bila hatiku berbicara

menyayat hati

Posted on: Februari 5, 2008

Buang bayi dalam reban ayam


KUALA LUMPUR: “Saya tak dapat menahan sebak melihat tubuh bayi comel itu dihurungi semut dan lalat dalam keadaan nyawa-nyawa ikan,” kata Mariam Mahat, 56.

Dia menemui bayi perempuan yang dipercayai baru tiga jam dilahirkan itu dalam reban ayam di Kampung Sungai Kerayong, Cheras, jam 12.30 tengah hari semalam.

Mariam berkata, ketika sibuk memasak, dia terdengar seorang lelaki berteriak memberitahu terdengar tangisan bayi berhampiran rumahnya.

“Saya bersama lelaki itu segera mencari di kawasan semak-samun dan terkejut sebaik melihat seorang bayi perempuan terbaring dalam reban ayam kira-kira 50 meter dari rumah.

“Bayi yang berbogel serta masih bertali pusat itu menangis mungkin kerana terlalu dahaga atau lapar,” katanya di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, dia segera membawa bayi itu ke rumahnya serta memberi sedikit air gula untuk menyelamatkan nyawanya.

“Saya dapat melihat bayi itu cukup dahaga dan kelaparan. Saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan nyawa bayi tidak berdosa itu,” katanya.

Sejurus selesai memberi minuman, Mariam pergi ke rumah jiran untuk menghubungi polis.

Katanya, dia kesal dengan tindakan pihak tidak berperikemanusiaan yang tergamak membuang bayi tidak berdosa itu.

Bayi perempuan seberat dua kilogram itu dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi Neonatal Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

~Masa di kampung aku selalu melihat ibu kucing menjilat anaknya yang baru di lahirkan dengan penuh kasih sayang. Tetapi berbeza dengan seorang manusia yang mempunyai otak( maaf kalau itu bahasa kasar aku ) baik ibu yang melahirkan dan baik lelaki yang menyemai benihnya ke dalam rahim wanita itu, hingga sanggup membuang bayi yang di kandungnya selama sembilan bulan demi menutup aib di atas perbuatan terkutuk mereka. Masih ramai lagi pasangan yang memerlukan anak dalam hidup mereka biarpun bukannya dari darah daging sendiri untuk di jadikan penghibur hati mereka, berilah kepada mereka yang memerlukan, bayi adalah anak manusia bukannya sampah yang sesuka hati di buang hasil dari perbuatan haram mereka. Nasib baik bayi ini masih hidup, kasihan nasib bayi-bayi yang di lahirkan dalam keadaan begini, di mana ayah, di mana ibu bagaimana status dirinya berbinkan Abdullah?Jadilah dia penghuni di rumah-rumah kebajikan masyarakat (kalau bernasib baik di jadikan anak angkat). Terus terang aku katakan andai di takdirkan aku mendapat seorang bayi(itupun kalau dapat free tanpa melalui kepayahan dalam proses pengambilannya) aku akan terima biar apapun status bayi itu,( bukannya senang nak ambik anak-anak ini , kos itu dan ini…erm.. selamatlah dikau di rumah kebajikan wahai anak). Setiap bayi yang di lahirkan adalah suci bersih, kitalah yang mencorakkannya sama ada ingin menjadi yahudi, majusi dan nasrani, na’uzubillah. Kasihan anak yang tidak berdosa itu…kalaulah aku dapat seorang anak lagi, akulah orang yang paling bahagia dalam hidup ini, kerana anak merupakan anugerah dari Allah kepada hamba-NYa apa lagi anak yang lahir dari rahim sendiri. Hargailah anak-anak anda. Hindarilah dosa dan nafsu serakah wahai remaja remaji………..

Seroja akhill Hayy..bukan Mawi bukan juga Jamal Abdillah

Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
Pujalah ia sekadar sekadar saja

Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Jangan kau percaya asmara
Dengan asmara

Sekarang bukan bermenung
Zaman bermenung
Marilah kita bersama
Menghindar dosa
Marilah kita bersama
Membela agama

7 Respons to "menyayat hati"

Sedih. Kite pun ada terbaca kisah ni semalam kat surat khabar, nasib baiklah baby tu still hidup, walaupun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Allah maha besar…

anak bukanlah sampah masyarakat..

Lara
Kenapa lama tak nampak windu ler..nak ke blog Larapun dah tak bleh dah..ermm nak buat macam mana itulah dunia akhir zaman…tahu berseronok tp tak tau nak tanggung jawab.

En Me

kalau beri anak tu kat sy tanpa proses yg sukar sy mahu nak buat kawan…di kala kesepian…

huhu… mula-mula baca surat khabar tu terkejut jugak… melampaui batasan… kenapa? sebenarnya saya cuma baca tajuk.. lepas tu tetiba terbayang… wajah anak saya masa dia baru lahir… macam mana keadaaan anak saya, macam itu juga dengan baby tu… tak sanggup saya… rasanya kalau saya ada kat situ saya akan menangis… (menangis kerana sedih kepada budak yang lemah dan tidak bedosa)

saya juga pasti akan menanggis kalau tengok bayi tu di depan mata saya..sedih ..dan kalau di beri kemudahan utk sy memiliki bayi ini sy sanggup kerana saya nak sangat bayi utk penghibur hati sy. Seorang teman bercerita…ada jirannya yg bergaduh dengan suaminya dan hendak berpisah…masa tu dia dah sarat mengandung…dia kata kalau lahir anak ni dia nak buang…adik kepada sahabat sy tu kebetulan kawen 10 tahun tak dapat anak lagi..dia kata jgn buang bagi kat…so bila saja anak itu di lahirkan dia terus bagi kat adik sahabat sy tu…tanpa memandang anak yg dia lahirkan..terpk jugak saya…sanggup seorang ibu buat gitu kat anak dia…sedangkan itu darah daging dia sendiri kalaulah sy di tempat adik sahabat sy itu pasti seronok dapat bayi tu..ermm kenapalah seorang ibu tidak menghargai anaknya sendiri..gawatnya masyarakat di zaman ini…………kini anak itu sudahpun berusia 4 bulan…

wa’alayk salam ibu.. sy alhamdulillah, ibu pla bagaimana.. lama jga x dgr crita dri ibu.. terima kasih doakan untuk saya.. PMR skadar cukup2 makan jer dpt..

salam adik…alhamdulillah ibu adik Hafiz sihat alhamdulillah…x apalah kalau cukup2 makanpun alhamdulillah..nanti insyaallah dapat keputusan lebih cemerlang dalam SMU kan kalau tak silap ibu? ok moga berjaya…….

Tinggalkan Jawapan kepada nuriman Batal balasan

Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 913,664 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada