bila hatiku berbicara

Archive for Jun 17th, 2007

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Lagu : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Lirik : Kamal Halim (Al-Mansur Productions)
Susunan Muzik : Kamal Halim
Penerbit : Kamal Halim
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Hampir semalaman aku teman suamiku repair PCnya yang rosak. Ini gara-gara Hafiezlah donlod game lah nak copy itu dan inilah. Tu lah aku ni kekadang lembut sangat ngan anak…ayah dia dah pesan jangan main komputer tu maklumlah dia(PC) dah lama. Barang lama dah uzurlah..bolehlah cukup-cukup nak cari makan hehehehe. Tapi Hafiez asyik memujuk aku nak main games…… tup-tup rosak lak….yang satu ni lak duk pakat kongsi…sat aku sat ayahnya haiiiiiii, nak skype nak ym pun dah tak boleh dah sabar jer lah…..dah lah lap top pun berkubur tanpa nisan nak repair dekat ngan RM1000k lebih gak baik tak yah…………kalau ada rezeki beli baru insyaallah..berbaloi.

Tengahari tadi tepat jam dua lebih kalau tak silap….aku sedang menikmati hidangan tengahari…handphoneku berbunyi kat dalam bilik tertera nama dia. Assalamualaikum, diapun jawab laaa salam ku…katanya ni….bagitau namanya?????pas tu dia kata aku marah ke…….cam nak marah je dalam emel? tak dik cayalah aku cuma bertanya saja….dan berlaku kesilapan sikit…tapi aku tak simpan dalam hati……hanyalah aku jawab setelah terdapat dalam grup..tu saja…..itu biarlah mejadi rahsia antara aku dan dia…….

aku tau aku mungkin gak silap dalam banyak hal……..mungkin aku tersilap faham apa yang di tulis kat grup…tapi bila dah diberi penjelasan aku faham. Dan aku rasa sedih nak nanggis UWAAAAAAAAAAAA. Inilah pertama kali aku dengar suara dia setelah lama kenal dalam ym….aku tak marah cayalah………cuma mungkin aku tersilap faham saja maafkan aku.

petang ni aku buka PC lagi kebetulan suamiku kata ambillah guna dulu nanti abe pulak hehehe..akupun buka dan baca emel dia……sayunya hatiku ini………aku ni sebenarnya mudah lembut hati. Aku tak menjangkau semuanya ini terjadi dalam hidupku dalam sekelip mata. Aku tak ingin semua ini terjadi dalam hidup aku…tak ingin. Aku nak kehidupan yang lebih harmoni dengan kawan-kawan yang aku kenal. Walaupun aku cuma kenal melalui Internet, itu sudah cukup bagiku… kerana aku ini bukanlah boleh keluar berjalan-jalan seperti orang lain. Kawanpun takde hanya mempunyai kawan-kawan internet seperti saja. Tu pun dah cukup terhibur bagiku……bertemu dengan mereka buat hatiku gembira……..opsss kena berhenti sat …….ada kawanku datang..Lia bersama suami dan anak-anaknya…………

sambung kembali

tapi hari ni apa yang tak ku ingini terjadi lagi……akukah yang silap? Aku tak bermaksud nak melukakan hati orang lain…..tidak sama sekali. Bila berlaku benda-benda begini aku rasa seolah diri ini banyak menyusahkan semua orang. Ya Allah aku mohon KAU hadiahkan aku kasih sayang-Mu yang tak pernah pudar itu. Hanya KAu yang aku ada……….solatku,hidupku dan matiku hanyalah untuk-Mu Ya Allah……….dalam masa yang sama KAU hadiahkan lah aku sahabat-sahabat yang baik dan yang dapat membimbing aku kearah kebaikan…..bukan jalan yang KAU murkai.

Aku mohon keredhaan dan kasih sayang-MU TUHAN. Umurku tinggal berapa lagi jadi seandainya aku pergi aku mohon maaf di atas segala kesilapan aku…….dan begitu juga aku sentiasa memberi maaf kepada semua insan……kerana siapalah aku ini untuk tidak memaafkan orang lain kalau diriku sendiripun banyak melakukan kesilapan………

malam ni aku nekad akan tutup citer lama dan akan buka buku baru untuk esok lusa dan hingga ke akhir hayat aku. Besok andai hadiah darinya ku terima alhamdulillah dan seandainya tidak ku terimapun tak mengapa. Biarlah ianya berlalu bagaikan hembusan angin yang berdesir,cukuplah sampai setakat ini saja penantianku selama ini. Biarkan ianya akan berakhir. Aku ingin melupakan segala apa yang telah berlaku. Cuma aku mohon pada Allah moga di ampunkan setiap kesilapan aku. Aku suka caranya dengan rendah hati memohon maaf dariku walaupun dirinya tidak pernah aku persalahkan dalam soal ini. Percayalah aku tidak menyalahkan sesiapa……..malah aku berterima kasih kerana apa yang terjadi bagaikan hadiah untukku belajar untuk lebih mengerti yang kehidupan ini tidak selalunya indah. Ada kalanya kita akan berdepan dengan apa yang tidak pernah kita terduga…….

Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan dengan dendam dan persengketaan yang tak berkesudahan……….di petik dari novel antara dua persimpangan Siti Rozilah………bagiku apa yang terjadi cukuplah..usah di simpan terus dalam hati…………

Astaghfirullah

Artist: Haddad Alwi
Album: The Way Of Love
Song Category: Nasyid

Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khothooya

Robbiy zidniy ‘ilman naafi’aa
Wawaffiqnii ‘amalan maqbuula
Wawass’lii rizqoon thoyyiban
Fatub ‘alayya taubatan nashuuha

HambaMu ini datang padaMu
Tuntunlah kami kemana pergi
Aku tersesat dijalan ini
Tak tahu lagi arah kembali
Sudilah Engkau mau peduli

Yaa man yaro sirro qolby hasbith-thila ‘uka hasbi
Famhu bi’afwika dzanby washlih qusudiy wal a’mal

Ya Illahi Ya Tuhanku
HambaMu ini menujuMu
Jiwa ragaku jadi belenggu

~Izinkan aku dekat PadaMu ~ Nasyid ini lebih kuang nyanyian dari Marshanda anak cucu Adam~

 


Kalendar

Jun 2007
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 913,677 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada