bila hatiku berbicara

Mengapa tiada jodoh

Posted on: Julai 21, 2009

Antara penjelasan mengapa tiada jodoh

Pendapat Oleh emjay

“Assalamualaikum wbt sekelian muslimin

Setengah orang mendapat jodoh pada usia 16 tahun dan setengah yang lain hanya dapat jodoh pada usia 40an dan setengah mereka pula mati sebagai anak dara / teruna.

Adakah Allah mempunyai sifat pilih kasih dengan hanya memberikan jodoh kepada orang tertentu sahaja?? Persoalan seperti ini boleh merosak akidah seseorang.

Kalau merujuk surah Assyura ayat 30, setiap musibah dari Allah adalah kerana dosa manusia. Saya redha dan mengakui bahawa segala musibah yang menimpa saya selama ini adalah disebabkan kesilapan saya belaka.
Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan.

Ramai orang telah ditutup hatinya oleh syaitan dari mengenali / muhasabah kesilapan mereka. Bila mereka gagal mengenalpasti kesilapan ini, hiduplah mereka terus menerus tanpa rahmat Allah yang satu ini.

Antara dosa perempuan atau lelaki yang menyebabkan rahmat kahwin ditolak oleh Allah ialah:

1. Pernah berusaha melalui bomoh melalui mandi bunga, memakai susuk dsb agar dicepatkan jodoh mereka. Dosa ini sangat besar kerana mensyirikkan Allah.

2. Mengamalkan ilmu sesat dari “ustaz” atau orang pandai yang sebenarnya seorang bomoh sesat seperti ilmu membaca mentera bila keluar rumah, ilmu kunci tubuh bagi wanita dsb. Ilmu ini mengundang pertolongan dari syaitan seperti mudah mesra dengan semua orang dsb tetapi orang ini tidak sedar akan janji iblis yang membantunya dan antara janji tersebut ialah orang ini akan dipastikan tidak kahwin sampai mati.

3. Berkata sombong seperti seorang rakan saya “aku kalau nak kahwin, aku petik aja jari, 10 orang datang nak kahwin dengan aku”. Sombong adalah milik Allah sahaja (Al Mutakabbir) dan dilarang manusia mengamalkan sifat ini. Kita pastinya melayakkan pelbagai azab Allah sekiranya mengamalkan sifat sombong ini.

4. Terlalu memilih Mr Right / Ms Right dengan sewenang-wenang menolak pilihan yang ditentukan Allah. Kebanyakan orang yang tidak berkahwin ini sebenarnya pernah dilamar oleh seseorang tetapi terus menolak mentah-mentah tanpa merujuk kepada Allah seperti melalui sembahyang istikhorah atas alasan seperti tidak sama taraf dsb. Allah sudah menetapkan dalam Al Quran bahawa perempuan baik dijodohkan dengan lelaki baik dan sebaliknya. Kalau perempuan macam Erra Fazira, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad.

5. Rosak akidah mereka dengan menolak hukum Allah seperti poligami, hudud dsbnya. Setengahnya sanggup bercakap seperti “aku sanggup jadi anak dara tua sampai mati dari menjadi isteri kedua”. Membenci mana-mana hukum Allah sudah cukup melayakkan diri untuk menjadi Kafir. Dosa ini adalah dosa paling besar dalam Islam dan inilah antara punca azab musibah yang Allah turunkan seperti musibah tidak dapat jodoh.

6. Putus asa dan mengeluh. Mengeluh bukan ciri orang Islam. Terus menerus mengeluh akan terus menerus mengundang azab Allah. Putus asa seperti berkata “biarlah aku menjadi anak dara tua sampai mati” akan mengundang musibah yang berat dari Allah iaitu kekal tidak berkahwin. Allah membahasakan orang yang putus asa ini agar mencari tali untuk menggantung diri sampai mati (bunuh diri)

7. Banyak berbuat dosa mengundang pelbagai musibah dari Allah. Ada manusia yang malas sembahyang dan ada juga yang gemar berbuat maksiat pastinya mengundang azab musibah dari Allah. Apatah lagi kalau dosa berzina.

8.Tidak mahu mendalami ilmu agama juga adalah satu dosa kerana belajar agama adalah wajib untuk semua orang. Tidak melakukannya mengundang dosa yang kelak mengundang pelbagai musibah azab dari Allah.

Allah tidak pernah pilih kasih dengan memberikan jodoh hanya kepada sebahagian orang sahaja. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri. Kezaliman inilah yang mengundang musibah azab dari Allah dan tidak dapat jodoh adalah antara pelbagai musibah azab dari Allah SWT.

Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH.

Sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi ilmu, silalah email :: kangmasjb@hotmail.com

Lawatilah laman saya di :: http://emjayjb.multiply.com/
Sekian sahaja untuk kali ini.

Wassalam wallahualam

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/


P/s Kawan-kawan jom kita pakat komen artikel ni pula. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Biarpun puan-puan masih belum mempunyai zuriat tetapi puan-puan mempunyai suami yang baik. Lain benar dengan kaum sejenis kita yang belum berumah tangga biarpun sudah berusia lanjut. Biarpun sibuk dengan kerjaya tetapi saya percaya wanita-wanita ini akan tetap rasa kesunyian tanpa insan yang bergelar suami dalam meniti usia yang kian lanjut. ~ Idea ni saya dapat dari Tranungkite(TKO).

147 Respons to "Mengapa tiada jodoh"

salam tuan empunya blog,
ini skadar pengalamn dan pndapat sy shj….

1-jiran sy mgmalkan mandi bunga..tp still nikah…x lama selepas itu dia berkhwin (ikhtiar org kebykkn)…begitu juga dgn kakak2 mereka…dan dikurniakan anak2 yg baik akhlaknya…alhamdulillah.

2- ” hek eleh, kalau setakat driver lori, aku x kawin pon x pe lah!!!” agak berdesing telinga sy kerana ayah angkat sy driver bus..tp cikgu sy kawin jgk dgn cikgu juge…umur beliau 26thn ketika itu

3-Malas smbhyg? bkn stakat malas, tp kakak ipar kwn sy x pnh lagsg sentuh sjdh…ank dah msk 4 org…nauzubillah

4- lec sy sgt baik, baik dgn family dan semua org keliling…smbhyg + ngaji, tip top…orgnyer kurus , kulitnyer mulus…tutur bahasa amat menyenangkan..masih jgk belom kawin wpon umur dia mengnjak 37…teringin berkakak iparkan org sepertinya..tp abg sy dah ada pilihan sendirik…

mmm..adakah lec sy ini berdosa spt2 diatas….? (everytime must be berfikiran positif kan)

rezeki, maut, JODOH di tangan tuhan semuanyer..bukan pd dosanya..

wallahualam…

agak terasa juga dgn statement nuriman kt atas…tetapi terubat skit dgn kata2 dahbelakukan..tetapi dlm masa yg sama muhasabah juga diri utk tgk kelemahan & juga dosa2 bak kata nuriman..

betul saya setuju…ada orang yang menjaga agama.tingkahlaku dsb tetapi tidak berjodoh.Allah janjikan yang lebih baik utk dia Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya…apapun muhasabah diri.sentiasa positif.

ada org yg melakukn maksiat still kawen dgn org yg berjaya..last bhgia..ada org yg bersabar ,tunaikn tgjawab sbg org muslim tp still xda jdoh..

Salam..trima kasih komen macam kenal je hehehe. Erm komen saya lari sikit kot..kalau tu pasal lambat jodoh tp sy komen ni yg ada jodoh…

1-Si fulan lepas U, masa duk belajar dulu dia kawen dengan gewe dia, tp jodoh tak panjang biarpun bergewe agak lama. Akhirnya berpisah, dan bertemu jodoh dengan orang biasa yang takde kerja. Bukan takde kerja tp malas agaknya. Dialah yang menyara laki dia. Tp mungkin rezeki dia dapat zuriat dengan suami keduanya…

2- Fulan kedua kawen usia muda jugak..tp kasihan dapat suami penagih. Biarpun di halang oleh emak bapak dia nak jugak kahwin. Akhirnya sekarang ni suami dia merengkok di pusat serenti. Dialah yang menjaga anaknya seramai 6 orang…

3- Seorang ustazah di sekolah saya, biarpun ketika itu berusia lewat 40an tp masih belum berkhawin hingga ke hari ini. Cikgu matematik sayapun berusia lanjut…di takdirkan ada jodoh…tp sayangnya tak kekal lama…

Mungkin sebab itu perempuan sekarang berhati2 dalam memilih pasangan hidup. Maklumlah khawen bukannya sehari dua, tp kalau boleh biar kekal hingga ke hujung nyawa. Setiap manusia telah di tentukan jodoh,ajal,maut dan rezekinya , mungkin jodoh mereka lambat agaknya. Mungkin jodoh tu ada tp tak mahu kawen kot…atau lebih senang hidup sendiri.

http://pernikahanbarakah.blogspot.com/

sy brpegang kpd jodoh di tgn tuhan, Allah sudah menjanjikan bahawa setiap insan di dunia ini ada pasangan masing2…lambat atau cepat, di dunia atau jumpe di akhirat..kwn sy pernah ckp..kalau xjmpe jodoh di dunia maknanya jodohnye ada di akhirat..btl ke? maknannye kt akn jmpe jgk jodoh kt…wlaupun bkn di dunia…wallahualam…ada sesapa yg bijakpandai untuk menghuraikan kesangsian sy..

salam..kenal ek..heheee….

sy cuma kurang bersetuju shj bila kes andalusia dialusia ni disebabkan “dosa smlm “….

*kalau kejahatan seseorg tdk mengikut negeri, rezeki, jodoh dan maut juga tidak mengikut dosa seseorg.

tuhan tu amat menyayangi hambanya, wpun kita x puasa, x smbhyg, DIA tetap kasi kita rezeki seadanya….cuma yg berusaha dapat lebih, yg “duk termenung” pon dapat jgk tp x sbyk yg berusaha…

statement sebegini………….pada para 4 di atas,
“Kalau perempuan macam Erra Fazira, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad”

kalau tuhan kata kunfayakun, semua akan terjadi….tak kira, dia tu erra ke, rabica nur islam ke, madona ke, agnes monica ke….kalau tuhan mengizinkan, berjodoh jualah mereka dengan org2 sebaik Nabi Muhamad. Tiada mustahil. Nabi pon amat syg umatnya.

statement2 di atas mcm ‘mendesak’ kita utk memandang serong kpd mereka2 yg berstatus bujang (terlajak) kan….

setuju…. kenapa yang tak kahwin itu… dipandang satu dosa… pelik manusia….

bukankah dengan berkahwin itu dapat menundukkan syahwat?dpt mengembangkan zuriat..meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. Sedangkan nabipun hidup berumah tangga inikan kita manusia biasa. bila sudah sampai jodoh berkhawinlah kerana itu merupakan sunnah nabi. mustahil manusia yang normal tak teringin hendak bernikah. Apakah kita terlalu alim utk sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan? Sedangkan memandang dengan penuh syahwat kepada lelaki atau wanita itupun merupakan satu dosa, dosa mata dll….Berdoa usaha dan tawakal…..
pasti jodoh tu datang juga….

sebuah karya yg sesuai utk semua
Bagi yg bujang, boleh ambil iktibar
Bagi yg belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar
Bagi yg berkeluarga, perlu mengajar

KALAU BERCINTA…..
Untuk suami, renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah…

Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT,
kerana memiliki isteri yg tak sehebat mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah SAW
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah!
Kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh..amin

Untuk isteri pula, renungkanlah…
Pernikahan membuka tabir rahsia
Suami yg menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yg punya cita-cita membangun keturunan yg soleh

Pernikahan mengajar kewajipan bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yg nakal, kamu adalah penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan mengajar kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH SWT
Kerana memiliki suami yg tak segagah mana

Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yg begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yg begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah..amin

Justeru itu, wahai para suami dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Suami & isteri ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah…

p/s – renung2kan dan selamat beramal =)

Ya saudara sayapun setuju..tp tu bukan saya yang tulis tu ek hehehe..merujuk blog yg tertera kat situ. Allah tu Maha pemurah..kat orang kafir pun di berinya rezeki yg melimpah ruah…apa kata saudara emel kat dia tu ek..

Mungkin jugak pompuan sekarang lambat jodoh kerana sibuk dengan kerjaya, memilihpun ya, mungkin mengharapkan yang setaraf. Dan mungkinnya ada sejarah silam yang membuatkan dia menolak jodoh. blog ni http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/mengatakan rezeki berupa jodoh…tp saya komen pasal rezeki berupa harta. Tak apalah itu rezeki jugak namanya tu. N kalau nak sebut bab jodoh ni rasanya saya ada cerita sendiri..tp biarlah rahsia ..

Akhlak dan pekerti Rasulullah s.a.w sukar di cari..adakah lelaki sekarang sebaik akhlak dan pekerti Rasulullah?

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna
RASULULLAH

“Dan Allah tidak membebankan sesuatu jiwa melainkan apa yang terdaya
olehnya..” (al-Baqarah: 286)

salam…
maaf sebab xselalu dpt masuk ke blog ni, ada masaalah server.
nak komen sikit…kepada yang berkenaan tu, sila renung2kn…
setinggi mana pun ILMU yng kita ada,BUKAN HAK kita utk menghukum orang…begitu…orang ni..begini…salah tu…dan ALLAH MURKA pada hambaNya yng suka menghukum sesama sendiri. sip kit utk menghukum sesama adam.
TOLONGLAH….kita diberi akal dan lidah…saling bekerjasamalah keduanya sebelum berikan pendapt…segala jodoh yang CEPAT @ LAMBAT ADALAH DIRENCANAKAN OLEH ALLAH sejak azali…
macam kak sendiri….xpernh keluar rumah..selalu saja sakit2. tapi alhmdulillah…Allah datangkan jodoh buat kak..dalam usia muda…21 thun..sedang kak, buknny ada rupa…punya 1001 kekurangn sejak azali..dan sampai sekarang..dah lebih 24 thun bersama…still loving couple..
ALLAH MAHA BIJAKSANA..
SERAHKAN PADANYA…DI SAMPING ITA..JANGAN BERPUTUS ASA UTK MELAKUKAN IKHTIAR SECARA ISLAM DAN TIDAK JATUH KEPADA SYIRIK…
insyaAllah…akan datang jodohnya…..

Salam Kak Rihan Terima kasih komen bab ni ya.

Sayapun tak reti jugak nak komen bab tulisan kat atas tu. Saja nak bagi meriah blog hehehe. Betullah kak jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan, kalau saya sendiripun ada ceritanya. Seperti akak jugak sayapun insan kekurangan, dunia sayapun hanya rumah..bertemankan pena dan kertas. Tetapi jodoh tu datang juga. Tetapi bukannya jodoh tu datangnya dengan sendiri kena beusahalah. Alhamdulillah dalam usia 22 tahun saya bertemu jodoh, kalau nak ikutkan beza pendidikan saya dengan suami bagaikan langit dengan bumi. Suami lepasan USA sedangkan saya cukup2 makan je. Tp alhamdulillah inilah jodoh namanya…

Dan satu lagi jangan terlalu memilih, misal kata bakal suami bergaji rendah dari isteri, tak semestinya wanita menolak kalau itu di takdirkan jodohnya. Yang penting buang kegoaan dalam diri wanita tersebut. Jangan pk aku ni lebih dari lelaki tu maka kena cari pasangan yang lebih. Jangan terlalu memandang metrialistik. Yang penting pasangan sayangkan kita, kita bahagia dengan pasangan kita.

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t83728.html

salam jumaat akak nuriman tewww..

salam jumaat en me..lama x nampak ek..

Assalamualaikum….saya nak minta cadangan pada kak nuriman….saya memang sudah betul-betul teringin untuk berumahtangga tetapi, setiap kali saya berkawan dengan seseorang yang sudah saya berkenan, akhirnya pasti ada masalah yang akhirnya memutuskan hubungn kami…namun, saya terus berdoa moga jodoh saya di segerakan dengan jodoh saya yang telah Allah swt tetapkan sebab saya tidak mahu timbul fitnah atas usia saya sekarang…kak tolong bagi pandangan pada saya…

wassalam..

assalamualaikum, dik ummi…

izinkan kak rihan membantu dik dalam menangani masaalah ini. kak juga adalah kawan kepada kak nuriman.

alhamdulillah, sejak 5 tahun kak memasarkan produk ini, 1001 permasaalahan telah MAMPU diselesaikan.. sama ada yang nakkan jodoh, nakkan zuriat, sihir jodoh dll lagi

dik boleh klik:
http://www.raihanberkatedar.com

kak cadangkan dik amalkan pakej 21 hari.

bila kak baca permasaalahan dik, kak bimbang kalau2 dik terkena ilmu pelalau.
dan bagi yag terkena ilmu ni, akan berlaku sesuatu yang cukup membingungkan…
umpamanya:
kalau dik nakkan seseorang, orang tu xsudi dengan dik..TAPI…
kalau dik xberkenan dengan seseorang, orang tu pulak yang nakkan dik???pening kan?
jadi, kak akan cuba bantu..

dan utk pengetahuan dik juga, PROF DR HAMID ARSHAT ada btau, 75% penyakit berasal dari syaitan…jdi hanya alternatif ini yang mampu merawat.
InsyaAllah kak akan bagi diskaun utk dik berserta doa-doa mustajab utk mempermudah datangnya jodoh…yang penting, buang segala yang MENGHALANG datangnya jodoh.
boleh hubungi kak: 0139366353

INSYAALLAH…

salam, dik..

kalau masih belum berhasil, ada jalannya…boleh dilakukan sendiri di rumah..hubungi kak @ emel jer: raihanberkat@yahoo.com
subjek: MJ/blognuriman

salam safiyayah ade mase sms lah yer.01123766810

sye rahim sedang cri teman hdup wanita

Waalaikumusalam ummu safiyyah…

Simpati dengan ummu safiyah..tp ummu safiyah ini bukan blog motivasi, saya cuma copy saja artikel. Saya cuba mencari blog2 petua untuk mencari jodoh. Saya pernah kenal seseorang, saya kagum dengan dia kerana dia sanggup berkongsi suami dengan kawan baik dia. Tp kawan dia serba salah, sampai kehari ini saya tidak bertanya lagi, saya bimbang melukakan hatinya. Adakah wanita2 hari ini sanggup berkongsi suami dengan kawan baiknya? Rasanya 1 dalam seribu kan?

ibnukamaruzaman.blogspot.com/…/petua-mendapat-jodoh.html

sharimi.wordpress.com/…/petua-mendapat-pasangan-dr-fadilah-kamsah/

Petua Mencari Jodoh
Assalamualaikum,

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta

Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.
Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya

Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama

Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

http://mariafirdaus.blogspot.com/

Terima kasih, artikal sini amat menarik sekali

sama2…bagus untuk pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga…..

nuriman, anak pakar jodoh pakcik dukun asmara kita boleh join ke, kalau boleh cuma ;
klik di sini> http://pakcikli00.wordpress.com/ terima kaseh, ohya anak dah berjodohan ke?.

Assalamualaikum.
pertama kali saya jumpa blog ni dan terpanggil utk memberikan komen. saya masih berpegang pd asas pemilihan pasangan: harta, keturunan, kecantikan dan agama krn keempat2 komponen inilah yg menjamin keharmonian rumahtangga. sebelum ini, saya rasa mcm dh jumpa my mr right. hampir ke arah perkahwinan. tp, entah mcmana putus di tgh jln. amat menyakitkan sbb kami dh lama kenal, sama2 belajar d oversea:susah senang d sana, sekufu, tiada siapa yg curang dan sudah mendapat restu keluarga. skrang masih berusaha utk mengawal rasa kesedihan. drp artikle di atas, saya rasa saya bkn la dlm kategori bdk jahat. salah ke kalau saya kata saya xnk kawin, sbb saya rasa saya boleh survive tanpa lelaki dan tidak menyusahkn org?

kak…saya punya masalah maybe ada jgak yang alami…
saya selalu terjatuh cinta pada kekasih atau tunang org. saya mudah jatuh cinta bila sesorang buat baik pada saya. masalhnya saya ni tak cantik, dan org lelaki of course la tak pandang orang macam saya…. sedih ….

salam..

semuga dik izan dirahmati Allah..

dik..
buruk rupa…bukan urusan kita
di zaman begini, masih ada insan yang mencari pasangan yang buruk rupa…
tapi INDAH pada budi bahasa…
YANG PENTING …USAHA..

KITA….ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN!!
JADI, CUBA POSITIFKAN MINDA..
INSYAALLAH..ADA JALAN PENYELESAIANNYA..

pernah dik dengar ttg kisah sorang wanita yang bertugas di ANGKASAPURI suatu ketika dulu?? [peringkat atasan]
beliau xmempunyai kedua belah kaki langsung! berkerusi roda..
TAPI…dianugerahkan oleh Allah ..seorang suami yang SEMPURNA JASMANI…dianugerahkan pula dengan 2 orang zuriat sendiri yang comel?

JANGAN INGAT SUAMI BELIAU BUTA…
lelaki ni kkdg…ada yang celik pada KEINDAHAN HATI…
kenyataannya, dah kak rasai…

boleh hubungi kak, kalau masih confused..
betulkan cara pemikiran dik…INSYAALLAH..masaalah akan mampu diselesaikan..

apa sy nak jawab ek..artikel ni sy copy jer..n kalau ada yg sudi tu bagilah pandangan dan nasihat kat adik ni. Sayapun x taulah nak kata apa kat adik ni.

dik..kalau sebut bab cantik ni..semuanya ada kelebihan tersendiri. Misal kata kalau si A tengok org tu tak cantik.Tp si B kata cantik. Kalau nak sebut bab cantik ni dik semuanya cantiklah…yg penting cantik di dalam…baru terbitnya di wajah. Tak semua org pakai mekap tu cantik kalau dah berwarna warni kat muka depa macam opera cina…cantik lagi yg asli…

org buat baik kat kita tak semestinya dia jatuh cinta kat kita…n kitapun janganlah terlalu merasakan yg org tu suka kat kita. Mungkin suka sebagai kawan. Insya Allah jodoh tu adalah..Allah dah jadikan setiap manusia itu berpasangan..cuma cepat atau lambat je..Allah itu maha adil percayalah….bersabarlah..

Waalaikumusalam…Farisha…no komen..dah baca buku Rabiatul Adawiyah?

sorry kak.. buat akak pening pulak. bukan apa, saja meluahkan perasaan. mungkin saya ni jenis org yg susah nk suka kt org, tu yg rasa mcm frust tonggeng bila jadi mcm ni. lg pn kawan saya tu pn still single lg skrang. may b klu dia dh kawin atau saya dpt lupakan dia dan minat seseorg afer this, semuanya akn berubah. anyway, thanks for ur advice. i’ll try to get the book.

Takde pening2nya farisha…sy faham keadaan farisha yg frust n sekadar meluahkan perasaan. Tp pada hakikatnya tidak menolak perkahwinan. Mudahan akan bertemu jodohmu dengan lelaki yang baik2 ya. Kakak sayapun pernah melalui sejarah cinta seperti anda, bercinta 9 tahun..tp akhirnya berkhawin dengan pilihan ayah. Tp bahagia hingga kehari ini..bakal mendapat menantu dah september ini. Mungkin ada hikmahnya …

http://wanitajimceria.blogspot.com/2005/06/lelaki-yang-baik-untuk-wanita-yang.html

Konsep perkahwinan Dalam Islam

May 4, 2008
Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.
Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.
Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh

Sabda Rasulullah s.a.w

Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

http://senyummanis.com/

hi …. I have come to your place and give a comment, I hope you as well on me

Assalamualaikum Semua..

Sebelum tu, err Ilmu pelalau tu camne ek..

Begini, sy ada satu kemusykilan yg teramat2..
Saya pernah b’cinta.. & saya rasa sy pernah b’kenalan dgn salah org (dh x b’hubung)
Masalahnya dia yg minta putus..

But since that hidup sy b’celaru..
Asalnya saya x la t’kesan sgt.. tetapi masa mula2 tu saya ke kedah, sana sini saya lihat ada nama dia hari2.. sampai kat selipar tandas sekalipun ada nama dia??!! Nak kata sy b’khayal sy siap tunjuk kpd kwn, & dia pun nampak apa yg sy nampak but kitorg sama2 rs pelik yg t’amat2.. Sy pun x hafal no. tel bimbit dia, tetapi lepas je sy delete, x lama lepas bebrp hr tu tbe2 je bleh ada dlm kepala otak sy, tetiba je hafal..

Saya tahu dia b’kwn dgn ‘benda2’ gitu..
Tapi sy x ambik pusing sgt la.. Perkara yg paling m’jadi mimpi ngeri saya masa sy di Hospital Klang, ‘benda’ tu sentiasa je ada b’sama sy.. walaupun sy xnampak tetapi sy boleh b’komunikasi secara monolog/dalaman..
Dan ‘benda’ tu juga jelas membuktikan kpd sy kewujudannya.. (sy mintak xnk nampak takut pengsan 😀 tp mujur lah xpernah nampak dgn mata.. but sy pnya rakan & makngah sy pernah nampak.. seb baik bkn sy)

Walaupun b’kwn masa tu sy tegas sy kata ‘sy x bela awk & Tuhan sy satu, Allah’.. Agaknya krn tetap & tegas mcm tu kot yg menyebabkan Allah menyelamatkan sy drpd benda t’sebut krn masa itu saya dapati ada sifat khianat & kurang baik pd ‘benda’ tu walaupun tiap2 hari dia kata ‘syg sgt kat sy’ & dia pernah kata ‘dia cemburu dgn mana2 lelaki yg cuba b’kwn dgn sy’.. Sy selamba je ckp ‘hbs tu aku nk kawin ngan ko ke,’.. dah la xnampak 😀 pmpn plak tu.. by d way actually kita susah nk tau jantina mrk ni..

Mmg, sejak drpd peristiwa putus dgn lelaki @ pun tuan punya ‘benda’ tu hub. sy xpernah m’jadi.. Pernah ada org tlg tgkkan & ubatkan sy, dia kata benda tu menumpang kat perut sy.. Alamak, perut?! patut la sy selalu lapar.. hehe, xde lah 😀 sedikit gurauan.. klu dh lapar tu mmg lapar la kn.. Skang ni, alhamdulillah la sy dah xde ‘benda2’ ni dgn sy..

Masalah yg sekrg ni.. yg musykil sgt ni ‘b’balik kpd yg atas sekali’..
Sy b’kwn.. & sy pernah b’temu dgn ibunya..
X lama bebrp minggu selepas tu, ibunya kena gangguan.. Diganggu oleh ‘benda’ yg sy & keluarga mrk pun xdpt kenal pasti puncanya.. Org yg mengubat kata ianya x b’tuan…
Yg hairan tu hari2 mak dia duk marah2 saya kat anak2 dia xkn terima sy sampai bila2!, kata sy bwk santau la mcm2 la benda yg x masuk dek akal.. (sedih, sob2.. dah la kena buruk2kan dek org, fitnah plak lg tu.. klu btl sy buat xpe la gak org nk duk kata)
yang sy pelik sy sorg je plak tu yg hari2 dia duk marah.. apsal sy jek??
‘Benda’ apa plak tu duk anti sgt dgn sy.. Yg sy kwn dulu ‘bertuan’
Sy jadi pening….. + sy sabar je la.. kesian tgk keluarga kwn sy tu & pd mak dia..

Apakah hukumnya ilmu Pelalau iaitu ilmu menghalang daripada bertemu jodoh?

Soalan

Dato’, ada suatu ilmu yang dipanggil pelalau, iaitu ilmu yang digunakan atas seseorang untuk menghalang dari bertemu jodoh. Dilakukan ini kadang-kadang ke atas seorang perempuan sehingga tidak bertemu jodoh atau pun ke atas lelaki. Bolehkah dan benarkan adanya ilmu ini? Mampukah manusia melakukannya? Apakah hukumnya mempercayai perkara sebegini?

NURKHAIRIAH ABDUL SAMAD
Tangkak

Jawapan

Jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada’ dan Qadar Allah S.W.T. Insan hanya mampu berusaha dan Allah akan menentukan segala-galanya.

Memang berlaku dalam masyarakat Islam, khasnya Melayu, ada beberapa kejadian di mana orang perempuan sukar hendak bertemu jodoh atau bertemu pasangan yang berakhir dengan perkahwinan.

Ada yang langsung tidak pernah bertemu. Ada yang bertemu, berkawan, berbaik-baik tetapi bila sampai hendak berkelamin, ada sahaja halangan.

Inilah kejadian yang diistilahkan dengan ilmu pelalau. Saya khusus saya tidak mengetahui ilmu ini, tetapi itulah yang disebut ramai sebagai pelalau.

Memang berlaku dalam masyarakat kita, ada orang perempuan yang tiada sebarang cacat cela akhlak serta tubuh badannya, akhlaknya, tetapi ada orang yang menghampirinya. Hal sedemikian memang berlaku.

Tambahan pula akhir-akhir ini disebutkan bilangan orang lelaki dan perempuan yang sudah berusia tidak berkahwin, begitu ramai.

Pada saya perkahwinan adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ianya rezeki, kadang-kadang ada orang rezekinya murah, usaha sedikit tetapi mendapat pulangan yang lumayan, ada orang usahanya banyak, pulangan sedikit dan ada orang yang usahanya begitu banyak, tiada apa-apa pulangan, sebaliknya mengalami kerugian.

Itu adalah sebagai satu contoh, bagi seorang perempuan atau lelaki yang mendapatkan suami atau isteri, perlulah dia berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana pun usaha itu perlu mendapat kesesuaian keadaan masing-masing.

Walaupun pada asasnya perempuan menanti pinangan, manakala lelaki perlu mencari bakal isteri. Tetapi jangan lupa dalam Islam, perkahwinan agung yang berlaku kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah bt Khuwailid.

Ia dimulakan oleh Khadijah sendiri, menghantar utusannya pada Muhammad pada ketika itu, Ummu Kalsum, dan berlakulah rundingan yang ikhlas seolah-olahnya Khadijah meminang Muhammad, pinangan diterima, maka berlakulah perkahwinan.

Ini bererti, Khadijah memulakan suatu usaha walaupun beliau berumur 40 tahun dan Muhammad bin Abdullah berusia 25 tahun. Jika dicongak pada akalnya, barangkali sukar untuk ditemukan jodoh antara seorang perempuan yang 15 tahun lebih tua dari lelaki, dari hasil usaha dari perempuan sendiri.

Inilah rezeki yang menemukan jodoh mereka, menjadikan mereka sebuah keluarga yang aman damai serta bahagia hingga ke akhir hayat Khadijah.

Demikian hari ini, rezeki untuk mendapatkan seorang teman hidup, perempuan inginkan mendapat seorang lelaki yang bertanggungjawab membahagiakannya, tidak selama-lamanya datang bergolek. Maka perlu berusaha.

Usaha itulah yang menentukan kadang-kadang cepat berjaya, kadang-kadang tidak.

Ada pun satu kemungkinan yang boleh berlaku dalam masyarakat, seorang perempuan yang cantik, kaya, keturunan, akhlak dan agamanya baik, mungkin telah dilamar seorang yang sepadan dengannya tetapi ditolak.

Kadang-kadang penolakan dibuat dengan kata-kata yang menyebabkan si peminang berasa terhina. Atau ditolak dengan alasan yang dibuat-buat, atau tidak boleh menerima lamaran kerana ingin menyambung pelajaran, atau kerana sudah dimiliki orang lain sedangkan semuanya itu tidak benar.

Mungkin orang yang ditolak pinangannya itu berasa amat berkecil hati dan berasa terhina, barangkali ada sebutan yang menjatuhkan maruahnya.

Jika dia dizalimi, sebagai orang yang kena hina, maka dia berdoa kepada Allah SWT agar Allah bertindak balas kerana penghinaan yang dilakukan, maka mungkin doa itu dimakbulkan.

Ada hadis yang menyebutkan, “Takutlah kamu kepada doa orang kerana zalim, kerana doa orang yang kena zalim ini, tiada sekatan di antaranya dengan Allah SWT.”

Takut orang itu merasakan perempuan yang diinginkan, telah melukakan hatinya, diminta Allah supaya jangan memberikan hingga akhir atau atau biarkan perempuan itu menemui jodoh dalam usia yang lanjut. Itulah yang mungkin berlaku sebagai doa.

Apa yang dinamakan pelalau, mungkin wujud ada dalam bentuk sihir, persoalan sihir ini, pernah saya jawab dalam siri-siri terdahulu.
Ada sihir pengasih dipanggil attiwalah, ada yang lain disebut sihir pembenci yang lebih hampir kepada pelalau.

Dalam Surah al-Baqarah, disebutkan bahawa, sihir diusahakan sehingga ia dapat memecahkan antara suami dengan isteri. Tidak berlaku perpecahan dan perceraian melainkan berlakunya benci membenci.

Jika ini berlaku (sihir pembenci), ia akan menyebabkan orang melihat seseorang itu, ia tidak mengundang kebaikan kepada hati, tetapi mengundang kebencian kepada hati. Inilah yang dinamakan pelalau.

Sama ada akidah kita rosak atau tidak, ia bergantung kepada pegangan kita. Jika kita kuat berpegang kepada aqidah, kita meyakini bahawa apa sahaja yang berlaku atas takdir dan kehendak Allah Yang Maha Mengkehendaki.

Jika Allah SWT mengkehendaki seseorang itu tidak mendapat jodoh atau hanya mendapat jodoh pada usia yang lewat, maka itulah kehendak Allah, bukan atas usaha manusia.

Jangan meletakkannya sebagai usaha manusia untuk menghalang rezeki seseorang, walhal rezeki dan jodoh adalah ditangan Allah SWT, bukan manusia yang menentukannya. Wallahua’lam.

http://www.darussyifa.org/

Waalaikumusalam Kak Wan…mungkin Kiyai AA..Abdullah( nak sebut nama penuhnya lupa panjang sangat). mudir di pondok Pesentran Bandung…memang seronok dengar ceramah dia..di Astro Oasis..
Macam tu lah kak kan..yg kekurangan teringinnya hendak jalan2 seperti org lain..kalau tak cantik teringinnya nak cantik..malah jerawat sebiji di mukapun kalut…

tidak mengharapkan kekayaan yang melimpah ruah,..tp cukuplah untuk memenuhi kehidupan..takut kalau di uji dengan kekayaan akan jadi lupa diri…Saklabah yg warakpun di uji bila menjadi kaya raya..inikan kita kan kak..semoga Allah menjadikan kita hambaNYA yg pemurah andai di uji dengan kekayaan kan amin amin amin….

pe simptom kalau kt ni dh “berkwn ” dgn bnda tu…tktnyeee…sy pun xjmpe lg jdh sy ni…minda celaru lak

Insya Allah akan bertemu jodohmu nanti tulips bersabarlah. Setiap manusia ada pasangannya…mungkin lambat atau cepat je.

nak minta pandangan dan pendapat kawan2…
sy skrg umur nak masuk 40. dulu masa belajo kat uitm kuantan (masa tu lbh kurg 20 thn) kenal awek ni….dia br 16 thn. budak tgktn 4 lg. kami dah bertukar2 gambo. saya pun dah sanggup tgu dia habis belajo. tp slps 2 thn kwn kami mula selisih faham, kemudian dia kata nak keluar negeri ikut ayahnya belajo. kami putus. lepas tu sy mcm x berminat nak kawan dengan perempuan. lama juga saya berasa hati. kemudian kenal awek2 masa keje tp cuma minat2 shj x de perasaan serius. kini bila dah jejak mcm ni baru terbuka hati. adakah time ni baru jodoh saya sampai atau saya buat silap dulu hingga terlepas?

salam buat sdra badrul…

lambat.cepat, semuanya ketentuan dari Allah..
apatah lagi pada usia sdra 40an…ur live is just begin..he..he..

masih ada waktu utk berikhtiar..
kak sendiri ada ramai rakan2 yang sedang mencari jodoh..boleh la kalau nak cuba..

hubungi kak:
raihanberkat@yahoo.com
subjek: MJ/blognuriman

Assalamualaikum…sy cume terpanggil utk berkongsi perasaan perihal jodoh ni…sy sendiri tergolong dalam kategori umur patut berkahwin tapi belum berkahwin…sy juga tak pernah bercinta…tapi sy pernah mencintai seseoarng suatu ketika dulu (mcm org kata SS (syok sendiri))…tp, sy betul-betul suka dan cinta serta rasa sayang pada lelaki tersebut pd masa itu…sehinggalah sy terpaksa buang perasaan itu disebabkan dia akan berkahwin pada masa itu…Alhamdulillah, tiga tahun saya pendam perasaan yg makin bertambah dari hari kehari pada masa itu, akhirnya sy berjaya….sehinggalah sekarang, tak pernah ada mana-mana lelaki lagi hadir dalam hati sy…sebagaimana sy tidak pernah hadir dalam mana-mana hati lelaki…

Bunyinya agak sedih…tp itu hakikat yg sy memang sy tidak pernah dicintai sesiapa, sampai lah sekarang ini…dulu sy terlalu menginginkan perkahwinan..terlalu…tapi sekarang, hati hati saya seolah-olah kosong terhadap perkahwinan…ikhlas dr hati sy, sy tidak pernah menolak atau menafikan perkahwinan, kerana sy tahu kepentingan serta keinginan terhadap perkahwinan…tetapi ats beberapa faktor menyebabkan sy merasakan bahawa sy memilih utk tidak berkahwin..bukan bermakna sy menolak atau menafikan perkahwinan..

Kalau kita nak berkahwin perlu ada pasangannya, sampai sekarang, sy tak pernah ada pasangannya, malah tak pernah ada mana-mana lelaki yg sudi mengenali atau dikenalkan utk sy…bagaimana ingin berusaha sedangkan keyakinan diri sendiri sudah hilang…sy bertemu dgn ramai lelaki.tp tak pernah ada lelaki yang sudi berkenalan…dulu sy senang suka kepada lelaki, tp sekarang semuanya hilang sebagaimana hilang keinginan sy terhadap perkahwinan…

Tetapi tidak bermakna sy tak ingin langsung berkahwin, hati kecil sy tetap menginginkan perkahwinan…tetapi, apabila terlalu mengharapkan perkahwinan, tetapi harapan menjadi sia-sia…berharap dan berdoa, tetapi masih tiada sinar…dari hari ke hari, sy mencari serta menilai kelemahan serta kekurangan diri…rupanya terlalu banyak kekurangan sy…sy sentiasa berdoa supaya dipertemukan dgn jodoh yang baik, dpat menerima sy seadanya, sya dpat menerima dia juga seadanya…dapat menerima keluarga masing-masing seadanya serta kekurangan masing-masing…

tapi apakan daya…sampai sekarang masih begini jua adanya…terlalu banyak kekurangan diri yg sy jumpa…dari segi rupa, sy kurang, itu adalah fizikal atau ciri pertama yg orang akan tengok pun sy tak lepas, apatah lagi kekurangan lain yg orang tak nampak…akhirnya,kerana terlalu mencari kekurangan serta kelemahan diri, sy jadi takut…yelah, yang nampak pun takde lelaki yg berkenan, apatah lagi yang tak nampak dan tak tahu….sy takut,dan betul-betul takut…sy seorang yg amat sensitif, sy terlalu takut sekiranya berkahwin, suami tidak suka akan kekurangan sy…dan membangkitkan hal tersebut…walaupun sy tahu perkara itu mungkin tidak akan berlaku, tetapi sy tak nafikan kemunginan besar ia akan berlaku…sy akan merana hati dan jiwa…hati sy terlalu sensitif…hanya sy yg mengenali tahap hati sy sendiri…sy jenis org yg memendam rasa dalam apa jua keadaan. Semua org yg sy kenal berpandangan bahawa sy org yg tiada masalah kerana sy jenis org yang sentiasa dgn senyuman. Tapi, tiada yg tahu, dalam senyuman sy menyimpan banyak makna. Lebih-lebih lagi kalau sy menyimpan hati dan perasaan terhadap org yg sy suka, syg dan cinta…hati sy akan lg luka dan sensitif…

makin lama, sy merasakan keinginanan sy untuk berkahwin dan mengenali lelaki makin kurang…dan sekarang, terus terang, sy cuba untuk menerima hakikat yang sy mungkin, dan tidak akan berkahwin….sy harus bersedia dgn perasaan itu…sy tak nak sekiranya satu hari nanti jika sy memang tdk berkahwin, hati sy akan kecewa…kecewa dgn teruk…sekarang ini, sedikit sebanyak sy menerima segalanya perlahan-lahan…

Sy selalu terfikir apa akan jadi dengan masa depan sy, tapi alhamdulillah, sy mempunyai kerjaya dengan gaji yg baik….cuma sy kekurangan dr segi hidup berkeluarga…Allah sj yang tahu betapa hati ini sedih bila memikirkan soal anak…sy terlalu menginginkan anak. Saya mampu melupakan soal perkahwinan dan lelaki sekarang, tapi soal anak menyebabkan hati sy jadi sebak dan sedih…tapi sy perlu kuat untuk menghadapinya…doa kan sya…

kalu sy tahu ada org mencintai sy, sy juga akan menjadi orng yg paling gembira dan bertuah, dan sy akan sentiasa mendoakan org tersebut kerana sudi mencintai sy…kalau sy ditakdirkan utk menemui jodoh, sy jga akan menjadi insan yang paling gembira…setakat ini hanya seorang lelaki yang pernah hadir dalam hati sy yang pernah memberi sy perasaan cinta, w’pun dia tdk pernah mencintai sy atau tdk pernah mengenali sy…tp sampai sekaranag sy berdoa untuk kebahagian dia, isteri dan anak-anaknya…cinta sy padanya sudah tiada…cuma kalu boleh, sy ingin meluahkan perasaan terima kasih saya kerana mengenalkan sy dengan apa itu cinta….cinta yang pada suatu ketika dulu selain memberikan kesedihan, kecewa, derita dan perit di hati…ia juga pernah memberikan satu perasaan ceria dan suka di hati….sesungguhnya tidak dinamakan cinta jika tdk snggup melalui kesedihan, kekecewaan dan penderitaan….dan cinta tdk semestinya memiliki dan dimiliki…

terima kasih.

salam………..

akak simpati dengan nasib dik dan daat merasakan aa yang dik rasakan. insyaAllah, ada penyelesaiannya.
boleh emel kak ASAP:

raihanberkat@yahoo.com
subjek: ttg jodoh/blog nuriman

MUGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA…AMIN

Allah tidak mengubah nasib seseorang,melainkan ia mengubahnya… Yang Adam tidaklah sukar,namun apa yang pasti Hawa. Allah sudah mudahkan. Tapi kenapa masih degil tidak terima nasihat Allah? Dunia adalah jembatan Ke akhirat.semuanya sementara, pakat2 terima poligami dengan redha Dan senang hati.baru sejuk dunia tanpa maksiat.Tampa buang bayi.tanpa anak dara tua..dsbnya.. Hidup ini Adalah perkongsian(jemaah) baru Ada kehebatan!dengan terpancarnya syiar baru nampak hebatnya suatu kaum itu… Wahai kaum Hawa, kikiskan rasa cemburu tu. Hilangkan rasa tamak! Di syurga sana,imbuhan milik sendiri sedang menanti… Allah hu ahlam. Wassalam. Nuriman_may@yahoo.com / masdinar_74@yahoo.com / almunawwar_o@yahoo.com..email; muslihmus12@yahoo.com / nuriman_may@yahoo.com.

salam,
sy terpanggil membaca ruangan akak apabila merasakan diri saya sendiri berada dalam situasi yang sama. ramai rakan2 seangkatan yang sudah pun mendirikan rumah tnagga seorang demi seornag, malah ada juga yang telah beranak pinak. tapi saya, jgn katakan berkahwin, bercinta pun belum pernah lagi. di amabang usia 25thn ini, memang pemikiran sy tidak dapat tidak dlm memikirkan kemungkinan pada masa depan. ramai yg tidak percaya bila sy mengatakan yg saya belum pernah bercinta dan dicintai oleh seorang lelaki. rupa boleh tahan manis, bekerjaya bagus, beragama, berbudi bahasa, tapi kenapa masih belum berpunya? soalan2 sebegini kadang2 rumit untuk sy jawab. dan seringkali akan membalas yang jodoh pertemuan semua Allah yg aturkan…

tapi jauh di sudit hati sy, saya merintih…lambat benar jodoh aku sampai. dulu sy merasakan josoh bg sy akan berjalan lancar dan senang sebagaimana sy membina kejayaan dlm kerjaya dan pelajaran sy. tpi nampaknya jangkaan sy meleset. susah benar nampaknya dlm mencari jodoh.. ada teman berkata, jodoh tak datang kalau dicari. dia akan tiba bila kita tak ingini. tapi ada pula yg kata, jodoh takkan datang bergoleh kalau tak berusaha. mana satu harus sy percaya. bagaimana harus sy berusaha sedangkan tak ada yg datang menghulurkan bantuan. tidak dinafikan, dalam soal mencari pasangan sy agak tertutup. tidak berani memulakan langkah bicara bersama rakan dan keluarga untuk meminta mereka mencarikan jodoh untuk sy, takut dikatakan tidak laku 😦 itu kelemahan sy..

di Ambang 25 thn ini, saya yakin Allah lebih mengetahui apa ynag terbaik untuk hambaNya dan sentiasa berdoa agar Allah memeberikan saya kekuatan dan kesabaran dlm menantikan jodoh saya. Amin…

alaikumusalam….adek yang saya muliakan dengan sepenuh raga dan yang tulus. sebenarnya jodoh maut dan ajal Allah telah menentukan semuanya untuk hambanya, tp masalah adek mungkin satu ujian dan cobaan dari Allah agar kita semua bersyukur dengan segala rahmat dan karunia Allah SWT pada hambanya yang lemah di dunia nie.. saya terpanggil dengan masalah adek yang belom sampai lagi jodoh, menurut saya jodoh yang baik adalah jodoh yang Allah bagi untuk kita itulah jodoh yang teramat mulia di dunia dan akhirat kelak. mungkin pemuda takut nak dekatkan diri adek, karena adek mungkin seowang berkejaya yang sukses .saya terharu karena terbaca masalah adek diatas, baru nie pertama kali saya buka pasal jodoh. dengan rendah hati name saya YAZIS umu28 thn,saya juga ingin mencari sowang ratu untuk penawar hati saya yang teramat memerlukan penyejuk hati suci ini, mungkin karena masalah kita sama dan seirama. dengan tulus hati saya dan adek siapa tau kita boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi bersama ini, mungkin kalau Allah yang maha kuasa mengizinkan kita berjodoh, insya Allah semua masalah akan selesai dengan hati yang bahagia Amin..bagi saya jodoh yang baik adalah, wanita yang boleh menghargai dan meyayangi kedua ibu bapanya dengan kasih sayang yang tulus dari hati nuraninya yang paling suci lagi ikhlas. dengan ahklaknya menyayangi kedua insan yang teramat mulia itu, saya yakin sangat degan sepenuh hati saya, dia juga akan melayan suaminya kelak dengan penuh hormat dan santun seperti ahklaknya melayan kedua owang tuanya yang yang tersayang. saya sudi untuk berbagi degan adek,kalau adek sudi dan ikhlas dengan sepenuh hat,i tolong hubungi saya YAZIS no hp 0126629223 juju saya sedia bantu adek semoga kita boleh mengenal dan becakap dari jauh dimanapon kita berada jua. saya juga sudah masanya untuk berumah tangga, semoga saya akan berjodoh yang Allah bagi dengan adek, karena kita hannya manusia biasa saja yang tak pernah tau siapa jodoh kita dan dimana jodoh kita berada sekarang. saya akan berdoa supaya Allah mengabulkan niat saya yang tulus ini dengan adek, walaupon saya tak pernah kenal dan jumpa dengan adek. semoga adek bile ade mase senang tlong sngat call me…

semoga niat anda ikhlas…dan empunya diri yg bernama gadis mendapat jodoh yg terbaik..mmg jodoh pertemuan telah di tentukan oleh Allah s.w.t…tinggal kita sahaja yg berusaha dan berdoa..kayaknya anda ini orang seberang ya? menurut saya tak ada salahnya andai itu sudah di jodohkan oleh Allah…kerana sy sendiripun ada keponakan dari medan dan acheh…kasih syg dan cinta mereka begitu murni dan terlalu baik dengan isterinya iaitu anak buah sy…hidup rukun damai alhamdulillah….

saya masih belum berjodoh kalau nak kenal boleh wassap( 014-3142252. azhari…seorang penjawat awam…

salam…

sekiranya dik perlu bantuan, sila hubungi kak di 0109071763

ada jalan penyelesaiannya yang boleh dik lakukan di rumah..
positifkan minda…
banyakkan ziqr..insyaallah, akan ada ruang diberi Allah

salam, sy ingin berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama mukin memerlukan pandangan. sy berusia 24 tahun br setahun menamatkan pengajian di ipta. sy memperkenalkan dirinya k. sy kenal dengan dia melalui seorang kwn dan k merupakan ex kepada kwn sy tu. secara jujurnya sy lihat k seorang yg matang dan dia dengan berani memperkenalkan dirinye dengan berjumpa dengan kedua org tua sy. tak dpat dinafikan die mempunyai hasrat untuk serius dengan sy. tetapi semenjak die mengalami masalah die seakan menyepikan diri. tidak menghubungi saya. sy tak nafikan yg sy mula menerima die. dalam masa yg sma ex sy h pula muncul dan die minta sy menerimanya kembali. sukar utk sy menerimanya sedangkan hati telah jatuh kepada k. pada saat ini, hanya allah tempat sy rujuk. kata putus dari k masih sy tidak ketemui dan h pula menanti jawapan yg positif dr saya..bantulah sy..

salam kakak…sy ingin berkongsi pengalaman sy.. dlm usia yg menginjak 26 thn,sy msh lg blm bertemu jodoh sedgkn hmpr keseluruhn kwn sy tidk kira lelaki @prmpuan sudh bertmu jdoh sdgkn sy msh sendiri lg. sy prnh bbrapa kali bercinta tetapi semunya hampa..bg sy, mrk hnya ingn mempermainkan hati perempuan seperti sy. sperkara lg, sy juga prnh mengalami sakit puan yg membuatkan sy tpksa menjalani pmbdhn membuang ktmbhn cyst. sy jd amt risau krn kata orang cyst berkaitan dgn kesuburn sy kelak. adkh lelaki yg ikhlas menerima sy nanti? sy juga ingin hdup berkeluarga sendiri..mengngkn diri yg punya kekuragn, sy mnjd pasrah. sy tau jodoh, rezeki,ajal maut ditgn Allah swt tetapi sy cume risau bila rezeki untuk bertemu jodoh masih belum kunjung tiba lg..sdgkn sy perlu seseorg untk menemani sy sbgi pendidik ank bgsa dan mencari keredhaan di bumi Allah..sy inginkn pandgn kakak…..wslm

salam……..

60 PETUA UTK DAPATKAN PASANGAN.

kak ambil dari catatan DR. FADZILAH KHAMSAH..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

KESIMPULANNYA: sekiranya masih bermasaalah, ikhtiarkan sesuatu TAPI jangan melibatkan syirik. SETKAN minda sebelum berikhtiar ke arah itu BAHAWA…segalanya ATAS IZIN ALLAH…
KUN FAYAKUUN…JADI MAKA JADILAH

Terjumpa blog ini….terima kasih kerana sudi berkongsi. Sepanjang saya baca laman ni, air mata ni tak henti2 mengalir. Rupanya ada juga org yg mempunyai masalah dalaman sepertiku…

Situasi saya mirip dengan kisah dalam post 25 | wardah
Januari 28, 2010 pada 8:36 am di atas…

Walaupun usia dah menjangkau 26 masih tidak bertemu pasangan. Ramai yang tidak percaya apabila saya menjawab tiada calon lagi bila ditanya bila nak berkahwin. Entah mengapa orang tak percaya, malah ada yang tak percaya yang saya ni belum berkahwin….ada juga yang beranggapan diri ini ibu kepada 2 @ 3 org anak…..mungkin kerana rupa parasku yang nampak lebih tua dari usia… 😦

Lebih memilukan apabila ada yang berkata “selalunya cikgu ni cepat laku…” … serta merta terlintas diri ini memang tak laku….tiada siapa pandang pun….tak cantik…banyak kekurangan…walaupun berkerjaya sebagai guru…

Sekarang keyakinan diriku semakin menurun….perasaan rendah diri kian menebal….dan diri ini kini sedang bersedia untuk tidak berkahwin….mengharungi hidup sendiri hingga akhir hayat….

jgn berpk begitu cik…umur cik masih muda lagi…insya allah akan bertemu jodoh nanti..yg penting cik jgnlah memilih sgt…andai datang kepadamu org yg beriman trimalah dgn rela hati….

Terima kasih…betul lah apa yang saudari katakan itu….cuma diri ini terkadang tewas dengan emosi sendiri….hanyut dibawa perasaan yang sayu pilu….lemahnya diri ini menempuhi ujian dariNya…

PENAMPILAN..PENAMPILAN..PENAMPILAN..klu sya kata masalah saudari berkaitan dgn penampilan…
cba ubah penampilan….
klu bdn bersaiz besar…cba kecik kan…
klu rupa x ceria..ceria2kn..
klu tutur kata kurang lembut..lemah gemalaikan…
klu selalu kurang senyum…ini lah masanye buka ht utk mula bersedekah,di mulakan dgn senyum…senyum tu kan sedekah…
klu selalunye berbaju kurung jer…ape salahnye tukar cara berpakaian..yg up to date skit..janji sopan…
klu sebelum ni muka pucat lesi..oleskan sedikit bibir mu itu dgn secalit gincu..biar nmpak mungel..bersinar…insyaALLAH…lepas ni…ade la yg melirik dgn ekor mata..tanda di dlm ht dh berbunga cinta….CUBA2 LAH YER…

salam penuh ukhuwah,
baru terjumpa blog ni, saya antara ribuan wanita yang belum bertemu jodoh wp dah masuk usia senja. Dari awal diskusi (2009) hingga hari ini 13.2.2011 saya baca artikel dan komen begitu menyentuh perasaan saya
1. jodoh ada kaitan dgn dosa silam lambat bertemu jodoh sebagai balasan dosa-dosa itu.. betulkah? mungkin benar tapi jgn lupa mungkin lambat bertemu jodoh itu sebagai satu ujian drpd Allah kerana ujian itu pelbagai
2. jodoh itu merupakan rezeki Allah yang perlu dicari, usaha tetapi kalau telah diusaha dgn pelbagai cara tetapi masih jg gagal sprt sy sendiri sy jdkan itu sebagai ujian Allah dan sy masih terus berdoa ditemukan jodoh yang soleh
3. pelalau betulkah wujud.. sbb sy sering dikatakan terkena pelalau wp sy tidak tahu apa itu pelalau, sy sudah jg bertemu ustz di darussifa’ dan dia kata sy tiada pengganggu tp masih tiada bertemu jodoh

Setiap wanita mmg ingin punya keluarga dan anak tp Allah belum menghendakkinya, sy hanya mampu berdoa kuatkan iman dan sabar. Mungkin ramai wanita diluar sana sama seperti sy bukan tiada usaha tp Allah lbh berkuasa

ye…dlm hati sy teringin sgt nk berkahwin dn mempunyai anak…tp jodoh xsampai lg…sedih:(

sama seperti saya..ingin mempunyai teman hidup tetapi masih belum ada yg sudi..

ASSALAMUALAIKUM………..

buat yang bermasaalah dalam mendapatkan jodoh dan zuriat, ada sesuatu yang MENAKJUBKAN dan TERBUKTI berkesan…

sesiapa yang lepas ni berjaya merealisasikan nya, masuklah ke blog ni utk share,k….

ALTERNATIFKAN ini berasaskan ALQURAN dan ada juga utk REZQI & NIAGA SPRAY…kak raihan sendiri dah mengamalkannya…MENAKJUBKAN HASILNYA…xkira, u all buat biz internet @ offline biz….DENGAN IZIN ALLAH, DAGANGAN AKAN LARIS!!!!!!!!
PELIK TAPI BENAR…

emel kak: raihanberkat@yahoo.com
subjek: zuriat/jodoh/rezq @ blog nuriman
@ call jer: 0109071763 [maaf sebab sms xkan dilayan..kak bz ssangat dengan tempahan online..]

Kenapa masing membujang? Bila nak kahwin?

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam

Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?

Terima kasih Nuriman,
Petikan dari kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar menyentuh sangat2 perasaan sy menjadikan sy lebih lega sbb yakin setiap suatu yg berlaku itu ada hikmahnya cuma masyarakat masih kurang memahami konsep itu.
Ramai masyarakat seperti emjay – belum bertemu jodoh kerana pelbagai dosa yg dilakukan, lambat kahwin bermakna wanita itu tiada keberkatan hidup… mmg ada hadis wanita yg cepat kahwin tu berkat
Tp pernahkah masyarakat memikirkan perasaan wanita yg bergelar andartu ini (sy lebih merujuk kpd wanita wp ramai jg bujang terlajak krn masyarakat lbh sensitif terhadap wanita) seolah-olah andartu ini jauh dr rahmat Allah sdgkan kami tidak tahu takdir dan perancangan Allah terhadap kami.
Sekadar luahan hati supaya masyarakat diluar sana memahami perasaan kami

sabar la cik dewi…saya percaya insya Allah jodoh cik akan sampai nanti,cuma tak tau bila…yg penting cik byk berdoa semoga di percepatkan jodoh…jodoh ni bagaikan rezeki…ada cepat ada lambat….tp kita kena yakin yg Allah jadikan manusia ini berpasangan-pasangan..cuma cepat dan lambat sahaja…bersabarlah….

klu sya katakan kita mnghubung kaitkan soal lambat kawin sinonim dgn gelaran ANDARTU…KEADILAN APAKAH YG DPT KITA HULURKAN PADA GOLONGAN YG TELAH PUAS BERUSAHA…TP NASIB TETAP TIDAK BERPIHAK PADA MEREKA???
berdosakah kalau hidup tak di serikan dgn jodoh???
siapakah yg menentukan rahmat TUHAN tu harus di berikan pada siapa???KITA KAH YG TENTUKAN???
pasti ade hikmahnye…
klu kawin di usia muda..semata2 krn takut d gelar ANDARTU..tu sebenar2nye satu kesilapan yg sangat BESAR…
sesetgh org..di lahirkan dgn tuah..
tp ade jgk yg trpakse terima nasib malang seumur hidup..
kawin wktu usia muda..x mnjamin kebahagiaan yg hakiki..
siapa suami kita…
apekah cukup syarat2 yg termaktub dlm undang2 nikah kawin bg seseorg lelaki itu..adakah di patuhi semua itu??
kawin..seronok..
tp tanggungjawap..terlunas @ x???
hukum wajib solat..nafkah..utk keluarga..
bukan semua lelaki faham…fikir2kan..pilih boleh pilih…jgn terpilih buku tebu..sengsara akan kau tanggung seumur hidup mu..

thanks shima.. atas perkongsian pendapat.
Isu dan masalah andartu dan jodoh tak akan habis atau selesai kerana itu adalah salah satu ketentuan Allah..
Salah satu ciri wanita bijak (terbaca dlm sebuah buku tp lupa tajuk) akan memilih suaminya bukan kerana harta atau handsomenya tapi kerana agama, serasi, bijaksana dan wibawa sbg ketua keluarga, krn faktor inilah bukan nak perfect pun.. sy masih sendiri. Jg krn x mau menyakiti wanita lain, sy masih begini, semua ini jg keran Allah belum ketemukan jodoh yg terbaik utk sy.. insyaallah mungkin esok atau lusa hya Dia yg Maha Tahu

http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

link yg bagus… thanks.
Kata-kata dan nasihat ustaz pahrol amat menyentuh hati dan minda. Apa pun jodoh itu adalah salah satu rahsia Allah sbg ujian – yg cepat bertemu jodoh ujian bg mereka utk kekalkan jodoh itu; yg lambat bertemu jodoh – ujian jg utk husnu zon kpd Allah dan terus berusaha dan berdoa. Ujian emosi jg berat…

sy pn x kawin lg…..x th bila jodoh tu nk sampai…sunyi gile ni…..sy pegang satu je Allah beserta dgn org yg sabar….jd byk2 la bersabar ye!

sedih bila tengok kawan2 dah kawin….dah ada anak2…kaki ini terlalu berat nak menghadiri majlis2 perkahwinan…inginku menyendiri sahaja…apalah nasibku…

sape nk kawen dgn saye angkat tangan….;op

aii offer diri… wanita ni takut dgn org bersifat seperti jebat cpt mengamuk tp suka dgn sifat setia tuah

Jebat tu orang yang setia kawan. Tuah pula hanya manusia yang patuh dengan arahan dan sanggup menggadaikan cinta demi Sultan.. Penghujungnya Tuah hilang dari pandangan (takkan Melayu hilang di dunia cuma ungkapan untuk filem Hang Tuah semata2).

As salam….
Saya sekarang mengalami masalah tentang jodoh..umur sudah meningkat…tapi masih belum berumahtangga…bukan takda orang yang sudi..tetapi ada jer halangan…pening jugak klu di pikir2kan…masalah sekarang nie…famly pasangan tidak merestui perhubungan saya…di sebabkan faktor fizikal yang saya alami..selepas kemalangan…boyfriend saya ok..tapi fmly die pulak…mcm mane nie…..???..buntu fikiran saya….

salam…
saya juga antara yg punya isu tentang jodoh..umur dah meningkat dan saya masih belum berteman..gusar juga bila memikirkan mak dan ayah yang susah hati…tp entahla..saya pernah berkwn tapi penipuannya membunuh perasaan saya…dan sekarang saya rasa selesa sendirian ttp tak dinafikan ada waktu ketika saya rasa sunyi dan cemburu dengan kebahagiaan kawan2 disekeliling…hmmm…mudah2an Allah makbulkan doa saya…

skg ni giliran sya plak ceritakan pengalaman sya..umo 26..knl dgn teman lelaki baru 2 bulan..
krn karakter serta bentuk fizikal yg cukup sempurna bg seorg lelaki..hti iini terbuka utk menerima cintanye…
siang mlm berhubung..tp hti blm lg trgerak utk bertemu mata…
mngkin terlalu berht2..puas si dia mndesak utk bertemu…tp ht tetap menolak..
nk di jadikan cerita..dgn kuasa ALLAH..suatu hari si dia tlh membuka bicara…mula tu malu2 utk bersuara..cuma sms yg trlarat di kirimnye..
nak pinjam duit….TU DIA…!!!!!!ermmm…hampeh…..camni xde boy friend pon xpe…

Tahun ni umur saya da 30..tp masih belum bertemu jodoh..kwn2 kata saya ada rupa n sy bekerjaya tp masih tiada jodoh. Bila da berkawan dgn seseorang tu..kemudian senyap je..tak tahu la kenapa..sedih sngt2 bila kwn2 baik semua da berumahtangga.. org yang sy suka akan snyap je mcmtu. Saya susah nk suka ka org, tp bila da suka mcmni plk jadinya…

Salam Jumaat
Takdir Allah pasti berlaku.. wanita lebih ramai dari lelaki dan maka berlakulah apa yang ada sekarang ni, ditakdirkan kita termasuk dlm golongan ini.. Nak buat mcm mana kalau dah bukan jodoh dan belum bertemu jodoh kita hanya terima takdir dgn redha terus berusaha dan berdoa.
Nak salahkan siapa.. mak ayah, kakak abang, kawan-kawan atau x-kekasih atau kekasih gelap? Semua tidak akan berlaku jika Allah tidak izin ia berlaku. Sedih mmg sedih but life must goes on…

ana belum penah dengar hadis/ayat alquran yang kata jodoh xde sebab dosa..mungkin ada yg Allah hukum dgn x memberikan jodoh,tp bukan semua.kdg2 lambat dpt jodoh ni juga disebabkan Allah nk menguji hambanya atau juga sebagai kifarah dosa.tp kesimpulannya, jodoh itu terpulang kepada Allah dan kita hanya berusaha.

p/s: jgn pula lepas ni kita kata org yg belum kawin ni byk dosa hehehe

sy setuju dengan anda….

dosa yang banyak , boleh dihapuskan walau setinggi gunung. caranya, banyakkan ziqrullah…’subhanallah wabihamdih..subhanallahhi;’aziim…

amalkan sebanyak mungkin..akan terlerai segala dosa kerana Allah MAHA PENGAMPUN…

allah selalu menguji hambanya yang dia sayang.ada hikmahnya.

tengok tak tanyalah ustaz tiga hari berturut2 bersama ustaz sharhan..banyak dooa yg di beri kenapa lambat dpt jodoh…klu dpt jodoh awal tp suami penagih xgunanya jugak katanya…tp kalau jodoh lambat tp klu dpt suami yg beriman kan tu berbaloi berkat kesabaran…

saya pemuda berumur 25 tahun…saya dah gagal bercinta sebanyak 3 kali…skarang saya berminat pada seorang wanita yg tidak jauh dari umur saya…dalam lingkungan 24 tahun. Setiap masa saya berasa gelisah dan bimbang akan hubungan saya dengan si dia. Saya selalu berserah pada Allah atas setiap urusan jodoh. Di hati saya memang cukup menyayanginya kerana Allah. Saya ikhlas dan jujur di dalam hubungan bersama si dia..tetapi si dia belum bagi keputusan..apa yg dikatakan oleh si dia adalah ( saya tak dapat menilai mane yg lebih baik ). Sebelum hubungan ini berputik, si dia ada mengenali seorang lelaki dan menganggap sebagai kawan. Saya seakan akan telah putus asa..tetapi saya sematkan hati ini agar berserah banyak2 pada Allah..saya harap tuan/puan dapat membantu saya memberi kaunseling…terima kasih…

ASSALAMUALAIKUM buat sdra Amin dan rakan2 yang senasib dengan sdra…

Apa yang nak kak tekankan di sini ..pokok pangkalnya usaha utk melepaskan diri dari semua permasaalah tu…setiap penyakit ADA PENAWARNYA…SESEKALI..JANGAN GIVE UP!

Hubungi kak utk mendapatkan sedikit nasihat yang mungkin bermanafaat utk sdra realisasikan hasrat sdra. INSYAALLAH.

PERLU DIINGATKAN….malam ini BERKEMUNGKINAN BESAR akan terjadinya MALAM LAILATUL QADAR…jadi, bersedialah utk ke arah itu dengan penuh keikhlasan…SEMUGA ALLAH MEMPERKENANKAN DOA KITA…AMIN…..

alhamdulillah…terima kasih kak raihan atas panduan dan nasihat.
malam lailatul qadar memang penuh hikmah dan berkat. Agak sukar dikenal pasti malam itu berlaku kerana itu adalah rahsia Hak Mutlak Allah S.W.T…saya berusaha dan berserah pada Allah agar diampunkan dosa yg terdahulu,tersembunyi dan dosa yg akan berlaku saya tidak ketahui…moga Allah mencurahi rahmat keatas umat muslimin dan muslimat,walmukminin nawal mukminat samaada yg masih hidup,atau yg telah meninggal dunia…Amin..ya robbal alamin… =)

..saya berumur 36 tahun kakak sy 38 tahun adik yg paling bongsu 29 tahun..kami semua belum bertemu jodoh, sy kasihankn mak sy yg dah tua & nak ada cucu, ayah pla dah x de..ramai yg kata kami di santau tutup jodoh..(x tau nak percaya ke x)..pernah berkawan sblm ni tp x jd, pernah dgn suami tp sy sndiri menolak, takut orang akan kutuk.. x taulah smpi bla jd bgini, kami dlm family slalu gaduh (org kata panas)..wlupn kami sedar .. tp x ada perubahan jg..sapa x nak kawin…ntahlah..jodoh, ajal maut d tangan Allah, org ckp memilih tp kami tlh berusaha selama ni..huhuhu…nak positifkan minda, fikir sangat blh tekanan..:)

ASSALAMUALAIKUM, DIK LOVELY………

bersabarlah dalam ujian MAHA HEBAT ini. jika ingin tahu samaada diri dik dan adik beradik yang lain terkena ilmu pelalau, boleh emelkan kak…insyaallah ada jawapannya dan INSYAALLAH ada penawarnya juga…

sentiasa positifkan minda…ALLAH MAHA BIJAKSANA MENGATUR HIDUP HAMBANYA… mana tahu..diberi jodoh yang lambat TETAPI…dipenuhi kebahagiaan yang mendamaikan??

hubungi kak:
raihanberkat@yahoo.com
subject: MJ/ BLOG NURIMAN

Cuba dapatkan Majalah Fardu Ain insya Allah dapat membantu anda yg belum bertemu jodoh….

bosan dah cari jodoh…

same lah…sy pon penat juga….

salam.saya berharap agar syuhada akan bersabar dgn takdir ini.kadang2 jodoh yg baik akan sampai lewat.jika syuhada ada masalah dan ingin meluah kan pada akak sila email pada akak insya allah akak akan membantu syuhada.

p/s adakah anda ini anak, kawan atau saudara arwah kak k.raihan? perkenalkan diri anda….from pemilik blog Nuriman….bb

Saya 27 tahun. Dah byk kali jatuh cinta dan kecewa. Dah biasa sgt. Tapi sy mengganggap kegagalan tu yang jadi kekuatan sy. Sy kenal dengan lelaki yg sebaya sy. Dah setahun kami berkawan dan saya rasa saya mula sukakan dia walaupun perangai dia suka tarik tali. Akhirnya bila dah penat tarik tali selama 1 tahun, sy bertekad utk berterus terang. Tak kisah walaupun ditolak, sy ok. Asalkan sy tahu hala tuju hubungan kami. Namun yang meletihkan tu walaupun sy dh berterus terang, dia lebih suka menyimpan jawapan tu sorang2. Kesudahannya, proses tarik tali tu berlarutan lagi. Tak tahu hala tuju hubungan kami dan tak pasti adakah itu org yang dijodohkan utk sy. Macam mana nak tau orang tu jodoh kita ke tak. Perlu ke sy tunggu ataupun angkat kaki?

assalamualaikum, dik Zaira…

bagi kak, rasanya ada baiknya dik lupakan saja pemuda tu..nampak sangat sikapnya yang xder prinsip..apakah dik mampu tangani sikapnya KALAU berlaku dalam bahtera perkahwinan dik nanti…paling penting, dik cari jodoh…TOLONG UTAMAKAN yang bertiang….yang patuh pada amanah Allah agar nanti, xmudah kaki dan tangan suami naik ke muka..

ini nasihat ikhlas dari kak kerana kak rasa, kak terlebih dahulu makan garam dari dik. ALHAMDULILLAH, 28 FEB nanti, genaplah 27 tahun usia perkahwinan kak..dan we’re still loving couple. . perkahwinan sebolehnya biarlah SEKALI utk seumur hidup..dan mampu membawa kita bersama ke jannah..INSYAALLAH…

biar lambat tapi, hasilnya membahagiakan kita dunia wal akhirah..bila jiwa tenang, segala ibadah jadi khusyuk dan mendapat keredhaan Allah…sebaliknya…fikiran akan kusut, syaitan akan mula menyuntik helahnya dan kita jadi lalai..dan akhirnya terjadilah penderhakaan kepada suami dan penderhakaan kepada Allah…nauzubillah….

sy mengalami maSlah dari dlu smpai sknk,bla bercintA asyik putUs aja..semua lelaki hanya beriA suka kan sy pada mula saja ,lpas tU tngal kan sy..sy ni ada rupa ada plajaran tp xtau knapa xda laki nak dekat sy..tolongla sy

assalamualaikum….

kak raihan harap, dik bersabar..sebagaimna mereka yang terdahulu, ada yang berjaya setelah mencuba cara kak..insyaallah, ada jalannya. dik perlu mandi air garam yang cukup terbukti mampu buang segala penyekat ke arah mendapatkan jodoh..dan ada tambahan dua tiga pekara lagi…sekiranya benar2 ingin pulih, kak harap dapat emel kak ke:

raihanberkat@yahoo.com
subjek: jodoh/blog nuriman

insyaallah..anda akan temui hasilnya dengan Izin allahg…

sblm ni sy pernah buat solat istikharah.Sy berdoa jika sy ternmpk orgnya di luar mimpi sy terima dia walau apa pun keadaannya.Slps 3 malam melakukan solat sy bermimpi seseorg yg sy x kenali. Hampir 6 bln selepas mimpi tersebut sy br bertemu org yg serupa dlm mimpi saya. Rupanya dia suami org.Sy sudah berkawan dgn dia hmpir 6 thn dan sy bhagia wlaupun dpt byk tentangan.Sy x nak lukakan hati wanita lain.Mslahnya
1. Adakah dia sbnarnya jodoh sy.Klu dia jodoh sy krn hubungn kami byk dugaan.
2.Patut ke sy teruskan hubungn atau memutuskan sj..
3.Umur sy pun dh 30 an.

Tolong bg pendapat kwn2.tq

sy suke dengan info awk berikn ini.tp,terkena juga pada diri sy yg mana masih tiada jodoh lg mgkin sbb sy penah minta bantuan seseorang untuk mempercepatkan jodoh sedangkan sy tidak tahu lansung cara itu tidak benar dlm islam.ape yang perlu sy lakukan skrg ini???

APA kh..KERna tk KEtemu Jodoh itu..
ADA Lh dosa…
MAkna NYA aku Sudh MEMbuat BANyak DOSA…
ohhh… TUHAN…
jika AKU perNAH membuat DOSA pn..iziN kn AKU bertemU DGN jodoh KU..yg bisa MEMbimBing AKU.. utk MENGHapus KN dosa2 KU yg LALu..
amin…

Oh…baru tahu…itu rupanya musibah…terima kasih ya bg info nih

sabar dan redha….

Kalau kita orang beriman dan percaya pada qada & qadar bagaimana pula? Ada ke org yg tak nak kahwin…

Assalamualaikum. Saad bin Muaz salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w pun meninggal bujang. Ini semua sudah kehendak Allah. Doa, usaha dan sabar serta tidak berputus asa. Insya Allah akan adalah jodoh kita. Artikel kat atas tu tak guna akal langsung. Ikut nafsu amarah buat statement.

Assalamualaikum..saya terpanggil utk menyertai forum ini dan ingin berkongsi madah berikut yang lahir daripada rujukkan surah Yassin ayat 36.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

Cuba renungi kandungan ayat
Angka 36 menarik minat
Bilangan ‘36’ Yassiin tercatat
Gandingan 36:36 cantik tersurat

Fenomena El-Nino mengamit minda
Udara kering kemarau melanda
Berundur El-Nino muncul La-Nina
Udara basah merubah fenomena

Cukup sempurna ciptaan Tuhan
Segala yang ujud punya pasangan
El-Nino dan La-Nina, lelaki dan perempuan
Malam dan siang, utara dan selatan

Dulu hati ku berdetik
Rasa risau belum dipetik
Sekarang sedar minda terjentik
Terus berdoa tanpa serik

Belum berjodoh usah khuatir
Pasangan ‘tersembunyi’ siapa terfikir
Menanti di dunia, di akhirat berakhir **
Allah penentu segala takdir

**An-Nisa : 57
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal sholeh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.”

Salam kepada semua.

Saya betol2 tak stuju dengan kecaman artikel ni. Setau saya, ramai artis wanita yang rendah moral dan terang2an membuat dosa seperti berlakon adegan ranjang (dah ade dah sekarang ni tapi babak2 tersebut biasanya dipotong dan hanye boleh disaksikan di YouTube aje) TETAPI tetap digilai ramai, baik oleh lelaki yang beriman ataupon tidak DAN atas faktor itu senang mendapat jodoh. Yakni bak kata orang, hanye perlu petik jari sahaja.

Mana justifikasinye?

Usah la merapu nak menyalahkan golongan yang tidak bernasib baik ini. Mereka ni sendiri pon ya amat penyabar orangnya, maka dengan itulah mereka ini tidak merampas kekasih, tunang ataupon suami orang. Saya secara peribadi tersangat respek pada orang2 yang sebegini. Takde la terkejar2 jantan sebab nak berlaki sangat. Pehem?

Takdenye untung dan megahnya kalau cepat kawin pon. Ramai yang bercerai sebelum mencecah umur 30an sebab by that time dah lunyai dan suami pon dah tak kuase nak layan macam masa baru2 kawin dulu. Usah la nak tipu masyarakat sekeliling ok. Semua lelaki pon yang jika sudah bertahun2 mengadap lauk yang sama mesti nak tambah menu punye. Inikan pulak kalau yang dah mengadap berdekad2.

Jadi janganlah menyalahkan ataupon menghukum diri anda pasal kes jodoh ni. Semua manusia telah diserahkan buku perjalanan hidup sebelum roh ditiupkan ke dalam rahim ibu lagi. Semua roh biasanya nak sangat turun turun ke bumi dan jarang sekali ada yang menolak buku hidup masing2. Jika ada yang menolak, itu saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya.

Kenapa buku hidup kita berbeza2? Itu adalah kerana Allah ingin menguji kesabaran kita. Kita juga dilarang membandingkan diri kita dengan orang lain supaya tidak timbul rasa hasad dengki. Hanya insan yang redha dengan kesusahan hidupnya sahaja yang benar2 akan diangkat martabatnya di akhirat kelak.

Tetapi juga berdoalah dengan sepenuh hati kerana Allah Maha Mendengar dan Mengasihani. Allah SWT amat menyayangi hambanya yang sentiasa memohon kepadanya dengan rasa penuh rendah diri dan pasrah.

The developers are saying that Defiance is a pixel perfect shooter, so if you aim at your target’s head it WILL be a headshot instead of the invisible dice rolling a 5 and telling you that you somehow missed. However, every character in the game (even supporting players) should be presented in this same detail. But what happens when a player runs out of race tokens.

The fishfinder approximates where the fish are by measuring the amount of time between when
the beam was sent out and when it registered the hit.
Here is some helpful information so you can select a good charter boat and avoid
a few of the pitfalls. When the water arrives at the inlet,
most oxygen is dissolved because of the abrupt transformation of water movement.

If you cannot write love poems for your guy, don’t be disappointed easily. From ancient Britain come romantic love poems of forbiddin trysts in black forests and aristocratic romance between knights and fair maidens. However, believe it or not poems about getting back together actually can be quite powerful when attracting your ex back into your life.

As an MMO the game will need to have a lot more content than the shows and
will be a great source of lore for those who are really into the series.
However it is best to take the time to read through any information or instructions that come with
the game. Some games require skills, others require elaborate movements and yet others
simply require a few clicks.

How often have you bought headsets but discarded them after some time, once they didn.
I haven’t really owned the mouse long enough to test the battery life, but Logitech claims it can run for up to two years on a single pair of batteries, and several other reviews I’ve found online attest to that fact.

Remember, no matter what things you do, make your audiences
concentrate on the most important part of your tutorial video, if
only for a minute.

Enjoying the service of Odyssey – Streaming – Radio is so
easy. Hardware mechanisms used in the manufacturing
of a Wi – Fi internet radio system is less complicated and the point of ergonomics
is kept in mind by the manufactures. But mostly BBC Radios 4 and 5 because, being speech orientated,
they’re more like what I do, so I can learn lots from them.

i’m looking for my future wife.

BUkankah jodoh telah Allah tentukan sejak dari dalam kandungan lagi..

Ada yang berjodoh satu, dua, tiga, empat, sepuluh dan sebagainya.. ada yang tiada berjodoh di dunia…

Yang penting kita sentiasa bersykur dengan kurniaan Allah..

m already 41.. tp still x berjodoh… do i hv d criteria written up there?
m ex vice head prefect.. nw a graduated english teacher.. minat ilmu agama.. selalu heart broken.. selalu kena tinggal.. What can I do but b patience n serah pd Allah nan satu.. airmata adalah sahabat paling setia.. andalusia yg masih jernih..alhamdulilah..sedih ..

salam persahabatan, kita perlu usaha ikhtiar dalam kehidupan. Jodoh tidak dating sendiri tetapi perlu diusahakan. Selain dari bersifat ramah (bertempat) , doa dan ikhtiar lain jangan diabaikan. Saya suka mencadangkan (bagi yg dah jemu berusaha) bertemu seorang ustaz di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat, johor ( ustaz adi wijaya bin iskandar) sebagai usaha ikhtiar. Mungkin ada sesuatu penghalang yg kita tidak tahu (berhubung kes syaitan, badi, alam ghaib) menghalang jalan usaha ikhtiar kita. Ada rakan kita dah masukan ritual perubatan beliau dalam laman web : http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

bila baca ulasan pasal perubatan traditional sumirah kasmiran…
Sepupu saya turun ke johor dan Alhamdulillah dapat
berjumpa ustaz adi wijaya yang dimaksudkan.
Masaalah utama jumpa tu pasal berat jodoh.
Sepupu saya ceritakan sejarah ‘nenek sebelah emak’
yang dulunya bidan kampong. Dia khuatir saka nenek menyebabkan dia tiga beradik berat jodoh.
ustaz tu kata tak ada apa masaalah… Tetapi ntah macamana
ketika berborak dengan ustaz dia boleh terbuka cerita
penyeri bulan raja bunian. Memang rezeki dia !, ustaz tu nampaknya berkebolehan ‘berhubung’ dengan mahluk halus
dan dapatkan sebutir batu delima untuknya tujuan untuk dibuat
mata cincin. Semenjak pakai cincin tu macam ada daya penarik,
ramai lelaki yang dulunya jinak-jinak lalat dah jadi macam
pengemis cinta, beriya-iya ajak dia nikah/kawin. No h/p ustaz
tu kalau tak silap : 013-7251546 Mungkin juga kebetulan agaknya
tetapi yang penting usaha/ikhtiar. sepupu saya dah mendirikan
rumahtangga pada cuti sekolah yang lalu…

jodoh adalah ketentuan Allah s.w.t, Allah turunkan Al-quran sebagai penyelesaian hidup,nasihat saya perbanyakkan baca al-quran,mendalami al-quran,dekat diri dengan majlis ilmu dan berteman dengan orang soleh insyallah setiap apa yang kita usahakan Allah akan pasti permudahkan jalan untuk kita jodoh tetap datang seperti ajal pasti kan datang menjemput kita walaupun dalam keadaan sekalipun yang penting kita kenal diri kita sebelum kita mengenali orang lain. Kalo kita mengharap orang kasih kepada kita kita kena kasihkan diri kita,keluarga kita,sahbat handai kita dan para muslim dan muslimat..mudahan kita bertemu jodoh atas kerananya dan juga berpisah kerananya.

Xpayah nikah la…pon bleh hidup jgk

Salam. Pada pandangan saya blog ini seperti menyatakan bahawa semua andartu dan bujang terlajak itu jahat berbanding mereka yg dah berkahwin. Realitinya bukan begitu. Renungkanlah…benarkah semua org yg belum berkahwin itu buruk hati & sifatnya..

I’m not that much of a online reader to be honest but your blogs really nice,
keep it up! I’ll go ahead and bookmark your website to come back later on. All
the best

Greetings! This is my first comment here so I
just wanted to give a quick shout out and tell you I truly enjoy reading your posts.
Can you recommend any other blogs/websites/forums that cover the same subjects?
Thank you!

Salam. .cinta sebenar ialah pada Allah dan Agama Allah. . . .itu adalah Hakikat cinta yang sebenar. .cinta sebenar yang tidak pernah putus oleh masa,tempat,keadaan,sehingga Akhirat. .

saya ada pakwe tetapi dia khianati sy…5 thun kami bersama..5 tahun sy tngu dia…tpi knape dia pilih orang lain…skrg ni hati saya hancur sangat2…saya tak nak buat cam mne

xpe mungkin allah ingin menjodohkan orng yg lebih baik dari dia untuk awk..hidupni biasanya bukan seperti yang kita rancang tetapi DIA yang rancang,yang terbaik untuk hambanya, bersangka baik mudah2an allah mengurniakan orang yang lebih baik dan memahami kita .wallahualam

Ingat tak yang hadith ada saranan cara2 nak pilih isteri. So secara tak langsung sume onglaki islam ni berangan2 la nak dapat kesemua kriteria tu. Kalo dik duduk rumah flat usah berangan la nak kawen dengan laki yang duduk rumah banglo dik. Kalo dia pinang dik dia tasa macam tak ikot syariat dik.. Begitulah orang laki. Sunnah tu cari bakal isteri kaya.. Ha, kalo pulak dik tak tinggi belajar, ada pulak syarat yang mintak pilih yang bijaksana. So kalo takat SPM je, usah nak berangan naik pelamin dik. Kita ni nabi pon rijek.. Ha, ape lagi ya syarat2 wanita idaman saranan sunnah.. Jap dah lupe. Okay, dia mintak pilih keturunan pulak tu dik. Haa… Kan dah kantoi lagi sekali? Okay syarat last tu ape ya.. Ooo.. Mintak cari yang cantik pulak. Amboi, banyak pintak betol onglaki islam ni ye..

Assalamualaikum..pertama kali menginjak ke blog ni, tahniah kepada puan enpunya blog, dapat berkongsi dengan ramai org…. Usaha sungguh2 +Doa banyak2 +Tawakkal betul2, Pemilik cinta sebenar adalah Allah, marilah kita pohon padaNya…. Lambat/Cepat itulah namanya ketentuan Illahi….

asalamualaikum di mana lah tulang rusuk sy yg hilang tu ya,,kpd yg sudi ingin berkenalan sila whatssapp sy ,,01117912690..

ilek laaa

ilek laa…jodoh pertemuan ajal maut kan smua di tangan Allah..Allah xnk bg lg tu mesti ada hikmahnya..dh berusahakn..in shaa ALLah nti ada lah hasilnya..jgn gusar..sy sndri pun blum kawin lg..31 thn dh sy ni..tp kena berfikiran positif.klu asyik mengeluh dgn kekurangan diri..jodoh pun smpai bila xkn dtg..muhasabah diri lg baik..Allah xkn bg ujian ni klu kita x mampu hadapinya..Maknanya kita org terpilih unt melalui ujian kawin lambat aka lambat jodoh…

samalah sy pon da 31 thn. byk doa, solat hajat, istikarah, tahajud kerana allah taala. semoga allah buka jalan untuk kita. dipermudahkan segalanya.

Assalamualaikum…
Kenapa saya selalu mimpi orang saya sayang sedangkan dia suda bertunang..
Setelah pertunangannya..hati saya resah selalu..alhamdulila dgn solat saya dapat mengurangkan keresahan itu..tapi saya slalu termimpikan pelaminnya..

jodoh itu apa???

perkahwinan adalah ego semata mata . keinginan untuk memiliki dan juga mengembangkan zuriat . tak payah la kot nak serabut otak fikir kenapa aku xde jodoh . semua statment tntg lambat jodoh berkaitan dengan bomoh la , mandi bunga la , byk maksiatlah ,apa lah x berasas langsung. Cuba fikir balik allah itu maha mencintai dia tidk pilih kasih kpd hambanya wlpun trmasuk soal jodoh . berapa

ye sentiasa bersangka baik dengan takdir dan ketentuan Allah ada sebabnya jodoh seseorang itu lambat,macam saya,saya redha kerana jodoh saya lambat,kerana saya dapat menjaga dan memberi perhatian lebih kepada kedua ibu bapa saya…kalau nak berkenalan boleh add saya di azhari mansor(eri)..mana tahu ada jodoh..

Love the website– very user friendly and whole lots to see!|

I enjoyed reading what you had to say. You saved me a lot of hassle just now.

Do not get afraid to spread your thoughts. I like your style. Extremely good short article. amazing post.

Contoh yg dgune tu mcm xkne la.. Knpe era fazira?

Right here is some really useful info. After looking over a number of the blogs posts on your blog, I seriously like your way of blogging. Your points are well formed.

Kian berasa sunyi? Tiada Jodoh? Umur makin meningkat tetapi belum ada insan istimewa di sisi ? Malu dan segan untuk mencari jodoh? Rasa terpinggir sebab belum kahwin dan tiada teman? Jangan bimbang! Cari pasangan idaman anda yang sesuai di sini.www.jomdating.my

Tinggalkan komen

Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 913,646 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada