bila hatiku berbicara

Archive for Jun 12th, 2007

Adam

Maafkan aku jika coretan ini
Memanaskan hatimu sesungguhnya aku
Adalah Hawa temanmu yang kau pinta semasa
Kesunyian di syurga dahulu, aku asalnya dari
Tulang rusukmu yang bengkok jadi tidak hairanlah
Jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan
Bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari
Landasan kerana aku buruan syaitan

Adam

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku
Lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya
Jika bilangan kaum mu mengatasai kaumku
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia
Kacau-bilaulah suasana
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu

Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku
Tapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
Mesti tunduk ketika menjadi isterimu
Namun terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara

Adam
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah untuk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa
Di dalam redha Tuhan

Tapi Adam
Nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini
Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
Dari hujung kaki sampai hujung rambut
Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya

Adam
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu
Tapi sekarang di waktu yg sama
Aku ke muka menguruskan hal negara
Aku ke hutan memikul senjata
Padahal, kau duduk saja
Ada di antara kamu yang menganggur tiada kerja
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong
Maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik
Jika murid bodoh guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata
Hawa memang degil tak mahu dengar kata
Tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Adam
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
Seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu
Aku adalah pengikut-pengikutmu
Kerana kau adalah ketua
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan, nafsumu satu
Aku, akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah

Adam
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri
Masih segan mengikut langkah para sahabat
Masih gentar mencegah mungkar maka kita tunggu dan lihat
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu

`maafkan aku kerana aku sudah lupa dari mana aku mengambil sajak ini. Tetapi aku suka sajak ini~

~ saja untuk melepaskan tension~

Suatu waktu dahulu aku pernah menjual kuih CARA yang berharga dua puluh sen satu biji, ketika itu aku tinggal di rumah arwah ayah mertuaku di utara tanah air (rumah yang belum siap di perbaiki, kerana ayah mertuaku sakit sebelum siap memperbetulkan rumah itu, terbengkalai gitu saja). Tahu sajalah suamiku agak sukar untuk memohon pekerjaan……beribu kali memohon di tolak mentah-mentah mungkin kerana OKU. Sehabisnya hanyalah berkerja kilang…………….di samping menanti pekerjaan yang lebih bagus sedikit. Dalam pada itu terpaksa menjaga ayah mertuaku yang sakit ketika itu ( ayah mertuaku telah meninggal dunia ketika kami masih berada di Taman. di bandar….?????) Selepas itu kami di takdirkan bertemu jodoh dengan. Aku sempatlah melihat dan menjaga ayah mertuaku semampu yang boleh selama lima bulan, bersama ibu mertuaku. Ayah mertuaku kembali ke Rahmatullah pada Januari 1995. Tidak sempat melihat cucu yang sedang membesar di rahimku ketika itu yang berusia dua bulan. Tak mengapa………. pengorbanan yang terbesar yang suamiku lakukan. Orang lain boleh di cari, waima bini sekalipun…….tak cukup satu,dua tiga sampai empatpun boleh………….tapi ibu bapa hanya ada satu saja di dunia ini.


Hidup di kalangan familynya yang bergelar doktor dan peguam dan entah apa-apa lagi aku terasa terpinggir. Terpinggir kerana betapa jauhnya jurang aku dikalangan mereka…..kerana mereka yang ciptakan jurang tersebut. Biasalah sukar dapat kerja dikatanya memilih kerja dan berbagai tohmahannya lagi aduiiihhhh…… kalau tak kuat boleh jadi gilak. Tapi tidak ku nafikan Pak Njang dan familynya yang pergi merisikku terlalu baik denganku, aku bagaikan anak kepada mereka. Suamiku tiada pekerjaan ketika di kampung. Hanya mengharap belas ehsan dari adik dan ayah tiriku saja. Nasib baiklah mereka ini perihatin kepada kami, baik ayah mertua tiriku tu sukar di cari ganti. Kalau  nak pinjam setakat RM 1000 kalau tedesakpun boleh. Tetapi kini walau terdesak bagaimana sekalipun segalanya sudah berubah. Adik iparku tidak seperti dulu lagi…semuanya kerana dia di takdirkan bertemu jodohnya dengan orang yang lebih baik dariku, dia ustazah, lulusan dari Universiti al Azhar, pasih bercakap arab yang mnejadi kebangaan ibu mertuaku. Sedangkan aku hampehhhhhh. Dia yang mengubah segalanya……….tapi tak mengapalah semua orang akan berubah bila sudah bergelar suami atau isteri ( tapi bukan padaku….tetap sama sampai bila-bila). Mak mertua aku mak aku juga…….kata ayahku menantu sama seperti anaknya juga. Sebab itulah menantu-menantu ayah menjadi kesayangan ayah walaupun tiada gaji berpuluh ribu tetap di layan sama rata. Kalau dulu tiap-tiap minggu call tanya khabar……tapi sekarang setahun sekalipun susah……tak mengapalah kita ada kehidupan masing-masing. Aku tak marah……………

oleh kerana habis berfikir suamiku menyarankan aku agar membuat kuih jual? aku kata kuih apa yang aku tahu? kalau ibuku hanyalah buat kuih tradisional ketupat, lepat ubi kayu tu sajalah. Tapi aku ni memang kayu sikit bab-bab kuih ni hahahaha………..semua adunan ibu ku yang buat aku cuma tau membungkus saja. Sebagai anak bungsu aku tidak teringin sama sekali belajar buat kuih. Apataknya aku jadi malas kerana semua orang sudah uruskan……….ada kakak ipar yang menguruskan hal rumah tangga dan dapur. Kalau kakakku balik ke kampung akulah jadi rajanya hehehe kerana manja ngan…. kak long, Kak Cik……… yang aku tau setakat siang sayur saja bolehlah. Tapi bila sudah bergelar isteri segalanya berubah dari tak tahu masak gulai kari….kwang,kwang kwang aku belajar dari ibu mertuaku…walaupun aku malu. Awal perkahwinan lagi ibu dan ayahku memberitahu ibu mertuaku, yang aku ni tak tau apa-apa tolong ajar dan tegur-tegurlah kalau ada salah dan silap.

Pada mulanya aku agak berkecil hati bila di tegur oleh ibu mertuaku………tapi sekarang alhamdulillah kerana teguranlah aku boleh melakukan apa yang aku tak tau buat. Aku berbanyak-banyak terima kasih kepadanya.

Sampai satu saat kata suamiku aku harus belajar mencari sumber pendapatan dengan berjualan kuih, untuk menghantar suamiku boleh menghantar ke kedai Umar. Dengan hanya melihat resipi lama aku membelek-belek buku lama itu dan aku ternampak satu resipi mudah  kosnyapun murah. Itu kataku tapi nak buat  bukannya senang jugak bagiku yang kayu dalam membuat kuih jual ini.

Hari pertama aku buat laku hehehe……….budak-budak sekolah beli dapatlah RM4 kalau tak silap aku huhuhu. Tak mengapa boleh buat tabungan untuk anak. seterusnya……………sampailah satu ketika aku hanya mendapat dua puluh sen…………..huwaaaaaaaaa………….lepas tu aku buat lagi………..aku simpan dalam tabung cuma dapatlah rm 30 tu pun sebulan berjualan. Tak boleh HIDUP macam ni kataku. Stop sampai di sini………..tukar buat kuih lain pulak…..cek mek molek. Agaknya orang utara tak suka makan kuih tu………pun tak berapa laku. Berhenti teruslah aku…….aku malas………….dengan keadaan Hafiez yang kecil tika itu bila jaga dari tidur meragam. Kesabaran aku tercabar……………….bila hafiez memanjat kerusi dan jatuh berdarah giginya. Ketika ini aku mula menyalahkan suamiku kerana menyuruh aku membuat kuih yang TAK PERNAH AKU BUAT SEUMUR HIDUPKU……… aku bukan egois tapi aku tak reti. Aku buat kuih tak sedap……….sampai ke hari inipun aku hanya pandai buat kuih cucur-cucur saja…….kalau yang lain sorry. Kalau nak aku hanya menyuruh anakku beli saja………..aku naif dalam bab ini.

Banyak sungguh dugaan hidupku sebagai insan OKU. yang pastinya membuatkan aku nak tergelak bila aku mengingatinya kembali. JANGAN PANDANG BELAKANG…..barang yang lepas dan yang berlalu jangan dikenang-kenang lagi….tapi aku lebih suka mengenanginya, seronok dan terhibur, ianya membuat aku tersenyum. Insyaallah dengan apa yang telah ku lalui itu menjadi pembakar semangatku untuk lebih tabah kuat dan cekal dalam menghadapi ujian hidup ini ( asam garam kehidupan dalam berumah tangga). Selagi mata tak terpejam selagi itu lah dugaan datang bertimpa-timpa……………bukan setakat MATI saja jalan penyelesaiannya……….urusan kita dengan ALLAH pulak bagaimana??????. Banyak sangatkah amal ibadatku bila bercakap tentang kematian????

~kata-kata pembakar samangat dari suamiku tercinta~

Ayang, bangunlah semangat juangmu, jangan menyerah kalah dengan keadaan diri kita, kita bleh berubah dengan fikiran dan minda yang terbuka untuk berjuang. Orang indon datang ke Malaysia bergadai nyawa meredah lautan dianggap itu satu jihad. kita lagi mudah untuk berjuang, bukan meredah lautan..kita duduk yang selesa untuk melancarkan perjuangan yang belum selesai ini.

BUKAN PASAL TAK SEDAR DIRI....KITA perlu majukan diri, dan terus maju...walaupun merangkak kelaur dari gaung yang penuh dengan bom yang boleh meletup bila-bila masa, mOhon perlindungan dari Allah. KITA MSETI TERUS BERUSAHA.

~Terima kasih kata-kata semangat itu~insyaallah akan bersambung lagi bagaimana aku tercampak di kota ini dan banyak lagi alkisah yang ku kira menjadi pengajaran buat aku selagi hayat masih ada, hanyalah sekadar bercerita tak lebih dari itu~


Kalendar

Jun 2007
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 913,677 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada