bila hatiku berbicara

Archive for Februari 20th, 2008

Rasulullah bersabda, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.”

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

” Ika apa khabar tok ayah, tok mek dan keluarga sihatke”? itulah sms yang aku hantar kepada anak buahku Zulaikha. Aku menanti balasan smsnya tak juga tiba, lalu sms aku hantar sekali lagi “kalau ada kredit tu balaslah bukannya nak mahalpun, susah sangat ke nak balas sms?bukannya callpun” wah tahap kegeraman akupun tak boleh di tahan lagi, bukannya apa bebudak remaja ni kalau dengan kawan-kawan dia kemain lagi berbalas-balas smsnya, tetapi kalau kita tanya yang penting buat tak tahu saja, tidak mahu di balasnya sms kita.

“Maaflah mak sue Ika baru aje on hp nie, tok ayah n tok mek sihat belaka”. Lega hatiku bila mendengar emak dan ayah aku sihat, bukannya apa sejak dua menjak ni talian telefon di rumah emak aku buat hal, beberapa kali aku suruh kakak ipar aku potong aje talian telefon guna ajelah hp tak mau bukannya mahaipun hp la ni, keter honda Accord(seconhand jadilah) boleh pulak beli nak beli hp kat dia pun tak mahu, tetapi kat anak-anak tahu pulak di beli yang canggih….sayang katanya nak potong talian telefon di rumah. Itulah pengorbanan ibu tidak pernah di dahului untuk dirinya sendiri selain dari melihat anak gembira dan bahagia. Nak harap kan aku nak call hp abang aku tu jangan haraplah kalau kita call dia memang tak lekat di rumah, banyak sangat halnya apa lagi sekarang ni duk sibuk berkempen ni. Anak-anak buah pulak tinggal di asrama, hari minggu baru pulang, hari itulah baru aku dapat bercakap dengan ayah dan emak aku tercinta.

“Camne kat kg kita dah banyak ke orang pasang bendera or tmpal poster? tanyaku kepada anak buahku tu, balasan di terima, “Erm..setakat yang Ika nampak cuma bendera Pas aje banyak sangat menghijau penuh dah”. Itulah ringkasannya aku berbalas sms dengan Zulaikha.

akupun balas, “oh ya ke”? tentu comel kg kita nampak hijau smuanya sjuk mata memandang hihihi”.

Erm…tiada balasan biasalah budak-budak nie dia tidak berapa suka nak layan mak sedara dia ni..kalau dengan kekawan dia kul dua belas malampun boleh berbalas sms lagi………..

Maaflah teman-teman blog ini bukannya blog politik(siapalah aku ini untuk membicarakan itu semua) tetapi oleh kerana tajuknya BILA HATIKU BERBICARA makanya aku akan bicarakan tentang semua………..

Selalunya kalau dekat-dekat nak pilihanraya aku jarang menonton buletin TV3, RTM jauh sama sekali, kalau aku on tvpun aku tengok sinetron dari Indonesia. Rancangan yang aku paling suka ialah mari bertarannum di TV9 bersama Ustaz Nik Azizan tak pernah aku ketinggalan. Sebenarnya aku jarang on tv melainkan kalau ada yang aku nak tengok aje. Kalau nak tahu apa-apa perkembangan baca online ajelah. Tapi aku suka iklan Danny dan Pok Leh di Tv9. Islam hadhari dia sebut hadhori….yalah lidah oghe Klate faham ajelah…tapi aku suka tengok iklan tu. Wah kemain duk iklan islam hadori sekarang ni…korang tengok tak iklan orang India di kedai makan? bila dia bayar bakinya terlebih pulak..dia pun bagilah balik kat tuan empunya kedai tu. Tuan empunya kedai tu pun macam kagum ler ngan mamat ni..hadhori jujur???apakah sebelum adanya islam hadhori tak jujur? singit boley lah……tentu korang tengok iklan tu kan?

Malam tadi aku menonton Sinderela, di bawah skrin tu tertulis, ini aksi anak-anak remaja zaman sekarang tetapi di larang menirunya, begitulah lebih kurangnya lupalah pulak, kalau salah tolong betulkan. Terpk-pk pulak aku kalau dah tak mahu anak-anak kita jadi rosak bimbang takut-takut terikut dengan watak-watak dalam siri tu kenapa di tayang jugak? watak Sharifah Amani tak ubah seperti tomboy di panggilnya penkid. Satu babak tu dia di terima kerja sebagai pencuci di kedai dobi, datanglah si mamat yang hidung tinggi tu( nama apa lupalah). Si Amani yang pegang watak Zoela kelam kabut kerana bimbang kalau-kalau si mamat tu perasan dia kerja di kedai dobi, lantas mengambil kain tuala menutup mukanya, bila si lelaki lembut(penjaga kedai atau tuan punya kedai entah ler) tu tanya kenapa tutup muka, dia kata emak saya kata tak boleh nampak aurat perempuan berdosa( gitulah lebih kurangnya). Sedangkan dia memakai seluar dan baju yang menampakkan auratnya ttp pandai pulak bercakap tentang aurat( yalah biarpun mereka artis tidak semuanya tak tahu apa-apa). Ada tak yang menontonnya malam tadi?

Hari ahad lepas aku menonton rancangan nona, pengacaranya Fiza kalau tak silap…masa mula-mula on tv tu aku nampak dia pakai baju hijau seperti berkembang gitu….tak ubah seperti pompuan nak pergi mandi lah pulak…tetapi aku lupa itulah trend baju zaman sekarang ni ala berkembang. Eh dua kali pandang dah di tutup bahagiaan dadanya agak samar-samarlah pulak……ttp masih nampak lagilah biarpun tak jelas. Tu lah nak pakai seksi sangat, korang tengok tak? Eh aku nak citerpun bukannya reti sangat sori lah korang. Erm, terpk-pk jugak kenapa lah kaum sejenisku(bukan semua) suka menayangkan auratnya kepada umum… tak rasa malu ke? Agaknya bila sudah biasa tiada rasa malulah pulak. Nak kata tak tahu halal harampun mustahil. Satu lagi trend sekarang ni bila akad nikah bertudung litup lepas tu dedah aurat pulak untuk di tayang. Eh lupa akad nikah di masjid mestilah menutup aurat biarpun pakai tudung nampak jambul sekalipun. Jangan di buat main-main dengan hukum hakam yang telah di tetapkan Allah, aurat tetap aurat……..apa kata kalian?

Bersambung lagi bila idea sudah datang…………………


Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 913,677 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada