bila hatiku berbicara

Archive for September 2007

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
Utusan Malaysia, 5 Sept 2005

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan ke atas 51 buah syarikat dan pengusaha produk berasaskan makanan yang dikesan melanggar prosedur halal jabatan itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Pahmi Che Mamat berkata, sebahagian daripada pengusaha terbabit telah dikenakan tindakan.

Beliau memberitahu, antara bentuk tindakan yang dikenakan ialah menyita produk dan premis serta pengusaha terbabit dikompaun selain sijil halal digantung.

“Bagi kesalahan menggunakan logo halal pada produk yang diimport, hukuman yang dikenakan ialah kompaun sehingga RM10,000.

“Tindakan kompaun dikenakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) manakala Jakim bertindak menggantung lesen syarikat terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Hassan memberitahu, pemantauan tersebut dilakukan secara berkala di seluruh negara antara Jakim dan KPDNHEP berdasarkan maklumat awam serta risikan para pegawai bertugas.

Jelasnya lagi, pengusaha yang dikenakan tindakan antara lain kerana menggunakan logo halal tanpa sijil, menggantung ayat al-Quran di premis bukan Islam, tidak menepati piawaian sijil sembelihan halal dan menjual kasut yang diperbuat daripada kulit babi.

“Kami mendapati masih ada pasar raya menjual daging babi dalam tin yang menggunakan logo halal.

“Ada juga pengusaha produk makanan menggunakan tanda halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada produk siput babi dan ia dijual secara meluas sejak kebelakangan ini,” katanya.

Perkembangan tersebut, tegas beliau, amat mengejutkan kerana mereka kini semakin berani mempermainkan logo halal yang dikeluarkan Jakim.

Beliau memberitahu, syarikat yang dikesan menjual produk siput babi dan menggunakan logo halal telah disita oleh pihak KPDNHEP.

Mengulas mengenai tindakan pemilik restoran bukan Islam yang menggantung ayat suci al-Quran beliau berkata, mereka biasanya dikenakan kompaun dan dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.

Che Hassan berkata, pengeluaran sijil pengesahan dan logo halal dibuat selepas mengambil kira beberapa prosedur yang ditetapkan.

Pengeluaran sijil pengesahan adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap piawaian Malaysia MS 1500:2004 makanan halal iaitu pengeluaran, pengendalian dan penyimpanan yang ditetapkan oleh Jakim.

Kategori pengesahan halal adalah produk makanan dan barangan kegunaan Islam kepada premis makanan dan minuman serta rumah sembelihan.

~Uwekkkk kalu daging babi ada logo halal ni lagu mana nih? memanglah ni cerita lama…tetapi pernah terjadi…so kiranya sekarang ni gi mana nih? Aduhhh…ngak tahu aku duk kat negara islampun susah hendak cari makanan halal…nampak gayanya ayam kena bela sendiri dan sayur kena tanam sendiri.

PENDIRIAN PPIM MENGENAI ISU UBAT GIGI COLGATE

1. Kami di PPIM berpandangan bahawa adalah lebih baik bagi kita untuk memilih ubat gigi yang mempunyai logo HALAL Jakim yang dibuat di negara ini terutama yang mempunyai kepentingan umat Islam sendiri. Apakah guna kita mengambil risiko sedangkan kita ada pilihan dan ianya bukan keadaan darurat.

2. Di masa yang sama “jaminan” mereka hanya bagi produk yang terdapat di Malaysia. Bagi saudara-saudara se Islam kita di Singapura, Selatan Thailand, Indonesia dan negara-negara Arab harus berhati-hati dalam perkara ini. Darlie kini telah dibeli oleh Syarikat Colgate, pasaran ubat gigi di Malaysia melebihi RM600 juta dan lebih 95% adalah dikuasai oleh Colgate dan beberapa syarikat antarabangsa lain.

3. Mengutamakan produk keluaran tempatan boleh membantu menjana ekonomi pengusaha tempatan khususnya pengusah-pengusaha Islam. Menjadi tanggungjawab masyarakat pengguna Islam di negara ini memanfaatkan ekonomi pengusaha-pengusaha Islam dengan menyokong produk keluaran pengusaha Islam

4. PPIM sentiasa cuba menyokong produk yang mementingkan sensitiviti masyarakat pengguna di negara ini. Kesahihan logo halal JAKIM di- pertikaikan kerana penghasilan produk di luar negara boleh menimbulkan syak dan keraguan terhadap kandungannya.

5. Cuba buat kali ini, kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna tidak mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab. Sila lawati laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM): www.muslimconsumer.org.my

Untuk pengetahuan kepada sesiapa yg berminat~saya bukan penjual ayam..tetapi kebetulan sayapun memesan ayam organik..di sini saya lampirkan sekali di blog kepada yang berminat. Sumber ini saya ambil dari grup renungan dan ikhtibar…. memandangkan saya dah tak lalu nak beli ayam kat pasar…bimbang benar rasanya..saya usahakan juga agar anak saya dapat memakan ayam organik sekali sekala. Kasihan dia yang suka ayam tiba-tiba berhenti makan ayam kerana takut ayam di suntik dengan enzim babi. Ini untuk kebaikan dia juga. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup. Acapkali dah kita dengar kisah ayam ni. Jadi bila dah kita tahu ada unsur-unsur syubhah rasanya lebih baik tak payah makan laa…cari yang benar-benar halal…

Assalammualaikum

Buat Pada masa ini boleh dapat di kedai kita alamat seperti di bawah. Kita juga ada teman perjuangan saya yang tungkus lumus untuk edarkan ayam ini kepada semua muslimin dan muslimat.

1) En Husairi kajang/bangi 0193324345 Puchong

2) En Che Muda Bangi 0123245988

3) Puan Shidah Shah Alam 0132737301

4) Tn Haji Azhar Gombak/batu caves 0122882265

5) En Radzi Puncak Alam 013 6557770

6) En Jumhat atau Puan Maznah 019 2298950 atau 019 3173330

7) En nazaruddin 012 22785502 all KL

8) Puan Zainun 019 2774927 Subang Jaya

9) Pasar Tani Taman Melawati Hari Sabtu

10) Pasar Tani Putra jaya Hari Jumaat

11) Pasar Tani Kerinci. Taman Angkasa Hari Ahad.

Insyallah tolog call yang terdekat mereka boleh usaha untuk hantar ayam

Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja

Head – Research & Development

Innovation Centre

Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.

No 17. Jalan Nirwana 35.

Taman Nirwana. 68000 ampang.

Selangor. Malaysia .

Tel 603 92811802 / 92816924

Fax 603 92816925

e mail nattpro@streamyx. com

mobile 6012 3248081

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Banyak pihak tidak bersetuju cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya tindakan mahkamah diambil terhadap ibu bapa yang hilang anak kerana cuai.

Mereka berpendapat adalah mustahil bagi ibu bapa mengawasi anak sepanjang masa, apa lagi dalam hal kedua-dua ibu dan bapa bekerja.

Istilah “cuai” adalah relatif, dan mereka mahu definisi tepat diberi tentang apa dimaksudkan oleh menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Seorang kakitangan kerajaan, Nur Hidayat Shafie, 48, khuatir cadangan itu membawa kesan negatif dalam masyarakat terutama bila ibu bapa disabit kesalahan.

“Jika ibu bapa didakwa, apa akan terjadi kepada nasib anak mereka… bagi saya kebanyakan ibu bapa telah menjalankan tanggung jawab sebaik mungkin dalam membentuk peribadi serta mendidik anak-anak.

“Kita harus faham jika ibu bapa bekerja, masa yang diperuntukkan untuk anak agak terbatas…waktu terluang itulah digunakan untuk mendisplin serta bersama anak,” katanya.

Pekerja swasta, Nor Apni Safri, 23, pula berpendapat ibu bapa harus diberi motivasi serta bimbingan dan bukan mengheret mereka ke mahkamah.

“Bagi kes adik Nurin, saya tidak nafikan mungkin ada sedikit unsur kecuaian kerana membiarkan dia keluar berseorangan pada waktu malam walaupun berhampiran rumah tetapi tidak semua kes melibatkan ibu bapa cuai,” kata beliau.

Seorang pesara kerajaan, Mohamad Abdullah, 57, berpendapat pihak berwajib perlu memperincikan apa yang dimaksudkan sebagai cuai itu sebelum mendakwa ibu bapa ke mahkamah atas sebab kehilangan anak mereka.

“Ini perlu kerana kadang-kadang jika tidak bagi keluar rumah, mereka keluar juga untuk bermain dan sebagainya. Kita tak boleh ‘merantai’ anak di rumah dan hanya membenarkan mereka bermain di luar rumah mengikut kelapangan kita,” katanya.

Katanya, jika ibu bapa berkenaan dikenakan tindakan undang-undang ini akan hanya mengeruhkan lagi keadaan yang memang sudah rumit bagi keluarga berkenaan.

Tinjauan di beberapa lokasi pusat membeli-belah dan taman rekreasi sekitar ibu negara mendapati masih ada ibu bapa yang leka serta membiarkan anak berkeliaran terutama sewaktu sedang sibuk membeli barangan.

Dalam reaksi berbeza, seorang pekerja keselamatan Norehan Sulong, 47, berkata tanggungjawab mendidik serta memerhatikan gerak-geri anak adalah hak ibu bapa, masyarakat hanya dapat membantu.

“Jika mereka benar-benar cuai, mendera anak, maka wajarlah mereka didakwa,” katanya.

Guru sekolah rendah, Rafidah Mohd. Nor, 37, berkata ibu bapa haruslah memantau aktiviti anak dan melarang mereka ke mana-mana berseorangan terutama pada waktu malam walaupun ke pasar malam atau gerai berhampiran kediaman tanpa ditemani.

“Kanak-kanak sekarang bukan macam dulu, mereka semakin berani dan ibu bapa pula tidak sepatutnya lepas tangan walau anak mereka sudah agak besar,” katanya.

– Bernama

~Akupun tak setuju..cuba letakkan dirinya di tempat keluarga ini apa rasanya? Bercakap memang mudah tetapi mereka yang merasainya..so sebelum nak bercakap fikir-fikirlah. Di saat mereka di timpa musibah janganlah mereka di beri tekanan. Tetapi cari pembunuh kejam itu sampai dapat hukumnya sebagaimana yang telah dia lakukan kepada allahyarham adik Nurin. Hukum ikut undang- undang islam Qisas. Qisas bererti ‘jenayah bunuh dibalas dengan bunuh juga’ yang telah disebut di dalam surah al-Baqarah ayat 178, . Kasihanlah mereka yang di timpa musibah ini…….janganlah di tambah lagi penderitaan mereka. Doakanlah semoga mereka banyak-banyak bersabar menerima ujian dari Allah s.w.t.

Bila KPN gembar gemburkan akan mengambil tindakan ke atas keluarga arwah adik Nurin aku nak cerita sikitlah tentang aku.

aku ambil contoh diriku sebagai ibu yang kurang upaya. Ada ketikanya anakku hendak pergi fotostat kertas soalan dan berbagainya lagi. Tak nak izinkan dia pergi kerana cikgunya yang suruh. Jadi aku biarkan dia pergi sendiri( nak buat macam mana..di sini aku tiada saudara mara juga kawan yang hendak menemani anakku). Memanglah dekat tak sampai sepuluh minit jalan kaki. Tapi bila peristiwa menyayat hati berlaku kepada adik Nurin Na’uzubillah himinzalik….aku terasa bimbang. Bimbangnya hati seorang ibu hanya tuhan saja yang tahu…sudahlah suami pergi kerja balik petang adakalanya sampai rumah jam lapan malam kerana beli keperluan dapur di Sogo. Kalau dia tak beli siapa lagi yang hendak beli. Itulah aku memang terhutang budi sampai ke mati kepada suamiku. Dalam banyak tugas dia yang mengambil alihnya. Kekadang terharu aku…tetapi apalah daya aku yang tidak berdaya untuk melakukan semua itu.

sebagai ibu aku sudah buat yang terbaik..berpesan kepada anakku…sekiranya ada orang yang tidak di kenali hendak baginya coklat atau apa-apa jangan ambil. Kalau ada orang hendak menumpangnya balikpun jangan ikut mereka. Zaman sekarang bukan saja anak perempuan yang kita bimbang anak lelaki juga. Kalau boleh aku teringin hendak menemani anakku di mana saja dia pergi. Tetapi seperti aku katakan tadi aku tidak berdaya. Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Itulah saja tempat aku bergantung harap hanya kepada Allah yang Maha Esa. Hidup dan mati kita DIA lah yang tentukan. Walau bagaimana kita menjaga anak kita sekalipun kalau nak jadi…jadi juga (tetapi ya Allah aku bermohon semoga ENGKAU selamatkan semua anakku dan anak-anak di luar sana). Allah sudah tulis suratannya begitu apa yang berlaku adalah penyebabnya. Cuma kita yang berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t agar dijauhi segala mala petaka.

Kepada suri-suri rumah atau ibu yang sempurna sifatnya kalau boleh temanlah anak-anak ke mana-mana saja mereka pergi ( bukan sepertiku yang kurang upaya ini) ..jangan biarkan mereka sendiri…kerana kita tidak tahu..di sebalik ramainya manusia di luar sana.. ada berbagai jenis..yang berperangai iblis ada…perangai binatangpun ada, kalau jumpa orang seperti kes adik Yin tak apalah. Kes adik Nurin ini biarlah ku jadikan pengajaran buatku agar lebih berhati-hati sedaya yang aku mampu. Ya Allah ENGKAU Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..lindungilah anakku dan anak-anak yang tidak berdosa di luar sana. Cukuplah kes adik Nurin ini yang terakhir. Jangan ada lagi Nurin kedua..ketiga dan seterusnya..sedih sangat. Hanya kepadaMu aku bergantung pengharapan ini ya Allah.

Cukuplah sampai di sini saja aku mengumpul keratan akhbar mengenai isu ini. Mudahan ini semua untuk pengajaran kita. Rasaku tidak mungkin ku lupakan sampai bila-bila peristiwa ini. Tetapi memanglah kekadang kita ini mudah benar lupa. Cuba kita lihat tsunami yang berlaku tahun 2004 dahulu. Masa kejadian itu kemainlah takut dan gusarnya kita. Tetapi kini cuba tengok…bagaikan lenyap di telan bumi, maksiat bagaikan cendawan tumbuh dan tak tau nak cakap dah, anak-anak remaja remaji pakaiannya dah tak cukup kain dah londeh sana sini ( dia pinjam baju adik dia patutlah kecik dan sendat). Memanglah kita ini mudah lupa. Dah banyak kes seperti ini yang berlaku kepada kanak-kanak yang tak berdosa. Lindungilah mereka yang tidak berdosa ini ya Allah..janganlah mereka di jadikan mangsa kekejaman manusia yang berhati iblis ini.

Di waktu kecilku di zaman lapan puluhan aku selamat di tinggalkan bersama sepupu lelaki dan bapa saudaraku..di jaganya aku seperti adiknya sendiri. Ibu dan ayah sibuk ke baruh/sawah. Ikhlasnya mereka menjagaku yang kurang upaya bagaikan menatang minyak yang penuh. Tidak pernah sesekali di ambil kesempatan dengan ketiadaan ibu dan ayahku. Kalaulah zaman sekarang ni kanak-kanak dah tak selamat bersama keluarganya sendiri jangankan dengan orang lain. Kes sumbang mahram dan berbagainya lagi. Kasihan mereka……maaflah ianya agak tersasar dari tajuk asalnya. akhirnya kepada keluarga adik Nurin maafkan kan lah aku kerana menyimpan keratan akhbar kisahmu dik… untuk di paparkan di blogku yang tidak seberapa ini. Ampun dan maaf kalau ada tersalah silapku sepanjang aku mengikuti perkembangan ini. Aku khilaf ya Allah..ampunkan lah aku dan semua muslimin dan muslimat. Sempena bulan yang mulia ini ambillah kesempatan untuk perbanyakkan amal ibadat. Akhirnya blog ini akan berehat untuk seketika…maaf zahir dan batin wassalam.

Adibah Noor – Terlalu Istimewa

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

Kenapa marah pembunuh Nurin, tidak marah pemerintah?

Muhammad HanafiHarakahdaily
Mon | Sep 24, 07 | 2:54:42 pm MYT
Kita kini berada dalam bulan Ramadan. Hampir semua Muslim berpuasa. Budak-budak pun berpuasa. Matlamat puasa adalah untuk melahirkan insan bertakwa. Antara ciri orang bertakwa adalah mereka yang takut kepada Allah dan menunaikan segala perintah dan menjauhi segala larangannya.Untuk menunaikan perintah Allah seseorang Muslim itu merujuk kepada al-Quran sebagai induk hukum. Dalam Surah al-Baqarah ada ayat menyuruh mendirikan solat dan berpuasa. Maka berpuasalah hampir setiap Muslim. Bab solat agak berat, maka ada juga yang puasa tetapi tidak tunai solat.Dalam surah al-Baqarah juga ada ayat yang menyuruh manusia berhukum dengan hukum Allah (qisas). Bab puasa manusia menerimanya tetapi bab qisas ini kebanyakan manusia tidak menerimanya. Ertinya manusia, sekali pun berpuasa, dikhuatiri tidak menjadi orang bertakwa. Sebabnya orang bertakwa menunaikan segala perintah Allah, termasuk berhukum dengan hukum Allah.

Menegakkan hukum Allah (qisas), individu tidak berupaya melakukannya. Yang wajib melaksanakannya adalah pemerintah. Apabila pemerintah gagal, makam gagallah masyarakat. Itulah sebabnya masyarakat kita huru-hara. Maka terjadilah kes bunuh Nurin, kes bunuh Altantunya, kes anak bunuh ibu bapa dan kes ibu bunuh anak. Inilah hasilnya apabila hukum-hakam Islam dipinggirkan.

Memang tidak salah kita marah dengan pembunuh Nurin, pembunuh Altantunya. Tetapi kenapa kita tidak marah dengan pemerintah yang tidak menegakkan hukum Allah yang membuka peluang besar kepada kes pembunuhan Nurin dan Altantunya.

Marilah kita kembali kepada hukum Allah sejajar dengan matlamat puasa untuk melahirkan insan bertakwa. Lantiklah pemimpin dan pemerintah yang mahu mendaulatkan hukum Allah, moga-moga kita selamat dunia dan akhirat. Amin! “ lanh

Ya Allah ya tuhan kami, Tiada lain yang kami sembah selain darimu ya Allah.Sesungguhnya segala pujian hanyalah untukmu ya Allah dan dari Engkau manusia dihidupkan dan dari Engkau jualah yang mematikanya…Ya Allah, segala kejadian dan ketentuan adalah darimu dan tiada kuasa kita yakni
Hambamu yang lemah untuk merubahnya walau seinci. Ya Allah, ya tuhan kami. kami memohon darimu agar kau cucurilah rahmat ke atas roh adik Nurin Jazlin.
Ya Allah ya tuhan kami. kami memohon darimu agar kau berilah kekuatan pada ayah
serta ibu keluarga simati ini agar mereka dapat meneruskan hidup diduniamu ini ya Allah. Ya Allah ya tuhan kami, kami juga bermohon agar KAU tunjukilah siapa pembunuh sebenar arwah adik Nurin Jazlin…agar si pembunuh ini mendapat balasan yang setimpal dgn perbuatannya…Ya Allah, hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami bermohon..

Amin…amin ya rabbal alamin….

~Doa ini cetusan idea sahabat saya Nazlan~

Susulan pembunuhan Nurin Jazlin: Ayah luah rindu

Oleh Kamaruzaman Pid, Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Abdullah Wahab, Wan Noriza Meor Idris dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my
Jazimin merintih di sisi isteri selepas pengebumian anak

KUALA LUMPUR: “Abang rindukan Kak Ngah…Abang rindukan Kak Ngah,” kata Jazimin Abd Jalil, 33, kepada isterinya, Norazian Bistaman, 35, selepas majlis pengebumian jenazah anak mereka, Nurin Jazlin, 8, (Kak Ngah) di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, petang semalam.

Ketika itu, Jazimin tidak dapat menahan sebak lantas memeluk erat isterinya, Norazian sambil menangis teresak-esak lalu berulang kali menyatakan “Abang rindukan Kak Ngah…Abang rindukan Kak Ngah’.

Suasana bertambah pilu apabila Norazian yang ditemani dua anaknya, Nurin Jazhira, 9, dan Nurin Jazrina 6, yang duduk beberapa meter dari pusara Nurin Jazlin, hanya mengalir air mata.

Dia sekadar berkata: “Saya sudah kering air mata dan tiada apa lagi yang mampu dinyatakan. Biarlah roh dia (Nurin Jazlin) bersemadi dengan aman,” katanya.

Pemandu teksi itu akhirnya menerima keputusan ujian deoksiribonukliek asid (DNA) mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian sukan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Isnin lalu, anaknya.

Kelmarin, dia mempertikaikan keputusan DNA itu dengan menganggap keadaan luaran mayat kanak-kanak terbabit tidak sama dengan Nurin Jazlin ketika proses pengecaman.

Sementara itu, Jazimin yang ditemui di Madrasah Assa’adah, Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, semalam, berulang kali menegaskan dia reda dengan keputusan itu (ketepatan 99.9 peratus ujian DNA) selepas ditanya beberapa kali oleh wartawan.

Katanya, pendiriannya berubah selepas memperoleh laporan penuh DNA yang diserahkan polis malam kelmarin ketika pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama dua abangnya.

“Saya reda dengan keputusan 9999 yang diterima itu. Masa itu (ketika pengecaman kali pertama) memang terdapat banyak perbezaan, malah isteri saya sendiri sukar mengenal pasti sama ada mayat yang ditunjukkan itu anak saya.

“Malah, jawapan sama tetap diberi ketika pengecaman kali kedua sebelum mayat itu disahkan sebagai Nurin Jazlin melalui ujian DNA. Apa boleh saya kata?,” katanya yang lebih 10 kali menyatakan dia reda dengan keputusan DNA itu.

Menurutnya, ujian DNA itu membabitkan darah dan gigi dengan jelas menunjukkan mayat kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin.

Oleh itu, dia reda dengan keputusan DNA itu dan bertanggungjawab menguruskan jenazah berkenaan.

Dalam nada geram, Jazimin turut meminta polis meneruskan siasatan memburu penjenayah yang bertanggungjawab membunuh anaknya.

“Binatang, orang yang buat anak saya begitu. Dia berhati haiwan. Perbuatan membunuh itu lebih keji daripada binatang.

“Ini bukan kesalahan ibu bapa tetapi pembunuh yang tidak berhati perut. Dia perlu dihapus dari muka bumi dan dihukum,” katanya.

Bagi menenangkan jiwanya, Jazimin sebaik tiba di madrasah berkenaan tengah hari semalam dari Hospital Kuala Lumpur bersama jenazah anaknya tiba-tiba membayar zakat fitrah RM28.20 bagi enam keluarganya, termasuk Nurin Jazlin, di kaunter zakat di situ.

Norazian pula kelihatan tidak mampu berkata-kata dan setiap pertanyaan pemberita hanya disambut dengan tangisan.

~Bersabarlah~

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my

23 September 2007

KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?

Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.

Mengikut e-mel itu, penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang tidak diketahui status sama ada halal atau tidak daripada cara sembelihannya, dikesan di Eropah.

Enzim sama kini dipercayai digunakan secara meluas di beberapa negara di Asia, sekali gus menimbulkan persoalan besar sama ada ia turut digunakan di Malaysia berikutan ayam daging di negara ini kini pelik ciri fizikalnya.

Metro Ahad menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.

Antara dakwaan di dalam e-mel itu dan faktanya disokong pemanggil ialah, ayam di pasar kini mudah busuk jika dibiarkan terdedah beberapa minit, menyebabkan peniaga sering menyembur air untuk memastikan ia kelihatan segar dan menghilangkan bau hanyir.

Mengulas dakwaan e-mel berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengaku kewujudan enzim itu, tetapi tidak tahu sejauh mana meluas penggunaannya di Malaysia kerana ‘kecanggihan’ enzim itu memerlukan ujian makmal yang sukar serta mahal untuk dikesan penggunaannya.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negara ini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu itu.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak terus dakwaan di dalam e-mel itu. Kita berharap agensi kerajaan berkaitan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sama ada benar atau tidak maklumat di dalam e-mel itu.

“Ini kerana ayam adalah makanan utama bagi penduduk negara ini, termasuk orang Islam. Ia satu isu besar yang memerlukan pengesahan berdasarkan ujian makmal, bukan hanya berdasarkan pengakuan penternak,” katanya kepada Metro Ahad.

Hatijah juga mengesahkan, ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.

Katanya, di Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, ayam disuntik dengan gelatin bertujuan menambah kandungan air, sekali gus berat badan ayam juga meningkat. Enzim babi pula digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam.

“Namun kami tidak tahu sama ada gelatin berkenaan, enzim babi atau bahan buangan lain yang diragui status halalnya turut digunakan oleh penternak di negara ini,” katanya.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut memandang serius dakwaan di laman web itu kerana membabitkan isu yang sensitif bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kesihatan semua pengguna.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sebelum ini negara dikejutkan dengan laporan mengenai ikan patin diberi makan usus babi bagi memastikan ia segar dan bersaiz besar.

“Justeru, apabila tersebarnya mengenai enzim babi digunakan untuk mempercepat proses tumbesaran dan mengemukkan ayam, ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal atau boleh diketepikan begitu saja.

“Fomca meminta kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh bukan saja ke atas ayam yang dijual di pasar, tetapi juga ladang ternakan,” katanya.

Mohd Yusof berkata, Fomca tidak bersetuju dengan pemberian pelbagai antibiotik, hormon atau vaksin kerana ia boleh memberi kesan sampingan, apatah lagi jika benar dakwaan pemberian enzim babi ke atas ternakan.

Katanya, dalam situasi sekarang, perkara itu tidak mustahil jika penternak mengetepikan tanggungjawab mereka, sebaliknya lebih mementingkan keuntungan berikutan kenaikan mendadak kos ternakan.

Bagi pengguna pula, beliau meminta supaya lebih peka dengan fizikal ayam yang dijual.

“Jika lihat ayam berbeza daripada biasa atau saiznya keterlaluan, tanya peniaga mengenai puncanya dan andainya masih was-was, jangan beli,” katanya.

Sementara itu, doktor perubatan yang kini mengusahakan ladang ayam organik, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, yang dikaitkan di dalam e-mel berkenaan berkata, beliau mengetahui mengenai enzim itu menerusi jurnal penyiasatan Felicity Lawwrence di laman web The Ecologist yang turut disiarkan BBC di United Kingdom.

Katanya, Ekologi ialah kajian mengenai hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya.

“Siasatan Felicity Lawrence membuktikan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang menggunakan enzim babi dan bahan buangan haiwan digunakan secara meluas di Eropah, terutama Jerman dan Belanda.

“Makanan tambahan daripada babi dan bahan buangan ini murah. Ia berkemampuan memendekkan tempoh matang ayam hanya kepada 28 hingga 30 hari berbanding tempoh sebenar 35 hingga 40 hari,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahan buangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.

“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.

Beliau mengaku tidak tahu sama ada penternak mencampur enzim sama di dalam makanan ayam mereka untuk mempercepatkan tumbesarannya.

“Yang pasti, ada penternak beretika dan mungkin ada yang tidak. Namun, melihat rupa ayam yang pelik hari ini, saya berasa siasatan perlu dijalankan untuk mengelak perasaan was-was membelenggu masyarakat Islam di negara ini.

“Memandangkan harga makanan ayam kini mahal, kemungkinan ada penternak menggunakan enzim berkenaan memang tinggi. Bayangkan jika seekor ayam dapat dijual hanya pada usia 28 hari berbanding 40 hari sepatutnya, makanan ayam dapat dikurangkan selama 12 hari. Ini penjimatan yang besar,” katanya.

>‘Bencana’ kesihatan kesan jangka panjang

KUALA LUMPUR: Tindakan ingin mengaut keuntungan ekspres dengan memberi ternakan, termasuk ayam, makanan tambahan berbentuk hormon dan antibiotik akan mengakibatkan ‘bencana’ terhadap kesihatan manusia pada jangka masa panjang.

Pakar ternakan ayam, Prof Dr Zulkifli Idrus, yang berpengalaman 13 tahun dalam kajian ayam, mengesahkan wujudnya pemberian hormon dan antibiotik, tetapi hanya berlaku di luar negara.

“Tindakan itu boleh memberi kesan sampingan. Sebagai contoh, apabila lelaki memakan hormon yang diketahui digunakan untuk wanita, ia mewujudkan sifat kewanitaan pada lelaki itu.

“Antibiotik pula, jika disuntik pada ayam, mewujudkan bakteria yang membentuk ketahanan dan boleh dipindahkan kepada manusia melalui makanan. Jika manusia itu sakit dan diberi antibiotik, ia tidak akan berkesan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya pemberian enzim babi atau suntikan lain ke atas ayam tidak digunakan di negara ini berikutan kosnya mahal kerana harus diimport dari negara luar, terutama Amerika Syarikat (AS).

“Sepanjang pengetahuan saya, tiada suntikan hormon, antibiotik atau enzim babi ini ke atas ayam kerana kosnya tinggi. Yang disuntik hanya vaksin iaitu untuk mengawal jangkitan penyakit,” katanya yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Beliau berkata, ayam di negara ini diberi makan jagung dan kacang soya kerana ia sumber tenaga dan protein paling baik.

“Hari ini, jagung digunakan untuk menghasilkan bahan bakar dipanggil Ethanol dan permintaan Ethanol sangat tinggi, sekali gus meningkatkan harga jagung di pasaran dunia.

“Jadi jika ada penternak menggunakan pelbagai suntikan, kosnya pasti lagi tinggi kerana 70 peratus kos pengeluaran saja adalah pada makanan,” katanya yang turut menjalankan kajian memberi isi rong kelapa sawit sebagai makanan ayam.

Bagaimanapun, ketika ditanya kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menyuntik ayam mereka untuk mengaut keuntungan segera, Dr Zulkifli tidak menafikan mungkin ada berbuat demikian.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) turut menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan diberi makanan tambahan dengan enzim babi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berkata penyebaran khabar angin itu tidak benar, justeru beliau meminta orang ramai tidak mudah percaya berita berkenaan.

Katanya, ayam daging yang ada di pasaran selamat dimakan, manakala pihaknya sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan kualitinya terjamin serta mengikut peraturan ditetapkan.

“Kami sentiasa membuat pemeriksaan dan mengambil contoh daging ayam ini, sama ada di pasar atau ladang, bagi memastikan ia memenuhi syarat ditetapkan.

“Di ladang pula, apabila berlaku kematian melebihi tiga peratus daripada jumlah keseluruhan, pemeriksaan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti puncanya dan kerana itu, penternak tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan sesuka hati, termasuk pengambilan ubat atau suntikan tambahan,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui, ternakan ayam hari ini disuntik dengan pelbagai vaksin dan antibiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit, tetapi kuantitinya mengikut syarat ditetapkan.

Katanya, dalam hal itu Kementerian Kesihatan mempunyai kuasa untuk memastikan penternak mengikut langkah betul dan jika ada yang menyalahgunakannya, mereka berdepan tindakan undang-undang.

“Kementerian mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas penternak yang menyalahi peraturan, malah kami sering bekerjasama membuat pemeriksaan haiwan ini di mana saja.

“Malah, untuk pemberian ubat ini, ia perlu diluluskan jawatankuasa khas yang turut memantau pelaksanaannya supaya ia tidak menyalahgunakan kebenaran diberi,” katanya.

Mengulas dakwaan jika benar ada enzim babi dalam ayam tempatan, beliau berkata, ia tidak boleh dipercayai dan jika ada, peraturan atau syarat ketat dikenakan kepada penternak ayam di negara ini sudah cukup untuk mengetahui tindakan mereka.

Sementara itu, Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr Abdul Rahman Md Saleh, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyifatkan penyebaran e-mel berkenaan sebagai fitnah.

“Kita jaga kepentingan masyarakat, lebih-lebih lagi negara kita negara Islam. Kita sentiasa melakukan pemantauan (penternakan ayam) dan tiada penternak berbuat begitu (menggunakan enzim babi untuk mempercepatkan tumbesaran ayam),” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, setiap hari pengeluaran ayam di negara ini mencecah 1.2 hingga 1.3 juta ekor dan hanya dijual pada usia 38 hingga 40 hari.

“Dengan jumlah pengeluaran sebesar itu, mana mungkin penternak ada masa untuk menggunakan enzim yang dimaksudkan (enzim babi). Kini semua penternak menggunakan teknologi moden dan mendapat perhatian terus daripada JPH.

“E-mel itu mendakwa ayam boleh dijual ketika berusia 28 hingga 30 hari, tetapi berdasarkan pemantauan kita tiada ayam dijual pada usia itu,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, dakwaan yang disebarkan itu tiada asas dan menyifatkannya sebagai serkap jarang saja.

~ aku dah tak berminat nak makan ayam yang belum tentu halalnya, cakaplah apa saja ~

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Pesanan Nurin Jazlin Jazimin supaya ibunya tidak menanggalkan tiga kuntum bunga mawar yang dipasangnya di penjuru rumahnya kira-kira sebulan lalu seolah-olah mahu ia menjadi kenangan abadi terhadapnya.Bapa Allahyarham, Jazimin Abdul Jalil, 33, berkata, bunga berwarna hijau itu digantung oleh anak keduanya itu kira-kira 20 hari sebelum dia dilaporkan hilang.

“Ketika itu, dia (Nurin) ada berpesan kepada ibunya supaya tidak menanggalkan bunga tersebut. Kami tidak sangka bunga itu akan menjadi kenangan kami terhadap Nurin,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini hari ini.

Menurut Jazimin, dia tidak menyangka atau membayangkan sesuatu yang buruk akan menimpa Nurin apabila dia berpesan begitu.

“Bagaimanapun, setelah dia meninggalkan kami, baru saya terasa, walaupun ia bunga biasa tapi ia amat bererti buat kami sekeluarga,” ujarnya.

Tambah Jazimin, dia reda dengan keputusan ujian DNA yang menunjukkan bahawa mayat kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa penderaan seksual yang disumbat di dalam beg pakaian di Petaling Jaya Isnin lalu adalah anaknya.

“Saya tak pernah terfikir akan bertemu semula anak saya dalam keadaan demikian.

“Apa yang saya harap dan doakan ialah akan berjumpa anak saya sebagaimana ibu bapa Yin (Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali) bertemu semula anak mereka dalam keadaan selamat,” jelasnya.

Jazimin seterusnya berkata, sekiranya pembunuh kejam itu ditangkap suatu hari nanti, dia ingin menjadi orang pertama yang berjumpa penjenayah terbabit.

Namun, dia tidak menyatakan sebab dia mahu berjumpa dengan penjenayah terbabit.

Permintaan akhir Nurin

Oleh SARAH ZULKIFLI
sarah@hmetro.com.my
Minta ibu mengurut kakinya kerana akan ‘berjalan jauh’

KUALA LUMPUR: Air mata Jazimin Abdul Jalil, 33, berlinangan setiap kali melihat tiga kuntum bunga hijau plastik digubah arwah anaknya, Nurin Jazlin, 8, yang digantung di dinding rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, semalam.

Menurut Jazimin, gubahan bunga itu antara perkara terakhir dibuat anak keduanya yang juga mesra dengan panggilan ‘Kak Ngah’ sebelum dilaporkan hilang lebih sebulan lalu ketika keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya, kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, walaupun arwah ‘Kak Ngah’ meninggal dunia, banyak kenangan mengenainya bermain di fikiran, sama ada perkara yang pernah dibuat atau telatahnya yang ceria ketika bermain dengan kakak dan dua adiknya.

“Jika dilihat semula, bunga itu digubah tiga kuntum saja, seolah-olah mewakili tiga adik beradik lain, sedangkan ketika itu ada beberapa kuntum lagi.

“Ketika itu saya pelik, namun kini saya mengerti dia (Nurin Jazlin) sudah tahu dia akan meninggalkan ayah, ibu, kakak dan adiknya buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Wangsa Maju, semalam.

Jazimin berkata, perangai pelik arwah sebelum dia hilang membuatnya teringat kembali sehingga menyebabkannya dan isteri, Norazian Bistaman, 35, pilu.

“Pada malam sebelum dia hilang, saya masih teringat dia berkata kepada ibunya, ‘mama, picit kaki kak ngah, penat la nanti nak jalan jauh’.

“Mungkin itu satu petanda dia akan pergi untuk selama-lamanya,” katanya.

Jazimin berkata, dua pasang baju raya berwarna emas dan merah jambu yang dibeli beberapa bulan lalu dan dipilih sendiri oleh arwah akan diberi kepada kakaknya, Nurin Jazhira, 9, kerana saiz mereka sama.

Menurutnya, dia akan berpindah ke tempat lain untuk memulakan hidup baru selepas tragedi menimpa keluarganya.

“Mungkin saya tidak akan memandu teksi lagi, tetapi setakat ini saya belum memikirkan kerja yang bakal dilakukan. Namun kami sekeluarga akan berpindah dalam masa terdekat kerana kejadian yang berlaku menjadi kenangan terlalu pahit untuk ditelan,” katanya.

Sementara itu, Norazian tidak dapat ditemui kerana dikatakan kurang sihat dan hanya berkurung di bilik.

Mengulas berkemungkinan isterinya didakwa atas kecuaian, Jazimin berkata, mereka bersedia untuk disoal siasat.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan dan kami menyerahkan kepada pihak berkuasa serta bersedia memberi kerjasama,” katanya.

Kelmarin, jenazah Nurin Jazlin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak selepas dia disahkan sebagai kanak-kanak yang ditemui mati dalam keadaan tragis dan menyayat hati di dalam sebuah beg sukan dengan keadaan tidak berpakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Sudirman

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

~Catatan  duka buatmu Nurin Jazlin~

tatkala aku melihat wajahmu yang layu lesu di news paper

hatiku tersentap sebak, pilu,sedih dan terdetik di hatiku betapa kejamnya si pembunuhmu itu

itu bukan kerja manusia…tetapi manusia yang menjadi pengikut iblis laknatullah

di saat itu aku selalu mengikut beritamu

tidak dapat aku gambarkan betapa siksanya di saat kematianmu

bukan aku tidak mengikut perkembangan dirimu di saat kehilangamu

Tetapi aku juga berharap kau selamat kembali seperti Yin

Tetapi bila dirimu di bunuh kejam

jiwaku bagaikan di sayat pilu, marah, geram dan macam-macam yang aku rasakan

walaupun aku tidak kenal siapamu

keluargamu tetapi aku sayang padamu

sayang kepada anak-anak kecil

Dan sayangku sesama insan

Air mataku mengalir laju di pipi

Aduhai..mengapakah ada manusia sekejam dan sezalim itu di dunia ini?

tergamaknya melakukan sedemikian rupa kepada anak kecil yang tidak berdosa

tidak dapat hendak ku bayangkan betapa seksanya dirimu sayang

begitu mudah jiwaku tersentuh dan tersentap

apa lagi keluargamu

bagiku kanak-kanak patut di lindungi dan di sayangi

tetapi sebaliknya???

beginilah akhirnya hayat hidupmu wahai anak

tetapi tidak mengapa wahai anak…kerana Allah sudah menyiapkan tempat yang lebih baik untukmu di syurga.

selamat tinggal sayang…selamat tinggal dunia yang fana

dunia ini hanyalah persinggahan sementara buat kita

Allah lebih menyanyangimu Nurin

kepada si pembunuh kejam yang sudah tidak punya sifat

kemanusiaan itu…tunggulah..saat dan ketikanya akan tiba

andai kau terlepas di dunia tetapi tunggulah pembalasan Allah di akhirat nanti

ketika itu penyesalan sudah tidak berguna lagi

kau terlalu zalim…manusia jenis apakah kau ini

atau kau manusia bertopengkan iblis

memanglah sewajarnya kau di hukum

akhirnya buat adik Nurin..lenalah sayang…lenalah di pembaringan terakhirmu dengan tenang

sudah tertulis begitu takdirnya untukmu

berbahagialah di sisi TUHAN yang Esa.

di dunia kau di bunuh kejam

tetapi di sana kau telah di janjikan syurga abadi

Ya Allah ya Tuhanku cucuri rahmat keatas roh allahyarham Nurin Jazlin Jazimin

Al Fatihah…

~sekadar coretan buat allahyarham Nurin Jazlin, air mataku bercucuran di saat aku melakarkan coretan yang tidak seberapa ini~

Dari pemilik blog

Jenazah Nurin Jazlin selamat disemadikan dalam suasana pilu

Roy Rasul, Salmiyah Harun dan Saidah Hairan / Foto Wan Zahari
Fri | Sep 21, 07 | 4:34:58 pm MYT
TERKINI! KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) – Jenazah Nurin Jazlin Jazimin, 8, selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak dekat sini, kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Kedua ibu bapanya Jazimin, 33 dan ibunya Norazian Bistaman, 35, serta adik beradik dan keluarga terdekat menyirami air mawar di atas kuburnya selepas selesai pembacaan talkin.

Walaupun cuaca panas terik, orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang yang mengiringinya tidak berganjak dari kawasan perkuburan tersebut.

Malah pihak media sama ada elektronik dan cetak tidak ketinggalan membuat liputan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, turut sama mengiringi Norazian yang berjubah dan bertudung hitam untuk memberi semangat dan mententeramnya.

Suasana pilu turut menyelubungi perkuburan apabila Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berkopiah putih memeluk isterinya agar menerima kematian anak mereka sebaik selesai pengkebumian.

ImageSementara itu sebelum dibawa ke tanah perkuburan jenazah Nurin disembahyangkan di Surau Darul Saadah, Seksyen 1, Wangsa Maju oleh kira-kira 500 orang termasuk saudara mara terdekat.

Sebelum itu jenazahnya diziarahi kira-kira seribu orang dan kemudiannya selepas solat Jumaat, jenazahnya disembahyangkan oleh kira-kira 1000 jemaah.

Sementara itu, pagi tadi jenazah Nurin dituntut oleh keluarganya dari Hospital Kuala Lumpur.

Biarpun sebelum ini, bapanya menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lalu setelah keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan ia adalah Nurin.

Dalam pada itu, keluarga Nurin melahirkan rasa kesal di atas laporan TV3 malam tadi yang mengaitkan kematian Nurin dengan Along.

Salah seorang ibu saudara Nurin, berkata, satu Malaysia tahu mengenai tuduhan tersebut sedangkan keluarga terbabit tidak ada langsung berhutang dengan Along.

Image“Kami tidak mahu buat apa-apa kepada TV3 tetapi mereka orang yang berijazah, ada master, ada PHD, sepatutnya fikirlah kesan dari apa yang disiarkan. Kami yang menanggung malu,” katanya ketika ditemui di surau berkenaan.

Undang yang ada tidak menjamin keselamatan

Sudah sampai masanya kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri menilai semula kesesuaian undang-undang hari ini sama ada ianya sesuai atau tidak memandangkan keselamatan bukan sahaja orang dewasa bahkan kanak-kanak sudah tidak lagi terjamin.

Ustazah Nuridah Salleh yang ditemui di perkarangan Unit Forensik di Hospital Kuala Lumpur semalam berkata, ibu bapa pada hari ini takut dengan keadaan yang berlaku yang boleh dikatakan setiap hari berlaku pembunuhan yang mengerikan.

“Saya minta kerajaan secara rasional fikir balik dan jangan takut-takut untuk kembali kepada ajaran dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah kerana undang-undang ini adalah yang terbaik,” katanya.

ImageBeliau juga mengecam perbuatan manusia bertopengkan syaitan yang membunuh Nurin dengan kejam dan tragis.

“Orang yang seperti ini tidak harus diberi pembelaan lagi dan seharusnya dihukum keras oleh pihak kerajaan,” katanya.

Setiausahanya, Aiman Athirah Al Jundi melahirkan perasaan marah atas perbuatan manusia gila tidak berhati perut menyiksa adik Nurin semata-mata untuk memuaskan nafsu serakahnya.

Katanya, orang yang menyiksa Nurin itu terlalu kejam sehingga membuatkan wajah kanak-kanak itu sukar dikenal pasti oleh kaum keluarga mereka.

“Ini bermakna Nurin memang menerima seksaan yang perit daripada si pembunuh, kerana wajahnya berubah sama sekali sehingga keluarga sukar mengenali anaknya,” katanya.

Apabila berlaku seperti ini, kita berharap tindakan tegas daripada pihak kerajaan sebab persekitaran pada hari ini memang tidak selamat lagi buat kanak-kanak dan wanita.

Image“Inilah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara serta zuriat-zuriat rakyat Malaysia,”tegasnya ketika ditemui.

Kerajaan dituntut laksana undang-undang Islam

Sementara itu dalam kenyataan yang berasingan Dewan Muslimat PAS Pusat mengingatkan kerajaan BN supaya segera melaksanakan undang-undang Islam memandangkan masalah jenayah terutama terhadap kanak-kanak bertambah kritikal.

Timbalan Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, undang-undang Islam itu perlu dilaksanakan memandangkan negara sudah tidak selamat setelah 50 tahun merdeka jenayah semakin hari semakin meningkat.

Menurut beliau, setiap hari media elektronik dan akhbar perdana melaporkan tentang berita pembunuhan sehingga menimbulkan ketakutan dikalangan ibu bapa.

Bagaimananpun, katanya, kerajaan seolah-olah tidak bersungguh dalam menangani kes pembunuhan kejam atau penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

ImageIni kerana tambah beliau, kehilangan Nurin sejak 20 Ogos tetapi Polis hanya menubuhkan pasukan khas pada 3 September dan mayatnya ditemui pada 17 September.

Beliau berkata, setelah mayatnya ditemui barulah Menteri Pembangunan Wanita, Dato’ Shahrizat Abd Jalil membuat kenyataan untuk melaksanakan akta baru bagi menghukum penjenayah.

“Sekarang ini semua menteri sibuk membicarakan hal yang sama tetapi setelah beberapa bulan kes ini senyap begitu saja,” katanya.

Wan Hasrina berkata, setakat ini tidak ada satu undang-undang ketat bagi memberi kesan kepada penjenayah dan mereka yang bersubahat supaya tidak mengulangi kes yang sama.

Katanya, apakah kerajaan mahu menunggu ramai lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penderaan seksual dan pembunuhan kejam.

Image“Kita boleh lihat bagaimana penderitaan yang ditanggung oleh Nurin daripada mula diculik sehingga akhir hayatnya melalui wajah mayatnya,” kesal beliau.

Beliau mendesak pihak polis supaya bertindak cepat dan pantas bagi mengesan dan menangkap penjenayah yang tidak berperikemanusian itu.

Katanya, jika pihak Polis berjaya mengesan dengan cepat orang yang disyaki terlibat dalam rusuhan di Batu Buruk, Terengganu mengapa dalam kes pembunuhan Nurin tidak boleh dilakukan.

Tambah beliau, bukankah pihak Polis mempunyai satu unit yang hanya fokus dalam kes jenayah.

“Ibu bapa trauma dengan apa yang berlaku pada hari ini kerana setiap hari media melaporkan anak hilang. Polis perlu memberi perhatian terhadap kes kehilangan kanak-kanak,” tegasnya.

Beliau berkata, Dewan Muslimat PAS Pusat akan membuat kunjungan takziah kepada keluarga Allahyarham dan meminta supaya ibu bapa Allahyarham bersabar serta tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT. – mr

‘Pembunuh itu binatang’

ORANG ramai mengerumuni kereta jenazah yang membawa mayat Nurin Jazlin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, selepas disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah Seksyen 1, Wangsa Maju semalam.


KUALA LUMPUR 21 Sept. – Jazimin Abdul Jalil yang akhirnya pasrah menerima hakikat kematian anak kesayangannya yang mati dalam keadaan tragis mahu pihak berkuasa segera memberkas pembunuh Nurin Jazlin dan mengenakan hukuman seberat-beratnya.

‘‘Saya reda dengan pemergian anak saya ini namun begitu saya mahu pihak berkuasa terus memburu pembunuh Nurin.

‘‘Pembunuh ini bersifat binatang, tidak berperikemanusiaan,’’ katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui di Madrasah Assa’Adah Seksyen 1, Wangsa Maju di sini hari ini.

Jenazah anaknya, Nurin Jazlin, 8, yang menjadi mangsa deraan seksual dibawa ke madrasah itu selepas dibawa dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak.

Jazimin berharap polis bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai akan terus bekerjasama sehingga tertangkapnya pembunuh Nurin Jazlin.

Sementara itu, bapa saudara Nurin Jazlin, Syed Ja’afar Ahmad berkata, dia sungguh sedih atas kematian anak saudaranya itu dan berharap pembunuhnya akan dijatuhkan hukuman berat.

‘‘Kerajaan perlu berbuat sesuatu. Kalau boleh, pinda undang-undang bagi membolehkan hukuman berat seperti pancung kepala dilaksanakan,’’ katanya.

Seorang lagi bapa saudaranya, Ahmad Taim Bistaman, 45, menyifatkan pembunuh Nurin Jazlin sebagai seorang yang tidak berhati perut.

‘‘Bagaimana orang ini sanggup menyumbat Nurin di dalam sebuah beg pakaian. Ini sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan,’’ ujarnya yang baru sampai dari Selama, Perak.

Jihadi Abdul Jalil yang juga bapa saudara Nurin Jazlin berkata, abangnya Jazimin duduk bersendirian di dalam bilik di rumahnya malam tadi memikirkan mengenai anaknya.

‘‘Abang duduk secara bersendirian dalam bilik memikirkan perkara ini sebelum membuat keputusan untuk menuntut mayat Nurin Jazlin di HKL pagi tadi.

‘‘Saya tidak menyangka Nurin akan dibunuh dengan kejam. Saya juga seperti yang lain berharap hukuman berat akan dikenakan ke atas pembunuh,’’ ujarnya.

~Laksanakan hukum hudud~

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Tangisan dan deraian air mata orang ramai, tanpa mengira kaum, umur dan keturunan, mengiringi pemergian Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak mangsa culik yang mati dibunuh, ketika dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, di sini petang ini.

Jenazah itu dimasukkan ke liang lahad tepat pada pukul 2.45 petang ini selepas solat Jumaat, sambil disaksikan oleh ibu bapanya, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan Norazian Bistaman, 35, dan kaum keluarga serta jiran.

Kesedihan pasangan suami isteri itu yang kehilangan “Kak Ngah”, panggilan mesra bagi Nurin Jazlin, amat ketara dan kerap kali Norazian, berjubah dan bertudung hitam, terpaksa ditenangkan oleh keluarganya.

Suasana bertambah pilu ketika hadirin sepi memberi perhatian kepada pembacaan talkin.

Selesai pengebumian, Jazimin yang sebelum ini tidak dapat menerima hakikat bahawa kanak-kanak yang dibunuh itu adalah anaknya, kelihatan gagal mengawal emosinya apabila menangis teresak-esak di hadapan pusara Nurin Jazlin hingga ditenangkan oleh keluarga terdekat, sambil diperhatikan tiga lagi anaknya.

Selepas kembali tenang, Jazimin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin apabila tidak putus-putus mengirim ucapan takziah kepadanya sekeluarga.

“Saya juga berterima kasih kepada mereka yang bersama-sama saya sekeluarga mencari tanpa putus asa sejak Nurin hilang 20 Ogos lalu,” katanya.

Terdahulu, jenazah Nurin Jazlin dikapan dan disembahyangkan di Madrasah Assa’adah Seksyen 1 Wangsa Maju, iaitu berhampiran kediaman keluarga kanak-kanak berkenaan, sebelum dibawa dengan van sejauh 3 km ke tanah perkuburan itu.

Imam madrasah itu, Mohd Aziz Elias Zahari turut sebak ketika mengimamkan solat jenazah yang disertai kira-kira 200 orang selepas menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, Jazimin, yang kelihatan sering menitiskan air mata sejak pagi ini terutama apabila bersendirian, ketika ditemui pemberita jelas tidak dapat membendung rasa marahnya terhadap pembunuh anak kesayangannya itu.

“Pembunuh itu perlu dihapus dari muka bumi dan dihukum.

“Perbuatan pembunuh itu lebih keji dari binatang. Ini bukan kesalahan ibu bapa tetapi pembunuh yang tidak berhati perut,” katanya.

Jazimin berkata, walaupun tidak dapat mengenal pasti mayat anaknya sendiri sebelum ini kerana terlalu banyak perubahan ketara pada fizikal mayat, beliau reda dengan keputusan DNA itu.

“Cukuplah, tak perlu lagi buat ujian DNA kali kedua,” katanya.

Sebelum itu, bagi menenangkan jiwanya, Jazimin sebaik tiba di madrasah tengah hari ini dari hospital bersama-sama jenazah anaknya, tiba-tiba berhasrat untuk membayar zakat fitrah berjumlah RM28.20 bagi mereka enam sekeluarga termasuk Nurin Jazlin, di kaunter zakat madrasah itu.

Norazian pula kelihatan tidak mampu untuk berkata-kata, dan setiap pertanyaan pemberita hanya disambut dengan esakan.

Rakan Norazian, Rin Abdul Talib, 25, berkata, keluarga Nurin Jazlin termasuk rakan-rakan keluarga malang itu sebenarnya kecewa kerana polis tidak menyerahkan terlebih dahulu kepada ibu bapanya keputusan DNA yang membuktikan mayat kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin sebelum mengumumkannya kepada media semalam.

“Malahan kami pula yang bersusah payah ke sana (Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya) bagi mengambilnya.

“Sepatutnya famili tahu dahulu, bukannya media,” katanya.

Rin berkata, mereka terkejut apabila menonton berita di televisyen petang semalam yang melaporkan polis mengesahkan mayat itu adalah Nurin Jazlin.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Isnin lalu, mayat budak perempuan tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat itu adalah Nurin Jazlin.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria.

Ia antara faktor yang menyumbang kepada kematian kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu yang ditemui mati berkeadaan kurus kering selain mempunyai pelbagai kesan lebam pada badannya, dan ini menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas. – Bernama

~ Semalam anakku takut untuk ke sekolah, katanya dia takut kerana arwah Nurin di temui di PJ. Dia pk manusia berhati iblis itu ada di PJ ini. Jenuh juga aku menyakinkan dia. Begitulah naluri anakku. Akupun bimbang juga…tapi bila aku ajukan kepada suamiku dia kata…sudah tersurat begitu nasibnya. Kita ni hanya mampu bertawakal kepada Allah dan doa itu yang penting. Walau di manapun kita berada kalau dah Allah tetapkan begitu….lah sudahnya. Tapi jadilah ikhtibar dan pengajaran…tambah-tambah anak perempuan yang masih kecil..perlu berteman( kalau nak diikutkan anak lelaki dan perempuanpun sama zaman sekarang, bezanya di zaman aku dulu..benda-benda begini asing bagiku)…negara semakin maju manusia semakin gilak. Kepada keluarga allahyarham adik Nurin semoga tabah dalam menerima ujian dari Allah s.w.t. Seluruh rakyat Malaysia menangisi pemergian tragis adik Nurin. Biarlah aku kumpul segala artikel ini sebagai pengajaran buatku. Sebelum inipun kita telah di kejutkan dengan berita-berita tragis kepada kanak-kanak. Ya Allah harapnya selepas ini janganlah ada lagi kejadian seperti ini. Betapa hiba dan pilunya hati ini. Walau apapun redhalah pemergiaannya….Al Fatihah.


Kalendar

September 2007
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 913,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada