bila hatiku berbicara

Archive for Mac 7th, 2008

Zein el-Din Rawanji
Fri | Mar 07, 08 | 9:15:05 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) – “Saya tidak akan pilih calon daripada kalangan ulama atau calon-calon parti Islam, khuatir periuk nasi saya tertutup dan sukar menjalani kehidupan normal,” demikian pendapat seorang artis yang disiarkan dalam sebuah media arus perdana baru-baru ini.

Pilihan raya kali ini menyaksikan ramai golongan artis diperkuda untuk berkempen bagi kemenangan calon-calon BN termasuk di Parlimen Kepala Batas yang ditandingi Pengerusi BN, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berdepan dengan seorang pendakwah bebas, Ustaz Subri Arsyad.

Begitu juga di Permatang Pauh, kempen rumah ke rumah dilakukan bagi kemenangan bekas Imam Masjid Negara, Dato’ Pirdaus Ismail yang berdepan dengan Presiden Parti KeADILan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada percubaan kali kedua.

Mereka turun padang bagi memastikan Imam Islam Hadhari dan bekas Imam Masjid Negara menang agar dapat membela nasib mereka dalam bidang hiburan yang mereka ceburi.

Seorang wakil artis daripada sebuah kumpulan nasyid memberi nasihat kepada mereka yang berkempen untuk BN dengan berkata, “apakah mereka (artis) tidak beriman kepada Allah yang Maha Memberi rezeki kepada hamba-Nya, bukan BN yang beri rezeki, mereka tidak perlu takut.”

Seorang lagi artis berpendapat, jika takdir menentukan bahawa calon-calon ulama menang dan memimpin negara, “saya yakin bidang hiburan tidak dimansuhkan, sebab hiburan ada dalam Islam, cuma mereka akan lebih cermat dan teliti sesuatu hiburan itu boleh membawa pengajaran pendidikan kepada golongan penonton dengan lebih beradab sebagai penghibur beragama Islam.”

Beliau juga berpendapat, artis tidak perlu campur tangan dalam urusan politik. Mereka juga tidak perlu berkempen untuk calon-calon tertentu, kerana ia dilihat berat sebelah dan menyebabkan populariti mereka terjejas, sebab pengundi pada pilihan raya kali ini lebih bijak dan bertindak lebih matang dalam menentukan pemimpin yang layak menerajui negara.

Apa yang diharapkan katanya, pilihan raya adalah medan yang betul memilih pemimpin, yang lebih cenderung kepada agama adalah lebih menjamin kepada keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara. – lanh

~ kesiannya artis-artis ni kerana terlalu menjaga periuk nasi rela diri di perkudakan, jadilah diri sendiri bukannya seperti lembu di cucuk hidung~



 wahai( para muslimah) kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta ka wan -ka wan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot. com):-1.Tudung ‘Mickey Mouse’

-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit

-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung ‘See Through’

-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul

-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung ‘Singlet’

-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji

-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.

Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

“Pada akhir umatku nanti akan ada wan ita- wan ita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wan ita yang terkutuk.”(At- Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

“Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah,” kata laman ibnyusof.blogspot. com

Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-“Katakanlah kepada wan ita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…”

Biar susah, jangan menyusahkan. .

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 913,676 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada