bila hatiku berbicara

bila ideaku sudah kering

Posted on: Februari 14, 2008

Aku menjadi musafir dari satu blog ke satu blog dan singgah di mana-mana blog yang aku suka, aku rasa ingin benar menulis dan menulis dan menulis menuliss tetapi aku tak tahu apa yang aku nak tulis, al maklumlah kekadang nak menulis ni kena ada moodnya jugak. Aku terasa ingin menulis novel dan aku terasa ingin menulis cerpen tetapi kekadang aku rasa bahasaku tunggang langgang itulah yang membuatkan aku rasa hanya berani menulis di blog( banyaknya RASA, bukan Majalah Rasa)…aku merapu di blog, aku muntahkan segala-galanya di dalam blog, segala-galanya blog blog, kekadang berjam-jam aku di depan komputer, semuanya kerana blog blog dan hobiku mengadap komputer. Oleh kerana sejak akhir-akhir ini aku kekeringan idea biarlah aku menulis apa-apa aje………kerana selagi tidak aku menulis sesuatu aku rasa tak hepi…….

Hidupku terlalu sunyi tiada hilai tawa anakku, kekadang buat aku sedih, untuk membuatkan hatiku gumbira aku mengadap komputer, aku dengar nasyid doaku dari Hadad Alwi dari Akhil Hayy lagi terasa perasaanku hiba.

Dua hari lepas anak yang aku bela dari kecil hingga besar yang anakku beli di pasar tani Kampung Kerinchi hilang entah kemana, agaknya di sambar dek kucing liar. Paginya aku bawa dia bersiar-siar ke laman untuk mencari nyamuk(dia tak suka makanannya…. dia suka nyamuk jugak), setelah dia kekenyangan aku letakkan balangnya di depan pintu yang tidak bertutup, itulah silapnya aku kerana tidak memikirkan risiko keselamatan anak kecilku. Aku on komputer aku ralit depan komputer, bila aku ingin mendapatkannya aku jadi terkesima kerana ianya sudah tiada di dalam balang, aku cari di bawah sofa kot-kot kalau dia melompat tetapi tiada, baru aku teringat ini mesti kerja kucing betina yang sarat mengandung tu , kerana dua tiga hari aku tidak menjamunya ikan, aku cuma bagi dia makan ikan bilis sahaja. Wahai kucing akupun dah takde selera nak makan janganlah kamu sambar anak kecilku di dalam balang. Walhal aku pernah melihat dia cuba menghulurkan tangannya untuk menyambar anak kecilku itu, kini aku lagilah benar-benar kesunyian tanpanya. Kesian anak ikan puyu yang di amanahkan oleh Hafiz untuk aku menjaganya hilang begitu sahaja, mungkin ajalnya sudah sampai di atas kelalaian aku jugak. Kalau dah kucing, kucinglah jugak, kucing mana yang tidak makan ikan yang sudah terhidang di depan mata, yang di sorokpun mahu di ambilnya inikan pulak yang sudah di depan mata. Sayangnya tak sempat nak ambil gambar anak ikanku itu kerana hp berkamera Hafiz rosak. Tak dapat nak bayangkan anak ikan puyu yang di bela sedari kecil di siat-siat tubuhnya oleh kucing yang kelaparan itu. Itulah kucing ni memang tak kesiankan aku, kita bagi dia makan dia ambil anak ikan kita. Di kawasan rumahku banyak kucing-kucing liar, ada kucing parsi dan kucing siam… ekornya pun cantik, tak ubah seperti ekor tupai. Tetapi sayangnya sudah menjadi liar kerana tuan empunya telalu sibuk dengan kerja. Pendek kata makanan di rumahku tidak akan membazir kerana ada kucing liar yang berkeliaran. Masa kecik-kecik dulu aku suka gak bela kucing, tetapi bila aku dah ada asthma aku dengan sendirinya tak mahu bela kucing, lagipun aku takut dosa pulak bela-bela dia tak bagi makan. Kalau kucing liar itu bukannya kucing kita, kalau ada makanan tak habis bagi ajelah kat kucing ni….tetapi kekadang beli ikan untuk jamu mereka kasihan…….

Wah bila aku on TV3, RTM1 dan sewaktunya dengannya, amboi banyaknya perang poster dan bendera, ada berbagai-bagai warna, cantik gak ek bila ada bulan, hijau putih, biru lambang penimbang dan sebagainya. Aku suka jugak mengikutinya,itu menandakan pilihan raya yang ke dua belas dah dekat, tentu di kampungku pun penuh dengan poster, ada yang panjat pokok dan tiang untuk menampal dan memasang poster yang mereka suka. Terkenang nostalgia silam ketika aku tinggal di kampung. Cuma aku tak suka setiap kali pulang ke kampung, dari aku kecil hinggalah aku dewasa jalan di kampungku kecil, nak selisih keretapun susah, nama aje aku tinggal sekampung dengan YB( tak yah habag kerana kalian tersangatlah kenalnya siapa dia) tapi jalan di kampungku tetap jugak kecil, biarpun banyak rumah kayu sudah menjadi banglo( rumah orang lain bukan rumah ayah dan emak aku…manalah mampu kami ni kan bukannya orang kaya). Mungkin aku akan sesat di kampung sendiri kerana tiada lagi hutan-hutan yang menjadi kenanganku di waktu kecilku habis di jadikan perumahan. Yang tak seronoknya kasihan ayah dan emak aku berkebun sayur, ubi kayu, ubi badak, ubi itik habis di sondol babi hutan yang tidak tahu kemana arah tuju setelah tempat mereka di terokai oleh manusia yang hanya tahu ingin mengaut keuntungan semata-mata. Maklumlah rumah di kampungku pagarpun sekadar-sekadar sahaja, senanglah babi-babi hutan menceroboh masuk ke dalam kebun sayur ayahku. Dah tempat mereka di ceroboh mana mereka mahu pergi. Aku pulang ke kampung setahun sekali memang banyak perubahannya, emak aku kata agaknya dah nak kiamat belakang rumah kita yang sebelum ini sunyi sepi di jadikan sungai besar dan sekeliling kampungku di jadikan perumahan. Erm…. nak tulis apa lagi ek, nampaknya itu ajelah dah tak tahu nak tulis apa dah……

p/s~Tuan empunya blog ni daftar ker mengundi? agaknya mengundipun tak pernah. Teringat tahun 1995 ketika itu ayah dan emak aku pertama kali pergi menunaikan haji di Mekah, manakala aku baru beberapa bulan bergelar isteri. Aku terpaksa tinggal dengan mak mertua. Adalah orang sekampungku call memberitahu abang aku nak bergocoh dengan orang kampungku di hari mengundi kerana depa bawak masuk pengundi hantu di kampungku, tetapi mujurlah dapat di sabarkan oleh orang ramai, bukan setakat bergocoh tetapi bimbang takut berparang dan berpisau…nanti tak pasai-pasai masuk lokap pulak. Tetapi alhamdulillah dengan izin tuhan pembangkang tetap menang di daerah kelahiranku, biarpun banyak hantu-hantu yang di seluduk masuk, agaknya dari Thailandlah kot, itu kata abang aku kerana dia ni banyak sumber yang boleh di percayai…bukan kata aku ek. Tetapi tahun 2004 PP jatuh ke tangan dia tu…insyallah kalau di di izinkan Allah PP akan jatuh pula ke tangan pembangkang insyaallah. Insyallah kalau takde aral melintang teringin jugak nak pulang ke kampung melihat perayaan pada 8 Mac nanti. Itupun kalau di izinkan Allah.~


Haron Din beri panduan pilih pemimpin untuk pilihan raya ke-12

Azamin Amin
Thu | Feb 14, 08 | 9:49:48 am MYT
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

“Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu,” katanya ketika hubungi Harakah.

Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bakar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

“Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika dihubungi Harakah.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

“Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah,” katanya

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

“Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang,” katanya

Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

“Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran,” katanya.

11 Respons to "bila ideaku sudah kering"

salam ziarah ….

pilihanraya 5 thn sekali …tapi dalam sejarah, kepimpinan pak lah lah yang paling pendek tempohnya, tak sampai 4 tahun pun ….. kenapa ?

undi anda adalah rahsia.. semoga negara aman sejahtera n makmur..

Salam ziarah Ustaz…

Ermm saya takleh jawab ler ustaz ni kena tanya orang lain…semua org tahulah kot……

En_Me

mengundi jgn tak mengundi……..macam nak raya plak….kat kg sy kalu hari mengundi bebudak paling seronok ambik nasi bungkus dan air kotak…….

hmm..mengundi kat
Sentul, parlimen Batu… pangkah ke kali ni atau calit dgn dakwat ek?.. 4 tahun yg lepas nampaklah jugak bendera tanduk kobau kaler merah..yg lelain tu bulan putih, bulan biru, dacing senget, keris patah..roket..

errkk..hmmm..pangkah semua..hehe

Erm..Umi Sufina pangkah jangan tak pangkah…kalau nak calitpun calit tp jangan ler pangkah semuanya nati kertas undi rosak lak…….baik tak yah mengundi kalu lagu tu…tul tak…..

Assalamualaikum. Saya yakin klo ide itu tak akan pernah kering selama masih ada nafas di badan. Maaf saya bisa simpulkan itu setelah membaca artikel ini sahaja. Belum lagi dari artikel ya lainnya nanti. Selamat ya. Anda tentu penulis berbakat hebat klo ditandiingan dengan saya. Makanya jangan ragu, ayo kita teruskan menulis apa aja buat kemashlahatan ummat. Saya juga cuma suka menulis apa aja meski tanpa panduan.

Waalaikumusalam Aaeman..sebelum tu nak tanya anda kawan kpd tengku andrian ke? sy menulis ikut suka sy sahaja…lebih kpd bercerita saja…..Aeman kamu ni dari indonesia ke?

salam ukwah.. nie idea kering or terlebih idea? hihihihi

salam ukhuwah…saya ni menulispun kekadang x seperti orang lain..org lain gi belajar kat PTS lah dan kat mana2 yg dirang bleh gi itulah gaya bahasa diorang molek aje, saya ikut suka ajelah nak tulis apa hihihi……

alahai… mati sudah anak ikan itu…

huhuhuhu nak wat guano dah sampai ajalnya……pade doh beli malas doh la..bimbang takut mati lagi kekeke………..

Tinggalkan komen

Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 913,677 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada