bila hatiku berbicara

Tragedi di bilik asrama UTM

Posted on: Julai 1, 2009

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

~Sedih baca kes ini mati dalam keadaan dua kali aib. Melahirkan anak luar nikah dan mati dalam keadaan tanpa seurat benang kasihan sungguh. Betapa beraninya dia mengambil risiko melahirkan anak seorang diri. Sedangkan kita yang ada suamipun kalau hendak melahirkan anak  takutnya ya Allah. Memanglah kita dengar banyak kes yang macam ni melahirkan anak seorang diri. Saya sedih kerana ada baby lelaki di sebelah jenazah, mungkin kalau si mati minta bantuan dari sesiapa perkara ini tidak akan berlaku. Tetapi apa nak buat sudah sampai ajalnya. Andainya dia adalah seorang yang bergelar isteri alangkah beruntungnya kerana  matinya dalam keadaan syahid kerana melahirkan anak. Andainya dia adalah mangsa rogol semoga Allah menempatkan dia di tempat orang-orang yang beriman. Hanya tuhan saja yang tahu.

Sedih kerana remaja-remaja sekarang tidak seperti remaja yang dulu-dulu, yang sopan  santun dan pemalu. Tetapi remaja dan wanita zaman sekarang semakin berani. Berani berpakaian seksi dan tingkah lakupun tidak melambangkan ciri-ciri keislaman dan wanita timur. Semuanya itu sudah hilang.  Kembalikan ciri-ciri kewanitaan zaman dulu-dulu. Wanita zaman dulu-dulu hanya mempertontonkan keindahan tubuh badanya hanya untuk suaminya yang sah. Menyerahkan jiwa dan raganya hanya untuk insan yang bergelar suami sahaja.  Tetapi sekarang lelaki dan perempuan bebas melakukan hubungan biarpun  tanpa  nikah . Melahirkan anak luar nikah lalu membuangnya tanpa rasa belas kasihan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan kita. . (Maaf kawan-kawan saya tak kata semua wanita  sekarang macam ni kerana masih ada lagi wanita yang beradab sopan tika ni jangan salah faham ya). ~

p/s .Saya terlalu emo kalau ada kes tentang baby kena buang dan baby mati dalam keadaan macam ni. Kekadang kalau ada terbaca bayi yang kena buang, di rendam dalam baldi saya akan kata. Kalaulah bagi kat saya pasti saya akan menjaganya dengan baik~


Untuk kaum Hawa


Wahai Hawa, Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa, Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..

jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan… takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya… Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu…

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim).


31 Respons to "Tragedi di bilik asrama UTM"

Hai, kebiasaannya begitu, setelah trlambat baru sedar bahawa sebenarnya peranan teman, pelajar dan masyarakat amat berat. Kita lupa utk ambil tahu di sekeliling kita jika trhidu “something is up”.. dan boleh dibantu.
teguran dan kasih sayang dpt merungkai semua,insyaallah.

kadang kalau kita ambik tahu dikatanya kita jaga tepi kain org..tambah2 budak2 zaman sekarang mana boleh di tegur, silap2 kita yg kena marah, tak marah di belasahnya. Rasanya peranan keluarga itu yg penting. Mungkin si mati malu untuk memberitahu keluarga dan kawan2, jalan singkat mengambil apa jua risiko. Ada juga keluarga yang tidak dapat menerima keadaan anak itu. Kalau kita pk kalau keluarga tak main peranan siapa lagi, lagipun semuanya sudah berlaku, yg terjadi kan tetap terjadi. Sebagai keluarga kena ambik tahu. Insan2 yg terlanjur ni pergilah ke rumah2 perlindungan sementara seperti kewaja dan raudatul sakinah demi untuk menyelamatkan diri dan anak. Selepas itu bertaubatlah..sesungguhnya Allah menerima taubat hambaNYa yang benar2 insaf.

Ambil DNA mayat bayi

JOHOR BAHRU: Polis mengambil contoh DNA mayat bayi lelaki ditemui mati di sisi seorang bekas siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang turut meninggal dunia selepas melahirkan anak dalam sebuah bilik di asrama universiti itu, Isnin lalu.

Contoh DNA itu diambil bertujuan mengenal pasti identiti bapa bayi wanita berusia 26 tahun itu yang turut menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci meliputi semua aspek walaupun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan.

Katanya, sehingga semalam, pihaknya belum membuat sebarang tangkapan dan masih menjejaki lelaki yang bertanggungjawab terhadap kehamilan wanita berasal dari Kelantan itu. “Bedah siasat dilakukan mendapati wanita berkenaan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah ketika melahirkan anak bersendirian.

Sementara itu, Penolong Pendaftar (Media dan Hubungan Luar) Jabatan Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad berkata, wanita terbabit pelajar yang tercicir dari universiti.

Beliau berkata, mangsa itu yang berusia 26 tahun gagal peperiksaan semester pertama dalam tahun keempatnya pada November lalu.

“Dia menyewa bilik di asrama itu sejak 11 Mei dan sebelum ini pelajar fakulti Sains,” katanya.

Orang luar dibenarkan menyewa bilik di universiti itu mengikut kes.

salam,

Islam menunjukkan jalan yang benar, tugas kita menggunakan akal, menghubungkan yang sesat agar sampai ke jalan yang benar.

remaja dan wanita zaman sekarang itu merujuk semula kepada kita. setiap kali kisah begini menjadi front page, pasti menunding pada tingkah laku “remaja dan wanita sekarang” dan dibanding dengan “wanita dulu” sedangkan Islam itu valid sepanjang masa.

seringkali pengajarannya bahawa “seharusnya ini begini dan begitu seorang perempuan” namun hakikatnya, tingkah laku itu suatu bentuk luaran kepada pemahaman seseorang.

society outrage seperti ini tidak membantu,sebaliknya memburukkan keadaan, kerana hasilnya manusia yang berpura-pura bersopan santun dan pemalu sedangkan pemahamannya tidak begitu. bertambahlah bilangan manusia yang menjalani dua kehidupan semata-mata tidak dapat menahan kritikan masyarakat.

cuba fikirkan, mengapa harus dia sendirian melahirkan anak? apakah yang menyebabkan dia berani untuk melahirkan anak keseorangan?
tidak ada kawankah untuk dia mengadu?
tidak ada keluargakah untuk dia mengadu?
tidak ada saudara jauh kah?
tidak ada kenalan setelah 26 tahun hidup untuk membantu?
di mana masyarakat yang dikatakan murah hati dan penyayang?
di mana orang hadapan blok, ditepi blok, pernah sekelas dan sekuliah?

tidak adakah seorang pun manusia dari berjuta ini yang menyedari kehilangannya?

dengan membanding dulu dengan sekarang hanya meletakkan kita di masa yang sudah berlalu. apa yang lebih penting ialah apa yang akan kita lakukan dengan keadaan sekarang.

fahami bahawa cabaran sekarang dan dahulu berbeza, fahami bahawa Islam itu bukan sekadar sopan santun dan pemalu, the end didnt justify the mean..

mengapa begitu sukar bersahabat dengan orang yang lain sahsiahnya dari kita? seperti dalam filem Yasmin Ahmad yang sinis, mampukah kita berbaik-baik dengan jiran yang melacur? melayannya seperti kita melayan jiran kita yang lain? mengingatkan diri bahawa kita tidak berhak menilai mahupun menimbangtara kehidupan orang lain ? bahawa ia juga boleh terjadi pada kita?

hakikatnya, kita sendiri yang tahu.

Ikut hati..mati… ikut rasa..binasa.. ikut nafsu… ginilah jadinya..

insaflah kita semua.

View Profile: Rantong™

Perangai orang dulu dan sekarang sudah jauh berbeza. Kalau dulu mana ada internet?Zaman sekarang cuma petik saja di hujung jari, nak yang baik yang tak baik semuanya ada. Nak salahkan siapa?Salahkan diri sendiri kerana tak tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruknya. Cuba bandingkan wanita zaman sekarang dengan wanita zaman dulu? Kerana terlalu moden manusia zaman sekarang hingga sanggup melakukan perkara2 yg di luar batasan. Ya, pemikiran dulu dan sekarang terlalu berbeza. Zaman sekarang wanita dan remaja macam mana, wanita dulu macam mana? Biarpun pemikirannya berbeza tetapi kenapa orang dulu berkhawin kekal hingga kehari ini berbanding dengan orang zaman sekarang ni? Dalam soal ini kita tak boleh meletakkan kesalahan kepada peprempuan sahaja. Lelakil yang baik adalah lelaki yang bertanggungjawab di atas apa yang dia lakukan.

Apabila Manusia Hilang Sifat Malunya
Keimanan bukan hanya persoalan atau urusan berkaitan dengan rohani dan jiwa semata-mata. Namun, lebih daripada itu, ia mempunyai kaitan yang erat dengan apa yang dizahirkan sama ada melalui pertuturan mahupun juga perbuatan atau tingkah laku. Dengan kata-kata lain, akhlak dan keperibadian yang dapat dilihat pada zahirnya merupakan jelmaan daripada apa yang terkandung dalam jiwa. Jika teguh atau kukuh iman yang dimiliki, maka indahlah akhlak yang dipamerkan. Begitulah juga sebaliknya, seandainya lemah iman dalam jiwa, akan rosak serta runtuhlah akhlak diri.

Salah satu cabang atau sifat yang lahir daripada keimanan yang teguh termasuklah malu. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Nabi s.a.w. bersabda, “Iman mempunyai lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang; yang paling utama ialah perkataan “La ilaha illallah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang berbahaya dari jalanan dan sifat malu merupakan satu cabang daripada iman itu.” (Muttafaq `Alaih). Dalam erti kata sebenarnya, malu merupakan perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindari segala perkara yang keji, sebaliknya menggesa supaya dilakukan perkara-perkara yang baik lagi terpuji. Desakan dan gesaan itu pula sudah pasti datangnya daripada jiwa yang hidup dan sedar akan pengawasan Allah s.w.t. terhadap setiap gerak-geri dan perbuatan yang dilakukan. Dengan yang demikianlah, terpeliharalah zahir dan batin seseorang daripada segala unsur serta perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t.

Malu seperti ini dikatakan sebagai malu akan Allah s.w.t. dan ia merupakan salah satu akhlak mulia dan sifat paling utama. Ini kerana, orang yang memiliki sifat malu terhadap Penciptanya sentiasa berusaha melaksanakan perintah serta meninggalkan larangan-Nya walau di mana sahaja ia berada; sama ada bersendirian mahupun di khalayak ramai. Sebaliknya bagi orang yang hanya malu akan manusia, ia akan berusaha memelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan keaiban atau berusaha melakukan kebaikan hanya apabila berada di kalangan manusia. Apabila tiada sesiapa yang melihat dirinya, ia akan melakukan apa sahaja bentuk kejahatan yang diingini atau didorong oleh nafsunya atau juga meninggalkan kebaikan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Ada waktunya pula rasa malu terhadap manusia juga hilang lenyap begitu sahaja dan ia berani melakukan perkara-perkara yang keji atau meninggalkan kebaikan apabila dilihatnya manusia sekeliling juga sama seperti dirinya.

Pada hakikatnya, sifat malu terbentuk melalui dua cara. Pertama, ia telah sedia wujud dalam diri seseorang sejak lahir ke dunia dan kedua, dipupuk melalui usaha mengenal Allah dan menginsafi kebesaran serta penguasaan-Nya lagi menyeluruh ilmu pengetahuan-Nya. Sifat malu yang terbentuk melalui usaha yang gigih ini merupakan setinggi-tinggi iman yang termasuk dalam tingkatan ihsan yang amat terpuji. Sebagaimana yang diketahui, ihsan merupakan kemuncak bagi segala amalan dalam agama dan dalam soal menyembah serta mengabdikan diri kepada Allah s.w.t., jiwa diserahkan sepenuhnya kepada-Nya. Selain itu, kewujudan dan kehadiran Allah s.w.t. sentiasa dirasai pada setiap saat dan ketika sehingga tidak memungkinkan seseorang melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan-Nya. Sifat malu yang diperoleh melalui dua keadaan atau cara ini begitu diperlukan oleh manusia sebagai asas kekuatan diri dalam mengharungi kehidupan di dunia yang sarat dengan ujian ini.

Betapa malangnya bagi manusia yang telah dibekalkan dengan sifat malu sejak lahir ke dunia ini, namun akhirnya kehilangan sifat malu tersebut kerana kecuaian dirinya sendiri membiarkan diri dihanyutkan dan diperdaya oleh nafsu. Demikian juga dengan manusia yang tidak sama sekali berusaha memupuk sifat malu dalam dirinya dengan berusaha mengenal Allah dengan sempurna lalu menjadi hamba-Nya yang benar-benar bertaqwa. Betapa sia-sianya hidup seandainya tidak dibimbing oleh ketaqwaan dan betapalah ruginya pula manusia yang tidak dapat memanfaatkan kebaikan besar yang ada pada sifat mulia seperti sifat malu. Daripada `Imran bin Husain r.a., beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan.” (Muttafaq `Alaih) Dalam riwayat Muslim pula disebut, “Sifat malu itu baik seluruh akibatnya.” Malu yang dimaksudkan dalam Hadith ini ialah malu melakukan kejahatan atau perkara yang tidak sopan.

Sebagaimana yang dinyatakan, perasaan malu yang mendorong seseorang mendekati kebenaran serta kebaikan dan menghalangnya mendekati kemungkaran adalah mulia dan amat terpuji. Namun, ada juga sifat malu yang tercela dan tidak digalakkan, misalnya malu untuk mengatakan atau melakukan sesuatu yang benar, sedangkan tidak wujud sebarang halangan untuk berbuat demikian. Sebagai contoh ialah malu untuk menyeru supaya sesuatu kebaikan dilaksanakan atau untuk menegakkan kebenaran dan keadilan atau juga mencegah kemungkaran. Ia berkemungkinan didorong oleh kebimbangan bahawa tindakan atau pandangan yang diberikan bertentangan dengan pendirian orang lain yang pada hakikatnya, jelas tidak menurut pandangan agama atau akhlak Islami. Sifat malu seperti ini tidak dapat diterima sama sekali oleh agama Islam dan merupakan lambang sifat pengecut yang sangat dicela.

Demikian juga malu untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan ilmu pengetahuan. Dalam hubungan ini, Sayyidina `Aisyah r.a. pernah menyatakan pujian terhadap kaum wanita Madinah kerana mereka tidak pernah sama sekali malu untuk bertanya tentang perkara-perkara berkaitan dengan agama, “Sebaik-baik wanita ialah wanita-wanita Ansar yang tidak dihalang oleh perasaan malu mereka untuk bertanya tentang perkara (urusan) agama mereka.”

Pada hari ini, kita dapat melihat bagaimana sifat malu pada manusia, termasuklah umat Islam, semakin pudar atau telah hilang sama sekali. Kemungkaran, kemaksiatan, pengkhianatan, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan sebagainya dilakukan secara berleluasa oleh segenap lapisan masyarakat tanpa segan-silu. Jika ada pun anggota masyarakat yang membenci kemungkaran dan penyelewengan yang dilakukannya, sebahagian besar daripada mereka tidak berani menyatakan pendirian kerana masing-masing diselubungi sifat malu yang tidak bertempat dan dilanda rasa takut yang tidak berasas. Budaya menyeru kebaikan serta menghalang kemungkaran yang merupakan asas kekuatan dan kelebihan mereka sebagai umat Islam tidak lagi diamalkan. Nasihat dan teguran menjadi sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka. Sebahagian kecil anggota masyarakat yang cuba memberikan teguran dan nasihat dianggap sebagai musuh dan hanya bertujuan menimbulkan fitnah serta kacau-bilau. Demikianlah mereka terus hanyut dalam perbuatan dosa dan kemungkaran yang kelihatan tidak berupaya dihentikan. Tiada yang diusahakan melainkan untuk membuat masyarakat sekeliling menerima segala tindakan serta perbuatan mereka yang keji lagi tercela meskipun mereka menyedari hakikat dan kedudukan perbuatan serta tindakan mereka.
Malang sekali kerana mereka melupai bahagian dan balasan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. bagi setiap usaha serta perbuatan hamba-hamba-Nya. Daripada Abu Mas`ud, `Uqbah bin `Amru al-Ansari al-Badri r.a., beliau berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya antara perkara yang diperoleh manusia daripada perkataan Nabi yang terdahulu ialah sekiranya kamu tidak malu maka lakukanlah apa yang kamu kehendaki.” (Bukhari) Hadith ini mengandungi dua pengertian. Pertama, sebagai ancaman, iaitu seandainya seseorang tidak malu maka lakukanlah apa sahaja yang dikehendakinya dan Allah s.w.t. akan membalas setiap perbuatannya. Kedua, sebagai suruhan, iaitu jika perbuatan yang hendak dilakukan itu tidak memalukan sesiapa pun, sama ada bagi diri sendiri atau bagi Allah, atau bagi manusia yang lain kerana perbuatan tersebut merupakan perkara yang baik, maka lakukanlah sebagaimana yang dikehendaki.

Perempuan solehah adalah perempuan yang memiliki kelembutan Khadijah, ketabahan Fatimah dan kecantikan Aisyah… Perempuan ini kelihatan lemah lembut namun tak ada satu pria yang gagah mampu menjamahnya dengan kekerasan atau paksaan, semua ingin melindunginya karena hijabnya itu loh 🙂 hijabnya adalah tameng napsu, senyum manis tersipu yang disembunyikan dibalik wajah yang tertunduk adalah pedang penebas napsu yang membunuh siapa saya yang berniat buruk padanya 🙂
Perempuan salehah adalah perempuan yang menyembunyikan sorot tajam matanya dari tatapan dan saling menatap, tatapannya hanya seperlunya terbalut oleh sipu malu, tapi semua orang terpesona oleh tunduk matanya ini, semua takjub dan semua kagum, dimata manusia ia adalah pelita dan dimata ALLAH ia adalah mutiara 🙂 subhanallah…
Ia indah bukan karena cantik parasnya tapi cantik hatinya, jika siang ia berhijab dan jika malam jangan cari ia dikebisingan lampu lampu sorot kota, atau ditengah kebisingan dunia karena ia berada diatas sajadah, meletakan kening beningnya dan memohon ampunan kepada ALLAH atas ria, atas fitnah dan atas khayalan kaum Adam yang memujanya, matanya sembab karena takut kepada ALLAH jika kecantikannya telah menjadikannya tangan setan untuk menjadi penggoda karena pada naluri setiap perempuan ingin dipuja 🙂
Perempuan salehah adalah perempuan yang lugu namun tidak bodoh, pikirannya jernih karena diamnya adalah dzikir dan bicaranya adalah dakwah, ia tak pernah kehilangan arah karena Al Quran dan Hadits telah dijadikannya GPS [global positioning system] hidupnya, setiap langkahnya ia niatkan untuk mencari ridho ALLAH, ujian dan bahagia dijadikannya ladang ibadah 🙂
MasyaAlloh siapa yang tak ingin menjadikannya istri 🙂 semoga semua perempuan akan mulai mengikuti langkahnya karena perempuan seperti ini adalah oase di padang tandus, pelita dikegelapan dan ia adalah bidadari yang diturunkan ALLAH ke bumi ,

Inilah perempuan yang sangat diinginkan kehadirannya oleh bumi dan dinantikan kepulangannya di syurga, Amien..

wajibkan semua student wanita jalankan ujian kehamilan ( check air kencing ). At least gejala sosial dkt U dpt jgk kurang. Budak2 pn takut nk buat benda yg xelok.

salam…
org puteh kata..
dont judge a book by its cover..
jgn berprasangka buruk thdp org ln..
kte tk tau ape yg media sampaikan itu betul atau tidak..
dan kita juga tak tahu ape yg media dapati itu palsu atau benar
kte tk tau kisah sebaliknya..
msyrkt tk seharusnya menilai begitu sahaja..
fikirla…

hairan..mengapa setiap kali laporan sebegini keluar, media pula dikatakan tidak telus..sedangkan kami di sini, bersusah payah, berpenat lelah, sanggup menahan dugaan malah sanggup mengenepikan keselamatan diri semata-mata utk mendidik masyarakat menerusi hasil penulisan..menghidangkan isu semasa..andai ada terkhilaf di mana-mana, ketahuilah bahawa kami ini hanya manusia biasa yang berniat hanya mahu membantu menyediakan informasi terkini dan menyedarkan rakyat bhw dunia ini segalanya mustahil..Soal mati bukan cerita gossip yang boleh di tokok tambah…bukan juga cerita politik yg penuh provokasi…ini adalah dunia jenayah dan realiti hidup di negara ini…Sebagai hambaNya, saya juga berdoa utk kesejahteraan Arwah…

anda wartawan ke?bab2 ni sy caya la..tp kalau bab2 politik sy tak caya sikitpun…banyak yg tak benar …ndak2 dekat nak pilihanraya….

kalau macam ni saya dah tak percaya kat media lagilah. Sebab entah betul entah ke tidak lapuran tu. Mungkin selepas nie harian metro dah tak laku. Utusan meloya dan berita hairanpun dah tak laku . Mungkin lapuran kes manohara kes selsema babi pun dah palsu. Selepas ni baca saja media parti PAS sebab media parti BN meloyakan dan menghairankan.

Jom kitA PERGI Manik Urai. Manik Urai milik PAS pasti akan menang takbir.

guano ni kawe? tino2 demo makin ganaz ni?aduushh..takbir!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh wanita ini. Bukan berniat berburuk sangka kepadanya kerana kitapun tak tau apa sebenanrya. Adakah dia mangsa rogol lalu mengandung atau adakah dia isteri yang di tinggalkan suami, lalu beranak sorang diri dalam bilik berkunci. Kalau tinggal kat bandar jarang orang nak pedulikan jiran2. Apa2pun yg baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang tak baik itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Usop

balik kelate tuhari dah penuh bendera ijau biru .saya masih baca hmetro,bharian dan utusan.

al-fatihah buat arwah…
mcm2 versi cerita yg sy dgr…
sy sokong silent…
don’t judge a book by its cover…
kita x berada di tempat mereka…
jgn disbbkn cerita ni..kita yg yg xtau ape2,emosi x tentu pasal,tuduh x tentu pasal…
Allah Maha Mengetahui…
kita bdoa je la…bkn nk tnjuk baik…tp e2 la yg tbaik buat arwah…

to usop :

ke situ pulak die…boleh x jgn tetibe emo x memasal??
bg sy…silent bg pndapt scare t’buka…
x merujuk pd sape2…
lg baik mcm 2…sbb kita x tahu cerita sebenar…
bkenaan dgn fakta2 yang meragukan dr media,mereka juga m’jalankan tggjawab..
mencari beita…mereka menyampaikan…cuma t’letakpd kita utk menilai…
1 lg..x pyh la nk promote plak kat sni…
dh kate pun ‘org media’..kalo dh name menyampaikan berita,BN ke,PAS ke..tetap org media jgk…

Salam,

Betul kata2 anda itu..kalau dengar cerita2 babies kena buang, mati di buang mak/ayah sendiri ni buat saya jadi sedih, marah dan pelbagai rasa lagi. Kan elok diberi babies tu pada org2 yg mcm saya yg masih lum ada rezeki ni. At least ada jugak peluang mereka melihat dunia ni.

Inilah gaya hidup zaman sekarang yang kononnya tak mahu ketinggalan zaman. Yang baik dari barat tu tak nak lak dicontohinya…yg buruk tu dikatanya updated.
Apalah nak jadi dgn anak2 zaman sekarang..tak kira lelaki perempuan. Kadang2 malu nak tengok perangai diaorang. Islam pada IC je. Tak takut hukum hakam yang ada dlm Al Quran.

Ingatan untuk kita bersama.

Pelajar ketagih seks di kandang kambing

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

SEPANG – Seorang pelajar wanita tingkatan tiga yang ketagih seks sanggup membuang lebih 10 pucuk surat amaran yang dihantar pihak sekolah semata-mata mahu terus bermadu kasih dengan teman lelakinya di dalam kandang kambing di Jenderam Hulu di sini sejak tiga bulan lalu.

Pihak sekolah terpaksa menghantar surat amaran berulang kali ke rumah pelajar itu kerana gadis terbabit kerap ponteng sekolah dalam tempoh itu.

Pelajar berusia 15 tahun itu pula akan membuang surat-surat dari pihak sekolah yang sampai ke rumah bagi mengelak tembelangnya diketahui ibu bapanya.

Sepanjang memadu kasih dengan pemuda berusia 19 tahun itu, mangsa dikatakan mengambil pil pencegah kehamilan yang dibeli kekasihnya setiap kali sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Din

Dalam harian metro hari ni, kosmo dan mungkin akhbar lain inilah yang di hidangkan. Dah rasa ayat2 sama kalau nak sebut apa dah jadi dengan masyarakat sekarang senang jadi pembaca saja.

SyYGsedar

Ada orang komen yang membina ada komen suka-suka. Ada tu emo. Pendek kata komen ni berbagai2 tp saya membaca semuanya…
Memang media tak semuanya betul kekadang tulis yang benar kekadang di putar belit fakta, orang kata lain depa tulis lain. Hendak-hendak bab politik lagilah terbelit-belit.

Siti Zaleka

Kita memang sedih bila dengar kes buang bayi..tp org yg melakukan tak sedih ke? Hanya Tuhan saja yang tahu..

dulu budak uum buang bayi dalam kotak.nasib baik hidup lagi..budak mana? mek klateee jugok weehh..ambooo maluuu!

kalau nak ikutkan nafsu tak kira negerilah bro…

sek di tepi tangga edisi siasat ntv7….org mn?klate gok…takut kawe bilo abe kawe royak nok gewe nga budok pase mah

meme la dok ikot negeri tapi alik sane koho ganah ni mek…..kawe waso kembee..siye tok guru duk2 saroh…pah demo ikot sete jugok..

nauzubillah min zalik saudara..masih ada lagi yang bersopan santun…demo doh cek doh ko?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Pertama : masa sihat sebelum sakit.
Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua, dan
kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

demo suruh abe demo cari gewe budak pompuan hok duk pondok moleklah perangainya…

Cerminlah diri sendiri….

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan

dasar perempuan bdk u smua mcm ni! semuanya sama je
nampak smart2 & berduit sket terus goda
maka lupalah diri,huhu

masih ada lagi yg baik fiq….

Saya bersyukur, dia tidak menggugurkan kandungan itu. Though, bayi tetap mati.

Hidup berakal.. Mati berhantu… Yang Hak tetap hak… yang bathil tetap bathil…

Hi, I need to know who Fadia Alina Binti Ar-Rahman that die at UTM blok A room 404 level 4? I can’t found her identity.

Tinggalkan Jawapan kepada dahbelakukan Batal balasan

Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 913,644 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada