bila hatiku berbicara

Archive for Oktober 25th, 2007

Assalamualaikum apa khabar anda semua? Semoga di berkati Allah di bulan yang mulia ini…masih lagi merayakan bulan syawal yang barangkali masih banyak open house di merata-rata tempat dan rumah. Begitulah meriahnya berhari raya di Malaysia ni…makan dan makan pesta makan…dah lah bulan puasapun pesta makan…raya apalah lagi makan…makan makan…tapi jangan lupa kepada mereka yang tiada…yang dhaif dan yang serba serbinya kekurangan. Bulan-bulan begini berlumba-lumba orang persorangan badan korporat dan dari berbagai pihak menghulurkan bantuan alhamdulilah murah rezeki mereka. Biarlah mereka juga dapat merasai apa yang kita rasa…biarlah mereka bergembira seperti orang lain…anak-anak mereka biarlah berbaju baru dan biarlah mereka ada juadah untuk di santap di hari yang mulia. Begitulah lumrahnya kehidupan ada pasang surutnya…kalau tidak Allah tidak jadikan miskin dan kaya…ingatlah wahai si kaya dalam hartamu ada sebahagian milik orang lain. wahai si miskin setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya…lantaran itu bersyukurlah seadanya…selain dari berusaha untuk mengubah kehidupan yang lebih baik…kerana Allah tidak akan mengubah nasib hamba-NYa melainkan hamba-NYA sendiri mengubah nasibnya.

Barangkali ada yang berpuasa enam…alhamdulillah…ganjarannya amat besar….ambil-ambillah peluang ini…entah tahun depan dan tahun akan datang masih berpeluangkah lagi kita untuk menyambut ramadhan dan berhari raya seperti sekarang.

Hari rayaku seperti biasa…bagiku tiada yang lebih meriah melainkan kanak-kanak. Manakala aku tiada yang lebih membahagiakan bila dapat mencium dan memeluk ibu dan ayah. Memang seronok dapat berkumpul ramai-ramai. Macam-macam cerita ada….alhamdulillah semoga jalinan silatuahim berkekalan hingga ke akhir hayat.

Agaknya bila sudah lama tidak bercerita idea kering…sampai sinilah dulu insyaallah bercerita lagi…………….


Kalendar

Oktober 2007
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 913,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada