bila hatiku berbicara

Archive for Oktober 11th, 2007

Oleh Iskandar Shah Mohamed

PUCHONG: Lapan belas warga asing yang sedang menyembelih ayam tergamam apabila premis tempat mereka bekerja diserbu dalam operasi bersepadu di Taman Perindustrian Puchong, Batu 13 di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, semua individu terbabit dikenal pasti melanggari undang-undang kerana tidak mengikuti kursus dan memiliki sijil sah penyembelihan yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu, ayam yang dijual pemilik premis terbabit didapati tidak ‘halal’ kerana proses penyembelihan tidak mengikuti hukum syarak dan syariat Islam.

Ia terbukti apabila Jais mendapati proses menyembelih yang dijalankan warga asing berkenaan hanya dengan memutuskan satu urat termasuk mencecah paras lidah dan sekali gus melanggari peraturan sedia ada.

Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar, berkata pemantauan pihaknya mendapati premis berkenaan beroperasi selama 24 jam dan menghantar bekalan ayam di sekitar Lembah Klang termasuk beberapa daerah di Selangor.

“Hasil pemeriksaan kemudian mendapati seorang daripada warga asing berkenaan menyembelih ayam dengan hanya memutuskan satu urat sehingga mencecah bahagian leher yang dianggap tidak halal sama sekali.

“Selain itu, semua warga asing terbabit tidak mengikuti kursus penyembelihan sah termasuk tidak memiliki sijil yang diperakui sah oleh Jais,” katanya ketika ditemui dalam operasi itu awal pagi semalam.


Kalendar

Oktober 2007
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 913,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada