bila hatiku berbicara

Ibu vs kekasih

Posted on: Februari 5, 2008

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….maaflah kerana saya tidak tahu siapa empunya yang menciptakan sajak yang menyentuh hati ini, saya copy dari grup penawarku menarik rasa insaf terutama sekali bila mengenangkan diri ini berjauhan dengan emak dan ayah yang sudah bergelar warga emas, kalau boleh mahu bersama mereka setiap saat tetapi apakan daya keadaan yang tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Doaku semoga mereka di panjangkan umur dan di limpahi rahmat dan kasih sayang Allah……

18 Respons to "Ibu vs kekasih"

memang mengisafkan.. dan hari ini saya akan mencurinya pula. nanti boleh tengok di bolg saya ya. maaf. pencuri datang… semoga lebih ramai yang dapat baca.

ermm tak apa ambillah saudara…harap2 tuan empunyapun mengizinkan demi kebaikan bersama…

Salam…
Saya juga ambil sajak ini untuk tatapan pembaca blog saya.
Terima kasih.

salam….sajak ini memang menyentuh hati…kepada yg masih ada ibu tu beruntunglah mereka..hargailah ibu2 kita………..

dlm banyk2 sajak y aku penah bace sajak ni la y paling best lg menginsafkan aku…huu33..
setiap baris kata2 sangat bermakna dan mendalam..
bace pun x borink coz ayat x kuno sempoi lak tu..
HARGAILAH SETIAP PENGORBANAN IBU KITA..

*************************HAPY MUM’S DAY***********************

salam hari ibu…ibu ratu hatiku….

begitu syahdu…i’m also put it in my blog…

ibu tiada dua dan tiganya di dunia ini..bertuahlah kepada yg masih mempunyai ibu..sayangilah mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita..

saya sedih.. saya dipelihara oleh ibu saudara,selepas ibu saudara saya meninggal. ibu kandung saya hadir x serapat dengan yg menjaga saya.selalu dimarahi..diherdik..dipukul.. ..kini saya dewasa..berjaya saya jarang pulang melihat ibu kandungsaya.. kini saya sedar selepas membaca sajak ini melalui satu ceramah motivasi… terima kasih….

alhamdulillah…..
biar SIAPA pun mendewasakan dik, kelahiran dik adalah dari rahim ibu kandung dik. utk keberkatan hidup..memandanghkan langkah dik masih panjang….kenanglah ibu, bantulah dia seadanya..setiap selesai solat 5 waktu, JANGAN LUPA ..sedekahkan 3 QUL biarpunm dia masih hidup

sesekali dapat gaji, belikan sesuatu……….cukup BESAR hati ibu menerimanya…
restu ibu membawa keberatan hidup…
kasih ibu membawa ke syurga….
suatu ketika nanti, dik akan berumahtangga…dan juga akan menjadi AYAH dan isteri sebagai ibu kepada anak-anak yang bakal lahir
InsyaAllah…hidup dik sekeluarga akan selamat…dunia wal akhirah…amin

Salam aasryen, kak raihan dan semua….

Betul kata kak raihan tu dik. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. mungkin ibu adik tidak bermaksud utk menyerahkan adik kpd ibu saudara. Mungkin juga ada sebab2 tertentu. Jiran akak di kg berkhawin tidak mempunyai anak, Sedangkan mereka org berada, sekarang suami isteri dah pencen. Tidak di kurniakan anak biarpun banyak harta, lalu dia mengambil dua org anak saudaranya(lelaki dan perempuan)…Sekarang dah besar panjang belajar di luar negeri.

Pernah diaoang tanya kenapa diaorg di serahkan kpd papa(bapa saudaranya)..kata mak diorang, papa kamu nak sangat anak…dia mintak dgn mak. Kalau nak ikutkan mak bapa budak tu bukannya org susah. Tp yg tidak punyai zuriat tu mau sangat anak..Tetapi bila anak2 tu dah besar dan faham kasih kepada ibu bapa mereka tidak berbelah bagi.

Kepada adik sayangilah ibu bapamu sebelum mereka pergi untuk selamanya. Bayangkanlah betapa sedihnya anak2 yatim yg tidak mempunyai ibu bapa. Bersyukurlah kita… Wassalam..

sy . sudah pun berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.puisi ini akan saya serapkan untuk anak -anak saya..namun inilah puisi yg menyentuh hati sy.dahulu sy asiyik salahkan ibu kerana sy merasakan di buang oleh ibu ,kerana adik dan abang ibu jaga dan sy diserahkan kpd org lain.dan sy bersyukur ibu masih ada.sudah pasti syawal yg bakal menjelang ini akan sy membuat perubahan besar terhadap ibu.. tq atas nasihat

MARAH BUKAN KEBENCIAN TAPI TANDA SAYANG

Wardah membisu. Hanya kedengaran esakan tangis. Kelopak matanya banjir dengan airmata. Hatinya begitu sebak dan sayu hari itu. Empangan airmatanya yang yang ditahan sekian lama, akhirnya pecah mengalir juga. Mak Usu, ibu saudaranya hanya memerhatikan saja anak saudara kesayangannya itu yang tidak henti-henti mengesat airmatanya yang semakin laju mengalir.

“Kenapa menangis ni?”, soal Mak Usu lembut. Tak tertahan melihat kesedihan Wardah. Tidak pernah dia melihat anak saudaranya itu menangis tersedu-sedan sebegitu selama dia rapat dengan Wardah. Matanya merenung Wardah yang lengkap memakai baju kurung dan tudung.

“Wardah dah nak balik kampus ker?”. Mak Usu teringat kembali perbualannya dengan Wardah semalam. Katanya, dia akan pulang ke kampus hari ini kerana semester baru pengajian akan dibuka 2 hari lagi. Wardah yang semalam sangat riang bergelak- ketawa mengusik Mak Usunya, tidak sama dengan Wardah yang berada di depannya ini.

“Wardah sedih nak tinggalkan Mak Usu ker?”, soalnya lagi setelah soalan pertamanya tadi tidak berbalas. Mak Usu membuat tekaan yang sebenarnya dia sendiri tahu salah. Tangannya memeluk bahu Wardah yang terhinjut-hinjut menahan esakan.

“Tak adalah…Mak Usu”, balas Wardah kembali mengesat airmatanya.

“Habis tu? Kenapa menangis?”. Wardah tunduk.

“Mak Usu tahu…”. Wanita berusia lewat 20-an itu meneka lagi.

“Ummi marahkan Wardah ye..”. Kali ini, Mak Usu pasti itulah jawapan yang sebenarnya. Mak Usu kenal sangat dengan fi’il kakaknya itu. Kadang-kadang tak terkawal leterannya itu. Bukan Wardah saja yang menangis, Mak Usu pun pernah menangis sebab marah kakaknya. Tapi, Mak Usu tak salahkan Ummi Wardah kerana itu tanggungjawabnya sebagai kakak untuk mendidik adik dan mungkin caranya untuk mendidik anak.

Airmata Wardah tumpah lagi, mengiyakan tekaan Mak Usunya itu. Bertambah sebak apabila kata-kata Umminya tadi kembali hinggap di memori.

“Kenapa Ummi marah? Wardah ada buat salah yer?”, tanya Mak Usu dalam nada memujuk. Wardah bercerita, berselang-seli dengan sedu-sedannya. Semuanya kerana keputusan peperiksaannya yang agak teruk pada semester lepas membuatkan Umminya marah. Hatinya bagai dihiris-hiris apabila Ummi mempersoalkan bidang pengajian yang diambilnya kini. Itulah akibatnya kalau membantah cakap Ummi. Umminya benar-benar berharap Wardah menjadi seorang doktor. Lagipun, Wardah pernah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan selepas tamat matrikulasi tetapi Wardah menolak tawaran itu. Hanya kerana dia berasa berat hati untuk menerima. Kali ini, Ummi bangkitkan lagi kesilapan Wardah menolak tawaran itu. Kalau Wardah ambil bidang perubatan mungkin tak jadi begini. Lebih cerah masa depan, kata Ummi. Wardah menahan telinga saja, tak melawan. Wardah tidak berniat untuk melukakan hati Umminya. Pelbagai perkara berlaku menyebabkan Wardah akhirnya memilih bidang kejuruteraan. Dia sendiri tidak pasti apa yang terbaik untuk dirinya. Mungkin itu adalah ketentuan Allah buat Wardah. Wardah mengakui kesilapan dan kesalahan yang telah dia lakukan kerana menghampakan harapan Umminya. Tapi, biarlah semua itu menjadi kenangan. Dia cuma mengharapkan doa, sokongan dan galakan daripada insan yang amat dikasihinya itu. Mak Usu mengusap-usap bahu anak saudaranya itu. Tanda memahami perasaannya.

Wardah hanya membisu di dalam kereta sepanjang perjalanan dari rumahnya ke kampus. Ummi yang sedang memandu tidak berbicara, menumpukan perhatian ke jalan raya. Suara adik-adiknya saja yang kedengaran sepanjang jalan. Wardah benar-benar kecil hati dengan kata-kata Ummi. Ummi selalu memberi galakan kepada adik-adiknya tapi kenapa dia saja yang sering menerima cercaan. Semenjak dia sekolah sampailah sekarang. Mungkin Ummi tak sayangkannya, fikir Wardah sendirian. Melayan rasa sedihnya.

Selepas makan, Ummi singgah sebentar di tempat rekreasi berdekatan dengan kampus Wardah. Wardah monyok. Senyumannya hilang ditelan kesedihan. Ummi perasan dan Ummi tahu anaknya itu sedih dengan kata-katanya. Ummi berlabuh di sisi Wardah yang duduk memerhatikan adik-adiknya berjalan-jalan di sekitar tempat itu.

“Wardah..”, panggil Ummi lembut. ” Marah Ummi bukan sebab benci, tapi marah Ummi sebab Ummi sayangkan Wardah”.

“Wardah anak sulung Ummi, kakak kepada adik-adik Wardah. Mengguris hati Wardah ibarat mengguris hati Ummi sendiri”, tutur Umminya lagi. Airmatanya bergenang. Wardah diam. Tak layak untuk dia berkata-kata. Diamnya kali ni bukan sebab marah tapi atas rasa bersalah. Tidak sepatutnya dia terlalu ikutkan perasaannya marahkan Ummi yang mengandungkannya, menyusukannya, mendidiknya sejak daripada kecil.

“Ummi nak Wardah jadi seorang yang kuat semangat dan tabah. Tak mudah goyah. Hidup kita ni banyak cabaran dan dugaan Wardah. Kalau kita tak kuat semangat, kita takkan berjaya harunginya..”.

Wardah akur. Betul kata Ummi. Wardah nak jadi setabah Ummi. Ummi ibu yang tabah, tak mudah goyah dengan rintangan, kuat semangat, kental jiwanya mendepani cabaran. Kalau tidak, masakan Ummi boleh menjaga mereka adik-beradik sendirian tanpa kehadiran suami di sisi. Segala yang pahit terpaksa Ummi telan. Segala yang manis diberikan kepada anak-anak yang tersayang.

“Ummi tak ada harta yang banyak untuk Ummi berikan kepada anak-anak Ummi. Biarlah Ummi menghabiskan keringat, wang ringgit, malah hidup Ummi untuk Wardah dan adik-adik, asalkan anak-anak Ummi berjaya dalam hidup masing-masing. Biar kita tak kaya harta tapi Ummi nak anak-anak Ummi kaya dengan ilmu..”, pesan Ummi sambil membelai anak gadisnya itu. Wardah mencium pipi Umminya. Maafkan wardah, UMMI. Wardah sayang Ummi.

…marah bukan tanda benci, tapi tanda sayang…
“Ya ALLAH, rahmatilah dan kasihilah ibuku”

http://mrsjie.blogspot.com/

Assalamualaikum.
YA ALLAH kau tunjukkan lah aku cara.
Kau tunjukkanlah aku jalan.
Agar dapat aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Berapa banyak AHH! telah keluar dari mulutku ini terhadap ibu bapaku.
Berapa banyak tengking telah tersembur dihadapan ibu bapaku.
Berapa banyak keluhan terhadap kedua ibu bapaku.
Berapa banyak pertengkaran dengan ibu bapaku.
YA ALLAH Derhakanya aku.
Ampunkan aku YA ALLAH.

Kau tunjukkan lah aku cara.
Kau tunjukkan lah aku jalan.
Kau tunjukkan lah aku adab yang paling sopan.
Agar dapat aku menunaikan tanggungjawab ku.
Agar dapat aku memohon ampun sepenuh jiwa ku.
Bagaimanakah dapat aku tegur kesilapan mereka melakukan solat.
Bagaimanakah YA ALLAH…
Kau beri lah aku kekuatan…
Kau lembutkanlah Hati mereka YA ALLAH…

Tranungkite.net

Salam aasryen, alhamdulillah semoga anda dan keluarga dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t Tahniah kerana bakal melakukan perubahan terhadap ibu anda …sesungguhnya itulah sebaiknya…Salam aidil fitri dari saya maaf zahir dan batin…

tersntuh bgt nich…..

sangat menyentuh hati….

Tinggalkan komen

Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 913,645 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada