bila hatiku berbicara

Archive for Oktober 8th, 2007

Assalamualaikum….rasanya sudah lama benar aku tidak berkongsi cerita di sini…biasalah kalau dah tak tau apa yang hendak di ceritakan teratak ini senyap ajelah. Dalam aku menyepi tanpa apa-apa cerita aku menziarahi dari blog ke blog. Entahlah walau banyak mana blog yang aku ada tetapi worpress jugak yang aku suka.

Semalam/kelmarin isnin 8 Oktober 2007 sepatutnya suami kerja…tetapi oleh kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan dia terpaksa mengambil cuti. Kebetulan ada tetamu yang akan datang kerumah. Janji temu pukul sepuluh pagi..tetapi dah bersiap..kemas rumah tapi belum muncul-muncul lagi.

Sambil menanti aku mendengar radio IKIM cerita pasal ayam lagi…aduhh teratakku ini asyik cerita pasal ayam aje. Tetapi inilah yang menarik minat ku sejak sebulan yang lalu. Alhamdulillah dari Doktor Zainal lah aku tahu tentang ayam organik..tentang pasaraya halal di Pantai Dalam bertentangan dengan stesyen komuter Pantai Dalam. Pasaraya Metamorf…memang benarlah kalau dah kita nak buat sesuatu yang baik yang halal banyak sungguh dugaannya seperti kata Doktor Zainallah. Ada ke patut ada yang mempertingkaikan tentang proses ayam organik ada yang bertanya ayam ni halal ke tak. Kalau u all dengar Radio IKIM semalam boleh tahulah cerita lebih lanjut. Aku nak ceritapun bukannya pandai sangat. Tetapi terus terang aku katakan…bila di sebut ayam daging yang di jual di pasar tekak aku meloya. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah mengampunkan aku kerana sebelum ini aku dan famili tidak tahu apa-apa di sebalik cerita ayam. Dulu aku tidak tahu tetapi sekarang bila aku dah tahu aku memang dah tak akan sentuh.

Beberapa minggu yang lepas aku pergi berbuka ke rumah kawan seopis suamiku di Jalan Klang Lama…depa yang datang ambil kami berbuka di rumah depa. Di hadapanku ada rendang ayam dan ikan. Aku dan famili mengambil lauk ikan…kawan suamiku yang merupakan kakak angkatku hairan. “Aik awatnya tak makan ayam, kan dulu selalu kirim ayam kat akak di pasar tani kampung Kerinchi? Dia memandang kami hairan… Aduhhh aku nak jawab apa ek?”

“Kak mintak maaf saya dan famili dah lama dah tak makan ayam…alahan sikit, lagipun saya suka makan ikan masak cili api akak ni sedap ikan ni kak”..dah tak tau nak cakap apa dah bimbangnya hati takut mereka berkecil hati dengan kami. Alhamdulillah mereka faham..suaminyapun tak makan ayam..katanya hiss abang pun dah lama tak makan ayam ni…ayam ni nampak aje besarnya…tapi di cucuk macam-macam. Aku kira mungkin diorang baca Harian Metro atau pergi baca ke grup UZAR. Entahlah aku tak tau kenapa…tetapi kalau ada benda yang aku ragui aku memang tetap dengan pendirian. Nasib baik anak faham. Tetapi alhamdulillah bila di perkenalkan dengan ayam organik anakku sudah dapat menikmati ayam halal…segar dan bersih. Banyak bezanya…ayam organik bila di siang tidak banyak lemak…lendirpun tak ada. Huh…cerita banyak-banyakpun tak guna gak kalau kita tak ambik peduli…tetapi itulah aku nak cakap kalau kalian dengar radio IKIM kalian tahulah apa yang di katakan Doktor Zainal. Kalau nak diikutkan telur dan status daging…huih semuanya di luar kemampuan kita…tetapi mencari yang halal itu fardu.

Aduhh… dah terlajak cerita pasal ayam dah aku ni. Ok sambung cerita tadi tunggu punya tunggu jam dua belas baru sampai…alahai siannya tak jumpa cari rumah. Habislah sudah tugas aku dia dan familiku semalam…eh… mana boleh cerita rahsia hihihi. Selepas mereka memanjat pokok mangga mereka minta diri untuk pulang. “Hafiz jom tumpang uncle ke sekolah”? Tetamuku mengajak Hafiz menumpangnya untuk ke sekolah tetapi biasalah Hafiz ni tak mahu. Aku bukan tak kasihankan anakku sorang ni pergi sekolah berjalan kaki…aku bukan tak kasihan…tetapi dia yang tak nak. Memanglah van bermasalah tiada banyak van di kawasan perumahanku ini. Kalau adapun cuma satu van saja..tetapi itupun bermasalah. Memandangkan jarak sekolah tak sampai sepuluh minit berjalan kaki…baiklah duit untuk bayar kat van aku bagi kat anak aku aje bolehlah jadikan duit tabungannya. Dah nak ambik teksipun dia tak nak aku nak kata apa lagi…katanya kalau nak suruh dia pergi naik teksi dan van dia tak nak pergi sekolah.

Selepas kepulangan mereka dan Hafizpun sudah ke sekolahnya, selepas bersolat zohor hujan turun…tidaklah lebat sangat. Suamiku kata dia nak gi tinjau-tinjau kat Pantai Dalam nak pergi beli ayam organik dua tiga ekor bolehlah simpan untuk bekal raya. Buat rendang ke….aku kata okey aje. Memandangkan raya pertamaku di PJ ni aku kenalah jugak masak sikit untuk kami…malam tu dah balik kampung dah.

Selalunya bulan-bulan puasa ni aku jarang memasak…kalau masakpun cuma satu jenis lauk saja..selebihnya suamiku beli aje di bazar ramadhan berhampiran dengan tempat kerjanya. Kalau nak masakpun tak berbaloi jugak makan untuk tiga orang aje…beli sajalah senang kata suamiku.

Suamiku beli dua ekor ayam organik…dan kuih muih dan lauk pauk untuk berbuka. Kecor air liurku bila melihat sayur rebung masak cili api dengan perut lembu..padahal rebunglah yang membuatkan aku sesak nafas. Time berbuka aku makan sayur rebung tanpa aku sedar sebenarnya itu mengundang risiko buat orang yang berpenyakit asthma sepertiku. Dah pekena mi…laksam…selalunya aku tak makan banyak begini bula berbuka..tetapi semua jenis makanan yang suamiku beli mengingatkan aku nostalgia berbuka di kampung. Ada tepung bungkus..mee goreng longgok…tu yang buat aku makan banyak…padahal aku ni memang tak boleh terima makanan banyak-banyak sekaligus.

Apalagi selepas maghrib sesak nafas minta minyak panas untuk di urut seluruh badan. Orang lain panas kita sejuk…itulah time berbuka ni jangan terlalu ikutkan nafsu makan aje berhenti sebelum kenyang. Sampai bangun sahurpun badan tak sihat…pekena air kopi panas sajalah. Memanglah aku tidak boleh makan sebarangan seperti orang lain…makanan sejuk di dalam peti aispun aku cukup pantang inikan sayur rebung yang sudah terang lagikan bersuluh. Teringat aku ketika di kampung…bila kau hendak menjamah sayur rebung ayah aku kata…”hah makanlah sayur rebung tu nanti lelah sapa yang susah?” leter ayahku. “Dah ayah  tahu orang suka makan rebung kenapa ayah beli”? Jawapan mudahku membuatkan ayahku tersenyum kerana dia juga suka makan sayur rebung dan dia tahu juga itulah jawapan dari anak bungsunya yang agak degil waktu dedulu, tidak tahu pantang walaupun berpenyakitan. Alahai rindunya kat ayah dan mak kat kampung. Dah habis dah ceritaku yang entah apa-apa ni.

Akhirnya aku ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semua…maaf zahir dan batin.


Kalendar

Oktober 2007
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 913,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada