bila hatiku berbicara

Archive for Julai 2009


SEKUMPULAN pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) Indera Mahkota, Kuantan mendengar penerangan jururawat mengenai H1N1 selepas kampus mereka ditutup semalam.

PUTRAJAYA – Wabak selesema babi atau H1N1 semakin menunjukkan impak yang mencemaskan dengan satu lagi korban dilaporkan menjadikan empat kematian H1N1 dicatatkan setakat ini. Sementara itu, tindakan pencegahan pula menyaksikan 19 lagi institusi diarah ditutup mulai semalam.

Arahan penutupan itu turut membabitkan institusi besar dan ternama seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim selepas empat pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob ketika dihubungi semalam melahirkan kebimbangan selepas 30 lagi pelajar sudah mempunyai simptom wabak dan kini cemas menunggu hasil ujian.

“Kita terpaksa menutup kampus selama seminggu dan mengarahkan kesemua 15,000 pelajar mengosongkan asrama sampai 5 Ogos ini,” katanya.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menjelaskan, korban terbaru wabak itu ialah seorang wanita berusia 20 tahun di Melaka kelmarin.

Beliau mengakui perkembangan wabak itu sudah mencapai tahap membimbangkan.


Selsema Babi…Bala dari Ilahi

Wabak selsema babi A H1N1 semakin membimbangkan. Kes kematian ke-4 di Malaysia akibat wabak tersebut dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama hari ini. Selain itu beberapa buah universiti, sekolah dan Pusat Latihan Khidmat Negara telah ditutup buat sementara berpunca dari penularan wabak berkenaan.

Sebagai hamba Allah sewajarnya kita insaf bahawa ia merupakan suatu bala yang diturunkan oleh Allah bagi memberi peringatan kepada manusia agar tidak berbuat dosa dan maksiat serta kemungkaran sesuka hati di atas dunia milikNya.

Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk melakukan apa sahaja dengan sekelip mata dengan berkata jadi..maka terjadilah sesuatu yang dikehendakiNya sebagaimana firman Allah dalam surah Yasin ayat 82 dan 83

Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya “Jadilah” maka terjadilah ia.

Maka Maha Suci (Allah) yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Justeru marilah kita berusaha untuk menghindarkan wabak tersebut dengan cara mengurangkan aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai dan mengamalkan panduan-panduan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan WHO dari semasa ke semasa.

Selain itu banyakkanlah berdoa kepada Allah agar kita dan keluarga dihindarkan dari terkena wabak tersebut.

Semoga wabak ini tidak menular dan mengorbankan jutaan manusia di seluruh dunia sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1918.

http://www.abuaslam.com/

P/s Copy n pastepun kira okeylah ada juga bahan untuk di baca. Semalam call anak bertanya khabar, bimbang sangat. Dari kejauhan ini hanya doa saja yang mampu saya panjatkan semoga Allah jauhi dari penyakit ini.  Dari hari kehari penyakit ini semakin membimbangkan, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi banyak yang terpaksa di tutup.  Anak saya berpesan suruh kami buat solat hajat semoga Allah lindungi dari penyakit merbahaya ini. Hati ibu mana tak bimbang kalau tinggal berjauhan.~


Oleh Azamin Amin

Allah selamatkan saya ketika derita…

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

“Roti canai…” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.

“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.

“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ’solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza – bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…

“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”

Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka…

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.”

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…

Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

” Mmm…sedap..”

Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena……

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?” (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang…

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).

Menulis dari meja Harakahdaily di pejabat Harakah, jam 10.30 pagi 22 Julai 2009.- azm

(Sebarang teguran, pandangan dan suntikan semangat, bolehlah disisipkan kepada saya di azaminamin@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

Dari  blog http://syukran.wordpress.com/

P/s Menitis air mata saya baca kisah ni. Hanya orang yang pernah melaluinya sahaja akan merasai segala keperitan ini. Bukan kita pinta untuk melalui semua ini, tetapi hidup ini pastinya di uji dengan berbagai- cara. Yang pasti Allah itu maha adil kerana Dia tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita. Sesungguhnya ujian itu bukan kerana Allah tak sayangkan hambaNYA. Tetapi kerana kasih  sayang Allah lah maka kita  di uji.  Sesungguhnya rezeki di bumi Allah ini  terbentang  luas selagi kita berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Biarlah rezeki yang sedikit asalkan halal dan berkat. Sungguh menginsafkan saya,andai saya dalam kesusahan masih ada lagi insan yang lebih susah dari saya~

http://www.malaysiamaya.com/

1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang
menanti Dan biasanya ianya
Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib
berusaha. Doa, usaha yang
Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan
Menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna
agar diri anda jadi seperti
?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda
kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati
yang murni. Berusahalah
Untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
Orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan
jaga ibadah, solat
Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf,
Bersedekah Dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan
anda akan menarik sayang
Terhadap anda. Jika anda membenci orang,
ditakuti bakal pasangan anda
Akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk
Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, Kita perlu sentiasa
Dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang
Terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan,
Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan
Bakal pasangan anda.

10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima
cinta. Cinta boleh
Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa
Bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati.
Justeru, perhebatkan
Hubungan Mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih
Sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang
Dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini
Secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati
sebab lewat menyatakan
Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang
baik disegerakan (iaitu
Menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk
Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan
Walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra Dan
bersemangat menggunakan lidah,
Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan
Terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan
Kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri
Sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru
Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan
segera agar bakal pasangan
Rasa selesa.

18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi
yang munasabah kepada
Bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada Kita.

19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai
mendampingi orang lain Dan
Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang
perangai yang
Menyebabkan orang benci kepada Kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang
yang masih Ada perasaan
Benci terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau
Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang
semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap
bakal pasangan. Tetapi,
Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda
amat sukar untuk berkenalan
Dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada
perempuan yang simple,
Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan
redha dengan setiap pemberian
Lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada
lelaki yang memberi
Perhatian, penghargaan Dan penghormatan
kepada mereka. Justeru, orang lelaki
Janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah
orang perempuan.
Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan Dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan Dan kesilapan kecil yang
Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal
Pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan
bahasa badan yang penuh
Kemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang Ada persamaan Dan
Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat.
Terlalu banyak persamaan
Membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang Ada sikap Dan
Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal
pasangan, nyatakan yang
Anda sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual Dan bercakap. Lelaki
Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai
Persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama
Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka
Kepada kucing, suka melancong atau suka
ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat
gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama
gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama
mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada
kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal
pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan
kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang
suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan
kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman ? bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih
prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan
terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya
mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki
tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak
ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang
perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan
yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. Tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan
sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya
kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana
yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia
merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas Dan objektif. Orang
perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci Dan Banyak yang tersirat.

ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.

Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?

Kasih sayang daripada ibu bapa.

Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?

Latar belakang agama.

Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?

Pendidikan.

Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.

Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.

Kepintaran.

Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?

Hubungan dengan mentua.

Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?

Sikap dari segi kewangan.

Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.

Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?

Masalah seksual.

Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.

Pemilih tempat tinggal.

Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?

Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.

Antara penjelasan mengapa tiada jodoh

Pendapat Oleh emjay

“Assalamualaikum wbt sekelian muslimin

Setengah orang mendapat jodoh pada usia 16 tahun dan setengah yang lain hanya dapat jodoh pada usia 40an dan setengah mereka pula mati sebagai anak dara / teruna.

Adakah Allah mempunyai sifat pilih kasih dengan hanya memberikan jodoh kepada orang tertentu sahaja?? Persoalan seperti ini boleh merosak akidah seseorang.

Kalau merujuk surah Assyura ayat 30, setiap musibah dari Allah adalah kerana dosa manusia. Saya redha dan mengakui bahawa segala musibah yang menimpa saya selama ini adalah disebabkan kesilapan saya belaka.
Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan.

Ramai orang telah ditutup hatinya oleh syaitan dari mengenali / muhasabah kesilapan mereka. Bila mereka gagal mengenalpasti kesilapan ini, hiduplah mereka terus menerus tanpa rahmat Allah yang satu ini.

Antara dosa perempuan atau lelaki yang menyebabkan rahmat kahwin ditolak oleh Allah ialah:

1. Pernah berusaha melalui bomoh melalui mandi bunga, memakai susuk dsb agar dicepatkan jodoh mereka. Dosa ini sangat besar kerana mensyirikkan Allah.

2. Mengamalkan ilmu sesat dari “ustaz” atau orang pandai yang sebenarnya seorang bomoh sesat seperti ilmu membaca mentera bila keluar rumah, ilmu kunci tubuh bagi wanita dsb. Ilmu ini mengundang pertolongan dari syaitan seperti mudah mesra dengan semua orang dsb tetapi orang ini tidak sedar akan janji iblis yang membantunya dan antara janji tersebut ialah orang ini akan dipastikan tidak kahwin sampai mati.

3. Berkata sombong seperti seorang rakan saya “aku kalau nak kahwin, aku petik aja jari, 10 orang datang nak kahwin dengan aku”. Sombong adalah milik Allah sahaja (Al Mutakabbir) dan dilarang manusia mengamalkan sifat ini. Kita pastinya melayakkan pelbagai azab Allah sekiranya mengamalkan sifat sombong ini.

4. Terlalu memilih Mr Right / Ms Right dengan sewenang-wenang menolak pilihan yang ditentukan Allah. Kebanyakan orang yang tidak berkahwin ini sebenarnya pernah dilamar oleh seseorang tetapi terus menolak mentah-mentah tanpa merujuk kepada Allah seperti melalui sembahyang istikhorah atas alasan seperti tidak sama taraf dsb. Allah sudah menetapkan dalam Al Quran bahawa perempuan baik dijodohkan dengan lelaki baik dan sebaliknya. Kalau perempuan macam Erra Fazira, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad.

5. Rosak akidah mereka dengan menolak hukum Allah seperti poligami, hudud dsbnya. Setengahnya sanggup bercakap seperti “aku sanggup jadi anak dara tua sampai mati dari menjadi isteri kedua”. Membenci mana-mana hukum Allah sudah cukup melayakkan diri untuk menjadi Kafir. Dosa ini adalah dosa paling besar dalam Islam dan inilah antara punca azab musibah yang Allah turunkan seperti musibah tidak dapat jodoh.

6. Putus asa dan mengeluh. Mengeluh bukan ciri orang Islam. Terus menerus mengeluh akan terus menerus mengundang azab Allah. Putus asa seperti berkata “biarlah aku menjadi anak dara tua sampai mati” akan mengundang musibah yang berat dari Allah iaitu kekal tidak berkahwin. Allah membahasakan orang yang putus asa ini agar mencari tali untuk menggantung diri sampai mati (bunuh diri)

7. Banyak berbuat dosa mengundang pelbagai musibah dari Allah. Ada manusia yang malas sembahyang dan ada juga yang gemar berbuat maksiat pastinya mengundang azab musibah dari Allah. Apatah lagi kalau dosa berzina.

8.Tidak mahu mendalami ilmu agama juga adalah satu dosa kerana belajar agama adalah wajib untuk semua orang. Tidak melakukannya mengundang dosa yang kelak mengundang pelbagai musibah azab dari Allah.

Allah tidak pernah pilih kasih dengan memberikan jodoh hanya kepada sebahagian orang sahaja. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri. Kezaliman inilah yang mengundang musibah azab dari Allah dan tidak dapat jodoh adalah antara pelbagai musibah azab dari Allah SWT.

Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH.

Sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi ilmu, silalah email :: kangmasjb@hotmail.com

Lawatilah laman saya di :: http://emjayjb.multiply.com/
Sekian sahaja untuk kali ini.

Wassalam wallahualam

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/


P/s Kawan-kawan jom kita pakat komen artikel ni pula. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Biarpun puan-puan masih belum mempunyai zuriat tetapi puan-puan mempunyai suami yang baik. Lain benar dengan kaum sejenis kita yang belum berumah tangga biarpun sudah berusia lanjut. Biarpun sibuk dengan kerjaya tetapi saya percaya wanita-wanita ini akan tetap rasa kesunyian tanpa insan yang bergelar suami dalam meniti usia yang kian lanjut. ~ Idea ni saya dapat dari Tranungkite(TKO).

PERISTIWA Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian kerohanian Rasulullah pada masa lalu.

Ia sekali gus menjadi ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini.

Hanya dalam satu malam, Allah SWT mencipta perjalanan Rasulullah SAW untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya; mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkannya perintah solat. Berjuta misteri dan keajaiban menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah SAW dalam keadaan jaga itu (bukan mimpi).

Perjalanan ini memiliki makna yang sangat khusus, terutama bagi diri Rasulullah.

Ia berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada Muhammad tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya, seperti yang disebut dalam al-Quran: Agar Kami tunjukkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Kami (Surah Al-Isra ayat 1).

Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling benar (Surah Najm ayat 18).

Meskipun terdapat jurang perbezaan pendapat yang agak luas mengenai sejarah peristiwa Israk dan Mikraj, terutama yang berkaitan dengan ketepatan hari dan bulan serta tahun terjadinya peristiwa agung itu, namun dunia Islam keseluruhannya memperingati tarikh 26 Rejab (malam 27 Rejab) setiap tahun sebagai tarikh penuh bermakna.

Banyaknya pendapat yang membahaskan perihal Israk dan Mikraj ini telah mencipta ruang polemik tersendiri dalam periwayatan ‘perjalanan agung’ tersebut. Di antaranya yang berkaitan dengan hakikat dan latar belakang Israk dan Mikraj, perjalanan fizikal dan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, buraq yang dinaiki Nabi SAW, pertemuan Rasulullah dengan para nabi, misteri pintu-pintu langit, rahsia Sidratul Muntaha, perintah solat, dan hikmah-hikmah besar Israk Mikraj.

Sebagai contohnya tentang hakikat buraq dimana sifat-sifatnya menjadi perbincangan menarik sepanjang masa. Timbul pertanyaan pada setiap Muslim kenapa dalam perjalanan Israk dan mikraj nabi harus ada perantara (wasilah) Buraq dan bukan binatang lainnya. Walhal tanpa media Buraq pun Allah SWT berkuasa untuk menperjalankan Nabi SAW dalam perjalanan yang agung ini.

Dalam hal itu maka pendapat yang diyakini jumhur ulama adalah pendapat yang paling baik untuk diikuti. Kita harus menolak dalil-dalil yang sesat dan sebaliknya mengunakan dalil yang sahih sebagai dasar pegangan bagi menunjukkan nilai-nilai keislaman dan sikap keberagamaan.

Sayyid Qutub dalam kitabnya yang terkenal, Fi Zhilal al-Quran menyatakan, ‘‘Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa adalah perjalanan yang murni pilihan daripada Zat Yang Maha Kasih dan Maha Lembut, yang menghubungkan akar kesejarahan agama-agama besar dari zaman Nabi Ibrahim dan Ismail hingga Nabi Muhammad SAW.

Demikian pula, perjalanan agung ini menghubungkan akar sejarah tempat-tempat suci bagi agama tauhid (agama-agama monoteisme) yang besar sepanjang masa. Perjalanan ini adalah untuk memberitahu seluruh manusia bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang menjadi pewaris agama-agama tauhid terdahulu.

Muhammad

Begitu juga dengan Israk Mikraj tersebut, menjadikan Muhammad sebagai penutup seluruh Nabi dan rasul-Nya. Israk Mikraj adalah perjalanan yang menembus dimensi ruang dan waktu, serta memiliki makna yang lebih luas dan mendalam.

Banyak berlaku perdebatan yang terus berlanjutan, antaranya: apakah perjalanan Israk Mikraj itu dengan roh sahaja atau dengan roh dan jasad? Hampir majoriti ulama mengatakan bahawa ia terjadi dengan jasad dan roh. Pandangan yang mengatakan hanya dengan roh tidak begitu popular di kalangan umat Islam.

Sebenarnya, peristiwa Israk dan Mikraj hanya disebut secara umum dan sekilas saja di dalam al-Quran. Rasulullah tidak banyak meninggalkan hadis yang berbicara tentang perjalanan agung itu. Bagaimanapun, kenyataan yang terjadi sekarang ini menunjukkan bahawa hadis yang hanya sedikit itu telah berubah menjadi banyak, bahkan melahirkan tafsir-tafsir baru tentang Israk dan Mikraj.

Ia menunjukkan secara jelas tentang adanya penambahan atau penceritaan versi baru yang lahir dari perawinya dan sama sekali tidak berkaitan dengan sabda Rasulullah atau dari dalil-dalil yang sahih.

Sejarah membuktikan banyak kitab yang membahaskan tentang perjalanan kenabian dan menunjukkan sedikitnya hadis yang membicarakan perihal Israk Mikraj. Setidak-tidaknya ia dapat dilihat dalam kitab As-Sirah karya Muhammad Bin Ishaq (85 H -151 M). Kitab ini adalah karya tertua dan pertama yang berisi dalil-dalil sahih atau dapat dipertanggungjawabkan bagi membicarakan perihal Israk dan Mikraj.

Setelah itu lahir banyak karya atau tulisan yang membahaskan Israk dan Mikraj disertai dengan penambahan hadis-hadis yang dari segi kesahihannya tidak dapat dipertanggungjawabkan.

Dengan demikian, maka lahirlah pula pemikiran dan tafsiran yang menyatakan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj itu tidak hanya berlaku sekali tetapi ia berlaku beberapa kali, sekali dengan jisim (tubuh) baginda Rasulullah SAW, selebihnya dengan roh.

Dalam hal ini perlu ditegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj memerlukan kajian yang mendalam dan usaha yang bersungguh untuk meneliti hadis-hadis palsu yang dikaitkan dengan perjalanan agung Rasulullah SAW tersebut. Ini penting untuk generasi yang akan datang agar dapat memahami nilai-nilai Islam yang benar dan fakta yang betul, bukan dongengan atau palsu semata.

Apakah sebenarnya makna-makna tersirat yang dapat dikutip dan seterusnya dihayati daripada peristiwa Israk dan Mikraj itu? Kenapa harus Israk dan Mikraj dan bukan mukjizat lain yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW? Dan apa yang lebih penting ialah untuk melihat apakah kaitan peristiwa ini dengan keadaan yang menyelimuti diri Rasulullah ketika peristiwa itu terjadi.

Realiti sejarah membuktikan bahawa tiada seorang pun dari kalangan orang musyrik dan kafir yang percaya akan kejadian Israk dan Mikraj ini.

Para ulama merumuskan bahawa sebab dan hikmah daripada Israk dan Mikraj adalah untuk menghiburkan Rasulullah SAW yang ketika itu dilanda kesedihan kerana kematian bapa saudara, Abu Talib serta isteri kesayangan baginda, Khadijah, juga di samping penentangan masyarakat Taif terhadap usaha dakwah baginda yang hampir-hampir meragut nyawanya.

Tahun yang dianggap tahun kesedihan ini akhirnya dengan kekuasaan Allah SWT telah ‘mengisrak mikrajkan’ Rasulullah SAW. Allah SWT telah menperjalankan hamba-Nya untuk memperlihatkan tanda- tanda kekuasaan-Nya. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melihat sebahagian tanda- tanda kekuasaan Tuhan Yang Maha Agung.

Ini bermakna hikmah peristiwa Israk dan Mikraj itu adalah khusus bagi diri peribadi Rasulullah dan dengan perjalanan ini diharapkan dapat mengubati atau menghibur hati yang luka itu.

Sheikh Thanthawi Ahmad Umar menyatakan dalam majalah Mimbar al-Islam, “Ketika Rasulullah kembali dari perjalanan agung tersebut, baginda kelihatan begitu ceria, bersemangat dan bahagia. Kedukaan, kepedihan benar-benar telah lenyap dalam diri Rasulullah SAW.” Malah dikatakan bertambah yakinlah Rasulullah akan kekuasaan Allah dan ini memberi semangat yang lebih kuat untuk meneruskan tugas kenabiannya.

Namun begitu, ada juga yang mengatakan peristiwa tersebut tiada kaitan dengan ‘tahun kesedihan’ Rasulullah kerana sesungguhnya peristiwa itu terjadi semata-mata atas kehendak Allah SWT, sesuai dengan kekuasaan dan kudrat-Nya. Ia merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaa-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Mohd Shauki Abd Majid
Penulis adalah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Lamanya tak menulis  di blog ini. Entahlah seperti yang anda semua maklum blog ini dulunya merupakan blog peribadi saya( kejap saya suka blog ni kejap saya suka blogspot  ketika itu). Saya menulis tentang diri dan kisah suka duka. Tetapi semenjak tertubuhnya blogspot, saya sudah beralih arah ke blog itu untuk bercerita hal-hal diri saya dan family. Blog ini sarat dengan copy n paste. Blog ini di tubuhkan pada tahun  2006( lupa tarikhnya kena tengok balik) sama tahunnya dengan blogmyway saya yang sudah terkubur. Dengan bantuan suami, saya belajar berblog, dia banyak menolong/mengajar  saya dalam bab-bab blog ni. Alhamdulillah nak kata pandai tu tidak tetapi bolehlah dari tak tahu langsung. Kalau dulu nak letak gambarpun tak tahu tetapi sekarang dengan tunjuk ajarnya alhamdulillah bolehlah. Cuma saya agak malas hendak muatkan apa-apa gambar dalam blog wordpres ni. Saya lebih senang begini.

Blog hanyalah untuk mengisi masa lapang. Kalau takde blog tak tahulah saya tentu rasa boring, sebab saya suka sangat menulis. Kalau dulu saya lebih suka menulis dairi tetapi dengan adanya blog, dapat lontarkan  segalanya dalam blog.  Tetapi awas kalau terlalu peribadi tu tidaklah sampai menulis dalam blog. Kenapa blog ini warna hijau? Kerana saya suka warna hijau. Ianya akan tetap kekal hijau sampai bila-bila. …..


Yang  menaikkan rating blog ini adalah artikel yang paling mendapat sambutan hangat iaitu Doa Dan Amalan Untuk Mendapat Zuriat~ Ustazah Dato Siti Nur Bahiyah. Nampaknya inilah yang paling terbanyak komen berbanding dengan artikel lain. Blog saya ni cacamarba jadi kalau ada artikel yang menarik hati saya, saya update saja.


Dengan berblog membuatkan saya jarang on TV. Saya lebih senang di depan komputer dari mengadap TV. Tetapi kalau ada cerita-cerita yang menarik saya terconggok jugak depan TV. Tetapi tak jugak sebab kekadang TV yang akan tengok saya. Sejak akhir-akhir ni mata ni tak boleh berjaga lebih dari jam 11 malam.  Malam tadi sambil mata mengadap komputer on TV. Entahlah kalau nak cakap bab TV sekarang ni rasanya banyak yang takde berkenan di hati. Kalau berfaedahpun adalah  Tilawah Interaktif, Al Kuliyah dan sedikit rancangan ugama yang di siarkan tak lebih dari satu  jam berbanding dengan hiburan hingga berjam-jam. Maknanya orang yang menonton menghabiskan masa berjam-jam di depan TV.  Kalau takde  saluran 016 Astro Oasis rasanya tak delah zikir-zikir ni. Bila sebut bab zikir rindu pulak kat suara Ustaz Akhil Hayy( saya suka dengar alunan zikir dan lagu-lagu nasyidnya). Selalunya kalau time nak masuk waktu solat  buka saluran tu dapatlah dengar alunan suara lemak merdunya, tetapi kini tinggal kenangan. Nampaknya zikir-zikirnyapun  sudah tiada lagi. Lupa saya ni dekat puasa ni ada musabaqah di TV1. Rancangan ni lebih lama….

Rancangan TV sekarang ni semakin   banyaknya realiti TV berbentuk hiburan. Mana akademi Quran, mana akademi nasyid? Kenapa tak di buat akademik nasyid musim kedua, akademik Quran musim ke empat?  Wah nampaknya mungkin kalau program macam tu tidak ada penaja tetapi kalau berbentuk hiburan berjuta duit habispun boleh ya.


Kenapa orang kita sanggup berhabis duit sms rancangan  macam ni? Saya tak pernah tengok rancangan pilih kasih, anak wayang jeling-jeling jugak (tetapi seperti biasa saya tak pernah tetap dengan satu chanel, kalau rasa boring saya tukar chanel lain, suami saya tegur saya tak payah tengok lagi baik tengok je APL,  gambaq binatang) bintang RTM,  mentor, oh la la, raja lawak tengok jugak tapi tak pernah sms(  jangan haraplah nak bazirkan duit ).  Rasanya kalau rakyat Malaysia tak pulun sms berhabis duit rasanya tak jalan rancangan realiti ni. Lepas ni ada lagi dan lagi realiti hiburan.  Saya bukan yang terbaik untuk bercakap tetapi itulah hanyalah pandangan dari hati saya saja.  Yang menyedihkan sekarang ni bila anak-anak berjaya  masuk dalam Af atau sesuatu realiti  hiburan ibu bapa seakan bangga dan berkata alhamdulillah, buat yang terbaik ya nak, jangan lupa solat berdoa semoga berjaya. Tak salah berhibur tetapi biarlah berpada-pada. Mungkin stesyen-stesyen TV ni hendak bersaing menaikkan rating TV mereka. Dan saya mungkin agak kedekut duit sms kerana tidak pernah sms benda-benda macam ni. Yang menyedihkan kalau ada pelajar-pelajar terkeluar maka berpelukan nangis   macamlah bini atau laki mati hihihi..sori..


Erm maaflah kawan-kawan hari ni saya terlebih cakap pulak,dari blog terlajak ke rancangan TV. (Lama-lama tak sembang ni kalau sekali sekala tu best jugak ya). Tetapi saya juga minat dengar lagu  jiwang-jiwang ni sekadar untuk menghiburkan hati. Teringat nostalgia dulu-dulu hehehe.


Wah esok mengundi di Manik Urai. Bulan 6 hari tu  masa balik Kelantan pun dah banyak poster hijau dan biru. Bukan saja perang poster tetapi perang durian.  Sejak akhir-akhir  ni dah glamer nama Manik Urai. Kalau dulu saya suka up date topik  politik. Sekarang ni pun bukan saya tak minat tetapi saya lebih suka membaca di blog-blog orang.

Selamat berpuasa sunat Rejab dan Syaaban Insya Allah semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan Al Mubarak.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi  menyinggah di blog ini, terima kasih komen-komen anda semua, amat saya hargai. Sama-sama kita berkongsi maklumat.  Kepada kawan-kawan yang selalu memberi komen di artikel Doa Dan amalan Untuk Mendapat Zuriat. Semoga Allah makbulkan doa  kawan-kawan untuk memperolehi zuriat. Tahniah untuk Sya kerana bakal bergelar ibu. Kalau dulu blog ni senyap sunyi tetapi sekarang alhamdulillah ada yang sudi meninggal komen.Syukran…

Jazakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)……

Wassalam..

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a’lam.

http://aidura.blogspot.com/

Buat ikhwah sekalian…

Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul “Wirid Ibu Hamil” karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.


Bacaan ayat-ayat Al-Quran.

1. Membaca Surah Al-‘A’raaf : Ayat 54 – 56


Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu ‘Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum…dan seterusnya

KOTA BHARU: Jumlah pesakit Aids membabitkan kanak-kanak dan remaja di negeri ini menunjukkan angka yang membimbangkan.

Kajian oleh Rumah Masyarakat Prihatin (RMP), iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan pesakit HIV/Aids mendapati, seramai 258 remaja berusia di bawah 13 tahun di negeri ini disahkan positif menghidap Aids.

Pengurus RMP, Zahrain Zulkifly, berkata angka itu diperoleh hasil rekod pesakit Aids dan pembawa virus HIV yang mendaftar dengan mereka.

“Bilangan ibu tunggal menghidap Aids yang berdaftar dengan RMP ialah 385 orang dan mereka memiliki 702 kanak-kanak (berusia kosong sehingga 12 tahun) dan 120 remaja (13 hingga 18 tahun).

“Yang mengejutkan, daripada 702 kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun itu, 258 orang disahkan positif menghidap Aids,” katanya dalam pertemuan dengan Metro Ahad.

Zahrain berkata, biarpun jumlah itu cukup menakutkan, pihaknya percaya angka itu tidak menyeluruh dan jumlah sebenar pesakit Aids, termasuk golongan kanak-kanak, di negeri ini adalah lebih ramai.

“Ini kerana kami percaya ramai lagi pesakit Aids yang takut atau malu untuk tampil ke depan,” katanya.

Biarpun angka diperoleh RMP dianggap tidak rasmi, ia relevan kerana selari dengan perangkaan Kementerian Kesihatan iaitu 78.4 peratus daripada 84,630 kes HIV/Aids di negara ini sejak 1986 hingga tahun lalu, membabitkan usia 13 hingga 39 tahun.

Pertengahan Jun lalu, Timbalan Presiden Majlis Aids Malaysia dilaporkan berkata, statistik menunjukkan Kelantan memiliki jumlah pesakit HIV/Aids paling ramai di negara ini iaitu seramai 666 orang tahun lalu.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Aids di negeri ini ialah 9,758 sejak kes pertama dikesan pada 1986.

Mengulas hal itu, Zahrain berkata, faktor seks bebas di kalangan remaja dan jenayah sumbang mahram turut menjadi penyumbang kepada peningkatan itu, selain kes ‘mewarisi’ penyakit berkenaan daripada ibu bapa.

“Kanak-kanak dan remaja yang menghidap Aids terpaksa melalui pelbagai dugaan memeritkan, terutama bagi yang kematian ibu bapa.

“Mereka selalunya dipulau atau ‘dibuang’ bukan saja oleh masyarakat sekeliling tapi juga oleh keluarga sendiri yang tidak mahu nama baik keluarga mereka terjejas.

“Jika perkara ini terus berlaku sepanjang proses pembesaran mereka, tidak mustahil satu hari nanti kanak-kanak terbabit boleh menjadi trauma, seterusnya ‘gila’ akibat tekanan perasaan,” katanya.

Menurut Zahrain, sebab itu RMP merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan pihak sekolah kerana tidak mahu kanak-kanak terbabit menderita jika rahsianya bocor.

“Seperti kes Nana dan Nani, rahsia mereka menghidap Aids bocor apabila ibu bapa mereka mati akibat penyakit berkenaan.

“Sebab itu pihak kami menempatkan Nana, Nani dan neneknya di RMP selama setahun setengah bagi menyelamatkan mereka sekeluarga daripada terus dicemuh,” katanya.

Zahrain berkata, pesakit yang bernaung di RMP akan diberi motivasi, kaunseling dan juga rawatan secukupnya bagi memastikan mereka benar-benar pulih.

“Orang ramai tidak sepatutnya ‘menghukum’ kanak-kanak Aids, sebaliknya mereka perlu diberi dorongan dan perangsang untuk meneruskan hidup. Mereka insan yang tidak berdosa dan hanya menjadi mangsa kesilapan orang tua,” katanya.

~Ya Allah kenapa jadi begini?

~Tersentuh hati baca kisah Malek Noor ni. Allah kalau nak buka pintu
taubat/hidayah tidak kira berapa usianya. Beruntung dia di beri taufik dan
hidayah sebelum kembali kepada PENCIPTANYA~

Oleh ABIE ABDULLAH
abie@hmetro.com.my

PERNAH seorang kenalan bertanya, tidakkah dia malu mengakui kesilapan lalu dan mendedahkan di akhbar? Cuma satu jawapannya, dia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada manusia lain.

“Malu ke berkawan dengan orang yang mengakui kesilapan? Saya yang sepatutnya lebih malu kerana kealpaan saya selama ini terhadap suruhan-Nya, tetapi Allah Maha Penyayang, menerima saya seadanya,” kata Abdul Malek Mohamed Noor ketika. Selebriti berkunjung di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Malah, kata bekas juara enam kali bina badan Asia ini, pendedahan seperti itu
sangat penting sebagai teladan buat kita semua dan dia rela menjadi contoh itu. Bukan mahu menunjuk-nunjuk. Biarlah apa orang nak kata, dia akur kerana tahu hikmah Allah atas segala yang terjadi.

Bukan saja negatif, Malek menerima banyak pujian atas keberanian itu. Bukan
meminta, tetapi itulah antara hikmah-Nya. Katanya, seorang peminat yang menetap di United Kingdom kagum dengan perubahan Malek dan menjadikannya sebagai contoh kerana peminat itu juga seperti Malek, sering merantau ke negara bukan Islam.

Sebenarnya sejak 2002 lagi rutin perjalanan hidup Malek Noor bertukar. Sibuknya mencari nama dan rezeki selama tiga dekad sebelum itu membuatkannya lalai akan tanggungjawabnya sebagai Muslim. Dari usianya 12 tahun sehinggalah 46 tahun, dia tidak pernah menunaikan solat lima waktu sehari dan jauh sekali untuk berpuasa pada Ramadan.

“Saya alpa akan semua tanggung jawab itu. Saya tak sembahyang, saya tak
berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong lebih 30 tahun untuk mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai. Besarnya dosa saya dan tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberi-Nya,” katanya.

Pintu hatinya terbuka pada satu hari pada 2002. Suara azan yang selama ini tidak dipedulikan tiba-tiba menyentap jiwanya. Azan Isyak berkumandang dari masjid KLCC berhampiran penthousenya menjadikan hatinya sayu.

Ketika itu pelbagai perasaan bergaul, membuatkan dia tidak senang duduk. Sedih, ngeri dan seram! Puas berpusing di dalam rumah, tetapi hatinya terus tidak keruan. Dia menangis sesungguhnya seperti seorang bayi kerana kebuntuan itu.

“Lalu saya menghubungi kakak bertanyakan mengapa ini terjadi dan dia suruh saya mengambil wuduk dan terus sembahyang. Alhamdulillah, saya peroleh sedikit ketenangan selepas itu. Saya duduk sambil berfikir, bisik hati kecil saya, ini mungkin seruan Allah.

“Dalam usia 46 tahun ketika itu, saat itu yang membuatkan saya paling bahagia.

“Bayangkan selama ini, lihat siaran azan di TV, saya tukar saluran lain. Kalau
dengar pun, saya tidak beri perhatian langsung, malah lebih rancak berbual,”
katanya walaupun pernah melaungkan azan ketika berusia 12 tahun.

Sekarang lain. Selain menghormati bunyi azan, pelakon filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat ini tertunduk kerana sayu dengan melodi panggilan sembahyang itu.

Sejak hidayah itu, pelbagai mimpi aneh mendatangi tidurnya. Antaranya arwah ibu, Jariah Ahmad yang datang menabur bunga emas kepadanya dan lapan bulan lalu ketika membaca al-Fatihah, satu suara muncul menyatakan akan membantunya.

Percaya atau tidak, Malek kini boleh mengubat orang. Malah, pertemuan dengan ‘seseorang’ empat bulan lalu juga membuka ruang untuk Malek menolong mereka yang memerlukan melalui syarikat Great BioEnergy, sejenis minyak yang mampu membuang toksik, memulih tenaga serta melancarkan perjalanan darah.

Dalam menuju perubahan hidup ini, Malek berterima kasih kepada Ustaz Hadi dan Ustaz Habin (kedua-duanya dari Kelantan) yang banyak membantunya sehingga hari ini.

Rancangnya untuk ke Makkah tahun depan. Baik umrah mahupun haji, dia berserah kepada Allah. Bagaimanapun bukan kerana pangkat, nama, status, glamor atau disuruh kawan. Ini panggilan Allah!

“Saya cuma merancang, Dia yang meletakkan segala-galanya. Saya hanya mampu berdoa dari hati yang suci semoga memperoleh keberkatan-Nya kerana hanya Dia lebih tahu yang terbaik untuk makhluk-Nya.

“Allah sudah tentukan takdir seseorang, tetapi dia suruh kita sembahyang dan
berdoa menadah tangan meminta apa yang kita mahu. Dia Maha Memberi, saya percaya Allah akan memberi apa yang kita hajati asalkan kita tidak putus asa memohonnya.

“Saya semakin faham kini mengapa Allah suruh kita sembahyang dan berdoa, kerana Dia menyayangi kita.

“Islam ini indah, penuh perincian. Nak jadi Islam nampak mudah, tetapi bagaimana nak berjiwa dan berhati Islam sejati. Saya pun bukan lengkap lagi, masih terlalu banyak untuk saya dalami ilmu Allah untuk mengenali-Nya,” katanya.

Selain jiwa yang aman, berpindah ke kediaman yang pertama dibelinya di Kuala Lumpur pada 1987 menambah lagi ketenangan yang dicari. Jauh daripada kesibukan kota berbanding kondominiumnya yang berdepan KLCC.

Menurut Malek, barang dalam rumah itu masih seperti dulu. Sedikit pun tidak
berubah, kecuali satu sudut dinding yang dihiasi ayat suci Al-Quran. Emper
mewahnya itu disewakan.

Turut dibualkan petang itu adalah perkembangan semasa, terutama gejala sosial. Pembunuhan yang tidak mengenal ihsan, rogol, sumbang mahram, bohsia dan sebagainya meruntun hatinya.

“Saya jadi ngeri dengan paparan berita seperti ini. Saya tengok ramai tidak
sempat bertaubat dan ada atuk berusia 60, 70 tahun masih minum arak. Saya tidak mahu menghakimi mereka, sekadar meminta Allah membuka hati mereka dan menjauhkan semua itu daripada saya.

“Tuhan banyak memberi ujian kepada saya selama ini untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Begitu juga Dia tidak beri terus apa yang kita minta tetapi perlahan-lahan, juga kerana nak tengok kesabaran kita,” katanya.

Kata-kata Malek tiba-tiba tersekat-sekat, nadanya bertukar sebak diiringi air
mata jantannya.

“Saya masih dalam ketakutan. Tidak semestinya ke Makkah atau buat Haji, kita terus ke syurga. Kalau sembahyang pun, belum tentu terus ke syurga. Jika berkopiah pun bukan bermakna kita alim.

“Namun saya hanya berdaya untuk meminta yang terbaik untuk diri saya.

“Kalau saya diberi peluang untuk kembali ketika baru keluar dari rahim ibu, saya akan cuba menjadi sebaik-baik manusia yang beriman kepada-Nya. Namun saya bukan nabi yang maksum!

“Apa yang saya lalui selama ini belum cukup, syaitan lagi kuat menggoda sebab itu janjinya kepada Allah untuk menyesatkan lagi manusia yang taat kepada Allah, yang sembahyang dan berpuasa,” katanya sambil mengesat air jernih itu.

Katanya, pernah tahun lalu ketika di Phuket, dia termakan ayam yang tidak
disembelih. Sebaik tahu hal itu, dia terus mengorek mulut untuk memuntahkannya sehingga dia jatuh sakit.

“Saya bukan baik sangat, tetapi pengalaman saya ini mampu untuk kita renung bersama,” katanya yang baru selesai berlakon telefilem Damak arahan Zulkiflie M Osman.

Mengenang zaman ‘nakalnya’, Malek sedar apa yang dilakukannya salah. Bukan saja menghalalkan makanan dan minuman haram, tetapi lebih daripada itu. Pernah dia mengunjungi gereja di Denver, Amerika Syarikat untuk melihat ‘kekuatan’ di sana,tetapi dia akur dengan kekuasaan Allah.

Memang hatinya sentiasa menyebut nama Allah tetapi secara praktiknya, dia tidak mengamalkan. Sama juga ketika menyertai pertandingan bina badan dari 1985 hingga 1991. Sedar sangat akan haramnya membuka aurat, apatah lagi hanya berseluar dalam di atas pentas.

Pun begitu, kata Malek, dia tidak mahu pandangan isi hatinya disalahertikan oleh mana-mana pihak.

“Kita memang tahu salah, seperti saya juga, tetapi demi minat dan sumber
pencarian, saya teruskan juga. Saya pemalu tetapi gagahkan juga demi nama dan status, cuma saya sentiasa berharap tidak terus terpesong.

“Setiap kali tamat pertandingan, saya terus meluru ke belakang pentas mengenakan pakaian. Saya malu! Saya cuma sasarkan enam kali juara dan saya dapat. Kalau anda perasan, saya hilang selepas 1991 sehingga sekarang daripada pertandingan heavyweight,” katanya.

Cerita Malek, dia bukan orang yang layak untuk memberi nasihat, tetapi harapnya pendedahan ini membuka hati mana-mana individu.

“Saya bertuah kerana dibukakan hati sebelum terlambat. Harapnya hati ini terus diberikan kekuatan untuk beriman kepada-Nya.

“Segala apa yang saya lalui selama ini tidak saya kesalkan kerana itu aturan
Allah sehingga saya berubah kini. Lebih bermakna dan nikmatnya kalau kita
melalui perubahan yang positif.

“Kejujuran dan keikhlasan antara kemuliaan seseorang insan. Saya bangga mengakui kesilapan lalu buat renungan bersama,” katanya yang kini mempunyai seorang anak angkat.

Menyentuh mengenai hasratnya untuk berumahtangga, Malek tersenyum sambil berkata: “Ramai yang mencuba, tetapi saya serahkan kepada Allah. Kalau ikutkan hati, saya mahu wanita yang solehah.”

KUALA LUMPUR: Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amaran keselamatan iaitu “Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun” dan “Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun”, wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk yang terbabit adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah berkata, produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Beliau berkata, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

“Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati,” katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

“Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor. – Bernama


Kalendar

Julai 2009
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 913,677 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada