bila hatiku berbicara

Archive for Oktober 10th, 2007

Kes bunuh Nurin: Wanita Indonesia ditahan polis dibebaskan

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Seorang wanita warga Indonesia yang ditahan polis pada 28 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazmin, 8, hari ini dibebaskan tanpa syarat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II Ku Chin Wah berkata, wanita itu dibebaskan kerana polis tidak mempunyai bukti kukuh yang cukup untuk mendakwanya di mahkamah.

“Kami terpaksa melepaskannya kerana kami tiada cukup bukti untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap dia. Lagipun tempoh lanjutan reman yang diperolehi pada 4 Okt lepas tamat hari ini.

“Wanita itu yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wanita itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Nilai, Negeri Sembilan dan dikatakan menjadi “penjaga” Nurin Jazlin sepanjang tempoh kehilangan kanak-kanak itu.

Wanita itu juga dikatakan pernah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, serta menghubungi talian Rakan Cop dengan menggunakan pelbagai nombor telefon bimbit bagi mengetahui perkembangan kes kehilangan kanak-kanak itu.

Pada 29 September, wanita itu juga telah menelan satu kad SIM (modul pengenalan pelanggan) yang mengandungi maklumat panggilan yang dibuatnya kepada bapa Nurin Jazlin.

Kad SIM tersebut hanya berjaya dikeluarkan selepas enam hari.

Sementara itu, seorang pegawai Kedutaan Indonesia ketika dihubungi berkata, pihak polis belum memaklumkan mengenai perkembangan terbaru wanita itu.

Pegawai itu juga berkata, sekiranya wanita berkenaan memerlukan bantuan kedutaan, pihaknya akan memberi kerjasama termasuk menghantarnya pulang ke Indonesia. – Bernama

~Ya Allah Engkaulah yang Maha Berkuasa dan Maha Besar.Engkau Tunjukkanlah siapa pembunuh kejam adik Nurin Jazlin, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang tersurat dan yang tersirat ya Allah. Walaupun aku katakan tidak ingin meletakkan artikel tentang adik Nurin di blog ini lagi….lantaran sudah ada blog Memori buat adik Nurin…tetapi aku tidak boleh. Begitulah kuatnya kasihku kepada anak-anak kecil…apa lagi dia di bunuh kejam. Siang malam aku berdoa semoga si pembunuh kejam itu akan dapat di adili di muka pengadilan. Tetapi ingatlah kamu…andaimnya kamu terlepas di dunia..tunggulah pembalasanmu di akhirat. Ya Allah aku ini alpa dan lalai dalam mengejar duniawi..ampunkanlah kami ya Allah..

Sayangku Nurin..berbahagialah dikau di taman firdausi itulah yang selayaknya untukmu sayang………….


Kalendar

Oktober 2007
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 913,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada