bila hatiku berbicara

Archive for April 2008

Oleh Sazarina Shahrim

KUALA LUMPUR: Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil ke-18 sebulat suara berpendapat tidak perlu bagi seseorang yang ingin memeluk Islam memaklumkan hasratnya itu kepada keluarga terlebih dulu.

Persidangan tiga hari di Seremban yang berakhir kelmarin itu, memutuskan tiada nas mensyaratkan supaya pemakluman kepada keluarga dibuat sebelum seseorang itu memeluk Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, dalam satu kenyataan semalam, berkata persidangan itu juga memutuskan peruntukan undang-undang sedia ada mengenai kemasukan Islam serta perkara berkaitan dengannya sudah mencukupi dan ia perlu diteruskan.

“Ahli persidangan berpendapat supaya perkara pemakluman ini diserahkan kepada kebijaksanaan orang yang ingin memeluk agama Islam itu sendiri.

“Bagaimanapun, kaedah pendaftaran, penjagaan dan pengajaran mualaf perlu digubal dengan mantap dan berkesan,” katanya yang mempengerusikan persidangan itu.

Persidangan yang disertai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Mufti Negeri, Ketua Hakim Syarie Negeri serta Pengarah Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri itu diadakan bagi membincangkan mengenai cadangan mewajibkan orang bukan Islam yang ingin memeluk Islam memaklumkan kepada keluarga mereka mengenai status agama mereka.

Cadangan itu dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 April lalu.

Perdana Menteri menjelaskan cadangan untuk memperkenalkan peraturan baru itu bertujuan mengelak berbangkit masalah apabila mereka yang memeluk Islam meninggal dunia kelak.

Abdullah dilaporkan berkata, dengan adanya peraturan baru itu, orang bukan Islam yang memeluk Islam perlu mempunyai dokumen yang menunjukkan keluarganya dimaklumkan mengenai agama barunya.

Wan Mohamad bagaimanapun berkata, selepas dibincangkan secara terperinci, persidangan itu berpendapat tiada keperluan untuk melaksanakan cadangan berkenaan.

“Berdasarkan hukum syarak juga, kewajipan dan tanggungjawab terhadap ibu bapa yang tidak memeluk Islam tidak terhenti meskipun seseorang itu sudah memeluk Islam,” katanya.

~teringat kisah kematian pendaki gunung Everest~

TUJUH bulan sudah berlalu ketika kisahnya disiarkan dalam ruangan ini. Ketika itu rumah tangga Ifa sedang mengalami krisis kronik.

Masjid yang dibina bersama suami tercinta berada di hujung tanduk walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan hubungan tersebut.

Namun, ketentuan Tuhan tiada siapa mampu menolak. Realiti hidup harus diterima dengan tabah.

Minggu lepas saya dikejutkan dengan kedatangan e-mel Ifa. Seperti yang saya jangka, berita yang ingin Ifa sampaikan amat menyedihkan. Tuntutan fasakh nya telah diterima dan dia kini sah bergelar janda.

Termenung saya seketika. Teringat kata-kata Ifa, “Cinta dan sayang saya tidak berbelah bahagi kepadanya. Namun, dia telah mengguris hati saya sehingga terluka amat dalam, pedih dan biasanya akan saya rasa sampai ke hujung nyawa!’’

Tersentuh benar hati saya kala teringatkan kata-kata Ifa itu. Begitu sayangnya Ifa pada suami.

Namun, keputusannya tidak mahu berkongsi kasih dengan orang ketiga menjadikan Ifa nekad membebaskan dirinya setelah suami yang sedang asyik dengan isteri baru gagal memenuhi tanggungjawab dan mengabaikan dirinya dan anak-anak.

Apa lagi yang mampu saya katakan melainkan memohon agar kehidupan Ifa dan anak-anaknya selepas ini akan dilindungi dan diberkati.

Berkongsi pengalaman, saya catatkan kisah Ifa buat renungan bersama, yang baik jadikan teladan yang buruk, jadikan sempadan.

Begini kisahnya:

“Cepat sungguh masa berlalu. Sudah tujuh bulan saya bergelar ibu tunggal walaupun saya telah berusaha keras menyelamatkan keadaan.

“Walaupun sukar menangani dan mengurus kerja dan anak-anak, terkadang dengan cabaran pembantu rumah, alhamdulillah, Allah permudahkan urusan hidup saya.

“April lalu saya dinaikkan pangkat. Syukur rezeki anak-anak. Di pejabat kebelakangan ini ramai kawan turut mengalami masalah yang sama seperti saya – suami beralih kasih. Agaknya itulah nasib wanita!

“Dalam pada itu terdengar khabar bekas suami berada di sempadan membantu isteri baru menjalankan perubatan tradisional.

“Hairannya saya kenapa mesti berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sejak berpisah kami tidak berhubung langsung walaupun melalui telefon. Terkadang saya rasa bersalah kerana tidak dapat membenarkan anak-anak berhubung dengan ayah mereka.

“Tapi saya tidak dapat menerima kata-kata kesat bekas suami yang memanggil saya betina, perempuan jalang kerana tidak bersetuju dia beristeri dua. Malah dia mengugut akan melarikan anak-anak daripada saya.

“Sikapnya berbeza terhadap kami. Kepercayaan kepada isteri barunya yang dianggap segala-galanya itu menahan saya memberikan peluang lain untuk dia. Saat itu saya tertanya-tanya, inikah insan yang saya sanjung dan puja selama ini?

“Ketika mahkamah menjatuhkan keputusan fasakh – sayu dan hiba Allah saja yang tahu perasaan saya. Bayangkan kak, saya hanya sendirian bertemankan peguam kerana saya tidak mahu kesedihan saya bertambah.

“Setelah bergelar janda, saya tertekan, murung dan bersedih. Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan dalam kehidupan sebagai isteri, dilindungi, dibelai, dimanja, dihormati, dikasihi dan disayangi.

“Saya tidak pernah menafikan rasa kekosongan dan kekecewaan yang bersarang di hati. Setiap kali sujud pada-Nya, saya mengadu nasib, merayu mohon kasih sayang dan ehsan-Nya agar saya terus diberi peluang hidup sihat dan tenang di bumi-Nya. Sihat dalam erti kata mampu berfikir dengan waras.

“Saya dihina, ibu bapa saya dicaci sedangkan saya menghormati ibu bapa mertua seperti ibu bapa sendiri. Selang sehari bertanya khabar. Di mana saya terdengar ubat untuk sakit lutut ibu mertua, ubat untuk mengurangkan kencing manis ayah mertua, saya beli dan hantarkan.

“Tapi apa yang saya dapat? Saya cuma minta hormatilah perasaan saya walaupun saya bukan isteri mithali. Hormatilah saya kerana saya isteri, ibu yang melahirkan zuriat untuk anak mereka, bukan satu tapi tiga orang putera.

“Buruk baik yang terjadi adalah dengan kehendak-Nya, setiap satu penuh dengan hikmah-Nya. Niat hati saya supaya kisah ini menjadi teladan kepada wanita di luar sana agar lebih tabah menghadapi segala cabaran.

“Mungkin ini anugerah Allah. Setiap kali sujud, saya mohon diberi kesabaran dan kekuatan iman. Saya anak sulung. Pada adik-adik, sayalah tempat mengadu sementara saya pula mengadu hanya kepada-Nya yang Maha Mendengar dan Mengasihani.

“Terkadang saya kasihankan ibu bapa saya kerana mereka tidak tahu hal sebenar. Mereka hanya nampak anak mereka tersenyum dan ketawa tetapi di dalam hati bersarang kesedihan dan kehampaan.

“Teringat saya bagaimana ibu bapa membesarkan saya dengan kasih sayang, mendidik hingga saya berjaya memperoleh segulung ijazah dan dalam kerjaya yang kompetitif.

“Saya buntu dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya mengadu pada-Nya, mohon ditunjukkan jalan. Saya diduga dan diuji-Nya lagi, bila anak ketiga saya kini berusia 7 bulan lahir dengan keadaan tidak sihat membabitkan masalah pembuluh darah.

“Perasaan lebih terguris apabila suami akhirnya memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Dia mengaku tidak dapat menipu diri yang saya dan anak-anak adalah kebahagiaan mutlak hidupnya yang telah hilang walaupun telah beristeri baru.

“Ini saya saksikan dengan rasa sebak ketika saya temukan dia dan anak-anak pada satu hari atas permintaannya. Melihat airmata yang mengalir di hari pertemuan mereka empat beranak, saya tahu doa saya demi kebahagiaan anak-anak termakbul. Saya tidak kisah hati saya terluka.

“Kemaafan sesama manusia saya hulurkan.. apa yang saya harap untuk terus meniti hari-hari akan datang dengan penuh kesyukuran agar anak-anak saya jadi anak-anak yang beriman dan berakhlak.

“Ruangan ini banyak memberi saya inspirasi dan mengingatkan saya bahawa saya adalah di antara insan-insan yang disayangi oleh Allah, diuji setiap masa agar saya lebih tabah menghadapi hidup.

Meminjam kata-kata kakak: ‘Indahnya hidup andai ada kemaafan’, saya minta agar wanita di luar sana jika diuji dengan masalah, hendaknya lebih tabah daripada saya. Ingat, kekecewaan adalah jalan terbaik untuk bangun dan terus berjuang menggapai kebahagiaan dunia dan akhirat.’’

Begitulah Ifa menamatkan ceritanya. Saya pasti ramai yang tersentuh dengan pengakuan Ifa mengenai kisah rumah tangganya yang roboh di pertengahan jalan.

Tapi saya yakin, Ifa bukan calang-calang wanita, isteri dan ibu. Dia nekad dengan cabaran yang dilaluinya. Segala kepahitan yang dilaluinya semakin berlalu, hanya masa yang diperlukan.

Seperti kata Ifa, anak-anak berhak kepada bapa mereka sebab itu tanggungjawab. Saya sanjung tinggi sikap Ifa membenarkan anak-anak bertemu bapa mereka, itu sebaiknya. Ingat, hubungan yang terputus hanya antara Ifa dan suami, tapi anak-anak terus kekal selagi hayat mereka.

Berpeganglah kepada jodoh, pertemuan dan maut itu di tangan Tuhan. Insya-Allah, esok masih ada bahagia untuk Ifa. Dan kala ia menjadi kenyataan, pastinya bahagia itu akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih Ifa kerana berkongsi cerita dengan kami. Semoga Ifa terus tabah menghadapi cabaran dan cemerlang dalam hidup dan kerjaya.

Mengundur diri, pesanan telus daripada saya:

Mencintai seorang wanita bagi lelaki adalah sebahagian daripada kelebihan hidup lelaki – wanita adalah anugerah yang cukup nikmat dan penuh keindahan. Rugi bagi lelaki yang tidak menghargai kenikmatan dan keindahan ciptaan Allah SWT ini.

Salam.

~sedih baca kisah Ifa ini..tidak dapat di bayangkan andai ini terjadi pada diri saya…na’uzubillah. Semalam saya menonton Apa-Apa Aje bersama Hajah Shiela dan Shamsul Ghau-Ghau kisah rumah tangga jugak isteri mengandung suami beralih arah( lari dari kisah Ifa ni). Banyak yang memberi pendapat masing-masing. Ada tak sesiapa menontonnya semalam? Saya melihat dari kalangan keluarga, ayah saya sudahpun berusia lapan puluh lima( alhamdulillah masih sihat) manakala emak saya pulak tujuh puluh lebih ,kakak sulung saya lima puluh lebih. Saya melihat kebahagiaan mereka sampai ke hari ini. Pernah emak saya berkata, mak kalau ayahmu tiada tak taulah. Ini mengambarkan yang emak saya mencintai ayah saya sepenuh hati. Sesekali ada juga badai yang melanda tetapi dapat di atasinya dengan cara baik alhamdulillah. Itulah saya katakan betapa setianya orang dulu-dulu. Doa saya semoga kebahagiaan ini berkekalan untuk selamanya hingga ke akhir hayat~

Hamdi rasa sangat sedih dan kesal. Peristiwa yang sudah berlalu beberapa bulan itu sentiasa menghantui dirinya. Peristiwa itu menjadi igauan paling ngeri pernah dialami dalam hidupnya.

Ketika pulang lewat dari pejabatnya pada suatu malam, Hamdi terlihat anaknya Amri berada bersama sekumpulan mat rempit yang sedang bersiap sedia untuk memulakan aksi mereka. Melihat keadaan itu, darah Hamdi menggelegak. Amri yang selama ini disangka pergi ke kelas tuisyen, rupa-rupanya menipu. Amri yang bersopan santun dan sentiasa mendengar kata, rupa-rupanya hanya bersandiwara.

Hamdi menunggu kepulangan Amri dengan rasa marah yang tidak surut-surut. Dia sendiri tidak tahu apa hukuman paling wajar yang patut dikenakan kepada Amri nanti. Hamdi tidak dapat berfikir dengan waras kerana dirinya sedang dikuasai oleh emosi marah yang meluap-luap. Dia berjalan mundar-mandir di pekarangan rumahnya, menunggu kepulangan Amri.

Apabila mendengar bunyi enjin motosikal Amri tiba, Hamdi tidak buang masa segera menerpa ke pintu pagar. Tanpa sedar, Hamdi mengambil sebatang kayu yang ada di halaman rumahnya lalu bertindak memukul Amri. Amri terjatuh dari motosikal, bangkit dan segera melarikan diri ke jalan raya. Malang… sebuah kereta yang sedang bergerak laju menghentam tubuhnya. Hamdi hanya mampu meraung sambil melutut memegang jasad anaknya yang sudah kaku.

Melihat kejadian ini, rasa seperti amat sukar untuk kita memaafkan Hamdi, yang menjadi penyebab kepada kematian anaknya. Bahkan mungkin Hamdi sendiri pun tidak mahu memaafkan dirinya sendiri. Apatah lagi apabila guru-guru memberitahu Amri seorang pelajar yang pintar di sekolah dan mempunyai ramai kawan. Kita mungkin berkata, kenapalah Hamdi terlalu mengikutkan nafsu amarahnya dengan menyerang Amri sedemikian rupa? Kenapalah Hamdi tidak dapat bersabar sedikit dengan menunggu anaknya itu masuk ke dalam rumah terlebih dahulu sebelum menghukumnya? Kalaulah Hamdi dapat bersabar sedikit, tidaklah akan berlaku kejadian yang menyayat hati ini.

Peristiwa ini hanya sekelumit dari pelbagai jenis peristiwa yang kita alami dalam kehidupan sehari-hari. Ada peristiwa yang menyedihkan, ada yang menggembirakan, ada yang membahagiakan, ada peristiwa yang membuat kita marah, kecewa, bangga, putus asa dan sebagainya.

Bagi orang-orang beriman, bagaimanakah mereka menanggapi setiap peristiwa yang berlaku terhadap diri mereka? Bagaimanakah orang-orang beriman menanggapi peristiwa yang terjadi seperti di atas? Adakah mereka juga akan berasa marah dan kesal jika semua itu terjadi atas kelalaian dan kebodohan diri mereka sendiri?

Tentang sifat orang-orang yang beriman ini, Nabi memberitahu:
“Aku mengagumi seorang mukmin kerana selalu ada kebaikan dalam setiap urusannya. Jika ia mendapatkan kesenangan, ia bersyukur (kepada Allah) sehingga di dalamnya ada kebaikan. Jika ditimpa musibah, ia berserah diri (dan menjalankannya dengan sabar) bahawa di dalamnya ada kebaikan pula.” (HR Muslim)

Inilah sifat orang-orang beriman. Mereka menerima apa jua yang menimpa diri mereka dengan meyakini bahawa ada kebaikan dalam setiap kejadian yang berlaku walaupun perkara itu nampak seperti merugikan, menyusahkan atau mendatangkan keburukan. Semua itu dapat dilakukan melalui pemahaman akan kebesaran dan keagungan Allah.

Orang-orang beriman menyedari bahawa sejak matanya terbuka luas melihat dunia yang luas terbentang ini, Allahlah yang menetapkan setiap peristiwa yang terjadi dalam kehidupannya. Allah Maha Kuasa, Maha Bijaksana dan Maha Adil. Semua kejadian dicipta oleh Allah dalam rangka memenuhi rencana-Nya menurut ukuran yang telah ditetapkan.

Ada Kebaikan di Sebalik Setiap Perkara
Mungkin kita sering menyebut di sebalik sesuatu peristiwa itu ada hikmah yang tersembunyi yang hanya Allah mengetahuinya. Tapi seringkali kita menyebutnya sekadar menghilangkan rasa bersalah, susah hati atau marah terhadap peristiwa itu. Kita menyebutnya sekadar untuk menyenangkan hati sendiri. Kita menyebutnya kerana ia sudah menjadi tradisi dalam masyarakat kita.

Apabila kereta kita rosak di tengah jalan sehingga tidak dapat meneruskan hajat untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara kita, maka kita redha dengan takdir itu. Kita yakin ada hikmah di sebaliknya. Apabila kita gagal dalam temuduga, kita yakin ada hikmah di sebaliknya. Tetapi apabila rumah yang kita beli dengan harga beratus ribu ringgit, tiba-tiba diisytiharkan sebagai projek terbengkalai, apa perasaan kita? Spontan saja kita memarahi pihak pemaju. Kita terlupa menyandarkannya kepada Allah, bahawa Allah yang telah menetapkan perkara tersebut berlaku ke atas diri kita dan ianya sudah tersurat sejak azali. Sebaliknya kita tertanya-tanya, kenapa kita yang mengalami nasib seperti itu? Sedangkan perkara itu sangat membebankan kita.

Apa pula yang kita katakan jika kakak atau adik perempuan kita diragut sehingga menyebabkannya cedera parah, atau dilanggar oleh mat rempit yang sedang berlumba? Mudah-mudahan Allah memelihara kita daripada keburukan seperti itu, tetapi kita tidak boleh mengelak jika Allah sudah menetapkannya ke atas diri kita. Apa yang akan kita fikirkan? Sememangnya situasi itu akan menguji keimanan kita. Mungkin secara spontan saja kita menyalahkan si peragut dan mat rempit yang sungguh tidak bertimbang rasa itu. Terlupa kita akan kuasa Yang Maha Kuasa yang telah menetapkan perkara itu. Terlupa kita untuk memikirkan bahawa di sebalik peristiwa itu ada hikmah atau kebaikan yang tersembunyi.

Maha Suci Allah, sesungguhnya Allah terpelihara daripada bersifat zalim. Bahkan Allah sangat menyayangi hamba-hambanya. Dalam situasi seperti ini, dapatlah diukur sejauh mana iman kita kepada Allah SWT.

Orang-orang beriman tidak akan kecewa terhadap apa yang terjadi ke atas diri mereka. Mereka memahami bahawa setiap peristiwa yang menyusahkan atau menyakitkan itu, akhirnya akan memberi kebaikan kepada dirinya. Mereka berusaha melihat kebaikan dan maksud Allah menjadikan setiap peristiwa itu. Jika ia tidak nampak sebarang kebaikan di dunia ini, ia tetap yakin ada kebaikan di akhirat nanti – sehingga dengan itu ia dapat menerima setiap peristiwa yang berlaku itu dengan lapang dada.

Untuk melihat kebaikan dalam setiap perkara yang berlaku hendaklah kita benar-benar yakin bahawa perkara yang berlaku itu telah ditakdirkan oleh Allah. Tidak ada satu pun perkara yang terjadi secara kebetulan walaupun perkara kecil seperti digigit serangga atau jatuhnya sehelai daun, semua itu terjadi dalam rangka memenuhi takdir Allah.

Yakinlah bahawa ada keburukan dalam peristiwa yang kita rasakan baik dan ada kebaikan dalam peristiwa yang kita rasakan buruk. Hanya Allah yang mengetahui peristiwa-peristiwa yang baik dan yang buruk, kerana kebijaksanaan- Nya yang tidak terbatas. Sedangkan pengetahuan kita sangat terbatas dan hanya mampu melihat sesuatu peristiwa itu dari kulitnya saja. Firman Allah: “…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [al-Baqarah, 2: 216]

Percayalah bahawa Allah tidak membebankan kita melebihi kemampuan yang ada pada diri kita. Kerana itu ujian yang ditimpakan kepada seseorang berbeza dengan orang lain. Ini sesuai dengan firman Allah: “Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya…” [al-Mu`minun, 23: 62]

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.” [al-A’raaf, 7: 42]

Kita hendaklah tetap ingat ada kebaikan dalam setiap peristiwa yang berlaku, kerana itu tidak wajar untuk kita rasa marah atau memberontak. Perasaan itu jika terlintas di hati kita hanyalah tipu daya syaitan yang dihembuskan ke dalam hati kita. Semua itu hanya membawa kepada kemurkaan Allah. Firman-Nya:
“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. [Yusuf, 12: 87]

Menyerahkan Diri kepada Takdir
Pada dasarnya, apa yang harus kita dilakukan adalah menyerahkan diri pada takdir yang telah ditetapkan oleh penciptanya, dan menyedari bahawa segalanya akan berakhir. Sekiranya yang kita alami adalah kesusahan dan kesakitan, ingatlah firman Allah bahawa selepas kesusahan itu ada kesenangan. Firman-Nya: “Sesungguhnya pada setiap kesusahan itu ada kesenangan. Maka pada setiap kesusahan itu ada kebaikan.” [al-Insyirah, 94: 5-6]

Orang-orang yang benar keimanannya menggunakan setiap detik kehidupan mereka dengan mengakui bahawa apa pun yang terjadi, semuanya merupakan takdir yang telah direncanakan oleh Allah dengan maksud-maksud tertentu. Mereka terus mengambil manfaat dari pandangan yang positif ini. Mereka tahu bahawa menyesal dan memberontak tidak akan mengubah apa pun dalam takdir yang telah ditetapkan itu.

ttp://groups. yahoo.com/ group/Renungan_ Iktibar/ Jazzak Allahu Khairan

Apakah yang menyebabkan golongan remaja mudah termakan pujuk rayu cinta lelaki asing?

KEHILANGAN Nor Azreen Che Ishak, 12, dari kediamannya di Ladang Ulu Sawah Rantau, Negeri Sembilan, selepas melawat rumah kawannya di taman berdekatan menjadi tanda tanya.

Rupa-rupanya dia dilarikan oleh seorang warga asing yang dikenali sebagai Tony Wijaya, 27, pada Hari Raya Aidiladha tahun lepas. Kosmo! baru-baru ini melaporkan bahawa Azreen berjaya dijejaki di Lombok Timur, Indonesia.

Sebelum kes Azreen, penduduk Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan kes Maslina Siadin, 13, yang juga mengikut seorang warga Indonesia, La Ila, 17, pada bulan Disember tahun lalu.

Kehilangannya juga mencetuskan kebimbangan keluarga dan penduduk Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Yang pasti, beberapa kes gadis dan kanak-kanak melarikan diri bersama lelaki asing menyebabkan ibu bapa hari ini diancam dengan kebimbangan baru.

Anak gadis hari ini bukan sahaja tidak kisah melarikan diri dari rumah, tetapi lebih dahsyat sanggup menyabung nyawa merentas lautan berkelana ke negara asing.

Berdasarkan statistik kes Orang Hilang dan Jumpa Seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan, tahun 2007 (Januari hingga April), sebanyak 681 wanita telah hilang.

Seramai 302 sudah dijumpai manakala 379 masih dilaporkan hilang.

Menurut Pakar Psikologi, Jabatan Psikologi Pendidikan Kaunseling Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor, berita kehilangan dan penemuan Azreen di tanah seberang amat memeranjatkan. Memandangkan usianya masih muda, dia sanggup meredah Selat Melaka melalui perairan Johor, semata-mata ingin bersama insan tersayang.

Namun begitu, beliau tidak menafikan kes lari atau dilarikan teman lelaki sering berlaku di kalangan golongan remaja yang berusia 12 hingga 15 tahun. Ini disebabkan kumpulan tersebut mudah mempercayai pujuk rayu selepas dibuai dengan madah-madah cinta.

“Trend bercinta dengan warga asing semakin berleluasa. Situasi ini menunjukkan remaja tempatan lebih tertarik kepada warga asing. Sukar untuk dinyatakan punca sebenar gadis tempatan menyukai warga asing kerana hanya individu mempunyai jawapannya.

MASLINA (tengah) adalah antara gadis yang kini trauma akibat tindakan melulu melarikan diri bersama kekasihnya ke Indonesia.


“Namun begitu, salah satu faktornya ialah warga asing bijak menyusun kata-kata cinta. Bagi remaja yang sedang mengalami masalah kepincangan keluarga dan dahagakan kasih sayang, mereka mudah menyambut cinta tersebut,” jelas Mariani lagi.

Sementara itu, Kaunselor Unit Kaunseling, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam , Rokiah Mahmood menyifatkan golongan remaja gemar mencari kelainan terutamanya bab berkawan.

“Mungkin inginkan kelainan berbanding rakan lain remaja memilih pasangan warga asing (warga Pakistan, Afrika atau Indonesia). Lagipun seperti yang kita ketahui warga asing sentiasa menunjukkan sifat ramah dan mengambil berat hal pasangan,” ujar Rokiah Kosmo!.

Tambah Rokiah lagi, kes ini juga berlaku kerana remaja berpendapat mereka sudah bijak dan bebas menentukan hala tuju hidup mereka.

Nasihat ibu bapa, rakan-rakan mahupun guru tidak diendahkan. Apa yang penting mereka sudah menemui kekasih hati yang sanggup menghulurkan cinta dan menjadi tempat mengadu. Sedangkan pada hakikatnya, kita sendiri sudah boleh meneka niat sebenar warga asing memadu asmara dengan remaja tempatan.

“Kedatangan warga asing diibaratkan sambil menyelam minum air. Selain mencari rezeki mereka juga ingin mendapatkan status penduduk (PR). Seperti yang tertakluk prosedur memiliki status PR agak ketat maka jalan penyelesaiannya mengahwini gadis tempatan.

“Sekiranya niat perkahwinan tidak mendapat restu daripada ibu bapa si gadis, akhirnya warga asing akan membawa lari si gadis pulang ke negaranya. Atas dasar cinta yang kuat si gadis mengikut sahaja tanpa memikirkan kesan yang berlaku kemudian hari,” ujar Mariani yang bimbang trend itu.

MARIANI MOHD. NOR


Lebih menakutkan katanya, jika mereka melarikan diri ke kampung, bagaimana pula dengan soal mencari rezeki? Bagaimana ingin menampung kos perbelanjaan harian?

Tidak mustahil jalan penyelesaian yang mudah dengan mengerah atau memujuk si gadis menjual tubuh dan bekerja sebagai pelacur. Pada tahap ini, mungkin gadis berhadapan dengan dilema yang sukar kerana memikirkan soal maruah, cinta dan ketakutan.

Justeru itu, kepada remaja yang sedang merancang untuk lari bersama teman lelaki warga asing, Mariani menasihatkan supaya memikirkan kesan yang bakal dihadapi. Jangan disebabkan cinta kita sanggup membuang keluarga begitu sahaja.

Banyak kesan yang bakal terjadi sekiranya lari rumah bersama teman lelaki warga asing. Antaranya Mariani melahirkan rasa khuatir sekiranya remaja tempatan dipaksa dan dijual ke sindiket pelacuran.

“Jika pelacur di Malaysia terdiri daripada wanita asing, jadi tidak mustahil gadis tempatan yang dilarikan dikerah menjadi pekerja seksual.

“Selain itu melarikan diri dan mengahwini warga asing tanpa restu keluarga boleh mendatangkan bebanan, terutamanya apabila kita dizalimi. Ahli keluarga tidak dapat membantu ketika kita berhadapan dengan keganasan rumah tangga,” tegas Mariani supaya gadis tempatan bijak menilai perkara yang baik dan buruk.

Selain itu, lebih membimbangkan tahap kesihatan di negara asing. Seperti yang berlaku terhadap Maslina. Ketika ditemui, dia telah berubah identiti, dalam keadaan bingung dan amat lemah kerana demam campak dan malaria.

WALAUPUN cinta bukanlah sesuatu yang boleh dihalang tetapi pekerja Indonesia tidak wajar sewenang-wenangnya melarikan gadis dan kanak-kanak Malaysia.


Oleh itu, masyarakat dan pihak kerajaan perlu berganding bahu membanteras masalah ini. Pihak sekolah disarankan mendedahkan keburukan dan impak yang berlaku.

Ibu bapa pula jangan asyik mengejar kekayaan sehingga lupa kesihatan, pemakanan dan perihal anak-anak. Berkomunikasi, menghargai dan kasih sayang dapat membantu masalah sosial anak-anak.

Gadis lari ikut kekasih asing

KES 1 – Rinnie Anak Aseng, 18, gadis dari Bintulu, Sarawak melarikan diri mengikut kekasihnya bernama Basri, 19, ke Lombok, Indonesia awal Disember tahun lalu.

Rinnie mengikuti Basri memasuki sempadan Sarawak-Kalimantan melalui ‘jalan tikus’.

Setelah hampir 27 hari menghilang diri, Rinnie pulang ke pangkuan ibu bapanya dengan penuh penyesalan.

KES 2 – Maslina Siadin, 13, seorang lagi kanak-kanak yang termakan pujuk rayu lelaki asing sehingga sanggup melarikan diri sebelum disorokkan di Pulau Lamaraya dekat Sulawesi, Indonesia Disember tahun lalu.

Maslina melarikan diri mengikut seorang lelaki Indonesia yang dikenali sebagai La Ila, 17, selama lebih sebulan.

KES 3 – Kes terbaru gadis Malaysia terjerat dengan cinta lelaki asing ialah melibatkan seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun.

Kehilangan Nor Azreen Che Ishak selama lebih empat bulan di Lombok, Indonesia adalah antara yang paling lama.

Sama seperti kes lain, Azreen juga terjerat dengan cinta lelaki Indonesia bernama, Tony Wijaya yang sudah berusia 27 tahun.

Walaupun masih belum pulang ke pangkuan keluarga namun, usaha gigih daripada semua pihak kini sudah mula menampakkan hasil.


CHE ISHAK cuba menghalang wartawan dan jurugambar daripada mendekati anaknya sebaik mereka berjalan keluar dari LCCT malam tadi.

SEPANG – Che Siti Nor Azreen Che Ishak (Azreen) yang hilang sejak Aidiladha lalu kerana didakwa dilarikan seorang warga Indonesia ke Lombok, selamat tiba di negara ini malam tadi.

Namun sebaik sahaja tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), gadis berusia 12 tahun itu yang bertudung hitam, memakai baju T merah, berjaket dan berseluar jean biru terus dibawa masuk ke dalam sebuah Proton Waja ke satu destinasi yang dirahsiakan.

Sepanjang berjalan keluar dari LCCT, Azreen dipeluk erat bapanya, Che Ishak Che Kob yang cuba mengelak anaknya diserbu wartawan dan jurugambar.

Beliau turut dibantu oleh beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai misi yang sama dengan kelihatan ‘mengepung’ Azreen dan bapanya.

Kosmo! difahamkan, Azreen dan Che Ishak dibawa ke satu tempat yang dirahsiakan atas alasan tidak mahu diganggu.

Seakan-akan komplot melarikan orang, Azreen dijaga rapi oleh ahli NGO sejak dari Jakarta dengan gadis itu sendiri kelihatan terpinga-pinga.

Sejurus selepas mereka beredar, Pengerusi Kijang CARE, Datuk Husam Musa yang menyambut ketibaan mereka mengakui pelbagai usaha dilakukan untuk membawa Azreen pulang dengan segera, malah ia berjaya dilakukan sehari lebih awal daripada perancangan asal.

Husam berkata, beliau tergerak hati untuk membantu misi tersebut selepas membaca kisah kehilangan gadis itu dalam Kosmo! pada 29 Mac lalu.

Sementara itu, di rumah mereka di Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan, tinjauan Kosmo! mendapati, keluarga Azreen tidak berada di situ walaupun lampu dinyalakan.

Seorang pengusaha warung berdekatan berkata, keluarga tersebut kelihatan bergegas keluar kira-kira pukul 7.30 malam sehingga telefon bimbit milik ibu gadis itu, Siti Hawa Jusoh tertinggal dan hanya kedengaran deringan tanpa dijawab.

Perkahwinan sah jika wali bertauliah – Mufti

KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR – Status perkahwinan Che Siti Nor Azreen, 12, dengan Tony Wijaya, 27, tidak timbul selagi upacara itu berwalikan hakim bertauliah dan cukup syarat nikah.

Namun jika tidak, Mufti Johor, Datuk Mohd. Nooh Gadut memberitahu, mereka perlu bernikah semula selepas melalui proses perundangan Islam di negara ini.

“Mereka perlu failkan tuntutan isbat nikah iaitu mengesahkan sama ada pernikahan mereka dijalankan dengan betul atau sebaliknya di pejabat agama Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, pejabat agama negeri akan menyiasat dengan merujuk kepada pihak berkuasa agama di Indonesia untuk menentukan pengesahan nikah.

“Kita bimbang berlaku penipuan sebab itu perlu siasat.

“Selepas itu mereka akan dibicarakan di mahkamah kerana bernikah di luar negara tanpa kebenaran dan hukumannya ialah denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Apabila proses tersebut selesai pihak pejabat agama negeri akan mengeluarkan sijil perkahwinan kepada pasangan terbabit dan mereka perlu mengikuti prosedur biasa seperti iaitu kursus perkahwinan dan pemeriksaan kesihatan.

Ketika ditanya mengenai usia Azreen yang baru berusia 12 tahun, Nooh menjelaskan, adalah menjadi satu kesalahan berkahwin di bawah usia 16 tahun.

“Tapi bapa Azreen perlu meminta keizinan mahkamah untuk membenarkan anaknya dikahwinkan dengan lelaki tersebut dan selalunya mahkamah akan menasihati pasangan supaya memelihara rumah tangga mereka.

“Ingin saya jelaskan di sini semua proses atau prosedur ini bukan untuk menyusahkan atau menghalang tetapi untuk memastikan tidak berlaku masalah di kemudian hari,” jelasnya.

~alhamdulillah akhirnya setelah beberapa bulan menghilang adik Azreen selamat di bawa pulang ke tanah air. Saya mengikuti perkembangan kehilangan adik ini. sedih bila melihat bapanya merayu anaknya pulang di TV9 ibu bapa mana yang tidak sedih bila anak mereka di larikan oleh warga asing. Cuma saya geram jugaklah berani-beranilah warga asing ini( jangan marah ya tidak semua warga asing begitu mungkin segelintirnya sahaja) bertindak sedemikian rupa terhadap gadis kecil ini tanpa memikirkan risikonya~ Usianya masih terlalu muda tidak layak untuk bergelar isteri, dia hanya layak di bangku sekolah belajar bersama rakan-rakan sebayanya. Biasanya orang-orang Indonesia ni dalam usia muda sudah bernikah, pengelaman tinggal di Bandar Countryhomes tiga tahun lepas anak gadis mereka tidak sampai umur lima belas tahun sudah bernikah. Bila bercakap dengan orang gaji adik ipar saya katanya orang-orang Indonesia memang kawin di usia yang masih muda, kalau dia tidak bekerja di Malaysia tentu sudah menikah.

SOALAN MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.

JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: “Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.” (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: “Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)

Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.

Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah……

~tetapi sekarang ini kita melihat masih ramai wanita-wanita yang mendedahkan aurat-aurat mereka di kalangan orang biasa tak payah cakaplah, di kalangan remajapun tak payah cakap..bertudung tetapi tak ubah seperti trend….. ini termasuk isteri-isteri pemimpin negarapun masih lagi menayang rambut tinggi…alahai comei ke fesyen rambut lagu tu? saya teringin melihat Datin Semah Mansor, wife mantan PM DaTin Semah Ali jugak  bertudung,  Fidah Aziz dan semua pemimpin islam termasuk  isteri Pak Lah selaku pendokong islam  hadhari bertudung….tentu comei kalau di gayakan dengan tudung berbagai fesyen dewasa ini……….teringin sangat nak tengok mereka bertudung……..

Sedihnya I baca cerita nie…hey…ada juga suami yg tak sayang isteri mcm
ni…

Subject: Bila Hati Sudah Mati (khas utk yang nak kawin lagi!)

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah “tak berguna”..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada….dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada…kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun…. Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam…wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2…kejam kejam

saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat…tapi jauh di sudut hati saya…memang terasa kejam…sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan
4 orang anaknya.

masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik, hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu….saya malas lah nak bertekak…

saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri…dia tak nak…dia kata payah dia nak berulang alik. lantaklah…..biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1. kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu…memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat….wife dia dah kerja sebagai operator kilang…so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu…lepas tu dah jodoh dia orang kawin.. mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan
saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap… tapi yg buat saya bengang…ade ke…kawan saya tu….selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia…cari no.2… tak sampai hati saya nak duakan
isteri tersayang saya tu.

saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah…saya jengoklah…saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi….wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu…

kat bawah…saya tengok…anak2 dia yg 4 org tu dgn maid…menangis2 pungut baju mak dia…kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap… “kau org cakap ngan mama kau…kalau nak papa jaga sampai mampus…jgn lawan cakap papa…”

tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu…anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu…so…seronoklah dia berendam & mandi sama2n gan wife no.2 dalamjacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu…sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu…

maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya tu.

aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03…sedangkan suaminya – rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.

apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas…saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital…sebelum aruah pergi kehospital…dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya
(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi

Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya…

Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.

masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi…memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni. masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital…aruah masih dalam bilik rawatan….abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi
dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.

saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur. dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.

Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.

masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap…tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.

masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya. suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni, setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya…mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama…mama…mama…dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan…senyap2 sayang…papa ada…dan saya berharap agar Allah..berikan hidayah kat rakan saya tu…supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai…

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina
macam ni..

(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah
bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)

~ kisah ini samaada benar atau tidak sudah lama atau baru tetapi ianya membuatkan saya menitiskan air mata tatkala selesai membacanya…………

Kalau nak dikutkan rasa dah tak mau dah tulis hal-hal personal kat blog ni sebabnya blogspot ada blogmywaypun ada…tu lah nak buat blog kemainlah banyaknya pastu tak tau nak tulis yang mana satu. Syukurlah kepada Allah s.w.t kerana saya(aik kat sini kena bersaya-sayalah pulak lagak sopan gitu) di beri kesempatan untuk saya menghentakkan jejari saya ni keyboard yang semakin usang ini….tu pun di kira syukur banyak-banyak kerana cuma inilah satu-satunya komputer di rumah saya yang masih bernafas setelah dua lagi di baham virus dan di godek anak saya hingga ke titik noktah yang terakhir. Kekadang saya kagum dengan anak saya, biarpun umurnya baru tiga belas tahun tetapi dia memang berminat bab-bab komputer ni….dari window xp di tukar ke window vista dan macam-macam lagi yang buat. Malah dia suka membaca majalah Pc tak kira berbahasa melayu dan berbahasa english, kalau tidak faham dia akan bertanya ayahnya, minat ayahnya kepada komputer menurun kepadanya kerana dia akan memerhati apa yang ayahnya buat. Komputer tu dah di makan usia kalau dah sampai ajal tu memang lumrahlah, dah nama lagi barang lama…..kalau nak dikutkan kalau manusiapun bila sudah berusia bakal pergi juga, tetapi jangan lupa yang mudapun tetap akan pergi juga oiii bukannya yang tua sahaja.

Dua hari lepas uncle Cina( kawasan saya duk ni tempat DAP) ramai sangat Cina, India dan Singh kat sini, orang melayu kat Section 11 tempat saya tinggal ni boleh di bilang dengan jari aje sikitnya, sebab tulah masjid bulan di Section 14 ada jugak masjid universiti. Hampir tiga tahun saya tinggal di sini, inilah pertama kali uncle ni datang ke rumah saya…banyak sebabnya malas nak bercerita, maklumlah kan saya tinggal di rumah kompeni apa-apa kerosakan atau apa saja berkenaan dengan rumah ini bagitahu sajalah mereka yang berkenaan supaya di ambik tindakan. Kalau nak dikutkan rumah ini di zaman British dulu dah berusia lima puluh tahun lebih dah. Rumah banglo lama di atas bukit selalunya dalam cerita-cerita ianya amat menyeramkan di tambah lagi dengan rimbunan pokok-pokok yang rendang di belakang rumah…kata kawan suami saya yang kebetulan singgah pada suatu malam tu ..rumah ini agak suram…tetapi saya tinggal tak ada apa-apapun yang membuatkan saya takut biarpun saya pernah tinggal berseorangan tatkala suami pergi kursus beberapa hari.

Petang semalam beberapa orang datang untuk chek kerosakan di luar dan di dalam rumah. Dari cakap-cakap diorang rumah ini akan di ganti dengan perlatan baru, tingkap baru, jubin dan sebagainya lagi serba-serbinya baru. Terpk-pk jugak saya ketika zaman saya masuk ke rumah ini tiga tahun lepas kenapa tidak di bedah siasat( huhuhu macam Bn nak plak nak bedah siasat) mana yang rosak dan sebagainya. Jawapan yang saya terima dari suami…dulu depa takda duit untuk repair rumah ni tetapi sekarang ni depa dah dapat banyak peruntukan dari kerajaan sebabnya kenapa?????? nak tahu kerana BN kalah teruk depa nak ambik hati kakitangan kerajaan lebih kurang gitulah kot( itu bukannya kata saya tetapi kata salah seorang pegawai perumahan ni) depa nak repair semua rumah kompeni kat PJ ni seelok yang mungkin. Alahai bukan rezeki saya…kalau tidak bolehlah saya tinggal di rumah yang baru di baik pulih…bila tiba masanya saya terpaksa mencari rumah lain untuk berpindah kerana rumah ini bakal di baik pulih macam mana kami nak tinggal kalau depa nak repair rumah ini. Bukannya senang untuk berpindah randah. Nasiblah saya ni bukannya jenis membeli barangan rumah kalau tidak jenuh jugaklah. Biarpun bukan dalam jangka waktu yang terdekat ni tetapi kami haruslah mengemas segala buku-buku supaya bila tiba masanya segalanya menjadi mudah. Pindah lagi nampaknya kami. Dari utara ke Kelantan, lepas tu ke utara lagi tak sampai beberapa bulan di urata ke Kuala Lumpur dan Selangor lepas ni ke kuburlah pulak gamaknya. Hafizpun sedar-sedar besar dah jadi remaja dah…….

insyaallah bila ada idea sambung lagi……..

nak sambung lagi sementara ada idea ni….oleh kerana saya tinggal di rumah kompeni insyaallah tidak akan menjadi masalah untuk mencari rumah kerana pihak mereka akan uruskan segalanya dari sewa lori dan rumah kompeni jugak. Hampir tiga tahun tinggal di sini rasa sayang jugak bila melihat pokok-pokok bunga rmawar saya hidup subur di atas tanah( kalau tanam kat pasu tak mahu subur). Pagi-pagi saya akan memetik beberapa kuntum mawar yang masih segar untuk di letakkan di dalam gelas yang berisi air. Saya berkira-kira kalau saya nak pindah saya akan ambik jugak pokok ini walau dengan apa cara sekalipun( saya memang hobi menanam pokok bunga, di mana saya berada pasti saya akan menanamnya) alangkah baiknya kalau saya sudah mampu memiliki rumah sendiri tidak bersusah payah berpindah…tetapi tuhan masih belum mengizinkan lagi. Ini kerana saya berkira-kira kalau di panjangkan umur saya ingin membina rumah di kampung. Sudah cukup letih saya tinggal di sini, ingin pulang ke kampung pula yang bebas dari segala pencemaran dan sebagainya insyaallah……….

Assalamualaikum salam ukhuwah muslimin muslimat, moga dalam rahmat Allah s.w.t.

Rasanya terlalu lama saya tidak menulis di sini, hari ini bila saya buka blog ni agak pening sedikit kerana wordpress berubah lagi, insyaallah kalau sudah biasa tidaklah terasa kekok. Lama menyepi bukan bermakna sudah lupa dunia blog tetapi ada masa dan ketikanya kenalah slow dari berblog ni kalau terlalu banyak kometmen lain yang harus di selesaikan. Banyak benda sebenarnya yang berlaku dalam hidup kita secara mendadak tanpa kita duga, anak sakit….lepas tu suami pulak. Tetapi alhamdulillah kerana Allah memberi kekuatan untuk diri ini menghadapi semua ini dalam serba kekurangan. Kalau kita selalu di uji ianya bagaikan sudah sebati dalam diri kita. Insyaallah tiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya…itulah kasih sayang dari Allah s.w.t kepada kita sebagai hambaNYa yang kerdil.

Semenjak akhir-akhir ini juga saya jarang ke blog teman-teman seperti selalu, semuanya kerana terikat dengan keadaan, dengan komputer yang sekejap okey sekejap tak okey. Apa ke tidaknya anak saya Hafiz kalau dah dapat komputer habis di godeknya, bermula dari window xp di tukar ke window vista, entah apa jadinya Internet agak lembab hingga kini. Rasa malas pulak hendak menulis dan menjadi musafir dalam keadaan IT yang agak lembab, semua itu memerlukan kesabaran. Insyaallah suatu hari nanti semuanya akan baik belaka.

Akhir kalam jumpa lagi andai keadaan mengizinkan…….

KUALA LUMPUR – Isu perkahwinan tidak harus dicampuradukkan dengan fahaman politik kerana ia menyalahi ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, perkahwinan adalah perkara yang dituntut manakala fahaman hanya satu cara hidup.

Jadi, katanya, orang ramai terutamanya ibu bapa perlu bersikap rasional dan tidak menghalang anak masing-masing untuk berkahwin hanya berbeza fahaman politik.

“Jika mereka (anak-anak) dapat pasangan yang sesuai serta memenuhi tuntutan agama, tak perlu dihalang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas keputusan pasangan tersebut yang menggunakan wali hakim, Abdul Shukor menganggap ia keputusan yang bijak.

“Nasib baik mereka berfikir panjang dan tidak berkahwin lari kalau tidak tentu masalah ini lebih rumit,” katanya dengan menambah, kes itu adalah yang pertama diketahuinya.

Saya rasa menarik artikel yang di petik dari kosmo ini, saya tidak akan komen dulu kerana saya nak anda komen apa pendapat anda?  Yalah satu masa nanti kita semua pasti akan menjadi pak dan mak mertua, so apa kata anda ya tentang isu ni?


Kalendar

April 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 913,676 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada