bila hatiku berbicara

Archive for Februari 19th, 2008

MOHD HAFIS RAMLAN, 24, anggota tentera, Kuala Lumpur

“SAYA melihat fenomena ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya hingga mengabaikan anak, malah langsung tidak mengambil tahu hal mereka termasuk dengan siapa berkawan.

Sikap itu menyebabkan anak gadis zaman sekarang tidak ada arah tuju dan hanya mengikut kata hati yang inginkan keseronokan.”
MOHD HILMIE HUSSIN, 30, kakitangan awam, Kuala Lumpur

“KITA tidak boleh menyalahkan ibu bapa seratus peratus kerana silapnya turut datang daripada remaja sendiri yang tidak mahu berfikir panjang selain membiarkan keseronokan menguasai diri.

Walaupun ada ibu bapa jenis mengongkong, remaja perlulah bijak menilai sebab musabab kenapa orang tua mereka berbuat demikian.”

MOHD ZUL-IKRAM ABD MUTALIB, 23, pelajar, Kuala Lumpur

“SELALUNYA remaja sukakan keseronokan dan tidak gemar dibebani masalah lebih-lebih lagi jika membabitkan keluarga serta ibu bapa yang tidak boleh bertolak-ansur. Kerana itu, ada yang mengambil jalan singkat mencari keseronokan luar termasuk mengikut teman lelaki.”

MOHD FAKHRUDDIN MOHD ARIFF, 39, ahli perniagaan, Kuantan

“KESEDARAN menjadi faktor utama yang boleh mencegah fenomena gadis remaja sanggup mengikut teman lelaki semata-mata kerana cinta.”

AKRAMUDDIN ABD AZIZ, 41, perunding bangunan, Melaka

“APA jua yang berlaku terhadap anak gadis ibu bapa perlu bertanggungjawab. Jika berlaku masalah gadis hilang atau dilarikan orang ibu bapalah harus dipersalahkan.”

JAAFAR ISMAIL, 48, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Georgetown

“IBU bapa perlu memastikan anak sentiasa berada di rumah selain mengenali siapa kenalan mereka dan latar belakang keluarganya. Ini penting agar anak tidak mudah terjebak gejala sosial yang boleh memalukan keluarga termasuk mengawal setiap pergerakan mereka.”

NASIHA MOHAMED, 21, kakitangan kerajaan, Georgetown

“CINTA membuatkan remaja sanggup melakukan apa saja termasuk membelakangi keluarga tanpa memikirkan baik buruk tindakan mereka.”

NURZAYANI ZAHARUDIN, 20, pelajar kolej, Kuantan

“DIDIKAN awal perlu bagi mengelak gadis remaja lari mengikut teman lelaki. Ibu bapa pula perlu memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak mereka untuk mengelakkan kejadian itu.”

YASMAN MAT JUNOH, 42, peniaga, Kota Bharu

“GOLONGAN remaja terutama gadis perlu lebih berhati-hati memilih kawan terutama yang baru dikenali. Jangan mudah percaya jika mereka menawarkan keseronokan dan kebaikan ditunjukkan mungkin ada ‘udang di sebalik batu’.”

HASNAH MOHD RAIS, 29, pegawai akaun, Johor Bahru

“IBU bapa perlu memantau pergerakan anak dan mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan. Luangkan masa mendengar masalah mereka kerana kurang perhatian akan membuatkan anak mencari orang luar untuk mendapatkan perhatian.”

NORSHAFARINA ASAARI, 22, pelajar, Kota Bharu

“IBU bapa perlu lebih kerap mengawasi kelakuan anak di rumah dan rakan yang bergaul dengan mereka.Pastikan mereka tidak terpengaruh cinta monyet hingga mengabaikan pelajaran kerana remaja mudah terjebak jika mempunyai teman lelaki.”

NURUL AIDA KHALIL, 23, pemilik salun, Johor Bahru

“KITA tidak boleh meletakkan kesalahan itu di bahu ibu bapa semata-mata, tetapi perlu melihat kepada kerapuhan mental dan jiwa gadis itu sendiri kerana mereka amat mudah membuat keputusan tanpa memikirkan kesan yang akan diterima.”

SITI HASMAH TUJIMAN, 27, kerani, Kuala Lumpur

“SEMUA pihak bertanggungjawab ke atas perkara ini kerana ia membabitkan belia tempatan yang sepatutnya menjadi tonggak dan barisan kepemimpinan negara pada masa akan datang.”

~timang tinggi sampai cucur atap belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab…bila besar di pukul gelombang. Eh betul ke tak tu? hehehe tepuk dada tanya iman wahai adik-adikku sayang. Ingatlah pengorbanan ibu dan ayah yang sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan anak-anaknya. Terkenang kepada kakak angkatku warga Indonesia yang baik hati terhadap kami…mbak Asmi di BCH tak habis-habis di landa masalah dengan anak gadisnya yang bernama Nur. Sekolah tak mahu, lari ikut cowok katanya…balik sesuka hatinya minta duit mak ayah, habis di keluarkan duit ayahnya yang di dalam bank mak ayahnya pun kerjanya sebagai tukang sapu saja. Aku berdoa semoga adik ini akan sedar yang perbuatannya salah. Ketika kami tinggal di BCH perangai adik ni taklah teruk sangat cuma dia malas pergi sekolah dan berkawan dengan budak-budak yang tidak bersekolah……….kasihan mak dan ayah dia. Selalu yang aku dengar dan aku baca tetapi bila kejadian yang menimpa mbak Asmi baru aku tahu betapa walangnya hati ibu dan ayahnya, sudah dua kali mbak report polis tentang kehilangannya, tetapi tahu pulak dia pulang bila duitnya habis. Yang aku tahu mbak Asmi akan ikut apa saja kemahuan anaknya ini terlalu memanjakan anak ini………

Selalunya kalau mbak call mesti dia akan ceritakan tentang anaknya, aku yang menjadi pendengar ni turut rasa simpati.  Dalam soal ni aku pun tak tahu nak bagi nasihat cuma yang mampu aku katakan mbak harus kuat dan sentiasa berdoa semoga anak ini kembali ke pangkal jalan. Menjaga anak lelaki dan perempuan zaman sekarang ni banyak sangat cabarannya. Moga-moga apa yang berlaku kepada mbak tidak akan terjadi kepada anak-anak kita.

p/s nama watak tu adalah rekaanku semata-mata………


Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 913,677 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada