bila hatiku berbicara

Apa itu IUI?

Posted on: Oktober 16, 2009

IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination’, satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?

IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.
Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?

Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?

Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?

Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?

Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?

Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?

IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?

Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?

IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?

Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

http://portal.alamhamil.com

9 Respons to "Apa itu IUI?"

Asalamualaikum

info yang menarik untuk orang dewasa yang berfikiran matang, untok menambah ilmu pengetahuan supaya boleh menghayati kehidupan alam semesta dan mengenali tuhan semeta alam. Tapi bila Pakcik mendedahkan semua ini Pakcik telah dipinggirkan sahabat dan tolan, tapi tak mengapa kerana Pakcik menulis bukan untuk menjadi popular. Norman pula bagaimana ?.

Terima kaseh salam hormat.

Waalaikumusalam pakcikli…saya seperti pakcik li jugak nak tahu bagaimana IUI tu di lakukan. Bila saya tengok gambar rajah ni saya jadi gerunlah pulak. Bukan dengan niat apa2. Sekadar untuk berkongsi dengan kekawan yg masih belum di kurniakan cahaya mata. Masih ada sinar untuk kekawan semua. Insya Allah kalau kita berusaha dan bertawakal Allah akan bantu kita. Lagipun pakcik li tau kan blog hijau ni cuma satu saja posting yg di gemari iaitu doa dan amalan untuk mendapat zuriat.

blog pakcikli tu suami sy yg selalu masuk baca hehehe

Assalamualaikum wbt…

Apa khabar nuriman…harap semuanya berjalan lancar.

Emmm..satu perkongsian ilmu yang menarik…sebelum ni penah dengar tapi tak amik tahu sangat…bila baca entri ini, baru tahu apa itu IUI dan bagaimana cara prosesnya..terima kasih sekali lagi nuriman di atas perkongsian ini..

Waalaikumusalam …alhamdulillah ana bi khair..cuma agak sibuk sikit mengemas barang2…sayapun baru tau bagaimana proses IUI di lakukan..bukannya senang nak dapatkan zuriat..kalau yg senang dapat tu alhamdulillah tidak perlu lalui semua ini. Bersyukurlah atas anugerah yang di kurniakan. Jangan persiakan anak2..n jangan buang bayi bagaikan sampah. Tak sanggup hendak menatap akhbar tiap2 hari bayi di buang…

kak, kak long dah 4 tahun kawin takde anak..tensen jugak kadang2, orang asyik bertanya,,macam nak salahkan kite je…ubat? macam2 try…ikut ore oyak…

saya da dkt 2thn kawin tp msih xde ank..tekanan tu makin byk dr soalan org dk tnya bla nk ada ank..sya skg ni ngah tunggu tk buat hsg..sya nk sgt ank tp bca komen kekawan wat iui 6x xbjya gak mcm mne ni?sya nk sgt ank tlgla sya..

Salam, Terimakasih atas keterangan diatas. Saya dah berkahwin 11 thn dan bulan september 2011 ni dokter sarankan saya buat IUI. So sekarang saya takdelah takut sangat. Doakan smoga berjaya, walaupun dokter cakap kejayaan ini cuma 20 peratus je.

salam….sya sha sya dh berkwin hampir 4thn tp x dpt ank lagi dh terbca ni mcm best je mcm nk cbe je…tp kt mane ye blh bt ni??/kos dia mhal x??

klu blh mmg sye nk sgt2 bt iui ni tp xtau bgaimna cra2 dia

Tinggalkan komen

Kalendar

Oktober 2009
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 913,671 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada