan juara tiga kali itu.
Adakah kekalahan di tangan skuad kendalian Radojko Avramovic ini masih tidak boleh diambil kira kerana Malaysia juga tewas 5-1 kepada Indonesia pada aksi pertama dua tahun lalu sebelum muncul juara, tapi apa yang pasti untuk menang baki dua perlawanan kumpulan menentang Laos dan Indonesia selepas ini bukan mudah, biarpun ia tidak mustahil.

Dalam aksi menentang musuh tradisi Singapura itu, pengalaman sembilan pemain skuad juara 2010 menjadi taruhan Rajagobal dalam kesebelasan utama selain tiga pertahanan baru, Mohd Azmi Muslim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Bunyamin Umar diberi kepercayaan kali ini.
Dengan sokongan lebih 40,000 penyokong tempatan, Harimau Malaya bermula baik dengan serangan awal menerusi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha yang membuat larian di sebelah kanan untuk menggelecek dua pemain Singapura namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Mohamad Izwan Mahbud.
Namun aksi panas anak buah Rajagobal yang menewaskan Singapura 2-0 pada pertemuan terakhir Jun lalu dalam aksi persahabatan hanyalah seketika.

 

Selepas aksi hambar lebih setengah jam, skuad kebangsaan kemudian tergamam dengan dua gol pantas kapten skuad Singa, Shahril dalam tempoh enam minit.
Hantaran Shahdan Sulaiman berjaya dikawal baik pemain tengah LionsXII itu yang melepasi kawalan Azmi dalam kotak penalti sebelum meledak gol pertama pada minit ke-32 menewaskan penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat.

Empat minit kemudian, Khairul Fahmi melakukan kesilapan apabila tertampan bola sepakan percuma Shahdan ke belakang dan biarpun cuba dikeluarkan Mohd Fadhli Shas di atas garisan gol, Shahril pantas menanduk untuk gol kedua Singapura.
Kemasukan dua pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Mahali Jasuli menggantikan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Azmi memberikan sedikit kebangkitan, namun kekeringan idea untuk menembusi benteng Singapura yang ampuh bertahan.
Hanya satu serangan bahaya berjaya dilakukan, namun hantaran lintang Mahali dari sebelah kanan pantas diselamatkan Mohamad Izwan ketika penyerang negara Mohd Safee Sali dalam posisi terbaik untuk menolak masuk bola ke dalam gawang.
Duric yang berusia 42 tahun membuktikan kenapa pengalamannya begitu berharga buat Avramovic dengan menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-75, hanya dua minit berada di atas padang selepas menggantikan Shahril.
Kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah memberikan kelegaan buat Singapura sebelum berdepan Thailand manakala Harimau Malaya perlu bangkit menentang Laos pada Rabu ini.

 

p/s  Apex tak payah  main dengan Harimau Malaya ..pk TRW kita udahlah…lantaklah harimau nak mati sekalipun. Gobal out la….tukar dengan yang lebih baik n muda ….MEMALUKAN. Ni klu letak Piya pasti singa pun takut nak baham harimau ni  huhuhu..

4 Respons to "Harimau rebah"

tahniah la harimau melaya…dah kembali mengaum..camtu lah..baru ganas…mungkin sebab banyak pertukaran oleh gobal kot..walau bagaimanapun tetap x suka dah gobal..

busuk2 harimau melaya pun org kita jugak..kita tengok dan lihat malam sabtu ni..walau bagaimanapun tetap sokong org kita huhuhu

harimau kita masih kuat!. cuma time tu tak cukup mkan je tu yg rebah, tp x pe, next time berusaha lebih gigih lg ye

Tahniah lah Harimau Malaya kerana sudah bangun dari tidur……bila menang di puji bila kalah di keji…sian kat Apek…x apa Apek tumpulah kat hari2 pentingmu nak nikah ye Pek….Hidup Harimau Malaya……..

Tinggalkan komen

Kalendar

November 2012
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 913,676 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada