bila hatiku berbicara

Archive for Mei 2007

10 tahun nanti zuriat

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
masni@hmetro.com.my
MELAKA: “Penantian saya hampir 10 tahun untuk mendapatkan anak akhirnya menjadi kenyataan apabila seorang bayi perempuan seberat 2.7 kilogram menerusi hasil pensenyawaan benih luar rahim (IVF) selamat dilahirkan.


“Inilah rezeki namanya dan sekali sahaja mencuba IVF, kami berjaya mendapatkan anak sejak berkahwin pada 1998,” kata Tang Pui Kan, 37.

Bayi itu dilahirkan pada jam 9.03 pagi kelmarin menerusi kaedah pembedahan yang dilakukan oleh sepasukan pakar perbidanan Pusat Perubatan Mahkota melalui inisiatif Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Menurut Tang, peluang yang diberikan oleh TAFF sangat bermakna kepadanya dan suami, Tai Chen Ho, 40, kerana sudah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan anak.

Katanya, dia turut menggunakan kaedah inseminasi intrauterin (IUI) atau penyemaian sperma dalam rahim sebanyak tiga kali tetapi semuanya menemui kegagalan.

Beliau yang juga seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hua, Paya Rumput berkata, inisiatif TAFF itu seakan memberi satu cahaya kepada golongan yang berpendapatan rendah sepertinya untuk mendapatkan zuriat menerusi kaedah IVF yang kosnya amat tinggi.

TAFF ditubuhkan pada Ogos 2004 oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan dilancarkan Mac 2005 bagi membantu pasangan yang bermasalah bagi mendapatkan zuriat.

Sejak ditubuhkan, TAFF menerima lebih 1,500 permohonan dan sudah membiayai 102 pasangan menjalani rawatan terbabit.

Tunku Azizah Aminah Maimunah yang juga Pengasas dan Presiden Seumur Hidup TAFF berangkat melawat pasangan terbabit serta menamakan bayi berkenaan, Tai Xin Hui. Hadir sama isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim.

Menurut Tang, nama Tai Xin Hui dipilih kerana ia bermaksud bunga yang indah.

Sementara itu, Tengku Puan Pahang berkata, kos rawatan IVF di antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi setiap rawatan dan penubuhannya untuk membantu wanita memiliki anak.

Katanya, memang tidak dapat dinafikan rawatan menjalani kesuburan menelan kos yang agak mahal dan hampir semua peserta program TAFF tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh tetapi berhasrat mendapatkan zuriat.

Setakat ini, seramai 14 lagi pasangan suami isteri dari seluruh negara menyertai program IVF TAFF dan bakal menimang cahaya mata sehingga Oktober ini.

Beliau berkata, yang paling menggembirakan apabila ada di antara mereka bakal melahirkan anak kembar tiga.

“Saya yakin pasangan yang akan mendapat anak kembar tiga itu akan lebih gembira kerana penyertaan mereka dalam program ini dapat memberikan kesuburan selepas bertahun-tahun menunggu kelahiran cahaya mata mereka,” katanya.

~Ramai yang bertanya saya tentang artikel ini. Di mana untuk mendapatkan borang dan berbagainya lagi. Untuk makluman saya tidak kena mengena dengan TAFF. Saya mengambil artikel ini di dalam harian metro. Jadi saya tidak tahu menahu tentang TAFF kerana saya belum mencubanya lagi. mohon maaf ya…semoga anda yang bertanya akan mendapat keterangan dengan menelefon TAFF yang terdapat di ruangan komen anda. Harap maklum….

Benar kata suamiku…..kalau kita letakkan penuh pengharapan dari-NYa adalah pertolongan dari-NYa. Di saat suamiku berada jauh di mata…..di saat diriku yang tidak bisa ke mana-mana, lebih senang lagi kerana diriku oku. Dengan izin Allah KAU anugerahkahkan aku sahabat-sahabat yang baik…….yang sentiasa perihatin terhadap diriku. Terima kasih teman di atas kunjunganmu itu. Aku amat menghargainya……….doaku kepada kalian semoga di beri rahmat dan limpah kasih dari-NYa di dunia dan juga di akhirat. Pun begitu teman aku tidak mengharapkan apa-apa pemberian dari kalian.Walau apapun terima kasih di atas segalanya…ya insyaallah kita bersaudara dunia dan akhirat………umat islam adalah bersaudara………..semoga silaturahim di antara kita semua berpanjangan hingga ke akhir hayat kita. Maafkan aku kalau selama ini aku tidak dapat menjadi teman  yang terbaik buat kalian……..akan ku kenang pertemuan kita………persahabatan kita, walau di mana saja aku berada…..aku akan mengingati kalian semua.

~Kenangan takkan hilang..meresap dalam jiwaku.~ 

“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..” Ya Allah Engkaulah pelindungku Engkaulah sumber ilhamku. Engkaulah pemberi rezeki di kala susah atau senang”. Maha Pengasih dan Maha Penyanyangnya KAU kepada kami YA Allah, Aku hambamu ini sebenarnya malu kepada-MU kerana aku ini hamba-MU yang kadangkala lalai dan alpa dalam mentaati-MU. Aku seringkali meminta-minta…..ENGKAU tidak pernah melupai aku di saat orang lain melupaiku…….aku masih ada ENGKAU. Terima kasih TUHAN. Jadilah aku insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat dan kasih-MU kepada kami.

Jumaat lepas teman se opis suamiku yang ku panggil dia Kak Thusee ( orang Jawa) call. “Awwa lauk ada lagi ke kat rumah, petang jumaat akak balik Johor”?? aku dengan teragak mengatakan “ya….masih ada” walhal dah habis….yang tinggal cuma ikan bilis, ikan masin, telur dan sardin tuna…..ku kira tak mengapalah makan tu sajalah dalam seminggu ni sementara suamiku pulang nanti. “Tak nak pesan apa-apa ke akak nak ke pasar malam ni? nak beli ayam ke, ikan ke? aku kata tak apalah kak……….ala cakap jer jangan malu-malu”. Tak apalah kak akak beli jer lah yang patut untuk di makan malam ni tak payah masak”. Dia begitu perihatin kepadaku,………itulah teman di kala susah dan senang…di manakan ku cari gantimu wahai teman yang merupakan kakakku.

Itulah di antara perbualan aku dengan kak Thusee. Apa yang ingin aku paparkan di sini adalah kisah aku yang kurang upaya. Sekali lagi aku katakan di sini..aku bukanlah meraih simpati dengan apa yang ku tuliskan di sini. Tapi aku cuma ingin meluahkan rasa hatiku sebagai insan kurang upaya. Aku sebenarnya dulu ragu-ragu untuk menulis kisah-kisah aku sebagai oku……..aku malu takut di kata orang…..dah “oku tu duduklah diam-diam….buat cara oku”……..tapi aku suka menulis….apalah gunanya aku punya idea yang tak seberapa kalau aku tidak luahkan..apalah gunnya aku punya IT di rumah kalau aku tak pergunakan . Ini sajalah dunia aku……dunia oku yang bagaikan terikat kaki dan tangan dek kerana aku oku. Untuk pengetahuan kalian……ke mana aku pergi aku pasti memerlukan bantuan dari suamiku…….untuk ke pasaraya aku memerlukan teman…..aku tidak boleh bersendirian. Dalam banyak hal aku memerlukan suamiku yang selalu memahami keadaanku. Hanya dia saja yang mengerti bagaimana keadaan aku………aku tidak biasa seperti oku-oku yang lain, menolak kerusi roda dan bertongkat berjalan sendirian…aku memerlukan teman…..suamiku tempat aku berpaut…..memegang tangannya………..

Bukan aku tidak belajar berdikari……..pernah aku katakan kepada suamiku…aku akan belajar berdikari kalau suamiku ada kenderaan dan aku punya lesen memandu………insyaallah masa itu baru aku boleh berdikari. Aku bukan seperti orang lain…..kakiku pun tidak mampu untuk bergerak jauh-jauh. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini keadaannya bertambah parah bila berjalan atau berdiri lama. Tapi tak mengapa semangatku kuat..kata orang ukirkanlah senyuman itu walaupun di hati hanya tuhan saja yang tahu. Begitulah juga aku…………kalau nak ambil teksipun mereka bukannya mesra oku……..kalau ada segelintir saja. Terfikir jugak di hatiku bagaimanakah kalau suatu saat nanti suamiku tiada? kepada siapa hendak aku mencurahkan kasih ini? Itulah aku selalu berkata “biarlah aku pergi dulu”. Padahal ajal maut di tangan Tuhan…Dialah yang Maha Mengetahui…………..ketika itu bagaikah nanti aku???? Ya Allah……andai ditakdirkan KAU ingin mengambil salah seorang diantara kami biarlah aku pergi dulu.

Saban malam dan waktu suamiku selalu mengirimkan sms dan menelefonku……….”siankan kat ayang abang tak boleh tolong beli lauk”, abang sedih. “Tak mengapa abang”………….selalunya dia akan bertanya aku makan ke,lauk apa,masak apa………tapi semalam aku kata buat kari tuna. Alhamdulillah ada juga makanan untuk di makan…….bayangkanlah bagaimana susahnya kehidupan insan-insan yang di paparkan di kaca TV3 Bersamamu??? Betapa susahnya mereka..tempat tinggal……pakaianpun tidak berganti. Kita di uji dengan sedikit ujianpun sudah kalut………tapi aku sudah biasa begini………….aku pernah lalui kehidupan perit seperti mereka……………..itulah sebabnya aku akan hulurkan sedaya yang termampu.

Aku bersyukur kerana anakku tidak cerewet dalam memilih makanan…aku pulak yang menitis air mata melihat anak makan. “Maafkan ibu Afiez……hanya ini saja yang mampu ibu sediakan”, tak mengapalah ibu dah ok dah ni Afiez faham”. Petang semalam sambil aku membaca eme-emel……..aku mendengar bunyi hon kereta. Kak Thusee bersama keluarganya……ku ingat itu Lia tapi bukan………..dia datang membawakan nasi minyak dan lauk pauk…..alhamdulillah………..kasihnya Allah kepada hamba-NYA. “akak bawak nasi minyak kenduri dari Johor ni..rasalah………alhamdulillah terima kasih kak………akak nak pergi pasar tani esok nak kirim tak? akak cuti esok”? itulah yang selalu dia tanya kepadaku……….dia bagaikan kakak kepadaku. Begitu juga suaminya. Terima kasih banyak-banyak kakak dan abang semoga Allah memberimu kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Itulah dunia oku sepertiku…kalau ada wang di tangan sekalipun…..kalau tak boleh pergi bergerak tak guna juga……..alhamdulillah aku punya anak seorang ini…. dialah yang banyak membantu….”kalau Afiez tak bantu ibu sapa lagi….Afiez sayang ibu”……..tak tahulah aku bila dia ke asrama nanti??? tinggal aku sendirian meniti hari-hari yang kian suram tanpa mendengar suaranya lagi. Aku memohon maaf kalau aku ini hanyalah meluahkan rasa di sini…..bukan niatku..tapi akan ku abadikan segala kisah suka dukaku di sini. Izinkanlah aku………….biarkan hatiku berbicara di sini…..

AKU TANPA CINTAMU~Nyanyian : Mirwana dan Jay Jay

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah Kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

WarKaH RinDu BuAt IBu

Ibu, walaupun ibu tidak mengerti wujudnya hari ibu( padahal hari untuk ibu tidak pernah ada tarikh dan hari kerana kasih seorang anak kepada ibunya bukan terletak pada hari, tarikh dan masa..tetapi hingga ke akhir hayat, bersama ibu adalah hari yang amat teristimewa..walhal ketika ianya sudah tiada lagipun kita sebagai anak harus mengasihi ibu)……….tapi biarlah dalam diam aku sebagai anakmu mengucapkan selamat hari ibu. Semoga ibu di panjangkan umur dan di murahkan rezeki hingga ke akhir hayat dan berbahagia di dunia dan di akhirat……

Jasamu ibu tidak ku lupakan, masih terbayang lagi betapa susahnya kehidupan kita dulu….ibu terpaksa mengambil upah menoreh getah demi mencari rezeki untuk anak-anakmu ini. Ayah pulak mengambil upah bertukang rumah……..ahh….jasamu tidak dapat anakmu balas walau dengan apa jua sekalipun. Kini bila ku sudah bergelar ibu baru ku tahu betapa susahnya untuk menjaga anak-anak. Biarpun aku tidak sehebat ibu yang membesar anak-anak seramai enam orang……tetapi dapat ku rasakan kesusahan dalam menangani pahit getir menjaga anak, walaupun hanya anak sorang.

sayangnya ibu, anakmu ini tidak menjadi anak yang baik…….tidak bernasib baik seperti abang-abang dan kakakku….hanya kerana aku oku bu. Masih terbayang lagi bagaimana ibu berulang alik dari sekolah hanya semata-mata untuk menyekolahkan aku. Tapi aku sedih bu……….tika itu pengetua sekolah yang merupakan saudara jauhmu tidak memberi peluang itu kepadaku. Katanya dengan angkuh “Shah kalau kau hantar anakmu ini ke sekolah kelaparanlah anak-anakmu yang lain kerana kamu tak dapat kerja…demi menjaga anakmu ini, menunggu dia di sekolah”. Sukarnya menjadi oku di zamanku…….tidak banyak kemudahan dan peluang yang diberikan kepadaku. Puas sudah ibu merayu…….sedangkan ketika itu ayahku menjadi buruh kasar di Singapura………..dapatlah ayah mengirimkan wang untuk kami anak beranak. Hinanya menjadi orang susah………di pandang sebelah mata. Ahh…………hukum alam begitulah. Tapi kini bu, alhamdulillah walaupun kehidupanmu agak sederhana…tetapi ayah dan ibu tidak sesusah dulu. Murah rezeki ayah dan ibu…………alhamdulillah.

Hanya doa yang dapat kutitipkan agar ibu dan ayah berbahagia dalam meniti bilah-bilah hari yang mendatang. Kini ibu menjadi warga emas. Ya Allah KAU panjangkanlah usia ibu dan ayahku…..hanya itu saja yang mampu aku hadiahkan buatmu ibu. Masih ku ingat lagi menitis air mata ayah bila aku bisikkan di telingamu yang aku sayang padamu dan aku sentiasa doakan moga dipanjangkan umur. Berbanding dengan ibu ayah lebih sensitif orangnya. Kalau ibu sukar untuk bersedih atau mengeluarkan air mata. Ibu…….sebagai seorang anak…adakalanya aku juga tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan…………hanya ampun dan maaf yang ku pinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Aku bakal meniti usia sepertimu ibu………..tetapi ibu…. aku hanya mempunyai seorang zuriat……aku bukan tidak bersyukur bu…..tetapi alangkah baiknya kalau aku punya anak perempuan. Kata orang anak perempuan lebih manja dengan ibunya. Tapi apakan dayaku bu………takdir telah menentukan yang aku masih begini. Acapkali Hafiez merungut……..”seronoknya kalau Hafiez ada adik boleh bermain dengan adik”??? kataku “nak buat macam mana Hafiez belum ada rezeki…..ibupun bukannya muda lagi.” Dalam soal ini aku hanya mampu berserah pada Allah. Aku percaya ajal maut jdoh pertemuan ditangan-NYA. Andai hanya inilah saja rezeki ku…aku redha…mungkin ada hikmah di sebaliknya…………..Masih ramai lagi di luar sana yang tidak mempunyai zuriat langsung…..aku faham bagaimana hati dan perasaan mereka bu seperti aku juga….. walaupun sudah mempunyai seorang zuriat.

Hafiez pun tak sudah-sudah mengucapkan selamat hari ibu kepadaku…”maaflah bu Hafiez takde hadiah nak bagi….sebab tak ke mana-mana”…….selalunya kalau di mana saja dia pergi dia ditemani ayahnya……..hmm tak mengapa nak takde hadiahpun..cukuplah kalau dirimu menjadi anak yang soleh dan itulah hadiah yang paling berharga buat ibu. Pengorbananmu tidak aku lupakan hingga aku terpejam mata untuk untuk selamanya…………

Salam KaSiH dan sayang bersulam rindu DaRi AnAkMu YaNg JaUh

Sekadar untuk maklumat kepada semua pengunjung yang sudi menjenguk blogku ini. Kisah di dalam blog ini adalah tentang diri aku dan juga ada kalanya aku mengambil dalam keratan akhbar dan di copy and paste di sini. Blog ini hanyalah sekadar ingin berkongsi kisah suka duka aku sebagai seorang yang bergelar oku semenjak dari lahir lagi. Kisah bagaimana oku bertemu jodoh dan sebagainya………… yang mana terdapat juga luahan hatiku…………padaku inilah saja temanku…….blogku pengubat sepiku penghibur hatiku. Bukan niatku untuk mempromosi diriku sebagai oku, jauh sekali meraih simpati. Andai baik ambillah sebagai tauladan dan kalau yang tak baik itu dari kelemahan diriku.

Seminggu sudah suamiku pergi kursus….bermakna seminggu juga aku tidak menjamah lauk basah huhuhuh siannya….padaku itu semua tidak kisah kerana stok ikan masin,ikan bilis dan telur masih banyak di rumah. Itulah aku……. sukarnya aku untuk ke pasar tani atau ke pasaraya kalau  tiada suami di sisi ,di tambah lagi kawan se opis suamiku balik kampung. Ahh……aku tidak kisah andai aku tidak menjamah makanan basah……..tapi aku fikir tentang anakku. Bukan tak ada ikan basah dalam peti ais, tapi entah mengapa keluargaku kurang menjamah ikan dalam setiap hidangan……….kalau aku menghidang lauk ikanpun yang tidak lebih dari seminggu………..tapi kalau sudah seminggu lain benar rasanya. Sehabisnya aku buat kuah laksa saja…..simpan dalam peti ais, hmm lama lagiklah dia dalam peti ais tu.

Ku suruh anakku mengambil bunga kantan di belakang rumah………lalu aku membuat rencah-rencah untuk kuah laksa..nampak gayanya laksa dan kuah berkubur sajalah dalam peti ais………ku calling-calling Nira di UM. Dia kata Kak Awwa simpanlah kuah laksa tu nanti Nira pergi ambil…….aku tunggu dia tak datang……..hmm Nira kalau berjanji nak datang tu, kenalah tepati janji……….kot ya pun. kalau ada hal hantarlah sms atau call baru orang tak ternanti-nanti. Ni aku nanti darp petang tak jugak datang-datang…bertuah punya budak.

Pagi semalam kawan sepejabat suamiku tak call dan sms……..”esok akak p ambik Hafiez nak bawak gi pasar tani dalam kul 7.30 gitu”. Dialah satu-satunya kawan seopis suamiku yang terlalu mengambil berat tentang kami anak beranak……dari suamiku masuk wad di UH lagi dialah yang menolak kerusi rodaku. Bila kutanya padanya “tak menyusahkah kak?” katanya….”hari ini akak tolong Awwa…….esok lusa anak-anak akak ada orang tolong”…….bukan senang untuk mencari kawan dalam kesusahan….teman ketawa ramai tapi teman berduka tiada. Aku tidak pandai mencari kawan seperti orang lain……kalau dah orang baik dengan aku itulah kawan-kawanku.

Itulah sukarnya aku tanpa suamiku……..bila di fikirkan aku ini terlalu bergantung dengan suamiku. Entahlah……….itulah kata suamiku yang kuat tolong yang lemah…..yang lemah pulak kalau boleh berdikari sendiri……… lakukanlah sedaya yang mampu………tapi aku?????? Aku kalau boleh tidak mahu menyusahkan sesiapa……nasib baiklah aku punya seorang anak lelaki….alhamdulillah……..dalam apa keadaan dia amat memahamiku. Aku kagum dengan ketabahan anakku…..dia lebih matang pada usianya kerana ibunya oku…….dalam banyak keadaan dia selalu menolong kerja rumah. Terima kasih sayang ibu…….semoga Allah memberkati hidupmu nak…jadilah anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat, ibu sentiasa mendoakanmu. Semoga kita akan menjadi hamba-NYa yang sentiasa bersyukur. Padaku apa yang kulalui tidak sehebat sewaktu dahulu, waktu itu suamiku belum mendapat pekerjaan. Walaupun sedikit sebanyak beban di bantu oleh adik dan ibu mertuaku…..tetapi sebagai menantu dan anak terasa malunya.Sesungguhnya ibu mertuaku yang terbaik bagiku………..

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka
dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas
tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau
bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari
perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat
betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita
itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang
bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2
isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan
kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar
lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis,
selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan
wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta
tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak
bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja
asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk
suami,tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau
cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah
kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri
mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-
lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru
balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime
dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu
mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak
bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat
yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga
anak…anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila
ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3
tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek,
mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah
akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi
kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga
kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai
salah satu ciri2 8C tu.

Renungkanlah. ….

~huhuhuh bagus gak ni…..tapi para suami pulak rajin-rajinlah tolong isteri dirumah, janganlah hanya kerana isteri seorang suri rumah tangga beban itu di bahu isteri sahaja…….saling bertolak ansurlah dalam urusan rumah tangga. Ya lah nak bermake up kat suami…….tapi kalau bila kita dah pakai cantik-cantik nak kena goreng ikan pulak hihihihi habis bau ikan dan minyak kat baju. Itulah, kalau ikan yang sejuk tak lalu pulak hahahaha…….. habis tu macam mana nak pakai cantik-cantik kat rumah? lainlah orang yang kerja kena sentiasa kemas……..nak balik dari pejabatpun nak kena pakai lipstik gak kekekek………….cantikkah berbibir merah tu?aku lebih suka yang asli……..lagipun make up sekarang ni banyak mengandungi benda-benda yang haram atau yang lebih tepat lagi bukan untuk mencantikkan wajah tapi bertambah buruk hihihih……….tu pada pandanganku yang tak suka bermake up.

Tips~ Sebelum suami balik dari kerja isteri di rumah siapkan diri dengan berwangi-wangi untuk menyambut kepulangan suami………jangan kalau suami dah balik baru nak pergi bersihkan diri hehehe……………cakap saja ekk….yang tuan empunya diri buat tak?????aduhaii sukar rupanya menjadi isteri dan ibu…………………sama-sama muhasabah diri……

sumber dari renungan dan ikhtibar

p/s apa bahan yang menarik pemilik blog tangkap muat saja kat blog nie…harap maaflah kalau ada yang tidak menyenanginya…….kalau nak reka idea sendiri tu bukannya pemilik blog…..

Hmm malam yang sunyi sepi di terangi dengan cahaya sang rambulan yang sedang mengambang..Selalunya malam-malam aku tak suka tutup tingkap kamarku,kerana aku suka melihat bulan yang setia menampakkan dirinya di sudut jendela itu. Aku memang bahagia bila melihat ciptaan Ilahi ini. Rasanya seperti bulan sedang tersenyum melihat aku…terang dan cantik.

Malam ini aku sendiri…pagi tadi suamiku telah selamat sampai ke destinasinya……..dia pergi selama tiga minggu. Inilah pertama kali dia pergi lama……… selalunya tak lama…habis lamapun seminggu……….rupanya sunyi sepi tanpa suami di sisi……tanpa teman untuk berbicara……….kalau merajuk tiada siapa yang memujuk……..hihihihi lucu dah tua-tuapun nak merajuk.

Hanya inilah satu-satunya teman setiaku……. blog. Walaupun penampilannya tidak selengkap blog orang lain…tapi aku suka bersamanya.. Bbersamanya lah aku dapat menzahirkan apa yang terbit dari hatiku………biarlah hatiku berbicara di sini……akan ku luahkan apa yang aku rasakan. Bukan sekadar dairy hatiku tetapi ianya temanku….blogku. Seandainya aku tidak punya blog aku tidak tahu di mana hendak aku hentakkan jejariku ini. Terima kasih wahai blogku kerana sentiasa menghiburkan hatiku di kala suka dan duka.

Jumaat lepas aku menerima emel dari temanku..dia berbesar hati mengajak aku tidur ke rumahnya pada tarikh 19 Mei ini…….katanya suaminya kerja malam. Ku ajukan kepada suamiku hasrat temanku itu..kata suamiku, tak usahlah pergi abang takde………aku faham benar suamiku tahu perangai aku yang tak suka tidur rumah orang. Kalau setakat  bertandang tu tak mengapa ni nak kena tidur pulak Lainlah kalau terpaksa. Barangkali sebagai oku agak sukar untuk bergerak bebas di rumah orang lain. Lainlah kalau rumah mak sendiri atau mak mertua kerana terpaksa….tapi kalau sekadar untuk lepak-lepak aku tak boleh. Aku tahu temanku terlalu baik denganku……tetapi mengertilah teman keadaanku. Terima kasih diatas pengertiaanmu lewat smsmu teman. Aku sungguh kagum dengan keperihatinanmu terhadapku. 

Suatu ketika dahulu aku pernah bertemu dengan insan-insan yang terlalu baik denganku….di Setapak Garden ku temui Abang Joe dan Kak Odah, di Countryhomes ku temui Mimi Asyiqin dan suaminya Saiful………selepas mereka berpindah…….. ku temui pula Kak Asmi seorang perempuan Indon yang baik hati. Tetapi kini semuanya telah hilang dalam hidupku. Bukan aku tidak mengingati mereka tetapi keadaan yang memisahkan kita. Besarlah hasratku untuk menyambung silaturahim hingga ke akhir hayat….tetapi takdir telah menentukan kita berpisah……walau bagaimanapun kalian tetap di hatiku. Kata suamiku biasalah kawan datang dan pergi………tetapi aku masih mengingati saat suka duka bersama. Dan kalau boleh biarlah persahabatan yang terjalin berkekalan hingga kehujung nyawa. Aku tak kisah walaupun teman yang kutemui dialam maya atau dimana saja asalkan baik dan ikhlas hendak menjalinkan persahabatan dengan aku. Kalau mengharapkan apa-apa dari persahabatan aku memang tak mampu untuk menunaikannya, kerana aku bukannya berharta…jauh sekali pangkat.

Dan sekarang aku telah di anugerahi teman-teman cyber yang baik alhamdulillah. Puan Epel, Lia, Pi, Ks, Kak Ain. Keshi dan adik Fida dan yang lain-lain yang pernah singgah dalam hidupku terima kasih ku ucapkan. Pertemuan suatu ketika dahulu tidak aku lupakan. Andai masih ada yang sudi jalinkan persahabatan denganku terima kasih ku ucapkan. Kepada Lara teman baruku terima kasih kerana sudi menjenguk aku di sini. Hmm boleh belajar menulis novel dengannya hehehe.

Wah…… dah tak tau nak tulis apa dah….barangkali inilah orang yang takde bakat untuk menulis…kalau orang lain menulis dalam bahasa yang puitis tetapi aku…….ikut gerak hatiku. Hahaha pernah aku di tegur oleh saudara yang menulis novel Metropolitan iaitu…..kalau nak menulis tu guna bahasa yang betul…….jangan ada slanga-slanga seperti ler,ker dan banyak sangat kesalahannya dalam penceritaanku huhuhu……….aku bukan menulis tapi sekadar bercerita…………aku gembira kerana aku ada tempat untuk meluahkan perasaanku.

Dah habis merepek……….good night……..

Assalamu’alaikum Wr.Wb.

‘Ina’lillahi wainnalillahi rajiuun’

Dari Allah kita datang ,dari Allah kita akan kembali’. Asal pada diri yang satu kembali balik pada yang satu. Apakah halnya jika kita tidak dapat dikembalikan kepada yang satu .Cakap memang banyak senang.Hinggakan menjadikan cakap itu tak mempunyai makna lagi. Cakap kita itu hendaklah diperiksa, ditakuti tidak diterima.

Tentu jalan hendak menuju kepada Dia yang satu itu ada. Jika cakapNya sudah ada. mengapa ramai pula yang maseh tidak menemui jalan itu. Kenapa kita maseh mencari jalan selain jalan yang ada pada diri kita ini.

Tidakkah kita ketahui dan memikirkan. apakah akan berlaku pada diri yang tidak menemui jalan itu? Sudah kah ada apa2 khabar dari mereka yang telah terlebih duluan meninggalkan kita semua.Jika ada, tentunya membawa pesan , cara2 untuk kita boleh kembali kepada Nya.. Satu kali dia jalan, satu kali dia naik, dan satu kali dia wafat.

Wassallam

Sumber renungan dan ikhtibar~

DARI PIHAK PENGURUSAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Susanna Jafri, salah seorang Moderator Relexjap telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi bersama suami dan anak dalam kandungan yang berusia 6 bulan.

Arwah dan suaminya, Saudara Johari yang juga dikenali di Relexjap dengan nama ‘Jebat Kasturi’, telah terlibat dalam satu kemalangan di kawasan Kajang.

Kedua pasangan berkenaan telah diijabkabulkan pada tahun 2006.

Ketika posting ini ditulis, kedua jenazah sedang berada di Hospital Serdang untuk menjalani post mortem dan akan dikebumikan lewat petang ini.

Susanna, 33, atau dikenali dengan Sue Jafri adalah merupakan salah seorang Moderator awal sejak penubuhan Relexjap dari tahun 2000. Manakala Jebat Kasturi pernah menghiasi Relexjap satu ketika dahulu dengan artikel-artikel berbentuk ‘trivia’ dan maklumat am melalui Topik Trademark Peribadi ‘Info Dari Jebat Kasturi (IDJK)’.

Pemergian arwah Sue dan Jebat Kasturi merupakan kehilangan besar bagi Relexjap.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua mereka dan ditempatkan di kalangan mereka yang diredhaiNya.

Al-Fatihah.

~Baru sebentar tadi aku sempat membuka mail yahooku……..moderator relexjap meninggal dunia? Walaupun aku tidak begitu aktif di grup relexjap tapi itulah di antara grup yang paling aku minati. Keana dalam grup inilah aku berani menceritakan kisah suka duka hidupku sebagai oku. Masih ku ingat lagi bila mana aku tersilap menulis dalam ceritaku dulu aku jadi mengelabah………..tapi aku gembira kerana moderator relexjap selalu saja melayan kerenahku. Bagiku mereka semua baik-baik. Aku hanya kenal nama Jebat Kasturi suatu ketika dahulu tapi aku tidak begitu mengenali Susanna. Doaku semoga Allah menempatkan roh mereka di sisi orang-orang yang beriman Al Fatihah dariku.

Pagi tadi aku dengan semangat berkobar-kobar ingin mengemas rumahku sedaya yang aku mampu sambil di bantu oleh Hafiz. Selepas mengemas vakum dan mop lantai aku mengumpul pula pakaian untuk di basuh…dari bilik aku ke bilik hafiez…lepas tu di bilik komputer pulak. Huihhh …….beginilah suri rumah tangga kerja tak habis…….yang hairannya duduk cuma tiga orang tapi kain baju menimbun seperti tinggal sepuluh orang. Selalunya di bilik komputer terdapat banyak baju dan kain suamiku…….aku kutip dan aku humban ke dalam mesin basuh……ahh…kalaulah mesin basuh tu boleh berbicara tentu dia akan berkata………”hari-hari aku ni dikerjakan oleh tuan aku ek, umurku pun dah tua dari 1998 tapi alhamdulillah masih elok lagi hihihi?”

Hari ini entah kenapa aku tidak memeriksa apa yang ada dalam poket seluar suamiku…selalunya kalau ada tisu dan resit-resit beli barang aku buang saja. Entahlah dari semalam hingga hari ini sejak akhir-akhir ini aku rasa tak berapa sedap badan………tapi demi kerana tugas aku lakukan apa yang aku terdaya. Aku memang tak suka bila melihat kain yang belum di cuci……..tapi kalau kain yang sudah bersih tak apa kalau nak bertimbun bagaimanapun kat bakul kain….tapi kalau kain kotor kalau boleh aku nak cuci hari-hari.

Ku masukkan serbuk pencuci dan ku hidupkan suis mesin basuh biar dia berputar……….sementara itu aku di dapur menyiapkan sarapan aku dan Hafiez sekadar nasi goreng itu pun alhamdulillah. Selepas habis kain berputar aku menyuruh Hafiez pergi lepas air yang dalam mesin basuh tu…..alahaiiiiiiiiiii mesin basuhku yang separuh automatik jer hihihihi. Bila aku pergi jenguk dalam bilik air aku melihat cebisan kertas putih dan coklat yang tertulis pesakit luar dan hospital (walaupun hancur tapi boleh di baca sikit-sikit)…….aku seperti tak sedap hati saja bila melihat cebisan kertas yang hancur tu…….habislah aku terpaksa bilas dengan air berbesen-besen pulak……..dari tak nak bagi letih dah jadi banyak kali letih……huwaaaaaa……….

ku amati cebisan kertas tu sah……ini kad hospital suamiku………..suamiku selalunya kena pergi chek tiap-tiap bulan di UH adalah masalah kesihatan sedikit. Hatiku jadi tak keruan dan rasa sedih dengan kecuaian aku…aku benar-benar rasa nak menanggis. Aku tahu suamiku walau dalam apa keadaan sekalipun dia tidak akan marah. Tapi aku rasa bersalah yang amat sangat, lantas tanpa berfikir panjang aku cuba call dia walaupun aku tahu kalau aku call pun bukannya dia boleh buat apa kerana diakan sedang kerja. Hah itulah aku kalau ada masalah sikit mengelabah tak tentu pasal dah. Aku tahu itu kad yang dia kena bawa tiap kali dia gi chek kat UH….tapi aku sudah merosakkannya. Aku ingat dia sudah menyimpan kad pesakit tu tapi rupanya dia bawa sampai ke MidValley hari tu…………

Aku call hanyalah untuk menyedapkan hatiku saja…….untuk menghilangkan rasa bersalah aku……….dengan nada cemas aku bertanya dia………abang boleh tanya tak? tanya apa? kad hari tu abang letak dalam poket seluar ker? ya lah…….maaf abang dah hancur kad tu………minta maaf banyak-banyak bang awwa silap huhuhu sedihnya………….tak apa kad tu boleh dibuat baru tapi yang penting jadilah pengajaran. Tu baru kad hospital kalau surat-surat penting bagaimana? (dah tu tak payahlah letak dalam poket kertas-kertas tu melambatkan kerja aku saja kena dua tiga kali kerja pulak, aku mengomel dalam hati hihihi.)

Moral~ Kepada aku yang seringkali lalai semoga tidak akan terjadi lagi perkara sebegini…..seingatku ini bukan kali terakhir tapi adalah dua tiga kali…….tapi setakat tisu……tapi ni aku terpaksa korbankan kad hospital suamiku yang di simpan selama tahun lepas…………..aku harap semoga boleh dibuat baru..Itulah yang di namakan manusia seringkali cuai dalam melakukan apa jua……..itulah aku. Semoga ianya tidak berulang lagi…….maafkan aku suamiku…………maafkan aku..mungkin aku bukan isteri yang terbaik untukmu ahakkkssss sedih kuar air mata kasih hihihih………….

Selamat kembali bertugas kepada semua yang berkerja. Yang kerja sepenuh masa di rumah sepertiku tidak terlepas dari menjalankan rutin harian. Sejak dua menjak ni aku jarang menziarahi blog teman-teman…….malam tu sempatlah singgah sebentar ke blog temanku Ks. Tak apalah teman hanya itu saja yang mampu aku lakukan. Untuk pengetahuan rakan-rakanku aku pernah mengunjungi sahabatku ini sebanyak dua kali……..tu pun kerana Puan Epel dan suaminya P yang bawak kami, kalau tidak jangan harap nak dapat jumpa Ks yang hensem kekeke……jangan marah ek……..oppsss sorry bukan ini yang hendak ku ceritakan……..

Hari ini suamiku juga memulakan tugasnya seperti biasa setelah seminggu bercuti……….nampak gayanya sejak akhir-akhir ini suamiku sentiasa sibuk di arah ke merata tempat. Itulah kerja dengan orang………kalau kerja sendirikan senang, kitalah bosnya hehehe. Semalam suamiku berkali-kali mengajak aku ke Midvalley…….beli barang keperluannya untuk di bawa ke Melaka dan Negeri Sembilan. Aduihhh banyak sungguh nak kena beli………tapi apa nak buat…..terpaksa.

pusing-pusing Mid-Valley…………ramai pulak oku yang berkerusi roda ni…….semuanya nyonya….aku ni kekadang malu gak nak guna kerusi roda. Tapi kalau jauh-jauh  nak berjalan tu terpaksalah sebab sejak akhir-akhir ni pun kaki ni asyik sakit jer…………tapi aku buat biasa jer lah kalau orang tengok. Selalunya kalau kat Midvalley atau tempat-tempat yang aku pergi ni orang bukannya kisah sangat…….macam biasa jer…..bukannya seperti di kampung masih agak tebal dengan semangat bertanya mereka. Aku memang tak berapa sukalah dengan jenis orang begini. Bukan aku nak mengata kat orang kampung akupun orang kampung juga………….tapi seingatku bila menyedari diri yang oku aku tidak akan pernah bertanya kalau aku melihat insan yang lebih teruk keokuannya dariku…….aku faham mereka oku…….jadi awatnya nak bertanya lagi kenapa dengan tangan tu???kaki tu? why?????buka mata buka minda yang manusia di dunia ini tidak mungkin ada yang sempurna. Yang sempurna hanyalah DIA.

Kalau yang sudah biasa oklah tidak akan bertanya apa-apa……..buanglah perangai macam ni. Sebab itulah aku selalu berpesan kepada anakku……kalau melihat orangyang kekurangan walau apa keadaan sekalipun jangan sesekali menghina mereka. Fikir bagaimana perasaan ibu dan ayah. Alhamdulillah dia faham…………..semoga ini berterusan hingga dia dewasa kelak……..kerana dari pengelaman sendiri bukan hanya budak kecil saja yang suka mengata-gata kekurangan oku tetapi orang dewasa juga banyak pertanyaannya yang menghiris hati dan perasaan oku. Yang aku peliknya bukan orang normal saja yang oku juga. Masih ku ingat lagi pertama kali aku berskype dengan orang yang oku penglihatan……..aku tak suka sebut perkataan BUTA bagiku agak kasar dan menyentuh hati seperti jugak aku tak suka orang sebut CACAT tapi dalam keadaan yang lain aku kena juga sebut. Bak kata seseorang…”tak kan lah ibu tunggal nak di panggil  IT? Hah aku masih ingat siapa hang oiiii. Pengkritikku ketika membaca kisahku di Relexjap..

 Oku penglihatan ini bukannya tidak kenal siapa aku………….kami bertemupun dalam satu forum komuniti oku. Tapi seorang abang tu bertanya juga ………haaaa awwa CACAT apa???? haruskah aku menjawab pertanyaan itu…….sedangkan pada masa itu aku ni kononnya di perkenalkan dalam dunia skype kepada insan-insan yang aku hanya kenal nama saja. Aku tidak menjawab pertanyaan mereka itu………….lalu mic beralih tangan kepada suami………..suamiku pun acuh tak acuh menceritakan serba sedikit perihal diri kami. Bagiku tak perlu semua tu…ini bukan sessi soal jawab. Macam-macam ragam manusia yang telah ku temui. Tapi tidak mengapa kerana aku dapat mengenali berbagai kerektor manusia ni.

Nampak gayanya sunyilah aku selama tiga minggu ni hihihi….tiada tempat untuk bermanja tempat bergaduh hihihi. Gitulah kalau dekat tu ada jer yang tak kena sekali sekala berjauhan tu biarlah, sedangkan lidah lagikan tegigit inikan hidup berkeluarga………mungkin akan mengeratkan lagi kasih sayang.Tak kenal maka tak cinta hehehe.


Kalendar

Mei 2007
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 913,677 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada