bila hatiku berbicara

Teringin anak kembar seiras

Posted on: April 13, 2009

PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat

BARU-BARU ini, saya ada terbaca mengenai kelahiran kembar lapan di Amerika Syarikat. Ini menimbulkan kebimbangan memandangkan saya juga mempunyai masalah kesuburan dan diberikan pil kesuburan oleh doktor. Saya juga teringin mendapatkan anak kembar, cuma jika boleh kembar dua dan seiras. Adakah saya juga berisiko mendapat kembar? Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 29 tahun dan sudah berkahwin selama dua tahun, namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suami saya berumur 30 tahun, sudah menjalani ujian air mani dan didapati normal.

INGIN TAHU, Kuala Lumpur

ANDA dinasihatkan berbincang lanjut bersama suami dan doktor anda mengenai keinginan untuk mendapatkan anak kembar. Kehamilan kembar secara amnya memberikan lebih risiko kepada ibu dan janinnya dari waktu kehamilan sehinggalah selepas kelahiran kelak. Kehamilan kembar boleh berlaku dengan lebih kerap dalam keadaan seperti usia wanita yang meningkat melebihi 35 tahun, keturunan, pengambilan ubat kesuburan dan bangsa Afrika. Wanita Asia mempunyai risiko paling rendah untuk mendapatkan kehamilan kembar berbanding wanita Afrika mahupun wanita negara Barat berkulit putih. Selepas persenyawaan satu ovum (benih wanita) oleh satu sperma (benih lelaki), ia menghasilkan satu embrio awal yang dinamakan zigot. Kembar lahir daripada persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yang berbeza untuk menghasilkan dua zigot yang berbeza komposisi genetiknya. Kembar seiras pula lazimnya berasal daripada satu zigot saja yang kemudian terasing menjadi dua embrio kembar. Memandangkan kedua-dua kembar ini berasal daripada embrio yang sama, bukan saja rupa mereka sama, jantinanya juga sama kerana mereka mempunyai komposisi percampuran genetik ibu dan ayah yang sama atau hampir sama. Cuma apabila diuji, uniknya cap jari mereka masih berbeza. Di dalam dunia perubatan, kehamilan kembar ini lebih dikenali sebagai kembar mono-zigotik. Kembar mono-zigotik tidak dipengaruhi pengambilan ubat kesuburan, usia, bangsa dan keturunan. Dalam setiap kitaran haid wanita, sudah ada sekumpulan ovum yang bersedia untuk membesar, cuma lazimnya hanya satu ovum saja yang akan terus membesar dan keluar (melalui ovulasi) untuk disenyawakan. Ini membuahkan kehamilan dalam sekitar 15 peratus wanita saja pada sesuatu kitaran, selebihnya tidak dan berakhir dengan kedatangan haid. Itulah sebabnya kebanyakan wanita hamil dengan seorang janin saja, hanya kadangkala terdapat lebih daripada satu ovum yang mengalami ovulasi (dipengaruhi faktor di atas). Wanita yang mempunyai masalah kesuburan ovari pula tidak mengalami ovulasi dan berakhir dengan kedatangan haid. Dalam keadaan anda, pengambilan ubat kesuburan dijangka meningkatkan bilangan ovum pada sesuatu kitaran haid. Ovum ini mungkin akan mengalami ovulasi dan berpeluang untuk disenyawakan sperma suami. Lebih banyak ovum dihasilkan, lebih tinggi peluang kehamilan seseorang, namun lebih tinggi juga risiko kehamilan kembar sama ada kembar dua, tiga atau selebihnya. Kembar lapan (oktuplet) juga boleh berlaku, sama ada berasal daripada lapan ovum (menghasilkan lapan zigot) ataupun beberapa ovum menghasilkan beberapa zigot yang sama yang kemudian terpisah membentuk tambahan beberapa kembar seiras mono-zigotik. Doktor lazimnya akan memberi ubat kesuburan dalam dos yang sederhana saja (lazimnya mengikut usia), serta memantau bilangan telur yang besar oleh rangsangan ubat kesuburan terbabit supaya hanya sebilangan kecil saja telur yang diperoleh bagi meningkatkan peluang kehamilan dan pada masa sama, meminimumkan risiko kehamilan kembar. Dalam keadaan bilangan telur yang dihasilkan melebihi, doktor mungkin akan membatalkan rawatan permanian berhadas (IUI) serta menghalang persenyawaan secara menasihatkan pasangan menggunakan kondom ataupun bertukar kepada rawatan persenyawaan tabung uji (IVF). Ini kerana, dalam rawatan IVF, doktor dapat mengawal kemasukan bilangan embrio ke dalam ruang rahim. Lazimnya untuk usia anda, hanya satu atau maksimum dua saja embrio (jika anda masih bertegas) akan dimasukkan, selebihnya akan dibekukan. Itupun masih meningkatkan risiko kehamilan kembar dua atau kembar tiga, empat dan seterusnya jika embrio yang sama membahagi atau terpisah kepada dua lagi embrio. Ubat kesuburan tidak meningkatkan risiko kehamilan kembar mono-zigotik (seiras genetiknya). Namun, anda masih berpeluang sedikit untuk mendapatkan kembar seiras rupa fizikalnya walaupun berasal daripada zigot berlainan, cuma masih berbeza komposisi genetiknya. Ini kerana anak-anak, sama ada dilahirkan serentak secara kembar mahupun berlainan masa atau tahun adik-beradik, masih lagi membawa genetik ayah dan ibunya. Ini dapat dilihat pada sesetengah keluarga yang mempunyai anak kecil yang sangat menyerupai abang atau kakaknya. Anda juga (seperti sesiapa saja wanita lain) masih boleh mendapat kehamilan kembar mono-zigotik jika embrio terbabit (walaupun hanya satu) terpisah kepada dua embrio sendirinya, bukannya disebabkan ubat kesuburan. Bergantung kepada masa embrio mono-zigotik ini terpisah, kembar yang terhasil boleh sama ada kembar berlainan uri dan kantung (jika pemisahan berlaku dalam masa dua hari awal), atau kembar berkongsi uri tapi berlainan kantung (jika pemisahan berlaku pada hari ketiga hingga kelapan selepas persenyawaan), ataupun kembar berkongsi uri dan berkongsi kantung (jika pemisahan embrio berlaku pada hari kesembilan hingga ke-12 selepas persenyawaan), ataupun kembar siam bercantum yang berkongsi uri dan kantung (jika pemisahan embrio berlaku selepas 12 hari persenyawaan). Kembar berkongsi uri memberi lebih risiko kepada janin memandangkan mereka ‘berebut’ bekalan daripada uri yang sama.

~Ya Allah jangan kata anak kembar nak dapat sorang anak lagipun susah. Hanya Tuhan saja yang tahu~

49 Respons to "Teringin anak kembar seiras"

Kecewa dua ujian IUI gagal

SOALAN

SAYA berusia 27 tahun dan sudah berkahwin dua tahun, tetapi kami masih belum dikurniakan anak.

Haid saya teratur dan saya tidak mempunyai masalah senggugut.

Saya sudah menjalani pemeriksaan doktor termasuk ujian darah, ultra bunyi dan HSG. Doktor mengatakan saya tidak mempunyai sebarang masalah manakala ujian air mani suami juga normal.

Setelah mencuba pil Clomid selama tiga bulan, saya masih tidak hamil dan doktor mengatakan telur yang ada tidak banyak membesar.

Kemudian, saya dinasihatkan mencuba kaedah suntikan hormon gonal 75IU.

Kali ini bilangan telur saya banyak dan lapisan rahim saya tebal serta berbentuk tiga garisan, saya terus menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) namun gagal juga.

Setelah mencuba kali kedua dengan rawatan yang sama (suntikan dan IUI), saya masih gagal. Ini sangat mengecewakan.

Doktor pula menyuruh saya melakukan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) untuk langkah seterusnya, namun saya dan suami merasakan belum bersedia.

Berapa kali sepatutnya seseorang menjalani rawatan IUI sebelum bertukar kepada IVF?

Bukankah ia sepatutnya dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali rawatan?

Saya ada mendengar wanita berjaya hamil selepas menjalani IUI sebanyak lapan kali.

Saya kemudian bertukar doktor pakar kesuburan yang mengatakan saya tidak perlu menjalani IVF, lalu saya menjalani IUI kali ketiga hanya dengan ubat Clomid saja, namun malangnya masih tidak berjaya.

Saya benar-benar tertekan. Apakah pandangan doktor?

AMINAH,

Kuala Lumpur

JAWAPAN

BAGI wanita kumpulan usia anda yang tidak mempunyai masalah kesuburan, kajian menunjukkan rawatan IUI dapat menaikkan peluang kehamilan sebanyak empat hingga lima kali ganda daripada peluang anda sebelumnya.

Memadai dengan membesarkan sebanyak hanya satu hingga dua telur menggunakan pil mengandungi Clomiphene citrate ataupun suntikan hormon FSH berdos rendah di antara 37.5 hingga 75IU, IUI dapat meningkatkan peluang kehamilan kepada sehingga 20 peratus dengan syarat tiub falopio masih berfungsi baik.

Saya percaya doktor anda dulu tidak berniat untuk mengambil kesempatan. Doktor anda mungkin menasihatkan rawatan IVF berdasarkan rekod pengalamannya merawat kes seperti anda.

Anda pasti sudah mengetahui bahawa semakin banyak telur dihasilkan, semakin tinggi peluang kehamilan dan risiko kehamilan kembar berganda.

Ada keadaan di mana setelah rangsangan diambil (terutama dengan kaedah suntikan dan di kalangan pesakit PCOS) dan bilangan telur didapati lebih banyak (terutama melebihi 10), rawatan IUI terpaksa dibatalkan, malah tidak dinasihatkan hubungan seks untuk mengelakkan kehamilan kerana peratus kehamilan sangat tinggi, tetapi risiko kembar berganda juga lebih meningkat.

Jika mampu, rawatan prosedur IVF akan terus dilakukan dalam pusingan itu memandangkan dalam rawatan IVF, doktor dapat mengeluarkan telur dan menyimpan lebihan embrio serta memasukkan satu atau maksimum dua saja. Dalam keadaan anda, kebimbangan yang sama juga perlu difikirkan.

Dengan bilangan telur yang banyak selepas rawatan suntikan seperti yang anda alami, IUI sepatutnya membuahkan kehamilan dengan peratus yang lebih tinggi daripada lazimnya (IUI dengan satu hingga dua telur saja), malah kebimbangan kehamilan kembar berganda mungkin menjadi nyata, lebih-lebih lagi usia anda yang masih muda di mana kualiti telur masih sangat elok. Sebaliknya, anda tidak hamil juga.

Kegagalan IUI kali pertama dengan kehadiran telur yang banyak, lapisan endometrium rahim yang optimum dan sperma yang elok mungkin hanya satu kebetulan saja, namun kegagalan IUI kali kedua walaupun dengan bilangan telur yang banyak dan sperma yang elok lazimnya bukanlah suatu kebetulan.

Mungkin sebenarnya terdapat masalah tiub falopio. Tiub falopio bukan saja perlu tidak tersumbat, ia juga perlu berfungsi dengan baik, adakalanya tiub falopio tersumbat, tetapi terdapat perlekatan di luarnya yang mengubah anatomi serta menjejaskan fungsinya.

Mungkin juga terdapat keabnormalan pada dinding dalam rahim anda seperti kehadiran polip yang memerlukan prosedur membuangnya (dialami sama seperti prosedur pencucian dilation & curettage).

Tanggapan mengenai ‘tiga IUI sebelum IVF’ bukanlah ideal untuk semua pasangan yang menjalani rawatan kesuburan. Rawatan kesuburan lebih bersifat individu sama seperti rawatan mana-mana penyakit.

Angka tiga ini diambil berdasarkan kajian yang menunjukkan bahawa peluang kejayaan IUI pada kali keempat dan seterusnya didapati tidak banyak berbeza lagi, malah hanya menambahkan tekanan apabila gagal lagi di samping usia semakin meningkat dan perbelanjaan juga bertambah sehingga menghampiri kos IVF.

Ada pasangan yang terus memilih untuk menjalani IVF selepas gagal IUI kali pertama lebih-lebih lagi setelah menyedari keadaan sebenar penyakitnya.

Usahlah bertukar doktor lagi, anda dinasihatkan kekal dengan doktor anda kini.

Kebanyakan doktor kesuburan yang mempunyai kepakaran sehingga rawatan IVF lazimnya mempunyai pendekatan atau cara rawatan hampir sama walaupun ada yang lebih cenderung untuk terus kepada rawatan IVF atau pembedahan. Semuanya bertujuan untuk mempercepatkan kejayaan dan meningkatkan peluang kehamilan anda.

Tidak salah jika anda masih ingin meneruskan kaedah rawatan secara IUI untuk kali keempat, mungkin anda ingin mencuba suatu variasi teknik IUI secara perfusi tiub falopio, bertanyalah kepada doktor anda mengenai kaedah ini.

Usah berputus asa, 80 peratus wanita yang datang mendapatkan rawatan kesuburan yang bersesuaian sepatutnya akan berjaya hamil dalam masa tiga tahun menjalani rawatan.

Sebagai maklumat tambahan, berikut adalah hasil satu lagi kajian terhadap sekumpulan wanita yang menjalani IUI (satu atau lebih kali, maksimum enam kali). Untuk memudahkan, digunakan angka 100 wanita.

# Setelah IUI kali pertama, 18 wanita berjaya hamil (peratus kehamilan – 18 peratus), 82 wanita pula tidak hamil.

# Bilangan wanita yang hamil bertambah 12 dan meningkat kepada 30 orang apabila baki 82 ini menjalani IUI kali kedua (peratus kehamilan – 15 peratus iaitu berdasarkan 12 daripada 82 wanita).

# Selebih 70 yang tidak berjaya menjalani IUI kali ketiga, bilangan kehamilan bertambah 10 menjadi 40 wanita (peratus kehamilan – 14 peratus iaitu 10 daripada 70 wanita).

# Dengan baki 60 wanita yang masih belum hamil setelah tiga kali IUI, IUI keempat menambah bilangan kehamilan sebanyak 10 lagi menjadi jumlah 50 wanita (peratus kehamilan – 17 peratus iaitu 10 daripada 60 wanita).

# Percubaan IUI kali kelima hanya menambah seorang wanita saja (peratus kehamilan – dua peratus iaitu seorang daripada 50 wanita)

# Percubaan IUI kali keenam pula menambah dua wanita menjadi keseluruhannya 53 wanita hamil setelah mencuba IUI (maksimum enam kali), iaitu 0.4% peratus (dua daripada baki 49 wanita).

# Dapat dibuat kesimpulan, peratus kehamilan dengan IUI adalah sekitar 15 hingga 20 peratus bagi setiap percubaan, setelah dua kali IUI peratus ini tidak meningkat (malah sedikit menurun) pada percubaan ketiga, IUI kali kelima atau keenam hampir tidak membuahkan kehamilan.

5 kali IUI namun gagal hamil

SAYA berusia 27 tahun manakala suami pula 36 tahun. Kami sudah berkahwin selama enam tahun dan sepanjang tempoh itu saya tidak pernah hamil.

Pada tahun kedua perkahwinan, kami memulakan proses rawatan kesuburan.

Ujian doktor mengesahkan tahap hormon saya rendah dan suami mempunyai tahap sperma yang rendah iaitu 13 juta.

Atas saranan doktor, saya mengambil Clomid selama beberapa bulan, tetapi tidak berhasil.

Saya juga melakukan proses permanian berhadas (IUI) sebanyak lima kali melalu kaedah ‘air mani dicuci’ dan suntikan kesuburan namun masih tidak berhasil, begitu juga dengan urutan bidan.

Suami saya sihat dan tidak merokok manakala saya juga sihat, tetapi mempunyai berat badan 78 kilogram (kg) dengan ketinggian 150 sentimeter (sm).

Doktor memberikan saya metformin untuk menurunkan berat badan, tetapi hasilnya kurang memberangsangkan.

Proses ujian seperti ujian darah, HSG dan trans-vaginal sebelum melakukan IUI adalah baik, tetapi masih tidak berpeluang hamil.

Apakah masalah saya? Apakah masih ada rawatan yang boleh kami cuba selain persenyawaan tabung uji (IVF)?

JULIA,

Rawang, Selangor

SEKIRANYA punca masalah kesuburan hanya disebabkan oleh bilangan sperma yang sedikit rendah (13 juta), lazimnya rawatan secara IUI dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan.

Anda tidak menyatakan sepenuhnya tahap kandungan air mani suami. Ini kerana jika kualiti sperma (bilangan, pergerakan dan morfologi) terlalu rendah atau lemah, rawatan IUI juga kurang sesuai, anda mungkin memerlukan rawatan persenyawaan tabung uji yang lebih kompleks iaitu ICSI. Untuk rujukan, beberapa kriteria penting perlu diketahui dalam analisis air mani seperti berikut:

# Kandungan air mani sebanyak dua hingga lima mililiter (ml)

# Bilangan sperma melebihi 20 juta bagi setiap ml air mani

# Pergerakan sperma elok melebihi 50 peratus jumlah asal

# Bilangan sperma bermorfologi normal melebihi 50 peratus jumlah sperma

Pada masa sama, kemungkinan anda turut mempunyai masalah juga perlu diselidiki.

Masalah obes boleh mengganggu ovulasi.

Sebagai langkah permulaan, anda boleh mengamalkan kawalan pemakanan dan senaman berterusan untuk menurunkan berat badan sebanyak lima hingga 10 peratus saja (empat hingga lapan kilogram) dulu, walaupun sebenarnya anda patut mencapai 56 kg sebagai berat badan ideal atau sekurang-kurangnya sehingga 67 kg untuk keluar daripada kategori obes.

Menurunkan berat badan sebanyak lima hingga 10 peratus daripada berat badan dilaporkan dapat membantu seseorang mencapai ovulasi atau kesuburan manakala kitaran haid kembali teratur.

Ubat metformin diberikan bukan bertujuan untuk mengurangkan berat badan, sebaliknya ubah suai pemakanan dan senaman adalah lebih berkesan.

Malah, kajian terkini membuktikan ubat ini kurang berkesan dalam menurunkan berat badan, kecuali jika seseorang itu masih mengalami kesan sampingan lain ubat ini iaitu kerap membuang air besar dalam sehari.

Ubat metformin diberikan jika ujian darah mendapati seseorang mengalami masalah diabetes mellitus.

Sebelum ini pun, ubat metformin diberikan untuk mengimbangkan semula hormon insulin, secara tidak langsung ovulasi akan kembali pulih.

Memandangkan anda sudah pun mencuba rawatan selama empat tahun, mungkin anda ingin mendapatkan rawatan pakar dari pusat kesuburan kawasan berhampiran anda.

Pusat kesuburan yang menawarkan kemudahan sehingga ke rawatan IVF lazimnya dapat memberikan rawatan lebih menyeluruh dan setempat. Usah khuatir, ia tidak bermakna anda akan terus didesak menjalani IVF.

Anda dan suami yang lebih berhak menentukan serta membuat pilihan jenis rawatan yang ingin dijalani, namun seeloknya anda memahami penjelasan doktor mengenai perkara penting termasuk jenis rawatan yang masih boleh dijalani, jenis rawatan paling berkesan dan jenis rawatan paling sesuai.

Memilih untuk terus menjalani IUI melebihi tiga kali lazimnya bukanlah pilihan pakar kesuburan, ia lazimnya lebih bersandarkan kepada pilihan atau kemampuan pasangan saja.

Ini kerana peluang kehamilan menerusi percubaan IUI keempat dan seterusnya lazimnya tidak banyak berbeza dengan peluang IUI sebelumnya, kecuali jika kegagalan sebelumnya disebabkan oleh bilangan dan saiz kantung telur serta ketebalan lapisan endometrium rahim yang kurang optimum.

Ubat mengandungi clomiphene citrate (seperti pil Clomid yang anda ambil) mungkin kurang sesuai dan boleh ditambah atau diganti dengan suntikan kesuburan yang boleh diambil setiap hari selama lima hingga 10 hari.

Setelah cukup saiz dan tempoh matang, suntikan pencetus ovulasi (mengandungi hCG) juga boleh diambil dan IUI dilakukan di antara 36 hingga 40 jam selepas suntikan terbabit.

Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda untuk mencuba kaedah IUI secara perfusi tiub falopio, ia dialami sama, cuma menggunakan isi padu sperma yang lebih dan mengambil lebih sedikit masa berbanding IUI biasa.

Gagal hamil cara IVF

SAYA berusia 28 tahun dan sudah berkahwin selama tiga tahun. Saya sudah menjalani rawatan kesuburan sehingga ke peringkat persenyawaan tabung uji (IVF) tetapi masih tidak berjaya.

Saya kecewa kerana pusat IVF itu dikatakan mempunyai peratus kejayaan IVF yang tinggi, namun setelah menjalani rawatan di sana, saya masih gagal hamil. Doktor mengatakan embrio saya berkualiti rendah, ini menambahkan tekanan seolah-olah saya punca kegagalan terbabit.

Untuk pengetahuan doktor, sebelum itu saya mencuba pil Clomid selama tiga bulan tetapi tidak hamil. Doktor pertama menasihatkan saya mencuba kaedah permanian berhadas IUI, namun saya beralih pula ke doktor lain kerana tertarik dengan peratus kejayaan yang dilaporkan.

Saya disahkan mengalami penyakit endometriosis dan dinasihatkan menjalani pembedahan laparoskopi di hospital terbabit sebelum rawatan IVF. Selepas pembedahan, saya mengambil suntikan hormon gonal sebanyak 225 unit setiap hari, kemudian ditambah menjadi 300 unit.

Doktor mengatakan telur saya banyak melebihi 20 sehingga saya merasakan perut saya tegang dan sering mengah. Tetapi sewaktu pembedahan menyedut telur, saya diberitahu hanya mempunyai enam telur saja dan hanya tiga saja embrio yang terbentuk selepas persenyawaan, namun tiada satu pun yang membuahkan kehamilan walaupun ketiga-tiga embrio dimasukkan.

Kini saya buntu, adakah saya mempunyai peluang untuk hamil sebenarnya? Apakah maknanya peratus kejayaan IVF sebenarnya?

NISAH,
Kuala Lumpur

ANDA tidak menyatakan peringkat penyakit endometriosis yang dihidapi. Tidak semestinya endometriosis peringkat lanjut (termasuk jika ia membabitkan pembentukan cyst ovari endometrioma) tidak dapat dibedah melalui laparoskopi.

Sewaktu pembedahan ini, penilaian secara langsung akan dibuat ke atas organ pelvis dan peritoneum. Terdapat sistem pemarkahan khusus yang dibuat untuk mengkategorikan penyakit anda kepada peringkat I, II, III atau IV (peringkat I dan II adalah peringkat ringan).

Selain itu, pembedahan laparoskopi juga kini direkod ke dalam cakera padat video (VCD) untuk tontonan kemudian hari dan pesakit akan diberikan VCD ini untuk simpanan atau rujukan.

Status tiub falopio juga penting diketahui, jika tersumbat atau mengalami kerosakan, IVF adalah pilihan yang lebih sesuai. Lazimnya dalam endometriosis peringkat lanjut, peluang kejayaan IVF dilaporkan meningkat apabila pembedahan disusuli dengan suntikan hormon analog-GnRH setiap bulan selama tiga bulan dan juga apabila paras ujian darah Ca-125 kembali normal.

Jika tidak, rawatan IVF dilaporkan kurang berjaya dan jika berjaya, risiko keguguran pula meningkat.

Pada usia anda, lazimnya dos 150-225 IU suntikan mengandungi hormon FSH (seperti Gonal F dan jenama lain) adalah dos permulaan dan akan diubah suai mengikut tindak balas ovari selepas beberapa hari.

Suntikan ini sama ada didahului suntikan hormon analog-GnRH atau disusuli suntikan hormon antagonis-GnRH, bergantung kepada mengikut jenis protokol rawatan.

Sekumpulan lapan hingga 15 kantung telur lazimnya sudah memadai. Malah di negara Eropah, mereka sudah mula mengamalkan stimulasi ringan saja untuk mendapatkan sejumlah kecil saja telur.

Secara amnya, pada usia 28 tahun, peluang kejayaan IVF adalah sekitar 25 hingga 40 peratus. Peratus ini lebih tinggi jika embrio blastosis yang dimasukkan berbanding embrio berusia dua hingga tiga hari. Dengan kehadiran penyakit endometriosis, peluang ini mungkin menurun.

Saya menjangkakan anda memperoleh bilangan telur yang lebih banyak memandangkan sebelum prosedur, kantung telur dinyatakan sebanyak melebihi 20.

Tidak semua pusat IVF melaporkan peratus kejayaan IVF. Anda boleh menjadikan perkara berikut sebagai panduan atau maklumat tambahan:

1. Di Malaysia, belum ada badan atau organisasi yang mengawal semua data atau rekod IVF. Kesahihan rekod kejayaan rawatan yang dipaparkan adalah dikawal pusat IVF terbabit, tanpa ada badan, peraturan atau undang-undang yang menyelia kesahihannya.

Untuk perbandingan, di Jerman, terdapat satu sistem perisian kebangsaan (Rec-Date) yang mewajibkan setiap wanita yang menjalani IVF didaftarkan dan dipantau hasilnya.

Di United Kingdom pula, terdapat jawatankuasa kebangsaan (HFEA) yang menyelia pusat IVF yang berdaftar dengannya. Di Amerika Syarikat pula, hanya beberapa negeri saja yang mempunyai panduan atau peraturan sendiri.

2. Peluang kehamilan juga bergantung kepada bilangan embrio yang dimasukkan pada sesuatu masa. Memandangkan di negara kita, kos IVF ditanggung sepenuhnya oleh pasangan, keghairahan mendapatkan kehamilan (yang bersifat kos efektif dalam masa singkat) menyebabkan doktor mahupun pasangan sendiri cenderung memasukkan embrio dalam bilangan yang lebih.

Pada masa sama, ia dapat meningkatkan populariti mereka dalam menghasilkan kejayaan kehamilan mahupun kehamilan kembar, tanpa mengambil kira kesan jangka panjang (risiko kehamilan kembar, risiko kelahiran kembar, kembar berganda melebihi dua, kos menampung atau membesarkan anak-anak kembar sehingga ke peringkat universiti dan seumpamanya).

Sebagai perbandingan, di Sweden, diwujudkan undang-undang memasukkan hanya satu embrio pada IVF kali pertama dalam wanita yang berusia 35 tahun atau lebih muda dan tidak mempunyai penyakit berkaitan.

Amalan memasukkan hanya satu embrio saja semakin menjadi rutin di kebanyakan negara Eropah kini. Di Amerika Syarikat pula, tiada undang-undang menetapkan bilangan maksimum embrio dimasukkan, sesetengah negeri pula mencadangkan kemasukan maksimum lima hingga enam embrio pada satu masa.

3. Pengalaman lazimnya mempengaruhi kejayaan. Lebih banyak IVF dilakukan oleh sesuatu pusat atau seseorang doktor, sepatutnya kejayaan kehamilan lebih meningkat. Pusat IVF luar negara yang berprestij melakukan antara 1,500 hingga 2,500 kes IVF setahun.

Di Pusat Kesuburan Hamburg (FCH), Jerman, contohnya sebanyak 2,000 kes IVF dilakukan setiap tahun oleh sekumpulan tiga doktor. Di Malaysia, bilangan ini jauh lebih rendah, hanya 100 hingga 300 kes saja setahun, bilangan ini mungkin tidak mencerminkan aliran kejayaan sebenar sesebuah pusat.

4. Peratus kejayaan IVF ditafsirkan dalam beberapa cara. Kaedah terbaik adalah menyatakan peratus kejayaan kehamilan klinikal secara nisbah terhadap bilangan IVF yang dilakukan.

Untuk makluman, kehamilan klinikal bermakna kehamilan yang disahkan secara pemeriksaan ultrabunyi. Anda juga boleh melihat peratus kehamilan kembar bagi menilai secara tidak langsung kecenderungan memasukkan lebih embrio sesuatu pusat IVF, peratus kejayaan mereka secara amnya akan nampak lebih tinggi.

Bagi doktor atau pusat IVF yang tidak mengamalkan kaedah sperma penderma, ovum penderma dan ibu tumpang pula, tidak mustahil jika peratus kejayaan mereka nampak lebih rendah.

Begitu juga pusat IVF kerajaan yang mungkin terpaksa mengehadkan keperluan IVF kepada kuota tertentu memandangkan sebahagian kos rawatan ditanggung kerajaan, tidak mustahil jika peratus kejayaan mereka juga menjadi rendah, ini tidak bermakna mereka kurang bagus.

Beberapa perkara di atas adalah kemungkinan saja, ia tidak semestinya begitu. Asalkan anda mendapatkan rawatan kesuburan daripada pakar sakit puan yang terlatih sehingga ke tahap rawatan IVF (secara latihan formal ataupun melalui pengalaman bekerja), anda sepatutnya mendapat rawatan dan peluang optimum.

5. Kejayaan IVF lebih bergantung kepada usia wanita kerana kualiti telur yang dikeluarkan juga menurun. Seeloknya anda meneruskan rawatan kesuburan kerana lebih lama anda menunggu, lebih banyak ubat kesuburan yang perlu diambil, namun peluang kejayaan sebaliknya menurun.

Anda dinasihatkan tidak berputus asa, meneruskan rawatan di pusat IVF anda sekarang, semoga anda akan memperoleh kejayaan kehamilan dalam percubaan kedua.

Ia lebih baik daripada bertukar doktor yang mungkin akan mengulangi ujian serta menambah perbelanjaan anda. Sebagai permulaan kembali, eloklah anda bertanya peratus kejayaan kehamilan klinikal IVF bagi kumpulan wanita berpenyakit endometriosis seusia anda, angka ini sebenarnya adalah lebih tepat.

P/s Sekadar rujukan sahaja..maaflah banyak yang di copy n paste kat sini….~

salam kak
kalau ada rezeki akak dapat lah anak kembar ..ameen

Salam ridwanto…insya Allah…kalau ada rezeki segalanya mungkin…

Apakah faktor untuk mendapatkan anak kembar tinggi? sekiranya keluarga sebelah suami (adik ipar) adalah pasangan kembar, sepupu sebelah ibu juga pasangan kembar,sepupu sebelah bapa juga kembar,dan moyang sebelah ibu saya juga kembar sepasang .

Salam
Ingin tahu,

Saya berumur 28 tahun dan telah berkahwin selama 5 tahun. Baru-baru ini saya telah menjalani rawatan kesuburan di salah sebuah klinik di ibu negara.

IUI pertama :- Doc bg ubat 2 biji clomid dan suntikan folliova dan alhamdulillah ada 5 biji telur (3 biji besar dan 2 biji yang kecil) dan saya pregnant buat kali pertama. Namun saya keguguran pada bulan ke2

IUI kedua :- Doc masih menggunakan kaedah yang sama tp result hanya 1 biji telur yang kecil so IUI x dapat dijalankan.

IUI ketiga :- Doc ubah formula dengan 2 biji clomid dengan suntikan Gonal F 150iu, dan result hanya 1 biji telur yang kecil so IUI x dapat dijalankan.

IUI keempat :- Doc ubah formula dengan 3 biji clomid dengan suntikan Menepour 250 iu.. result 2 biji telur (1 Kecil dan 1 Besar) juga IUI tidak dapat dijalankan memandangkan doc hendak 3 biji telur yang besar.

Persoalan saya, kenapa body saya seolah-olah tiada respond walaupun dos ubat semakin tinggi dan masih adakah peluang bagi saya untuk hamil?

Saya sudah kahwin 2 1/2 tahun.Tapi sekarang tak ada aanak lagi,Sekarang saya ingat nak suntikan untuk anak,berapa kosnya?Saya tunggu jawapan anda..Dan Alamat.Sekian.

Saya sudah kahwin 2 1/2 tahun.Tapi sekarang tak ada aanak lagi,Sekarang saya ingat nak suntikan untuk anak,berapa kosnya?Saya tunggu jawapan anda..Dan saya nak juampa anda,alamat..

saya berusia 26tahun,sudah 3tahun berkahwin.masalah saya skang ni untuk 3 bulan awal perkahwinan saya,saya mengalami turun darah yg banyak,cek doktor pakar mereka kata takda apa2(boleh mengandung) &period saya pun tak teratur..bila cek pakar mereka kata boleh mengandung,masalah nye sampai skang tak mengandung pun..saya teringin nak buat bayi ivf..yang menjadi masalahnye ialah duit..suami&saya terlalu inginkan cahaya mata seorang pun jadilah..kalau guna kerajaannye brape kos plak ye?tolong lah saya sorang pun jadilah..family sebelah suami suruh suami kahwin lagi???tolonglah saya,apa kesudahan rumah tangga kami sekiranya tiada zuriat

salam..
Di hospital pakar kerajaan Likas iui=rm 150 + kos ambil darah sebelum iui=rm 180 (suami + isteri)..
IVF=rm7ribu..

salam…..

saya nak tau,adakah menggunakan kaedah IVF berpeluang untuk mendapatkan anak kembar? saya teringin sangat untuk mendapatkan anak kembar…saya telah mempunyai seorang anak lelaki dan kini saya ingin mempunyai anak kembar. masalahnya disini bolehkah saya mendapat anak kembar walaupun saya dan suami tidak mempunyai keturunan kembar? Dan tahap kesuburan saya dan suami juga tidak mempunyai masalah.

ivf boleh dapat anak kembar..kos die sangat tinggi dan peratusan berjaya adalah rendah.ivf sesuai untuk wanita yang susah hamil bukan bertujuan untuk mendapatkan kembar

Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.

Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.

Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.

Kalau amalkan mkn pil kesuburan,berpeluang ke untuk mendapat anak kembar??

asslamualaikum…..buat sahabat2.. sy berkahwin hampir 3tahun. sekali sy pernah keguguran sewaktu di oversea. masa tu mmg sy sendiri pun x sangka sy mengandung.masa tu 8bln slps usia perkahwinan. lps dr tu sampai hari ni sy masih belum mengandung..sesekali terasa frust gak, tp sy yakin Allah pasti tahu apa yang terbaik utk sy dan suami.setiap kali period suami sy pasti akan kata ” kite cuba lagi, mungkin belum masanya lagi Allah nak beri”..suami sy sering kata, pasti ada sebab musabab setiap apa yang berlaku dalam hidup kite.yg penting kite redha dan sabar serta usaha dan doa..buat sahabat2, Allah berhak memberi dan Dia berhak mengambil semula..wallahu a’lam
wassalam

Salam buat dik dila dan buat semua teman2 blog nuriman yang semakin panas ni.

bawa banyak2 bersabar yer dik sebab Allah MAHA BIJAKSANA mengatur kehidupan kita. disamping itu jangan give up dalam mencari alternatif berkesan. jangan biarkan tempoh perkahwinan berlalu terlalu lama..insyaAllah ada yang sesuai utk dila nanti..sebagaimana yang telah rakan2 kak realisasikan impian mereka walaupun telah 15 tahun berumahtangga!!!!INSYAALLAH… INI BUKAN GURAUAN….

dik dan buat mereka yang bermint boleh hubungi kak: 0139366353 [utk yang benar2 mahu S A H A J A!!!] .

saya ibu kepada 2 org anak lelaki dan saya teringin melahirkan anak kembar…adakah cara atau kaedah untuk saya mendapatkannya..kerana saya tidak mempunyai keturunan kembar…tolongggg…saya teringin sangat….

saya sekarang sedang buat IVF.Dulu saya pernah buat suntikan untuk telur jadi besar.Selepas 7 suntikkan doctor ( specialist)bagitahu telur i tak jadi besar dan kuantity kurang.Adakah masa i buat suntikan untuk IVF akan mengalami masalah yang sama.Adakah doctor akan bagi ubat yang sama.Adakah ubat IVF berlain.

Saya pernah mengalami pengalaman kesukaran mendapat zuriat. Setelah hampir 1 tahun berkahwin, saya hamil kandungan luar rahim. Doctor yang pernah merawat saya di hospital tersebut mengatakan saya hanya berpeluang 35% utuk hamil. Setelah usia perkahwinan saya genap 2 tahun, saya telah berjumpa doktor pakar perbidanan Dato Dr Hamid Arshad. Disitu lah saya memulakan rawatan dan dengan izin Allah juga saya hamil. Oleh itu saya highly recommended kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesukaran utk hamil agar mendapat kan rawatan beliau. Beliau bukan sahaja sangat profesional, tapi dirinya juga yang saya rasakan sangat dekat dengan Allah.

Nama saya nurazlynna dan ini no.tel saya. Puan Halijah bolehtak beri maklumat pd sy bagaimana cara untuk saya dapatkan rawatan dengan Dato Dr Hamid Arshad?

kak halijah yassin,
Can you send address Dato Dr. Hamid Arsyad to me by email please?? And how much the cost of that? because your case same as me.

My email : choiriyahnasir@yahoo.com

Than’x bfore & after.

Saya masih belum berkahwin,tp berkeingin untuk mendapat anak kembar seiras kelak…buat pengetahuan anda, saya dan bakal suami tidak mempunya keturuan kembar…adakah anda mempunya petua untuk di kongsi bersama selain mengguna teknogi model? betul ke saya ada terdengar bahawa zaman sekarang ada sejenis pil yg boleh memecahkan embrio maka terhasil lah kembar seiras..

di mana sy boleh dapatkan rawatan dengan Dato Dr Hamid Arshad? harap dapat maklum kepada sy. Sy merupakn pengidap PCOS.

salam.. Dr. Adilah Ahmat.

Saya berusia 23tahun. Saya telah berkahwin selam 1tahun 4bulan. Namun sehingga hari in isaya masih lagi belum hamil. Adakah Dr membunyai sebarang kaedah lain sebelum saya mengambil tindakan mendapatkan rawatan daripada doktor-doktor diluar sana. Pernah sekali saya bertanyakan kepada doktor di klinik swasta dan menyarankan saya mengambil suntikan hormon. Atau bolehkah saya mengambil ubatan seperti clomiphene dahulu sebelum bertemu dangan doktor dan adakah ubatan itu dijual di farmasi-farmasi diluar sana?

salam,
saya mempunyai seorang anak lelaki yg berusia 2 tahun.saya pernah mengalami keguguran.saya pernah mengalami mengandung luar rahim dan di operation.skang saya teringin nak mengandung anak kembar dan dapat melahirkan dgn selamat dan sihat.tq.

saya bernam maria, berumur 30 tahun dan suami sayaberumur 34 tahun. kami sudah berkahwin selama 7 tahun belum dikurniakan anak. doktor sudah periksa kami, suami tak ada problem tetapi doktor cekap saya ada problem obesiti dan itu sebab tak teratur kedatangan haid juga. doktor memberi saya ubat bernama metformin utk kurangkan berat badan kedatangan haid normal. skrg saya nak tanya adakah ubat metformin itu boleh kurangkan berat badan dan boleh kedatangan haid normal?boleh kah saya hamil.

sy baru mjalani laparoskopi 3mggu lps..tiup kanan sy dipotong kerna mgdung luar rahim..doktor kata ovari kedua ok dan tiup kiri sy pun ok..tp sy terasa takut untuk mgandg lagi sbb takut kjdian yg sama akan bulang..sekiranya sy ingin mgdung apakah langkah yg sewajarnya sy ikuti?

salam buat semua rakan di blog nuriman…
utk adik melyn….jangan tension..ada jalan penyelesaiannya. utk memudahkan ke arah kehamilan yang xbermasaalah, sila hubungi kak dengan smskan nama, alamat,no hp, ringkasan masaalah ke : 0139366353

INSYAALLAH, segala-galanya xkan sia-sia kalau diizinkan Allah…

Salam sis, apa caranya yg dpt dis bantu…

salam…sy sdh berkahwin 7 thn lbih dan mmpunyai seorang anak lelaki berusia 3 thn..sblm mndapat anak sy gugur 3kali namun kali ke-4 sy berjaya hamil n mndapat rawatan pakar smasa hamil. sy ingin mnmbah lg chaya mata nmun 2 thn mncuba masih ggl. Sy tidak tahu puncanya sdgkan haid sy teratur…apakah nasihat doktor??

assalamualaikum, dik alin…
FYI, sebelum ini ada yang mengalami keguguran sebanyak 8x tapi berjaya akhirnya hamil dan melahirkan dengan produk yang akan kak nyatakan nanti…INSYAALLAH, jika diizinkan Allah..dik akan mampu hamil dalam tahun ini juga…

sila hubungi kak dengan smskan nama, alamat,no hp, ringkasan masaalah ke : 0139366353

assalamualaikum,
Saya berusia 30thn,sudah mempunyai sepasang anak.masing2 dilahirkan secara pembedahan..jd sy hy ada 1 shj peluang lg utuk mengandung (sy tahu ada bleh smpai 4 kali pembedahan)krn tlh dinasihatkan oleh pakar supaya tidak mengambil risiko.Masaalah saya ialah,sy inginkan anak lg,jd bleh tak untuk kehamilan yg seterusnya saya melalui kaedah IUI intuk mndptkan anak lebih dr seorang,dlm ertikata lain KEMBAR…sy mmg teringinkan anak sehingga 5 orng…Tidak kirala apa carapun,sy tetap berusaha utuk mndptkan anak kembar supaya bilangan anak itu brtambah…Tolonglah saya doktor..apa yang patut saya buat…?

Erin,
Melaka.

Saya ingin tahu kalau membuat IVF berapa hari dr. akan ambil telur dari rahim kita kalau kira dari Hari pertama Haid dan berapa hari akan dr. ambil telur matang itu

boleh tgk blog saya.www.nazyah-desa.blogspot.com…kat situ sy ade tulis jadual sy sepanjang wat ivf

I dah tgk dah sabar jer tuhan menguji saya lagi the result -ve……………….

sy lom b’khwin lg.. tp sy ad mslh period x menntu.. mcm skrg sy x period hmpir sethun.. sy jgk bkl b’khwin pd tahun ini.. sy risau coz kemungkinan ade problem tok m’dptkn zuriat.. ad mkcik sy yg x m’gndung smpai skrg wlaupon dh hmpir 15thn b’kahwin.. n sy risau jd mcm die..

assalamualaikum, zura…

pertama sekali, masa tidur kena jaga..biar lelap betul2 jam 1-3 pagi..jaga makn, lebihkan sayur, buah..jauhi nescafe, tapai, nenas, kelapa muda..

nak atasi masaalah tu, sms kak: 0109071763

TERBUKTI BERKESAN! DENGAN IZIN ALLAH..

tlg berikn sy jwpn.. sy risau sgt..

dah g jupe dokter lom…nasihat yng terbaik ialah g jupe dokter n dokter mungkin akan bg clomid dan bg teratur haid tu

sekadar brkongsi,datuk sebelah ibu saya mempunyai kembar yg mati diusia bayi,anak disebelah isteri ke 2 pula juga melahirkn kembar,namun 1 saja yg hidup,ibu saudara saya sebelah nenek hampir kesemuanya mempunyai kembar,namun nasib mereka juga sama,hanya 1 saja yg hidup.,lebih malang buat ibu saya,anaknya iaitu adik saya,gugur kembar pd trimestar pertama..Buat saya pula,telah berkahwin dgn kembar,yg mana pasangan kembarnya yg pertama,kedua-duanya,mati diusia bayi…jadi sekarang ini kami masih mengharapkn agar gen dr kedua-dua keluarga kami akan diwarisi oleh kami.
kepada saudara2 disini yg masih belum mempunyai rezeki,setelah segala yg anda telah usahakan.,berdoalah.,semoga doa anda dimakbulkn.

Salam dr. Sy berumur 29 thn. Telah berkahwin selama 4 thn dan sdah mempunyai seorang ank berumur 3 thn 3 bln. Sy dan suami berusaha utk mempunyai zuriat lg apabila ank sulung kami berumur 1 thn. Tp hingga kini sy x pernah mgandung lg.
Kitaran haid sy normal setiap 27 hari sy akn haid. Kadang2 sy mengalami senggugut. Utk bln ni period sy sgt lambat iaitu hari ke32 baru haid. Dan sy kena senggugut.
Sebelum ini sy dh rujuk dr dan dia hanya suruh sy mkn EPO. sy sdh mgamalkannya 2 thn tp tiada hasil. Sy juga ade cube mkn ubt tradisional utk hamil lg tp xde ape2 juga & sy pernah menguji kesuburan sy menggunakan BBT tp tiada juga hasilnya.
Apakah perlu sy buat? Perlukah sy mngambil pil subur?
Terima kasih dr..

hi dr, sy berumur 31 thn dan sudah 4 thn mendirikan rumahtangga. pernah hamil sekali tapi gugur. sekrg baru ambil metformin & clomid untuk mengandung. doctor kata telur kecil. suami pula ada masalah low count sperm. doc nasihatkan takde masalah kalau pernah mengandung, kalau tak pregnant jugak boleh cuba buat iui. kalau sperm kurang boleh buat iui ke dr?ada peluang mendpt anak kembar tak bagi umur saya ini?

saudari nazyah,,, apakah penjagaan selepas embrio transfer…berape lama ‘berehat;

It’s going to be end of mine day, however before ending I am reading this enormous article to improve my know-how.

Hi there mates, its wonderful piece of writing concerning teachingand fully defined,
keep it up all the time.

Usually I do not learn post on blogs, however I would like to say that
this write-up very compelled me to take a look at and do so!
Your writing taste has been amazed me. Thanks, quite
nice post.

saya sudah berkahwin selama 4 thn,awal perkahwinan saya hamil ttp gugur pd usia kandungn 11 mggu,doc ckp janin hnya mmbesar jgga 6mmgu shja..saya sudah mndapatkan rwatan pakar dan doc mnasihatkan jalani IUI..tp gagal stlh 2 kali mencuba..stelah itu,saya jalani IVF tp gagal juga…persenyawaan telor dan sperm ok..tp penghasilan telor kurang..saya hnya dpat 5 shj telor matang msa prosedur pick up ovum.doc ckp respon sya pd suntikan ubat kurang…waktu prosedur transfer embryo doc hnya msukkan 2 shj embryo kerana takot terhasil kembar..tp gagal…sya sgt kecewa,dan saya ada 1 kali lg utk buat IVF,

Banyak info di blog ni, saya dah berkahwin 1 tahun 7 bulan. Saya juga ‘Polycystic ovarian syndrome’ Dan masih belum mengandung. Saya dah mula mengambil ubat kesuburan clomid sejak period bulan december 19th. Dan mengambil clomid kali kedua semasa period datang pada bulan january 19th. Tetapi period saya datang awal bulan february iaitu pada 12 hari bulan. Kecewa juga sebab harapkan hamil. Sejak pertama kali mkn clomid lg doktor beri saya vit E dan asid folic utk dimakan setiap hari.cuma bermula mkn clomid cycle kedua doktor tambah lagi satu ubat iaitu ubat kuatkan rahem duphaston. Adakah mungkin sebab hormon saya baru diperbetulkan atau sebab lain.yang pasti esok saya kena jumpa doktor saya untuk clomid cycle 3. Harap ada rezeki lepas ni. Dan semoga Allah SWT tabahkan hati saya. Hanya Dia yang tau perasaan saya lalui.amin.

kenapa peruk asyik bunyi

sys ingin hamil anak kembar bulan ini…macamana caranya?

Tinggalkan Jawapan kepada mega Batal balasan

Kalendar

April 2009
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Blog Stats

  • 913,660 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada